Tuesday, August 11, 2009

Perbincangan di atas jalan raya

Lokasi:wira penjenayah rajin langgar trafic light
Kelajuan:Vary..80-160 ikut mood
Masa-4.30 pm-7.45 p.m

Teori 1:Lelaki hensem biasa suara tak sedap
Aku:sokong
Tiqah:sokong
exception:anuar zain
aku:eh anuar zain takdela hensem sangat bagi aku
tiqah:tapi ****** (budak batch aku) suara dalam fon macho gila..jumpa depan,masyallah.....

Teori 2:kalau dah lahir-lahir tu playboy,kompem sampai mati playboy jugak
teori dari aku
Tiqah;tak..***** yang dulu playboy gila time skolah tu dah steady ngan awek dia dari 4 tahun dah
aku:owh yeke..cam tak caya lak.dia dah jumpa cinta sejati ke

teori 3:Ala..kalau sesat pun dalam malaysia jugak
situasi:pening kepala cari jalan dari terminal 1 ke tol seremban
Tiqah:memanglah tak sesat,tapi minyak ko tu...
Aku:lupa lak minyak beli pakai duit,bukan bulu hidung

teori 4:kalau kawen kena pakai duit sendiri.dah la blaja pakai duit mak bapak,kawen pun nak menyusahkan dorang lagi
Teori dari tiqah
Aku:setuju 100%..Biar kawen tak meriah,janji pastu hidup hepy dan bahagia je.tak payah loan-loan

Oh lupa,ada lagi sorang dalam kereta....

Thursday, August 06, 2009

Mood jiwang terlebih tepung dalam roti

1. Bekas kekasih saya

adalah rugi kerana tak dapat saya.sila menyesal sekarang.

2.Saya sedang mendengar

LAgu jwang bebeh.Air Supply-goodbye.ENtah nape tah playlist aku sekarang ni banyak main lagu jiwang,terlebih letak air kot dalam roti time bakeri tadi.tu pasal roti cam lembik,nasib baik time siap tu dh ok sikit

3.Mungkin saya patut

tidur sekarang,sok pagi-pagi kelas bakeri.MAti aku kena sembur kalau lambat nanti.

4.Saya suka

suka kedamaian dan ketenteraman,feeling-feeling ikon PBB kah?watch out angelina jolie!!!

5.Sahabat-sahabat saya

adalah sahabat sejati di dunia dan akhirat,insyallah...

6.Saya tak faham

soalan ini,maka saya tak nak jawab

7.Saya kehilangan

kasih sayang seorang ayah,setahun yang lepas.How i miss him....

8.Ramai berkata

dan terus berkata tanpa mahu melaksanakannya

9.Cinta itu adalah

bahagia dan sengsara,ketawa dan air mata

10.Di sesuatu tempat,seseorang sedang

laa...sorang je ke ko tanya,nape tak dua orang..hahaha..ok serius-serius,seseorang sedang solat hajat mohon tolak bala H1N1

11.Saya akan cuba

menyiapkan labwork before hujung bulan 9

12.Perkataan selamanya membawa maksud

Sebuah tempat di perak,iaitu selama.nya di sini adalah kata ganti diri ke3,menunjukkan kepunyaan.mungkin adalah sebidang tanah di selama,perak yang dimiliki oleh seorang nyonya tua.

13.Telefon bimbit saya

pernah jatuh dari tingkat 5 nilam court.telah direpair dan boleh digunakan sehingga hari ini.

14.Bila saya terjaga

saya tengok henset dan tido balik

15.Saya paling meluat

lelaki busuk yang perasan macho dan playboy,juga perempuan gedik yang bajet hot

16.Pesta/parti adalah

malam pesta muda mudi,bertemasya dan menari,hilang rasa sedih....

17.HAiwan yang paling comel yang pernah saya temui

bakteria gram positif,dijumpai di lab microbe masa tahun 2.comel gila,kena tengok pakai magnification tinggi tu.

18.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah

50-60 tahun,kalau hidup lagi la

19.Hari ini

saya buat roti di lab bakeri dari pukul 9-4.45,berhenti untuk solat saja.Kemudian ke kelas bahasa jepun dari 5-7.55.

20.Malam ini saya akan

tidur seperti biasa

21.Esok pula saya akan

hantar kereta ke car wash.adoiyaii,dah macam kereta penjenayah dah kereta aku ni

22.Saya betul-betul inginkan

kejayaan di dunia dan akhirat

23.Ketika anda melihat wajah di cermin pagi ini

sembur-sembur sikit ayat pengasih sambil kipas-kipas kemenyan.mana tau ilmu menjadik.wakakaka

24.Pusat membeli belah atau arked permainan

Pusat membeli lalu belah

25.Makanan barat atau jepun

tak kisah,janji halal

26.Bilik yang terang atau gelap

Terang ketika study,gelap ketika tido.Paling best kalau ada lampu yang ko tak payah susah-susah tutup suis.jerit je:oi tutuplah!!!pap..terus dia tutup,senang sikit.

27.Ayat terakhir yang aku telah katakan pada seseorang

bye meah!!semasa meah ingin pulang ke rumahnya tadi.

28.Siapa yang ingin anda tag

-shida

-jannah

-ah malas la aku nak tag org len,sampai skrnag tak nak jawab tag,apa kes??


Saturday, August 01, 2009

Keburukan-keburukan berkapel

BErkapel adalah salah satu aktiviti umum remaja zaman sekarang.Kebanyakan remaja merasakan bahawa itu adalah trend yang membuat mereka nampak cun dan hot.Ceh ayat tak macam karangan UPSR la pulak.

tapi siyes,orang sekeliling aku ni ramai sungguh yang berkapel.Best sangat ke ha kapel tu?waa..nerd gila kan soalan aku,macam la tak pernah buat.
Sebagai orang yang pernah kapel,dan kini sudah single kembali lalu bergelar janda hot,maka aku akan membuat senarai keburukan berkapel.Ok,tapi jangan assume aku akan consider benda ni dari sudut tarbiah rohaniah kerana rasanya itu korang boleh cari lagi di blog-blog ilmiah yang suka menulis mengenai cinta islamik..

1.Berkapel boleh menambah berat badan

haaa...Ini adalah salah satu keburukan utama sepanjang pemerhatian aku.Kenapa aku cakap camtu??berkapel akan menyebabkan dating.Bila dating mesti makan.tapi,adakah kapel itu akan dating dan order menu secara sihat??susah bukan??tempat popular dating adalah di restoran makanan segera seperti KFC atau pizza,atau di tempat yang nampak class sikit seperti secret recipe.

Tahukah anda bahawa jumlah kalori yang terdapat pada KFC chicken breat hot and spicy adalah 500 kcal??juga,1 slice cheese cake Secret Recipe seberat 35 g mengandungi 367 kalori dan 19g lemak??

Oh,itu tidak termasuk aktiviti mengunyah pop corn di panggung wayang sambil menghirup air pepsi.

2.Berkapel boleh menyebabkan anda pokai

DAri sudut ekonomi,berkapel adalah salah satu punca kegawatan ekonomi di kalangan mahasiswa.Mana tak,top up henset je dah berapa sebulan,nak dating keluar duit lagi...duit tambang,duit makan.last-last akhir sem mintak duit kat mak.macam la kan JPA bagi 2000 untuk 1 sem...

3.Mengganggu ketenteraman hidup

time kita tengah busy buat kerja tu lah balak nak call,mesej.tak layan,merajuk.Tak ke susah hati namanya.nak pujuk tu makan masa jugak.Time gaduh,semesta alam rasa nak bergegar,buat apa pun tak kena.
Time tak mesej,eh dia ni dah tak suka aku ke?
call tak angkat,emm,mesti tengah date dengan awek lain.

tak ke mengganggu ketenteraman hidup dan kebahagiaan diri sendiri namanya.Nak tidur pun tak lena,makan tak rasa,mandi pun rasa mcam tak best je.betul orang kata,cinta boleh buat manusia gila.

4.Membuang masa

Lebih kurang point di atas.Contoh:
dating paling koman boleh memakan masa selama 5 jam.
Tahukah anda,dalam tempoh 5 jam apa yang mampu anda buat:
-basuh baju
-buat assignment
-main game di facebook

pastu tak campur lagi gayut di telefon berjam-jam.makan masa,panas telinga.tidur lambat dan esok bangun lambat,dan seterusnya mengantuk di kelas

hahaha..beria seh kutuk orang kapel.....jeleskah?????Busuk hati gila entry ni,berbaur jeles melampau...tapi ok what???

waaaa...weekend semua orang gi dating.tinggallah gadis pingitan yang ayu ni kesepian di bilik.tapi takpe,

Being single gives me more chances to quality me-time to enjoy my leisure time.jangan bimbang,slow-slow dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja