Thursday, March 16, 2017

#Projekmangkuktingkat

Ini betul maraton tulis blog ni.Cover 3 tahun punya tak aktif.

Kalau sesiapa rajin follow instagram dan Facebook aku,mesti perasan aku rajin upload gambar bekal.Alhamdulillah, sejak November 2016,aku semakin istiqamah membawa bekal ke pejabat.Sampai aku lupa nama kedai kat Hentian Kajang.Restoran Haji Rosli who?

Sebab tiba tiba rajin bawak bekal bukanlah sebab tiba tiba jatuh miskin sebab dah bayar duit rumah.Tetapi berlaku akibat aku sentiasa tak puas hati dengan makanan kat kedai.Ada satu kali tu dapat ayam berdarah kat dalam.Nak termuntah aku.Dah la mahal,tak sedap,tak hygiene pulak tu.Aku fikir daripada aku beli kat kedai,lepas tu maki hari hari,ada baiknya aku buat bekal sendiri.Kalau tak sedap pun kompem tak sampai hati nak maki diri sendiri.Anggap sahaja sebagai suatu proses pembelajaran.

Tambahan pula semenjak kerja bahagian makanan ni.kau jadi insecure pulak nak makan kedai tahape hape sebab kalau kau masuk memang boleh geli gila.kadang kedai depan cantik pun,dalam hauk nauzubillah.



Antara contoh bekal-bekal aku


Ada yang tanya aku bangun pukul berapa masak.Takde la awal sangat.Selalu dalam 5.30-5.45 pagi aku dah bangun.Sebab aku masuk kerja pukul 7.30,jadi by pukul 7 pagi aku dah kena keluar rumah.tapi ni la sedikit sebanyak aku bagi tips(cis macam bagus sangat) macam mana nak bawak bekal,style aku anak dara sempoi.Style mak mak lain sikit kot.

1.Aku akan plan siap-siap menu seminggu,dan tulis.Aku ada buku catatan sendiri yang simpan kat dapur.Biasanya daripada meal plan tu aku akan decide untuk shopping groceries.Jadi tak ada la pembaziran.Menu plan juga aku susun ikut la minggu tu ada kena gi meeting ke audit ke,audit kat mana ke.Jadi tersusun sikit la perancangan tu

2.Tugas-tugas yang remeh seperti kupas bawang,kopek ikan bilis,buat stok cili kisar  akan dilakukan semasa weekend.Biasa masak ni cepat,penyediaan je yang lama.Jadi segala bahan yang dikopek akan disimpan dalam bekas bertutup dalam chiller.

3.Bahan mentah macam ayam,ikan dan daging aku simpan dalam bekas ikut portion,kemudian simpan dalam freezer.Kira kalau esok paginya nak masak,malam aku dah turunkan dalam chiller,jadi by the time nak masak esok pagi dia dah cair dah.Tak payah tunggu lama.

4.Seterusnya,bahan yang perlu kisar,aku akan kisar pada malam sebelum nak masak tu.Dalam kes ni aku pakai tupperware punya chopper.Jadi lepas kisar,bahan kisar tu boleh simpan dalam chopper,letak dalam chiller 
CHopper tupperware.Avon dah ada jugak kot


5.Rahsia kecepatan memasak paling optimum adalah periuk Noxxa.Hahahha.Sudah lah cepat nak masak macam bagi daging lembut ke apa ke.Lepas tu tak payah gigih nak tengok nak jaga api.Campak je bahan dalam tu.tutup periuk,set mode dan time.Tunggu je la sampai timer habis.Lepas tu siap dah.Biasa makanan berkuah macam ayam masak merah ke,daging masak kari ke,aku akan masak dalam periuk Noxxa ni

Periuk Noxxa yang magik.Tema dia adalah campak campak siap

6.Lepas tu kau kerja kena ikut flow,supaya cepat siap.Flow aku biasa adalah masak nasi dulu,kemudian masak makanan protein berkuah dalam periuk noxxa.Setelah tutup periuk Noxxa dan set timer,maka aku akan masak makanan yang memerlukan goreng (stir fry/deep fry) macam kangkung goreng belacan ke,telur goreng ke dan sebagainya.Jadi by the time makanan dalam periuk Noxxa dah masak,nasi akan masak dan benda bergoreng tu pun dah siap.

7.Lepas tu boleh terus plating.dah plating simpan dalam beg.Maka bergermbiralah kita pergi ke pejabat dengan makan makanan hasil tangan sendiri.

Kebaikan yang aku nampak dengan bawak bekal selain jimat duit,lepas tu kurang amarah sebab takkan nak maki diri sendiri kalau tak sedap.Selain tu memang jimat masa la,sebab tak payah jalan carik kedai.Makan je dalam opis,sekaligus membuang tanggapan umum bahawa penjawat awam suka lepak kedai makan lama lama.Paling best kalau aku kena audit di tempat yang takde kedai makan yang diyakini halal,maka aku boleh la singgah RNR atau masjid (aku pernah buat.Kat area ampang.hahahaha) untuk makan.Senang sikit untuk orang yang ada gastrik macam aku.

Azam baru 2017 adalah buat #projekmangkuktingkatfortwo. Anda mampu mengubahnya.

Belajar semasa dah bekerja

Belajar sambil bekerja

Dasar kan setahun tak update blog,terus satu hari update dua entries.kan aku dah kata azam 2017 adalah untuk aktif blogging kembali

Alhamdulillah,aku dah berjaya mencapai salah satu aim aku iaitu mendapat master sebelum berusia 30 tahun,dan kalau korang readers lama aku,korang tahu la aku pernah melanjutkan master pada tahun 2010 selama satu sem,kemudian quit demi memburu impian menjadi penjawat awam cemerlang gemilang terbilang.Time tu konflik juga sebab ramai macam tak bersetuju dengan pilihan aku quit master,tapi alhamdulillah berkat istikharah Allah tunjukkan jalan terbaik,walaupun istikharah juga mengakhiri hubungan cinta aku selama 8 tahun....tettttt ini cerita lain.ahahahahaha

So konklusinya aku berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Master of Food Safety and Quality Assurance dan dah konvo pada Oktober 2016.

Oleh sebab ramai tanya aku,susah ke master sambil kerja.macam mana bahagi masa.kenapa nak sambung,kerja gomen bukan tengok master pun nak naik pangkat cepat.so entry ini akan aku rumuskan segalanya.

1.Tujuan utama sambung master adalah amanah arwah abah aku,yang nak anak dia sama ada sama atau better dari beliau.arwah abah aku ada MBA dari UKM.Selain itu,aku nak cabar diri aku untuk keluar dari zon selesa.

2.Pilihan utama adalah UPM,sebab UPM je ada part time.kenapa pilih mode part time,sebab bos susah nak bagi cuti.aku baru kerja 3 tahun kot.kenapa ambik coursework bukan research,sebab aku tak bercadang nak jadi academician,aku nak jadi knowledgeable food tech je,di mana varieries disiplin ilmu tu boleh digunakan dalam bidang kerja,compared to research yang lebih fokus.aku bukan keja research officer pun.

3.Sturktur kelas adalah 43 jam kredit termasuk 6 kredit mini projek.kat UPM mini project pun kena buat labwork,which Is very susah sebab siang kau kerja.nasib gomen boleh bagi cuti belajar max 30 hari.tu pun aku mengelat sebab aku beli Plate yang dah siap agar,dengan peptone water dah siap bancuh.mudah bukan?

4.kelas adalah dari 6.30 pm-9.30 malam.biasa berenti maghrib dalam 20 minit-30 minit.Sabtu pulak ada lab.bayangkan balik kerja,mandi kejap lepas tu kena masuk kelas.tempat port mandi biasa adalah masjid upm sebab toilet dia ada shower selesa.maka berangkutlah segala toiletris dan baju.

Kopi Pak belalang pemangkin jangan ngantok


5.tips bahagikan masa,senang je.masa kerja,kau fokus kerja,jangan buat assignment.masa belajar ko belajar,jangan buat kerja.time ni kena korban sikit,lunch hour adalah untuk buat assignment.sambil tu masa lain untuk buat assignment adalah selepas balik kelas.estimate sampai rumah dalam pukul 10,Mandi solat isyak semua,Dalam pukul 11 pm-2 am la aku buat assignment/study,lepas tu tido,bangun gi kerja Dalam pukul 6.30.satu lagi aku buat,tido dulu,bangun Dalam pukul 4  gitu la.

6.kemudian,aku juga ada kumpulan study group.mereka la support system terbest sekali.baca ikut bab lepas tu terangkan,tolong kat lab dan motivasikan sesama sendiri time Tengah down down down.

Awek awek cuns with lecturer


7.Style aku study adalah sama dari degree sampai ke master.Alhamdulillah,result aku adalah ok,even better dari result degree.aku akan sangat fokus semasa study week,di mana aku akan duduk di library dari jam 9.00 am-4.00 pm(study week aku ambik cuti),dan aku akan buat peta minda,seterusnya aku akan bincang dengan kawan-kawan supaya lebih faham.

8.Cabaran study waktu kerja adalah semestinya tuntutan kerja,sebab boss aku bagi aku sambung belajar dengan syarat tidak mengabaikan tugas hakiki.paling sadis adalah semasa hari exam ada kejadian food poisoning di penjara,jadi walaupun aku cuti,aku tetap kena datang siasat.nasib la masa tu paper Microbiology jadi boleh la study sambil siasat keracunan makanan.
Undergrad sangat wajah...mati la perasannnn


9.walaupun sibuk kerja dan study,tapi jangan sampai mengabaikan diri dan ibadah.masa study aku curi masa juga pergi gym untuk kekal cergas.bab makan je terbabas sebab kadang tak sempat makan proper petang,jadi malam balik kelas lapar jadi aku akan makan berat.sebab tu makin membulat dan susah nak turun.

10.doa ibu bapa juga amat penting.aku jarang dapat balik kampung sebab Sabtu ada kelas,dan juga nak buat lab.tapi selalu aku call mak aku,minta maaf sebab tak balik.

11.Orang kata belajar tua tua susah nak masuk dah.aku rasa macam sama je sebenarnya.ikut orang juga,dari segi pick up sama je macam masa umur 20 tahun,cuma part lab tu sedikit kejung,nasib tak pecah agar aku masa buat streak plate.cehh padahal masa degree lagi dah jadi streak plate disaster sebab rajin hancurkan agar.hahahahaha

Konvo akhirnya

Alhamdulillah lulus akhirnya.cuma lepas master ni macam bosan pulak tak buat apa malam malam dan weekend.Dulu boleh ah buat buat study ke buat buat assignment ke,sekarang terkebil kebil dah.Tapi tu la,sanggup ke tidak nak buat PhD pulak?????


Wednesday, March 02, 2016

Pengalaman Beli Rumah

fuh..setahun tak blogging.Banyak sebenarnya nak menulis sebab macam-macam terjadi dalam tempoh setahun.Sambung master (dan lulus..alhamdulillah), pergi Korea dan paling besar mestilah pasal beli rumah.Sampai password pun dah lupa.Dua kali log in baru dapat.Hahaha

Menjawab pertanyaan kawan-kawan mengenai macam mana cara beli rumah.Alhamdulillah, aku berjaya membeli apartment di Plaza Indah, Kajang dan secara rasminya dapat kunci pada 24/2/2016 haritu setelah berurusan selama 7 bulan (quite a long story sebenarnya ) yang akan aku elaborate nanti.Rumah tersebut adalah rumah sub-sale (Beli direct owner ).Berkeluasan 960 sq ft dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Kronologi 

Januari-Mei 2015
Setelah tidak jadi berkahwin kerana pakwe lari (kah..kah..kah),maka terdapat la sedikit duit simpanan yang kengkononnya nak simpan untuk berkahwin pada tahun 2012.Aku meneruskan saving tabung kahwin seperti mana kebiasaannya.Setelah 3 tahun,masih belum berkahwin(okeh panjang sangat intro),maka duit yang terkumpul sudah cukup untuk membayar deposit rumah berkos sederhana.Seterusnya pencarian rumah idaman bermula.

Ciri Rumah Idaman(dalam kemampuan):
1.Apartment yang ada sekuriti sebab nak duduk bujang
2.Area bangi-Kajang-Putrajaya,sebab dekat tempat kerja,easy access ke kawasan tumpuan (UPM,UKM,UNITEN,kompleks pentadbiran kerajaan Putrajaya,highway,public transport dan shopping mall.
3.Harga bawah RM 300,000
4.Kawasan yang bersih
5.Dekat dengan tempat makan dan surau/masjid

Setelah meriki sana sini di sekitar Kajang-Bangi-Putrajaya,maka terjumpalah rumah sekarang.Dapat deal direct owner,dan dia quote harga sebanyak RM 260,000.Di mana deposit perlu dibayar sebanyak 10 % (RM 26,000).Start cari lawyer dan loan.Tuan rumah mencadangkan untuk pakai lawyer yang sama bagi tujuan SPA(Sale Purchase Agreement/Perjanjian jual Beli)

Jun 2015
Start submit loan ke bank-bank berkaitan.Aku tak pakai government loan dulu sebab i have better plan.Sayang oh pakai government loan untuk rumah yang harga nearly half dengan kelayakan (Kelayakan aku RM 400,000).So government loan aku peram dulu.Akhirnya aku pilih Maybank Islamic untuk pembelian rumah ini..Dalam masa yang sama,cari lawyer untuk loan.Sebenarnya boleh je sama dengan lawyer SPA tetapi gatal apa tah gi ambil lawyer yang bank suggest.Perkara yang dikira untuk membolehkan loan lulus termasuk DSR(debt-serve ratio) di mana hutang tak boleh lebih dari 70 % gaji.Antara perkara yang perlu bawak masa apply loan adalah:

1.Salinan IC
2.Copy SPA
3.Slip gaji 3 bulan
4.Slip EPF latest
5.Surat pengesahan jawatan

23 Julai 2015

Sign SPA bersama owner di  Pejabat Lawyer SPA.Bayar sekali deposit 10%.Lawyer quote harga dia iaitu sebanyak 5985.00.Antara pecahan asas bagi bayaran ni adalah:

i) Yuran Guaman
ii)Duti Setem (Pembeli kali pertama bawah RM 400,000 boleh request diskaun 50 %)
iii)Pelbagai-mileage,photostat,etc


Perjanjian SPA adalah untuk 90 hari dan kalau lewat kena bayar interest (Bergantung kepada siapa yang salah)

Dalam masa yang sama,Loan aku lulus dan aku terus jumpa lawyer untuk tujuan loan.Bagi lawyer loan,bayaran adalah sebanyak RM 5364.36 dan bayaran termasuk

i.Yuran Guaman-dikira berdasarkan jumlah pinjaman
iiDuti setem (Islamic loan boleh request diskaun 20%)
iii.Valuation fee
iv.Pelbagai

dan pecahan dikira macam ni 

Yuran Guaman
a)Yuran Guaman(lawyer SPA ikut harga rumah,lawyer loan ikut harga loan)

RM0 – RM150.000                  – 1.00% (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300)
RM150,001 – RM850.000       – 0.70%
RM850,001 – RM2,000,000    – 0.60%
RM2,000,001 dan seterusnya – 0.50%

b)Duti Setem
Harga hartanah
RM100.000 yang pertama  – 1.0%
RM 400,000 yang seterusnya  2.0%
Selepas RM500,000 – 3.0%

c)Valuation Fee(Ikut harga rumah)

RM 100,000 pertama           0.25 %
RM 1,900,000 berikutnya     0.20 %
RM 5,000,000 berikutnya     0.17 %
RM 8,000,000 berikutnya     0.13 %
RM 35,000,000 berikutnya   0.10 %

***************************************************************************
Ya Ampun.....dah setahun baru nak sambung entry...berkarat dahhhhhh

Lepas tu selalu kena follow up follow up follow up.Macam kes aku ni apesal tah lawyer loan lembap sangat so benda jadi pending sampai la bulan 1.Nasib campur tolak cuti bagai,tak kena denda SNP tu...Kalau tak menangis kakak.

Nanti dah setel segala dokumen,lawyer SPA akan call untuk ambil kunci rumah di pejabat mereka.Dalam masa yang sama nanti,dapatlah surat kena bayar bulan-bulan berapa daripada Bank.

Selepas semua tu setel,maka boleh la pergi ke:

1)Majlis perbandaran yang terdekat bagi tujuan tukar nama bagi cukai tanah/cukai pintuYang ni korang kena bawak.

1. Salinan I/C
2. Salinan S&P (dua muka surat pertama & muka surat terakhir yang ada sign² tu)
3. Salinan cukai taksiran (yang lawyer bagi tu)

2)Pejabat TNB (untuk tujuan tukar nama kat bil)

Dokumen TNB
1. Borang permohonan (boleh ambil kat mana² pejabat TNB)
2. Salinan I/C
3. Salinan S&P 
4. Duit deposit(Apartment RM250)
5. Duit setem hasil (RM10)
6. Duit charge untuk proses (RM3)

3)Pejabat SYABAS-ikut jenis rumah.Aku tak kena sebab duduk apartment

4)Management Office-Tukar nama rumah dan dapatkan access card

Dokumen Management Office
1. Salinan I/C
2. Salinan S&P 

Seterusnya,boleh la start shopping perabot,pasang kitchen cabinet dan duduklah dengan aman di rumah kamu itu.

Berapa anggaran cash untuk beli rumah subsale?

Seriously kalau nak beli rumah subsale memang banyak duit modal diperlukan.
Untuk kes aku:

10% deposit dari harga rumah RM260,000---> RM 26,000
Bayaran Lawyer SNP=RM5985.20
Bayaran Lawyer Loan=RM5300.30
Valuer=RM920
Cukai MPKJ = RM 110
Bayaran TNB=RM 263

Total=RM 38,578.50


Sebenarnya beli rumah ni memang kena komitmen betul betul.Selain bayar bulan-bulan kena konsider juga cukai taksiran,maintenance fee(Apartment aku RM 130 sebulan),bil api air dan elektirk.

Diharap tips ini dapat membantu korang-korang yang nak beli rumah juga la ya...


Monday, June 15, 2015

Denggi

Sebenarnya esok exam,tapi dah tepu,mari la berblogging setelah lama blog dibiarkan berkarat.

Hari ni aku nak bercerita pengalaman aku menghidap denggi.Ni kali kedua.First time kena 2011,tapi tu tak teruk sangat,light light je.Kali ni teruk sampai admit kat ward.



13/2/2015(Rabu)

Dari malam rasa badan menggigil-gigil macam hape.Serius tak boleh tidur sebab rasa seram sejuk.Telan panadol sebijik,akhirnya dapat jugak tido.Esok pulak ada program germ buster,di Cyberjaya.
Bangun pagi memang rasa sakit sangat kepala,tapi gagahkan jugak drive ke Cyberjaya.Sampai sekolah tu,kawan aku tegur muka aku nampak sangat pucat.Sebab sampai awal sebelum program,sempat lah dia bawak aku ke klinik private sekitar Cyberjaya.
Sampai klinik Dr ambil darah untuk test.Aku beria la kata maybe denggi sebab simptom lebih kurang sama dengan 2011,tapi Dr kata viral infection je.Dia bagi ubat dan bagitau result petang nanti call.
So,aku cakap dekat kawan aku,aku dah tak tahan.So drive balik Bangi,sepanjang perjalanan balik 3 kali berenti sebab sangat sakit

Petang klinik call dan bagitau result negatif.So rileks je la dengan anggapan esok akan bertambah sihat

14/2/2015(Khamis)

Keadaan makin teruk.badan makin sakit.so aku pergi pulak Klinik kesihatan bangi.Ambil darah dan time ni platelet dah 189.Positif denggi.aku diberi satu borang di mana hari-hari kena datang untuk pantau keputusan darah aku..Dapat MC naik rumah tidur.


Layman macam kita tengok kat Platelet je



15/2/2015(Jumaat)

Time ni platelet makin drop ke 120.Doktor nasihatkan aku suruh banyak minum air.keadaan diburukkan lagi dengan aku period time tu.Memang sangat sakit badan dan terasa lemah sangat.Aku call mak aku,dan nasib baik adik aku Syahid ada.So,diorang datang dalam malam jugak la.

16/2/2015(Sabtu)

hari ni rasa badan dah sihat sikit.maklumlah mak datang.So aku konpiden je la turun klinik nak ambil darah macam biasa.Nasib la klinik bangi bukak hari sabtu.Memang expect platelet count akan naik hari ni.Tapi silap,platelet aku drop sampai 90.Oleh sebab jatuh bawah 100,nak tak nak aku perlu dibawa ke Hospital Serdang.Mula-mula ingatkan boleh drive,rupanya takkk.Kena naik ambulans wehh.Merasa la berneno neno neno dari Bangi ke Serdang.

Next 9 jam adalah waktu penantian satu penyiksaan yang paling menyeksakan.Kau bayang kecemasan hospital Serdang tu tahap sendat tahap pasah sendat.Sampai patient kena drip sambil duduk selama beberapa jam,dan ramai sangat foreigners dalam wad tu.Majoriti denggi.

Pukul 6 petang baru dapat baring.Memang berasa sangat rimas dan takut sangat admit ward.Alhamdulillah,pukul 9 malam dibenarkan balik ke rumah.TIme tu jugak mak aku decide nak bawak balik kampung sebab senang nak jaga.So Dr hospital Serdang keluar reference letter untuk aku follow up di batu Pahat

17/2/2015(Ahad)

Pagi-pagi balik kampung.Dalam pukul 11 sampai.Rehat kejap dengan harapan nanti platelet naik-->ada kaitan ke?hahaha.

Pukul 2.00 pm pergi ke KK Parit Sulong untuk ambil darah,dan as expected,platelet drop ke 80,dan memang kena admit ke Hospital Batu Pahat.Sekali lagi nenonenoneno.sampai batu Pahat,kena drip,dan terus admit ke ward.


Time ni jugak rashes dah mula naik.Ko tengok tangan aku dah rupa tangan jantan dah dengan bengkaknya dengan rashesnya.

Petang tu jugak Pejabat Kesihatan call.Tapi aku tercakap lak alamat kat sini,dan ada balik kampung last week.Tetiba petang mak cik aku call bagitau rumah dia kena fogging sebab alamat aku pakai rumah dia.wahahaha


18/2/2015(Isnin)

Duduk ward ni sehari sampai 4 kali kena amek darah bagi tujuan pemantauan takut-takut kena denggi berdarah.Selain banyak minum air,aku juga ada amalkan petua makan sup ketam dan air daun betik.


Air daun betik ni memang penyelidikan oleh IMR.

time ni jugak la aku menerima dugaan.sebenarnya ada je kerja yang terpaksa aku pendingkan sebab aku admit ke ward.Tapi orang kilang pulak bising-bising,langsung tak nak consider aku sakit.Siap push untuk aku release report.Oleh sebab aku malas nak kecoh dan orang memekak,maka aku buat je lah report,dan email ke opis supaya budak opis printkan.part yang kena sign,aku mintak mak aku printakn kat rumah,bawak untuk aku sign.Kemudian scan balik dan email semula ke opis.Gitulah penjawat awam,berkhidmat untuk negara walaupun dalam kesakitan.Ko tak buat orang akan complain tanpa mengira engkau denggi ke hape ke.

Mungkin sebab stress kena buat kerja dalam keadaan sakit,hari ni platelet aku drop sampai 60.Dasyat tak dasyat.

19/2/2015(selasa)

Alhamdulillah,dengan izin allah dan berkat mencuba minum jus betik,makan kiwi dan minum banyak air,hari ni platelet meningkat sampai 80.Selera makan pun dah ada,tambahan pula disajikan makanan hospital yang enak daripada dapur bertaraf GMP gitu.Ko jangan main-main dengan makanan hospital zaman sekarang okeh..

Nasi goreng dan air milo

20/2/2015(rabu)

First day of Chinese New Year.dapat perkhabaran gembira apabila platelet naik sampai 90,dan aku dibenarkan keluar ward dengan syarat Ahad nanti datang follow up.Maka aku pulang la ke rumah.Time ni dah boleh sembahyang,cuma aku tak boleh solat berdiri,still rasa nak tumbang.Duduk rumah sambil meneruskan rutin makan sup ketam,minum jus daun betik dan makan buah kiwi.

24/2/2015(Ahad)

Follow up semula dan platelet dah 3++.Hari ni jugak balik ke Bangi drive sendiri tapi adik ada kat sebelah la.Selamat sampai ke Bangi.Esoknya siap gi miting lagi kat Klang,drive sendiri jugak

Post Denggi
Dalam 2 minggu memang badan akan terasa sangat letih,efek still ada.Tapi lepas tu awas,selera makan akan jadik macam jin selepas sihat.Sepanjang denggi aku drop 4 kg,dan 2 bulan lepas denggi naik pulak 5 kg.Hahahahahaha

Tips Demam denggi:
1.Kawal pembiakan nyamuk aedes,pastikan tiada takungan air di kawasan anda.jaga kebersihan
2.Kasi shieldtox/ridsect itu nyamuk
3.jangan merayap-rayap kat luar time nyamuk aedes keluar iaitu magrib dan Subuh
4.Beri kerjasama sewaktu orang fogging rumah anda,bukak pintu.Jangan nak marah-marah
5.Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi kesembuhan
6.Banyakkan minum air 

Untuk pengetahuan,virus denggi ada 4 strain.So,setiap kali kena denggi kita akan resistant(kebal) kepada satu strain.Sebab tu orang boleh kena denggi berulang.Macam aku dah kena dua kali,so ada harapan lagi dua.Tapi tidak lahhhh.perit ohhhh


Tuesday, May 19, 2015

Pakej Percutian murah All in Pulau Perhentian






Pakej percutian all in Pulau Perhentian.Berminat sila email di syzwna[at] gmail.com,

Monday, January 12, 2015

Tips Interview Pegawai Teknologi Makanan

Sekarang ni musim interview untuk jawatan aku kerja sudah tiba.Ramai kawan-kawan tanya,oleh kerana tak larat nak jawab soalan sama banyak-banyak kali,jadi aku tulis la kat sini.Senang orang tanya aku bagi je link blog ni.Sambil-sambil menambah Nuffnang.hew hew hew padahal Nuffnang dah lupa password.Nak log in blog ni pun sampai try 3 kali.Kalau kad ATM lama dah kena block.hahaha

Sebenarnya dulu balik interview aku terus tulis pengalaman,tapi dalam tahun 2011 aku padam,takut sangat kawan kerja baca.*yeah i'm poyo and i know it*

By the way,tips ini jugak boleh digunakan untuk interview jawatan lain dalam perkhidmatan kerajaan.Lebih kurang je.

Sedikit perkongsian pengalaman,aku dulu interview kt JB,apa nama bangunan tu pun aku dah tak ingat.tapi gerak pagi-pagi dari Batu Pahat drive sendiri.Mak aku teman time tu.Blazer pinjam blazer mak cik aku,gila besar punya blazer,tapi aku tetap konpiden pakai sambil perasan cun.wahaha.okeh konpiden itu penting.Time tu baru sebulan konvo,tengah kerja RA kat UPM sambil propose nak sambung master bulan 12 tu.Umur 22 nak kena interview jawatan pegawai,dengan takde pengalaman.Pusing kanan kiri ko orang sekali interview dah pernah keje 3,4 tahun.Mau tak geletar kepala lutut.Nasib time tu ramai course mate sekali interview,termasuk sorang senior.

Yang interview 2 orang,sorang wakil jawatan tu(Pegawai Teknologi Makanan),sorang wakil SPA.Yang penting yang wakil PTM tu dah jadi boss aku kat state.Aku ingat sebab dia cantik.Hahahaha.Interview masa tu dalam Bahasa Melayu,tapi tak baku pun.Yang wakil PTM tu bercakap melayu slang sabah(ok,kawan-kawan PTM aku mesti dah dapat teka sape yang interview aku kan.kikikiki).

Antara soalan yang ditanya,soalan tu berangkai-rangkai sebenarnya:(Seingat-ingat aku la)

1.Dia tanya pasal tau tak aktiviti KKM ni.nasib la aku ni rajin google kan,so pernah la jumpa bendalah FOSIM(Food Safety Information Management),so aku kena cerita pasal bendalah tu.

2.Kemudian dia tanya tau x Akta Makanan.AKu cerita la pasal akta dan peraturan-peraturan bawah dia,termasuklah peraturan baru masa tu iaitu Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

3.Lepas tu dia tanya pasal bakteria patogenik kot.

4.Soalan wakil SPA aku ingat pasal 1 Malaysia je.Tapi tu back in 2010 la,sekarang dia dah tak tanya kot.

Tu je yang aku ingat.Dah tua dah amnesia banyak,so dah lupa yang lain.Muahahaha

Aku juga pernah interview orang,tapi untuk jawatan PTM sambilan la.Aku tak tau cara orang lain tapi masa aku interview orang benda yang aku tanya adalah:

1.Oleh kerana untuk jawatan sambilan terus hantar ke e-mail aku,aku study dulu resume tu semuanya.Kerja mana,apa semua.Untuk kerja dengan aku(mind you ni PSH je yang aku ambil,bukan SPA),aku perlukan orang ada lesen dan ada kereta.Sebab daerah tempat aku kerja kilang jauh-jauh dan susah nak dapat kereta jabatan.Takkan kau nak gi kilang kat ampang naik komuter kat Kajang,turun bandar tasik selatan,tukar LRT berenti kat Ampang,naik teksi gi kilang.so kalau daerah aku,aku prefer yang ada kenderaan.SPA tak kisah kot sebab kalau kau kerja kat makmal,ko tak banyak travel macam daerah.

2.Aku study applicant tu punya pengalaman.Kalau tulis resume pernah kerja kilang ayam sebagai QA,aku akan tanya soalan berkaitan ayam,termasuk CCP sepanjang proses ayam.CCP tu apa?Kalau tu pun tak tau,ko balik ngaji dulu la dikkkkkk.Kalau kata pernah develop MESTI/GMP kt kilang tempat kerja,aku akan tanya detail mcm mana ko buat sistem tu.Pengajaran,resume jangan tulis benda yang pelik-pelik atau yang kau tak tau.

Tips-tips lain yang boleh dikongsi:

1.Sila baca dan khatamkan web ni---> http://fsq.moh.gov.my...Jangan interviewer tanya ko bagitau kau bukak BeautifulNara je.please please please.Kat web tu semua aktiviti,carta organisasi semua lengkap.

2.Skop kerja PTM.Aku pernah tulis.Sila rujuk entri ini-->Bercakap pasal kerja...Jangan mandai-mandai kata sumber rujukan blog ni.Andai kata korang kata kt interviewer korang tau dari blog ni,dan korang dapat kerja PTM lak tu,kemudian interviewer kenal aku dan membahan aku.Jangan salahkan sesiapa kalau pertama kali kita berjumpa masa meeting aku sekeh sorang-sorang.Ini amaran keras.Wahahaha.

3.Datang awal,tepati masa.Jangan banyak songeh,jangan kuat melawan tanpa fakta.Melawan boleh tapi dengan cara berhemah dan berfakta,sebab sesetengah interviewer suka provok.

4.At least tahu basic program jaminan keselamatan makanan,GMP,HACCP,MESTI,pelesenan ais,drinking and mineral water.Beza air tutup biru dengan tutup putih.tak tau sila bukak web.

5.Be confident,smart and professional.Kalau tak tau,nak menggoreng pun secara berhikmah dan confident.

6.Pastikan resume,fail-fail semua lengkap.Jangan tertinggal sana sini

7.Pemakaian kena formal.Jangan macam nak pergi ABPBH pulak.korang bukan Emma Maembong please.Pakai baju kurung,tudung bagi kemas,kasut bertutup.Kalau Khamis,ada baju batik,sila pakai.Takpun pakai baju outing sekolah menengah je.ok ini over.

8.Ambil tahu isu semasa,sama ada melibatkan keselamatan makanan atau tak.Contoh pasal keracunan makanan kat tanjung dawai yang makan ayam masak merah tu,pasal banjir,pasal GST pun tak mustahil ditanya,terutama oleh panel SPA.

Sekian itu sahaja tips saya.Jika berjaya menjawat jawatan PTM dengan menggunakan tips dari blog saya,sila hello saya jika kita bertemu masa miting.Lebih afdhal jika disertai dengan belanja makan kt Dip n Dip atau paling koman pun Burgerbyte.

Good Luck Everyone.

Sunday, July 06, 2014

Life Outside The food

Rasa lama dah tak letak muka sendiri kat blog.hihi



Sejak keja ni,kalau aku hapdet blog mesti pasal kerja.Macam kehidupan aku sangat bosan sangat tak best berkisar pasal kerja je.By the way,aku rasa kerja aku best.Orang tak suka tak apa,janji aku suka kerja aku.Get it?

Sebenarnya,life di luar kerja aku agak menarik.Being 26, and still single.Kadang bosan,tapi banyak jugak cara aku mengisi kebosanan.Pada aku,masa sebelum kahwin perlu dimanfaatkan,dah kahwin aku plan untuk settle down dunia foya-foya dan menjadi isteri mithali,devoted untuk family gittewww...kikikiki.

Antara aktiviti selama aku inactive blogging dalam dua tahun ni adalah:

1. Bersenam

Lepas raya 2012, aku terasa badan aku macam makin buntat nauzubillah macam ikan buntal. Kalau letak sebelah penguin mesti dia keliru ingat aku sebahagian daripada koloni dia. Berat 48kg dengan tinggi 148 cm dan peratus lemak 33 % memang hodoh. Oleh kerana aku malas dah ambil sebarang supplement ditambah pula nafsu makan macam jin,maka aku ambil keputusan menyertai kelas aerobik.Maka melompat-lompat lah aku dengan lemak bergoyang-goyang.Cukup sebulan timbang,berat dah turun 4 kg.Nampak lambat berbanding ambil supplement,tapi aku puas.Fat level pun turun jadi 28% dan stamina aku meningkat.



Dalam tempoh tu jugak,aku rajin follow web-web 
dan blog fitness,dan mula ternampak perempuan buat weight training.Aku macam teruja.Sebelum ni agak skeptikal tengok perempuan main weight training badan jadik ketul-ketul eee takut kau macam badang.Setelah mengetahu fakta bahawa wanita hanya mempunyai sedikit sahaja hormon testosteron berbanding lelaki,maka takde ketul-ketul,aku mengambil keputusan pergi gym main besi.Mula la kenal perkataan deadlift, squat, triceps dips dan adik-beradiknya.Sekarang,aku boleh angkat dumbell maximum 5kg(depends on what type of exercise,kalau lateral raise mampu 2kg aje).
ada berani pergi gym macam aku pakai baju hijau seluar pink.hahahaha
Main kettlebell 8 kg

Current weight is 47 kg. EH kurang sekilo je dari berat penguin aku.Tapi sebenarnya aku rasa fizikal aku sekarang lebih ok berbanding masa berat aku 42kg(ambik produk tanpa senaman,sila rujuk entry lama-lama). Aku rasa lebih fit dan sihat dan tak sekerimping zaman 42 kg yang sebenarnya skinny fat tu.
Awal 2009:Berat 50 kg
Akhir  2009 : Berat 42 kg

2012: Berat 48 kg


Latest Februari 2014: 47 kg

2. Merayap

Tahun ni ada beberapa percutian yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori,short vacation,long vacation dan bekerja sambil melancong.

i.Short vacation

Pergi Terengganu masa kawan aku Sabrina kahwin.Sabrina ni kawan satu jawatan,kenal mula-mula kat fb dan instagram.First time jumpa masa event kt Time Square. Muka buku sangat perkenalan.Wahaha.Kat Terengganu singgah Masjid Besi,Masjid Terapung,Pasar Payang dengan Marang je.Tak kisah la janji puas hati dapat angkut 1 family jalan-jalan.Pergi jumaat malam,ahad petang dah balik Bangi.

Second short vacation dengan Kak Su pergi Gold Coast Morib.Ini lagi best,ambil cuti hari Rabu tengah-tengah minggu okeh.Petang Khamis gerak,check in,merayap kat Pantai Kelanang.Promo ni aku beli masa Chinese New Year,RM 88 gitu,dapat bilik,buffet breakfast dengan theme park entrance.Puas hati la walaupun Maghrib ada bau dari kilang buat makanan ayam yang berdekatan dengan hotel.

Gold coast Morib


ii.Lawatan Sambil kerja

Yang ni aku kena audit HACCP kilang kat Kuching.Sambil kerja sambil merayap.Sempatlah naik river cruise,beli kek lapis,makan mee kolok dan pergi Kampung Budaya.
Mi Kolok,anyone?
sayang Sarawak sungainya sempit

Ni kat Taman Budaya Sarawak



iii.Long vacation

Yang ni sempena hari buruh,aku pergi Jakarta 4 hari 3 malam.Mungkin aku akan tulis entry lain pasal ni
Check in at Bali.Ceh padahal Taman Mini Indonesia je




3.Family bonding

Selagi berstatus single ni,aku akan manfaatkan masa dengan family aku.Puas hati rasa dapat bawak mak dan adik-adik aku bercuti dan berjalan ke Pahang,Terengganu,Melaka dan KL.Sebagai anak perempuan, ni je lah masa untuk aku merayap sana-sini bawak family.Dah kawen,priority kena bagi pada husband pulak.



4.Mencari calon suami

Eh..ini..err....Babaiiiiii

Tuesday, May 27, 2014

Cokolat Vavavi

disclaimer: Blog post ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja,bukan kenyataan rasmi daripada jabatan.Kot nak kenyataan rasmi gi follow Facebook KKM sana

Semenjak busy ni jadi tak sempat update blog,dari update blog,baik aku buat report,kot dituduh kaki tangan awam makan gaji buta.Jadi update kali ini adalah style menulis laju-laju ala-ala blog post Tun Mahathir.eh,blog beliau wujud lagi tak lama tak baca.Senang kata jawab style FAQ gitteww

Isu : Sample coklat Cadbury yang diambil oleh KKM dikesan DNA porcine a.k.a cik ibab

1.Kenapa KKM yang ambil sample,menyibuk je.Baik gi rawat orang sakit yang beratur ramai-ramai kat hospital,takpun gi cek ubat kuat kuasa kuda ada steroid lagi bagus.

Hello,kau ingat KKM ada doktor,nurse dengan ahli farmasi je ke.Kot kau suruh aku food tech gi merawat orang sakit sana lagi cepat kojol aku tak tau.
Beginilah senang cerita,KKM mempunyai kuasa power rangers terhadap semua makanan di malaysia,baik import ataupun lokal.Kuasa tersebut adalah terkandung di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya.Ini bermaksud kesemua makanan, Halal atau tidak, adalah di bawah kuasa KKM.so suka hati lah nak ambil sample apa.
Berbeza dengan JAKIM,JAKIM hanya ada kuasa terhadap makanan yang telah diberi persijilan Halal sahaja,itu pun bukan akta bawah mereka,tetapi menumpang pada Akta Perihal Dagangan di bawah KPDNKK.

Dalam kes Cadbury(ke Cabbury LOL),KKM mengambil sample bagi menguatkuasakan peruntukan perlabelan di bawah Peraturan Makanan 1985 seperti berikut:

i) Peraturan 11(1)(c) yang menghendaki produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging khinzir dilabel dalam bentuk seperti "Mengandungi" (dengan menyatakan sama ada daging lembu, daging khinzir atau lemak khinzir atau mengikut nama yang berkenaan).
ii) Peraturan 11(1)(f) menghendaki nama biasa haiwan dilabel jika makanan tersebut mengandungi minyak atau lemak daripada haiwan.
iii) Peraturan 11(3) memerlukan nama biasa haiwan dilabel jika ramuan makanan adalah daripada sumber haiwan

Dalam hal ni aku boleh bagi beberapa contoh untuk elaborate:

1) Produk adalah daging lembu jenama Ramlah , tiba-tiba KKM ambil sample, dan didapati DNA kerbau dijumpai dalam sample burger Ramlah.Walaupun kerbau tu disembelih secara halal oleh tukang sembelih yang baru lepas solat dhuha, kerbau diperdengarkan ayat Quran, diazankan sebelum sembelih.

Syarikat Ramlah boleh didakwa atas alasan menipu dalam pelabelan,kau guna daging kerbau ko declare daging lembu siapa suruh.

2 ) Produk gula-gula perisa limau syarikat Ah Seng ( tiada sijil Halal) diambil sample oleh KKM dan didapati positif DNA babi.

JAKIM boleh ambil tindakan? Tak, sebab dia bukan pemegang Halal Jakim
KKM boleh ambil tindakan ? boleh,sebab dia patut tulis kat label "Gula-gula ini mengandungi babi"


2. Jahat betul CADBURY ! Kita kena saman sebab mempermainkan maruah umat Islam!

Rilek brader,brader rilek.Jangan gelabah puyuh. Belum tentu babi ditambah secara sengaja dalam ramuan. mungkin datang dari pencemaran.Bagi KKM dan JAKIM siasat dulu

3. Mana datang pencemaran?Ada ladang babi ke belakang kilang Cadbury?
 
Analogi hodoh ni sama macam soalan mana datang jerebu sedangkan takde orang bakar sampah belakang rumah aku. Pencemaran yang dimaksudkan adalah pencemaran silang. Mungkin babi tu datang dari pembekal bahan mentah  ,mungkin dari pengendali, mungkin pengangkutan(kot la lori cadbury penah eksiden dengan lori babi ke,who knows), atau minyak pelincir mesin. Part ni jangan susah-susah nak buat kerja Food tech, bukan korang dapat gaji kitorang pun.

4. Dengan kata makmal MKAK tak diiktiraf, makmal JKM je diiktiraf. Sebab dalam keputusan analisa tu sendiri ada tulis cenggini
*method tidak diakreditasi oleh SAMM

Ini satu bebal jahil murakab.Kot tak pernah baca result makmal jangan nak mengada-ngada.Untuk makluman kalau * tu ada kat sebelah method tu, barulah bermakna method tu tak diiktiraf SAMM. bukan bila ada * bawah menunjukkan kesemua tak diiktiraf.Aku bagi contoh mudah:

parameter                 keputusan       method                      lod/loq
DNA kambing            DK                wxy3                        34/56 mg/kg
DNA itik                     TDK              xxx6*                       23/45mg/kg
DNA lembu                TDK                gtty                           46/65mg/kg


*method tidak diakreditasi oleh SAMM

Maksudnya,bukan kesemua method tak diiktiraf tapi method xxx6 yang test DNA itik je tak diiktiraf,method nak kesan DNA kambing dengan lembu diiktiraf.

5.Bagusnya orang yang upload result tu,prihatin pada umat Islam

Itu bukan prihatin,itu gelabah puyuh.Kot dapat result camtu,bukan terus blame,siasat dulu.Macam aku kata tadi,mungkin bukan Cadbury sengaja letak,tapi mungkin dari segi pencemaran.Inilah yang dipanggil kawalan sepanjang rantaian makanan.kalau siasatan mendapati betul letak,baru boleh didakwa.

6.Habis tu sekarang halal ke haram cadbury tu?

Not the right person tu answer.Halal Haram tanya JAKIM.titik.

7. Analisis dibuat 27 Februari kenapa Mei baru reveal?

Amboi,kau ingat test DNA tu macam test pregnant ke.letak atas makanan,keluar dua line,terus kata positif ada babi.terus terang cakap,masa aku study 4 kali lab baru settle buat module DNA ni tahu tak?Proses tak berapa ingat tapi basicallay mana-mana sample perlu dihancurkan,dihomogenisekan,sub sample dan banyak lagi proses.Lagipun,bukan 1 je sample tu lab terima.Beratur tahu tak beratur. 
Lagi 1,kalau positif,bukan terus keluar result,tapi kena ulang balik kesemau prosedur(retest) bagi memastikan kejituan result yang diterima.So,tarikh 27 Februari tu mungkin baru mula nak hancurkan sample tu.

8. Tak boleh ke KKM JAKIM buat pemantauan lebih kerap.Ambil sample semua makanan?

Kau ingat staf ramai sangat nak buat kerja-kerja tu.Dahla kau suruh buat kerja banyak,nanti kerajaan bagi bonus penjawat awam setengah bulan gaji pun korang bising.Sepatutnya tanggungjawab syarikat tersebut la buat kawalan sendiri.

9.Kalau kata tak cukup staf , kenapa tak ambil staf.Ambiklah kami orang-orang awam ni yang buat pemantauan

Nak amek orang yang main hafal list E code lepas tu cek kat label tengok ada tak kot E-babi suruh buat pemantauan?nak suruh orang yang forward wassap list haram ada ridsect bygone tu cek raw material?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA



Wednesday, October 09, 2013

Jawatan Kosong-Pegawai Teknologi Makanan(Sambilan)

Vacancy!

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ada menawarkan 10 kekosongan(1 di HQ Shah Alam dan 9 di daerah seluruh Selangor),bagi jawatan Pegawai Teknologi Makanan.

Tempoh kontrak:3 Bulan(okt-December 2013).Akan dilanjutkan jika ada bajet.

Kriteria:
1.Ijazah dalam bidang sains makanan/teknologi makanan yang diiktiraf
2.Pengalaman tak perlu takpe,fresh grad pun ok
3.Mempunyai lesen memandu dan kalau boleh kenderaan sendiri(banyak keje luar)
4.Sentiasa mahu belajar dan berusaha

Gaji:RM100 sehari

Boleh email resume anda kepada saya di alamat:syzwna@gmail.com

Tarikh tutup:13/10/2013

Monday, October 07, 2013

Ayam beracun oiiii

Lama tak memblog.Banyak keje katanya.Hari ni agak aman damai tenteram,maka memblog la sekejap.

Seminggu dua ni kecoh pasal keracunan makanan,orang mati,sakit perut sana sini.Haritu kat Tanjung Dawai,lepas tu Tapah.Sebenarnya tempat aku ada jugak,tapi tak kronik so tak masuk paper,Alhamdulillah.sana sini orang dok salahkan ayam,ayam cucuk la(like what the hell ayam cucuk boleh buat Food Poisoning??),ayam busuk la.Kesian ayam,mereka tak bersalah.Maka,aku selaku presiden ibu ayam sedunia ingin menegakkan kebenaran,bahawa ayam BUKAN lah punca utama keracunan makanan,tetapi sikap manusia sendiri yang menyebabkan ayam menjadi medium bakteria penyebab keracunan makanan.Jangan salahkan ayam,jangan salahkan bakteria.Dah Allah cipta dia lagu gitu,muhasabah diri sendiri sikit.

ayam kita tanggungjawab kita

Berdasarkan pengalaman handle kejadian keracunan makanan,memang agak COMMON berlaku kes melibatkan ayam,selain nasi dan sambal.Ketiga-tiga bendalah ni memang selalu lah.Kira dalam 10 kes,4 sebab nasi(lemak/goreng/hujan panas/apa-apa je la),4 sebab ayam dan 2 sebab sambal.Selain faktor pencemaran silang(pekerja keluar jamban poo poo tak cuci tangan lepas tu pegang ayam),faktor utama penyebab keracunan adalah sifat semulajadi produk makanan tersebut yang merupakan perumah bakteria.

Mari kita kaji bahaya-bahaya yang terdapat dalam makanan,selain kegemukan jika makan terlampau banyak:

1.Fizikal:kaca,rambut,dawai
2.Kimia:pewarna berlebihan,pengawet tak diluluskan,sabun cuci tak bersih
3.Mikrobiologi-Kuman,virus,fungi dan toksinnya.Ini susah sebab ko tak nampak,melainkan kulat roti la

Dalam kebanyakan kes,keracunan makanan,puncanya adalah bilangan BAKTERIA yang tidak terkawal.Nak hapuskan seratus peratus memang mustahil,tetapi ia boleh dikurangkan ke tahap yang tidak membahayakan.Malas nak bebel banyak-banyak,meh I bagi petua ke arah penyediaan makanan selamat.

1.Jaga kebersihan

Nabi ada bersabda,"Kebersihan adalah sebahagian daripada iman".Tapi ni lah masalah sebahagian orang Islam.Kekadang aku masuk kilang aku pun konpius,ni kilang makanan ke kilang tikus.Masuk je semerbak harum bau tikus.Tak bagi sijil kelulusan karang,meroyan kata tak nak membantu sesama Islam,kilang babi boleh dapat,kilang Melayu tak boleh.Dah kilang babi bersih,atas dasar apa tak boleh keluarkan sijil,ye tak?

2.Asingkan makanan mentah daripada makanan yang dimasak

Ini adalah perkara asas bagi mengelakkan kuman kat makanan mentah tu merebak kat makanan dah masak.Habis purpose kau masak dia.Kalau boleh,gunakan papan pemotong yang berbeza bagi makanan mentah,dah masak,dan tak perlu masak(buah/salad).Kat dalam peti sejuk tu,kalau boleh makanan dah masak tu letak dalam tupperware,tak tau mana nak beli,depan opis aku ada kedai plasticware.Beli je situ.

3.Masak dengan cara yang betul

Kalau boleh,suhu kena 70 C,tapi rumah takde termometer kan.Tips dia pastikan makanan nampak berwap.Kaedah defrost kena betul.Macam ko nak masak ayam untuk dinner,pagi sebelum kerja tu boleh siap-siap letak kat peti bawah,so that,balik keja cair dah ayam tu.Lagi 1 tips,JANGAN freeze kan balik makanan yang dah didefrost,keluarkan sikit-sikit supaya tak membazir,ni tak,makan sorang ko keluarkan sekor ayam belanda ala-ala Krismas.Kesengalan apakah itu?

masa masak tu belek-belek,pastikan semua part dimasak,terutamanya kalau masak portion banyak.Kalau nak reheat pun,reheatkan semula makanan tu betul-betul.

4.Simpan makanan pada suhu yang betul
-Jangan letak makanan pada suhu bilik lebih 4 jam.Tips tambahan,jangan makan nasi kenduri lebih pukul 3 petang.Eh,cam terasa pulak dengan tips diri sendiri.Wakakaka
-Peti ais pun kena selalu tengok,jangan overload,jangan jadik igloo.
-Jangan simpan makanan terlalu lama walaupun dalam peti sejuk.NI tak,daging beli masa nak raya haji,ada lagi masa raya korban.Maksimum dalam 2 bulan tu dah lah.

5.Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Masa beli tengok betul-betul.Kalau produk proses,tengok tarikh luput.Kalau bahan mentah,tengok fresh ke tidak.Sayur elok ke tidak,daging tu aku sugest beli yang fresh,sebab kalau beli yang frozen,kita macam tak nampak sangat keadaan beliau yang sebenar,tapi kalau dah takde sangat,beli je sambil bertawakal kepada Allah.

6.Gunakan deria Lihat,Hidu dan Rasa

Kalau dah rupa pelik,bau masam,rasa haram,yang kau pergi makan buat apa?Memang mengundang la jawapnya.Cepat-cepat la berhenti makan,jangan nak tembolok sangat.Kalau makan kat kedai makan ke,kantin ke,then jumpa macam tu,boleh laporkan ke Pejabat Kesihatan orang lain yang berhampiran,JANGAN pejabat aku.hohoho.Ni dah tengok kedai kotor macam loji najis,gi ngadu kat jiran sebelah,kata kesihatan tak pernah cek.Aku cepuk kang,ngadu kat jiran buat apa,ngadu la kt KKM.

7.Pilih tempat makan yang sesuai dan bersih
NO need to say,masing-masing dah besar kan.

8.Kalau ada gejala keracunan makanan,cepat-cepat dapatkan rawatan.Kau rasa remeh,tapi sebenarnya impaknya besar.Aku pun pernah kena kes macam ni,kena admit kat wad seminggu,siap masuk air dalam badan lagi.

9.Mulakan makan dengan Bismillah,disudahi dengan ALhamdulillah.Begitulah sehari dalam hidup kita,mudah-mudahan diberkati Allah.

Kesimpulannya,keselamatan makanan adalah tanggungjawab KITA semua.







*Poster-poster  ni boleh la print lekat kat esbok.Nak hard copy,boleh mintak kat Pejabat Kesihatan orang lain.*matilah kalau boss baca.Larikkkkkk


Sunday, July 14, 2013

Ini blog perempuan:Iftar day 5(telur masak kicap)

Hari ni dah balik Bangi.Takde mood sangat nak masak.Jadi masa simple je

1.2 biji telur yang telah digoreng asing-asing-->Perlu ke bagi resepi goreng telur?
2.Bahan kisar:
-2 cm Halia
-2 ulas bawang putih
-1 ulas bawang besar
3.Rempah(bunga cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang)
4.3 sudu Cili boh/cili kisar
5.Kicap
6.Gula dan garam
7.air
8.Sos cili

Cara memasak

1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sampai naik bau
2.Campak rempah.Gaul sampai naik bau
3.Campak cili boh.Gaul.Tunggu sampai pecah minyak
4.Masuk kicap dan Sos cili.Gaul ikut kepekatan.Tambah air untuk bagi berkuah
5.Ejas gula dan garam.Kalau suka masam boleh letak asam keping.
6.dah mendidih,tutup api.Siap untuk dihidang

Selamat mencuba

Ini Blog perempuan:Resepi masakan 2 hari berbuka puasa(kacang Pool Hajah dan Nasi tomato ayam Masak merah)

Kali ni aku macam sedikit rajin untuk berlatih menjadi suri rumah.Makanya,siap amek cuti 3 hari okeh untuk duduk rumah tolong mak masak untuk berbuka.Mithali tak?Muahaha

Untuk berbuka day 1,masak ayam sambal je.Tapi tak amek gambar malas.hahaha

Berbuka day two aku buat Kacang Pool.Bagi orang-orang luar Johor,kacang pool ni adalah makanan yang khusus di JB,kat Batu Pahat pun takde.Resepi dapat dari kawan aku,Sa'dah(thanks babe..mmuahh),tapi aku modify sikit sebab nak makan dengan roti Jala,so aku buat dia kering ala-ala rendang.Oleh sebab resepi dah ejas sikit-sikit,makanya aku tukar tajuk dia Kacang Pool Hajah,instead of Kacang Pool Haji yang femes kt JB tu.

Ini la rupanya bendalah ni

Bahan(untuk 2-4 orang)

Kacang Pool.Aku pakai setengah tin je.Buang air dia dan hancurkan


ada kt kedai runcit.

2.Daging cincang.Aku pakai brand Ramly.1 paket ada 2 kan,guna 1 je
3.Serbuk kari 1 sudu-Bancuh dengan air
4.Cili boh/cili giling/cili kering yang direbus-Aku pakai 2 sudu je
4.Sos Black Pepper(takde dalam resepi asal,aku tambah 2 sudu nak bagi pedas)
5.Bawang besar-Potong Dadu
6.bawang putih-hiris
7.Limau nipis

Cara-caranya
1.Panaskan minyak masak
2.Masukkan bawang putih dengan bawang besar.Kacau sampai agak-agak layu di tasik madu.Ceh jadik lagu pulak
3.Masukkan serbuk kari,dagung cincang dan air la ikut suka jadik cmne.Macam aku nak buat pekat aku bubuh air sikit je,tapi kalau rupa beliau asal memang agak berkuah
4.Agak-agak daging dah empuk,campakla kacang tu dalam kuali.Tambah garam dan sos black pepper,tunggu sampai mendidih.barulah kompem salmonella mati.hehe
5.Letak dalam plate dan perah limau nipis
5.Dah siap hidangkan pada ibu anda.Jika beliau tak komplen kurang garam ke,tawar hebeh ke,maknanya lepas la tu.Alhamdulillah


Resepi day 2:

Nasi tomato dan ayam masak merah


Terliur tak?Tulah,siapa suruh tengok time puasa kan

Resepi nasi tomato(2-4 orang)

1.Beras Faiza Herbal Ponni Taj Mahal.Tapi ikut la beras apa ada kat rumah kan.Aku pakai beras apa yang ada je( 1 1/2 cawan)
2.Air(4 cawan-->ikut beras)
3.4 bijik bawang merah(dihiris)
4.1 inci halia(dimayang)
5.1ulas bawang putih(cincang halus)
6.1 cawan susu sejat,bukan krimer sejat.Jangan tertukar.Kang manis gila jangan salahkan aku
7.setengah botol sos tomato
8.Bunga lawang
9.Kulit kayu manis
10.Daun Pandan-->sehelai je.bukan nak buat hutan hujan tropika pun dalam tu
11.Garam
12.Marjerin Planta-->tak kisah la majerin apa pun

Cara masak

1.Panaskan majerin sampai cair
2.Campak bawang merah dan bawang putih.Kacau sampai naik bau.Bau tumis tau,bukan bau kentut.Hahahaha
3.Campak Halia,bunga lawang,kulit kayu manis,kacau sampai naik bau
4.Masukkan sos tomato dan susu sejat.Kacau sampai sebati dan mendidih
5.Now,Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos ke dalam periuk nasi,baru masukkan bendalah yang korang masak tadi.Tambahkan garam dan air.Kacau sebati
6.Masukkan daun pandan
7.Masak la nasi macam biasa
8.Dah masak,balik-balikkan atas dan bawah bagi sekata.

Ayam Masak Merah

1.Ayam ikut suka la banyak mana.Tapi aku pakai agak-agak untuk 4 orang makan la.-->gaul dengan garam dan kunyit,Goreng tapi jangan sampai masak sangat.
2.Cili Kisar/cili boh/cili giling-3 sudu
3.Sos Tomato dan sos cili-Ikut suka,kalau nak pekat guna lebih la
4.Bahan kisar-sebijik bawang besar,2 ulas bawang putih,seinci halia,sebatang serai yang dipotong kecik-kecik
5.Bawang besar-dipotong halus
6.Garam dan gula secukup rasa
7.Asam Keping sekeping je

Cara Masak:
1.Panaskan minyak dalam kuali.Campak bahan kisar.Tunggu sampai naik bau,jangan sampai hangit pulak
2.Masukkan cili kisar tadi.Tambah air sikit la bagi tak lekat,Tunggu sampai naik bau
3.Agak-agak dah naik bau.Tambah sos cili dan sos tomato.Ikut suka.Agak-agak pekat sangat tambah la air balik kan.Tapi jangan sampai melimpah dari kuali pulak.
4.Masukkan la ayam yang separa goreng tadi.Kali ni masak betul-betul bagi membunuh Salmonella yang merupakan bakteria semulajadi di dalam daging.Tak kira lembu/ayam/rusa sekalipun.
5.Campak asam,garam dan gula.Seimbangkan rasa biar takdelah manis sangat ke,tawar sangat ke.
6.Campak bawang besar yang dihiris bagi comel sikit
7.Kalau ada kacang peas pun letak la,bagi lawa presentation.Menangis Rozita Che Wan wa cakap lu.Ingat dia sorang je ke orang cantik yang reti masak?
8.Siap untuk dihidang bersama nasi tomato.Kali ni sajikan kepada bakal Mak mertua,kalau dalam seminggu boypren ko tak mintak putus atas alasan keluarga tidak merestui,maka sedaplah masakan korang tu.

Itu saja resepi ringkas saya untuk berbuka,renung-renungkan, dan selamat beramal






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja