Friday, August 06, 2010

Tinta menari di alam maya,kesian akak Nor azita

Bismillah..

Lama tak blogging..Terasa macam baru 1st time nak menulis pulak..Hahaha

2 minggu ni otak dan pemikiran aku agak beku dari nak menulis,nak review benda2 sekeliling dan sebagainya.Personally,aku lebih suka menulis@mengulas isu semasa atau apa-apa saja berbanding menulis tentang diri sendiri,kehidupan,cinta dan sebagainya.Kalau orang-orang lain suka cerita betapa happening nya hidup mereka,seronok jalan sana sini,tapi aku takde benda sangat nak tulis koit.My life is either too simple,or to stress to be writen...

Menulis di alam maya memang menarik,apatah lagi mendapat respon dari pembaca.Kadang-kadang tersilap tulis buruk padahnya.Zaman sekarang bukan boleh tulis sebarang tulis.Karang jadik macam Puan Nor Azita osman ni.

Siap ada group anti dia lagi.Tula kak,terlajak perahu boleh diundur,tesalah taip glemer jadiknya.malas aku nk promote group anti dia.sakit hati kot baca ayat golongan extrimis yang keluarkan kata-kata kurag sopan,mendoakan yg tak baik sesama Muslim.

Aku tak rasa dia serius masa tulis ni asalnya,mungkin saja-saja gurau sama-sama kawan dia kot.macam kan masa sekolah(klu duduk hostel yg kawan-kawan dtg dri pelbagai tempat la) korang takde main kutuk-kutuk tempat.ke korang baik sekolah dulu???Tapi sebab gaya bahasa yang dia guna tu,orang jadik hangin.

sebagai rakyat Johor,mula-mula macam bengang jugak.Berani kutuk ibu negeri aku.Famous amos ko carik kak??/Kat carefour,Giant berlambak.Hina Johor sebab famous amos kann...macam masa sekolah dulu kot,dorang rajin kutuk segamat bandar Mati,camtu la bengang aku rasanya...

Kes ni hampir sama macam kes budak mengutuk allahyarham din Beramboi,almarhum sultan Johor.aku pun pelik diorang berani pulak hina orang dah takde.padahal,dorang takde sikit pun kacau penghina-penghina tu..apa masa dorang meninggal,waris dorang mintak tanah rumah ko nak wat kebumi?Takde seinci pun diorang cuit ko,so apahal ko nak hina-hina,mencaci mereka.sekurang-kurang,yang dah meninggal tu,dah selesai urusan mereka dengan dunia,kita yang masih hidup ni,belum tau nasib kita.Meninggal husnul khatimah ke atau diakhiri dengan su'ul khatimah..dan kadang-kadang orang suka pulak mengutuk cara kematian seseorang diakhiri,mungkin mayat jatuh dari pengangkat ke,meninggal kepala putus ke,nanti jenuh semua orang mengumpat,dan nak bongkar jugak masa silam allahyarham,apatah lagi orang yang nampak baik,segala benda diorang nak bongkar,nak buktikan,nak korek semua salah dan dosa org yg mungkin menyebabkan kematiannya diakhiri begitu.Entahla,pada aku benda ni tak patut la.Mungkin kata nak buat pengajaran,tapi kalau kau dah canang 1 kampung,malukan waris-waris,better bagi pengajaran pada diri kau sendiri,Jangan mengumpat.Dosa,pahala,syurga,neraka, tu urusan allah.Kita yang masih hidup ni yang kena kawal diri sendiri,jaga amalan sendiri,dan mengajak org ke arah kebaikan.

eh..Jauh melalut,kata nak tulis pasal terlajak tulis kat internet kan...

 Kadang-kadang aku nak juga tulis pasal kehidupan peribadi,tapi aku takut banyak sangat aku terdedahkan kepada dunia maya.Maksud aku,kadang-kadang ada sesetengah benda manis yang rasa nak jugak orang lain tau,baik di blog atau Facebook.Tapi bila fikir-fikir,blog ni public,FB separa public,family aku boleh baca blog dan FB.Dan menurut kajian,sekarang HR yang nak hire new employee,akan browse through his/her FB@blog,untuk menyiasat perangai applicants.jangan kau letak gambar tengah clubbing kt FB,pastu apply nak jadik halal executive HPA kannn,harusss kena reject.Itu la,kena ada email khas nak berfoya-foya,untuk kegiatan rasmi dan untuk mendaftar laman sosial.jangan guna 1 email yg sama untuk semua.Ingat 1 Malaysia ke???

Sekian saja pemerepekan saya buat kali ini,segala yang baik dtg dari Allah,dan yg buruk adalah kesilapan saya sendiri.Eh,skema...

Friday, July 23, 2010

Happy Birthday

Selamat hari lahir kepada sesiapa yg menyambut hari lahir pada hari ini,semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia dan berjaya dunia akhirat..

P/s:hari ni adalah birthday Dato'seri najib tun Razak,tapi saya bukan wish beliau ya.Jangan salah faham

Wednesday, July 21, 2010

Kealpaan adalah satu KESILAPAN

Adalah gembira jika kita berjaya menguasai sesuatu ilmu@teknik
dan tak salah jika kita melakukan kesilapan,untuk menyedari bahawa itu adalah kesilapan,dan mengambil langkah untuk menguasainya..

Ya,itu pendapat semasa...

Tapi,apakah perasaan anda sebagai tuan punya badan,jika asyik melakukan pelbagai kesilapan pada suatu hari yang sama??Mungkin orang sekeliling tidak mengutuk atau mengeji,tapi diri sendiri yang merasakan perkara itu adalah satu kelemahan yang amat-amat memalukan.Like...KO tak pernah masuk lab microbe ke sampai benda tu pun kau tak tau.Ya,aku tau dan pernah belajar,tapi atas sebab dah lama tak buat,dan dulu asyik mengular masa kelas,mengakibatkan aku ketinggalan banyak sekali dalam analisis mikrobiologi.

Mungkin aku merasakan,oh buat kerja dalam group,maka bagi-bagilah je part masing-masing.Silap aku adalah aku sentiasa memilih untuk part yang mudah,ataupun sukarela catat result dan bagi orang lain salin lab report.Dulu aku rasa,oh tak mengapa.sekarnag,inilah satu kelemahan dan kerugian yang amat amat besar.

Sekarang,aku nak belajar semua,semula from zero..Ini baru permulaan satu perjuangan.sekali aku start,takkan mudah untuk itu aku berhenti.InsyaAllah,doakan aku untuk mengatasi masalah-masalah ini..allah tak akan bebani hambanya dengan masalah-masalah yang melebihi kemampuannya,mungkin Allah takdirkan aku hadapi kesusahan ini,kerana aku mampu menghadapinya..
Keep smile,and continue my journey..May allah bless us....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja