Saturday, August 01, 2009

Keburukan-keburukan berkapel

BErkapel adalah salah satu aktiviti umum remaja zaman sekarang.Kebanyakan remaja merasakan bahawa itu adalah trend yang membuat mereka nampak cun dan hot.Ceh ayat tak macam karangan UPSR la pulak.

tapi siyes,orang sekeliling aku ni ramai sungguh yang berkapel.Best sangat ke ha kapel tu?waa..nerd gila kan soalan aku,macam la tak pernah buat.
Sebagai orang yang pernah kapel,dan kini sudah single kembali lalu bergelar janda hot,maka aku akan membuat senarai keburukan berkapel.Ok,tapi jangan assume aku akan consider benda ni dari sudut tarbiah rohaniah kerana rasanya itu korang boleh cari lagi di blog-blog ilmiah yang suka menulis mengenai cinta islamik..

1.Berkapel boleh menambah berat badan

haaa...Ini adalah salah satu keburukan utama sepanjang pemerhatian aku.Kenapa aku cakap camtu??berkapel akan menyebabkan dating.Bila dating mesti makan.tapi,adakah kapel itu akan dating dan order menu secara sihat??susah bukan??tempat popular dating adalah di restoran makanan segera seperti KFC atau pizza,atau di tempat yang nampak class sikit seperti secret recipe.

Tahukah anda bahawa jumlah kalori yang terdapat pada KFC chicken breat hot and spicy adalah 500 kcal??juga,1 slice cheese cake Secret Recipe seberat 35 g mengandungi 367 kalori dan 19g lemak??

Oh,itu tidak termasuk aktiviti mengunyah pop corn di panggung wayang sambil menghirup air pepsi.

2.Berkapel boleh menyebabkan anda pokai

DAri sudut ekonomi,berkapel adalah salah satu punca kegawatan ekonomi di kalangan mahasiswa.Mana tak,top up henset je dah berapa sebulan,nak dating keluar duit lagi...duit tambang,duit makan.last-last akhir sem mintak duit kat mak.macam la kan JPA bagi 2000 untuk 1 sem...

3.Mengganggu ketenteraman hidup

time kita tengah busy buat kerja tu lah balak nak call,mesej.tak layan,merajuk.Tak ke susah hati namanya.nak pujuk tu makan masa jugak.Time gaduh,semesta alam rasa nak bergegar,buat apa pun tak kena.
Time tak mesej,eh dia ni dah tak suka aku ke?
call tak angkat,emm,mesti tengah date dengan awek lain.

tak ke mengganggu ketenteraman hidup dan kebahagiaan diri sendiri namanya.Nak tidur pun tak lena,makan tak rasa,mandi pun rasa mcam tak best je.betul orang kata,cinta boleh buat manusia gila.

4.Membuang masa

Lebih kurang point di atas.Contoh:
dating paling koman boleh memakan masa selama 5 jam.
Tahukah anda,dalam tempoh 5 jam apa yang mampu anda buat:
-basuh baju
-buat assignment
-main game di facebook

pastu tak campur lagi gayut di telefon berjam-jam.makan masa,panas telinga.tidur lambat dan esok bangun lambat,dan seterusnya mengantuk di kelas

hahaha..beria seh kutuk orang kapel.....jeleskah?????Busuk hati gila entry ni,berbaur jeles melampau...tapi ok what???

waaaa...weekend semua orang gi dating.tinggallah gadis pingitan yang ayu ni kesepian di bilik.tapi takpe,

Being single gives me more chances to quality me-time to enjoy my leisure time.jangan bimbang,slow-slow dulu

Wednesday, July 29, 2009

SAya meluat tengok perempuan gedik,tapi kadang-kadang saya rasa mereka gorgeous

wah,panjang kan tajuknya......
Idea menulis ini dicungkil hasil brain storming bersama rakan-rakan di sebuah lab pada suatu petang
tatkala melihat facebook seorang senior
"wah,cunnya dia ni.tak perlu gedik-gedik buat-buat manja macam sesetengah orang"
yup,she is really really beautiful compared to another girls that i know,who is totally gedik dan suka buat aksi manja ala ala cute

oh,perempuan gedik memang banyak bersepah di sekeliling kita,apatah lagi di era kemodenan,equaliti di mana perempuan nak nampak menonjol dan dilihat setaraf dengan lelaki.By the way,apakah definasi gedik???
-mengada-ngada
-suka tarik perhatian
-manja yang dibuat-buat

dan ada yang faham gedik tu sebagai ceria,happening dan kelakar(wah,gedikkah aku jika begitu)

Namun,gedik yang ingin ditegaskan adalah gedik yang pilihan pertama,kalau ada yang nak kata ceria dan happening itu adalah gedik,silakan.

Biasalah,kita memang selalunya menyampah tengok perempuan gedik,dengan aksinya,gayanya,rasa macam nak sepak-sepak je kan.Tapi kadang-kadang,ada orang yang tak perasan diorang gedik.Sebab sifat manja tu adakalnya adalah semulajadi,jadi orang dah tafsirkan mereka sebagai gedik,walaupun sebenarnya tidak.kesian kan..

Tapi kalau gedik yang sengaja sampai nak buat orang termuntah..harus disepak terajang hingga terlentang....
Walau apa pun keburukan si gedik,mereka tetap ada kelabihan tersendiri iaitu selalu nampak gorgeous dan bergaya,Kebanyakan yang aku tengok macam tu la.Mungkin mereka sedar yang kegedikan mereka itu mampu meraih perhatian,justeru banyak mata tertumpu kepada mereka.dan untuk menjaga imej,maka mereka harus berpakaian kemas dan cantik.Takkan lah nak dengar orang kutuk
"dah la gedik,selekeh pulak tu"
kerana perkataan gedik dan selekeh adalah nampak antonim,tidak sesuai bergerak berganding bahu

Para gediks selalunya agak arif mengenai dunia fesyen dan penampilan diri,juga senang untuk dicam dan dikenalpasti.maka senanglah untuk dapat job kerana mereka agak berkeyakinan tinggi dan berani bersuara even nampak macam mengada-ngadalah.Cuma mereka perlu membuktikan bahawa mereka adalah beauty with brain,bukan dumb blonde.

maka wanita gedik itu selalu menepati ciri gorgeous:bergaya dan berkeyakinan.Oh mungkin kurang satu yang tak semua gediks ada iaitu BIJAK.

oh,mari lihat ikon gedik sedunia,walaupun tak bijak tetapi kaya.


P/s:bukan perempuan je,lelaki ramai juga yang gedik,namun mereka menyalah tafsirkannya sebagai romantik dan gentleman

Monday, July 27, 2009

Sehari dalam hidup seorang wanita garang

Saya seorang wanita garang.Oleh sebab itulah tiada lelaki yang mahu dekat dan menyebabkan saya single hingga ke hari ini.Mungkinkah wanita garang itu kelihatan amat kejam dan menakutkan???

Okey,siyes tipu.Takdelah garang mana pun.Cuma semalam terpaksa tunjuk garang sehingga membuatkan sejumlah umat manusia mungkin berasa jengkel

Semalam adalah hari pemilihan PRU baru.Ramai jugak la calon yang datang.EVen nama yang isi adlah sebanyak 200++,tapi yang datang cuma 100++,kira OK la kot.Oleh kerana tak cukup orang,manakala aku dah pun menjadi PRU veteren yang hampir-hampir digulingkan,maka aku mendapat amanah untuk menjadi fasi bagi menemuduga calon PRU baru.Awal-awal lagi,aku dah pasang niat jahat dalam hati untuk berlagak siyes.MAna tak,yang datang interview sorang-sorang matured gler dah sampai umur mampu kawen,gaya ala-ala matang ya amat,takkan nak ditemuduga fasi kuat sengih macam kerang busuk.Walaupun cute kononnya,terpaksa berlagak garang ala-ala virago untuk nampak matured.Ceh

ada beberapa sesi dalam pemilihan ahli baru ini
Pembinaan kertas kerja,modul,debat terbuka dan interview secara berdepan

haa...paling aku suka adalah segmen debat:i love talk
Dengan daringnya aku bagi tajuk:Blog:sebar maklumat atau fitnah

oh,ini satu isi dari peserta

"saya ada terbaca blog yang perasan yang amat,iaitu sayerbest.blogspot.Blog ini adalah sumber fitnah terbesar di dunia internet.Tengok tajuk pun kita dah tau yang ia adlah blog picisan.MAna taknya,dia tak best pun mengaku best.Merepek merapu pulak tu.Orang yang buat tu mesti suri rumah yang bosan gila laki outstation,anak pergi asrama,nak cari laki lain pun x boleh sebab takde duit nak beli mekap.jadi dia tulis la blog tu"

anda percaya?percayalah anda sedang ditipu.Berani la peserta tu cakap gitu.harusssss kena humban dari tingkat 3 FSU time tu jugak.

Haa.the most crucial part adalah semasa sesi terakhir iaitu interview.ada 5 penemuduga dan 4 peserta dipanggil dalam satu-satu masa di dalam 1 dewan kuliah.BIasalah,pengenalan diri,apa kelebihan anda dan apa sumbangan yang anda boleh bagi jika terpilih.Biasalah,saya akan bagi komitmen,komitmen dan komitmen.Ayat yang dah biasa dengar tapi kurang biasa dilaksanakan termasuk oleh penulis sendiri.SILA INSAF SEKARANG.APA KO INGAT KOMITMEN TU SAMA MACAM MAKAN KACANG?????

aku suka masa bagi soalan situasi.I likeeeeee....dari sinilah kita dapat tengok kemahiran mereka menjawab soalan dan membayangkan situasi.awal-awal lagi Jud dah pesan kat aku,kita push-push dorang.tengok sejauh mana keupayaan dorang.

MAka menderitalah peserta melihat muka interviewer yang berlagak garang.

Program habis sekitar pukul 5 p.m.baru beria nak blah ada post mortem lak.TIme tu serius dah sakit kepala pening gila nak pilih calon yan layak,tambah lak lapar gila

Tapi ada satu kepelikan di sini....

Mengapakah aku masih mampu ke giant dan makan KFC sedangkan aku sakit kepala gila selepas program tadi.Juga mampu membaca majalah dan buku free di kedai buku di dalam giant.

Kekuatan dalamankah?
Atau giant itu sendiri membawa aura kesegaran??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja