Sunday, January 31, 2010

Dengan Izin Allah saya......

Aku telah membuat rekod besar dalam minggu lepas iaitu:

MAKAN CENDOL

buat pertama kalinya dalam tempoh sebelas tahun.WTH.hahaha.

Not too bad as I thought,cuma psikologi aku je yang menghukum benda tu bersalah besar selama ni.Pertama kali aku membenci cendol adalah semasa darjah 6,iaitu ketika makan cendol bersama kawan-kawan kelas 6 Tekad.Time tu aku sgt gila makan cendol ok,Tapi ada seekor makhluk kurang sopan(aku lupa sapa nama dia)..

.......Menghembus hingus hijau depan aku ketika aku makan cendol,lantas bertanya sama tak??"

(Readers yang tengah makan cendol,sila pegi toilet kalau hendak muntah.Jangan membuat housemate anda geli)

Selepas tu memang aku tak sentuh cendol,kecuali minggu lepas seorang auntie kt opis aku ajak makan.Kang aku tolak kang,terasa begitu kurang sopan lantas aku menjamah,sambil membayangkan cendol itu berwarna pink.Peh comel gila cendol pink dalam air kaler putih.I CAN MAKE IT!!!!AKu boleh telan cendol tu,cuma kurang sikit bila dah masuk tekak sebab air gula tu too creamy and memuakkan.

Tiba-tiba aku rasa aku ni berbakat besar dalam mengimaginasi benda.I'm always allowed my imagination control my behaviour.Sebagai contoh,dalam hal memakan cendol tadi.Mula-mula,imaginasi aku yang melarang aku dari makan cendol,dan imaginasi aku jugalah yang menguatkan diri aku untuk makan cendol.See,Imagination plays a big role in my life.

Ya,aku memang kuat berangan.Kadang-kadang baring atas katil pukul 11,pastu berangan-angan,imagine itu ini,camne future life aku,berjaya ke tidak,pastu dah puas berangan,tengok jam.EHHHH!!!Dah pukul 3.Begitula kuatnya aku berangan ye kawan-kawan

Selain kuat berangan,aku juga boleh la dikatakan jenis yang calculative sikit.DAn calculation tu sering dipandu oleh imagination.Contoh,sebelum beli henset,aku akan pikir dalam otak dah siap-siap,aku nak guna ke semua app ni,berbaloikah dengan harga,kalau jatuh camne.haa macam tu la,siap imagine lagi henset kena lempar dari tingkat lima.Tu la pasal carik henset ori dan dari established brands.teringin jugak nak sambar samsung,LG sekali sekala,tapi otak aku dah set.Aku ni dah la pelupa,kang gi mana-mana terlupa bawak charger,nak cas enset camne?Baik la bli brand yang orang selalu pakai cam nokia and SE,senang sikit.Banyak benda lagi la aku decide dalam otak.

TAPI...

Highly calculative somehow could lead to miscalculation.Hahaha.Ya,manusia hanya mampu merancang,dan Allah yang menentukan.dan kadang-kadang,aku hanya consider benda-benda yang terlalu melampaui zaman,tapi lupa nak consider benda kecik-kecik.Contoh,consider beli henset ada 3G,cz senang nak buat video call.Dah beli gembira gila lah kononnya ada henset 3G,tapi last-last setahun berapa kali je buat video call.See....

Banyak lagi la benda,aku rancang-rancang,pikir apa terjadik masa depan atas perancangan tu.Yes,in some way,it is good,,tapi jangan lupa,sehebat mana pun kita merancang dan mengatur kemungkinan,jangn lupa bertawakal kepada Allah,dan ingat bahawa perancangan Allah mampu membatalkan segala-galanya.

And this is the most important quality that I lack of.....

P/s:lepas abis merancang,even tak cakap orang,juz lakar dalam kepala otak je pun,jangan lupa cakap Insya-Allah

Wednesday, January 27, 2010

Jangan kerek pakai handbag Guess,kadang-kadang orang pakai handbag Xiao Hao lagi kaya

Ai tau ai glemer,that's y la ramai tanya ble ai nak hapdet..Kan ida kan....wakakaka

(aku memang perasan,harap maafkan)

AKu baru balik keja ni,melawat industri IKS di sekitar Batu Pahat.Ya,LI aku tidak sehebat anda,anda dan anda yang menggunakan HPLC,GCMS,watsoevabinatanghapakejadahakupuntaktau,juga tidak menganalisis vitamin A,B,c,X,Y,Z.Ya,aku hanya menganalisis ABC(air batu campur) di gerai-gerai makanan di Batu Pahat.wakakaka.Hebat bukan???

Melawat dan menganalisis IKS di sekitar Batu Pahat banyak memberi kesedaran kepada aku.yoyoan je dulu asyik duk bising-bising,if nak beli makanan ada GMP tu macam hebat sangattttt la kannnnn.Pastu bising,industri IKS takde logo Halal,kebersihan la kan..

Ya,senang betul bercakap.Unless u are in the shoes,u'll never understand.Mereka memang nak implement HACCP,GMP bagai.Tapi kalau dah processing area kat belakang dapur,what do u expect???

Seriously,aku kagum amat amat sangat dengan pengusaha IKS tu.Mereka start from zero,and they struggle their best.Kadang-kadang,aku malu dengan diorang.Padahal aku juz distributor,cuma jual produk,pun tak berapa nak rajin.aishhhhh....Ada sorang pengusaha dodol yang aku kenal,langsung tak pernah buat pinjaman.Mulakan bisnes dengan modal sendiri..kagum-kagum..

Cuma pada pendapat aku,sepatutnya seseorang pengusaha,especially in food industry.Please,if u want ur product to be export worldwide,sila consider HACCP and GMP awal-awal.Gain knowledge in the field u want,tak kira lah ko lulusan UPSR ke,PMR ke,waima darjah 3 sekali pun..

One word,

I would be proud if I could start my own business,and hire more people..

******************************************************************************

Siri 2...

Aku ada la gatal-gatal tangan hantar resume sana-sini.Ada la sangkut sikit-sikit.Ni aku nak tanya pada sapa-sapa yang pakar,camne ek nak pegi inteview tapi takde full transkrip untuk the whole course taken in university??

Tolong-tolong,
Minggu depan aku nak interview kat Kepong,ni tengah blur hape nak buat.Kang dia tanya pasal canning,dry freezing bagai,takkan aku nak menari moon-walk depan dorang???

Eh,dorang tanya pasal processing ke??

******************************************************************************
Siri 3

Aku ada rapat dengan sorang auntie,beliau supervise aku utk minggu ni.Bahagian Industri Asas Tani..

Borak punya borak...
Kawan mak aku rupanya.What a small world!!!!!

Maka,terjalinlah kembali silaturrahim mak aku dan kawan beliau setelah lebih 30 tahun tak jumpa..

****************************************************************************

sekarang ni anak JOhor semua berkabung.Tiba-tiba aku lihat aku sungguh ayu bertudung putih umpama bidadari dari kayangan..

(sila malu kepada diri sendiri wahai syazwana)
************************************************************************
aduh,banyak lagi aku nak bebel.Tapi biasalah,I kan bz,takde I,maka jabatan pertanian tu tak boleh jalan,pokok-pokok tak tumbuh,tempe tak jadik,kerepek lemau,dan sebagainya(eh,ni lebih kurang status FB someone kat FB,sape ek??)..

Sebelum mengundur diri,aku nak pesan:

"lose weight now,ask me how???"

Sekian,terima kasih

Thursday, January 21, 2010

Commands of Language.

"Ana rasa nak main bola hari ni.Enta nak ikut??"

"I rasa nak main bola hari ni.You nak ikut?"

"Gua rasa nak main bola hari ni.Lu nak ikut?"

"saya rasa nak main bola hari ni.awak nak ikut?"

Ayat yang sama,maksud yang sama,Hanya kata ganti diri yang berbeza,

Juga impression yang berbeza pada penutur

ayat 1:Penutur adalah Alim dan warak,main bla pakai seluar panjang,dan berhenti sebelum maghrib

ayat 2:Penutur adalah mamat playboy kaki perempuan

ayat 3:Penutur adalah Samseng Jalanan Head banging punya.Mungkin membuatkan perlawanan berakhir dengan pertengkaran.

Ayat 3:Penutur adalah mamat skema nerd.

Kadang-kadang,aku pelik dengan stereotype orang.teringat seorang schoolmate masa secndary school dulu.beliau nampak Alim Kerana Menggunakan bahasa arab rojak itu,serta menundukkan pandangan.pendek kata layak mendapat anugerah paling warak la.

Dan..apabila aku bertemu beliau kembali akhir tahun lepas,beliau menggunakan I/you pulak.takpe,masa mengubah seseorang.

Ingin aku tanya readers di sini,adakah penggunaan kalimah BERBAUR Arab itu amat penting dalam dakwah.wahhhh cakap macam la aku ni macam DAEI yang ISTIQAMAH kan..Aku banyak tengok kat FB budak2 alim suka sangat letak ayat2 bahasa arab bagai.nampak warakkah??

Ada time kat u dulu,masa Halaqah.Ada la srang budak yang aku macam jengkel jugak.beliau adalah seorang yang lebih alim berbanding aku(alim here means menjaga aurat dan tidak berbahasa kurang sopan).Mentang-mentang la dia present pastu kena time tu aku tengah sedap bergosip,dia gi tanya aku soalan Iman dan ihsan dalam bahasa Arab..

Sorry man(eh girlll....),sila jangan pandang rendah pada seseorang walaupun dia tak sewarak kau.

eh apa aku merepek da malam ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja