Monday, December 13, 2010

Geram!!!!

aku dah nak abes taip 1 entry.tinggal nak letak gambar Shah RUkh khan je.

Jap lagi bila tah tertekan highlight dan terdelete semua yang aku taip.

Aku nak letak gambar ni tadi.Tak sangka muka shah rukh khan macam
mamak kedai runcit yang aku selalu beli top up.Besok aku rasa macam nak mintak sign dia je



Pengajaran:Jangan menulis blog sambil baring.Kebarangkalian terdelete entry adalah tinggi.jangan tanya aku macam mana.try sendiri

Sunday, December 12, 2010

Gadis Berambut Perang

haa..tajuk saja je bagi gempak.bagi menyahut slogan "Dumb blondes"

Tajuk memang tak berkaitan dengan isi.Wahaha..eh,ada kaitan sikit.Pointnya aku cuma nak cakap,aku pergi tengok wayang,cerita Rapunzel.Kau tahu cerita itu,ia mengenai gadis berambut emas sebenarnya,yang panjang gila rambut dia,siap multifunction,boleh bercahaya,boleh sembuhkan penyakit.Gila best rambut dia.Aku kalau ada rambut camtu,tak payah gi hospital,self-healing je,nak lagi best,aku nak buat pusat rawatan sendiri,ada berani mahu pergi?

dah,sebelum aku merepek lebih lanjut,elok lah aku start review aku untuk pagi ini.
saja je letak scene time ni,biar korang teruja.CEPAT TERUJA CEPAT!!!!


Sinopsis:

Ada satu bunga ajaib yang tumbuh dari titisan matahari.Bunga tu boleh sembuhkan pelbagai penyakit.



Bunganya camni la lebih kurang.dah dah.jangan dan2 tu nak cek rumah korang yang berseman tu.nak
tengok ada ke tak





Rahsia bunga ni diketahui sorang pompuan tua tu.Dia mempergunakan bunga tu untuk awet muda.Senang tak perlu botox2.lama jugak la dia guna terapi tu,makan abad jugak

Dalam masa yang sama setelah abad2 tu,ada la satu kerajaan ni.Diperintah oleh raja laki bini.Raja tu lelaki la,permaisuri tu pompuan.Oleh sebab permaisuri tu pompuan,maka beliau la yang mengandung.Tengah2 mengandung tu sakit tenat pulak.Untuk menyembuhkannya,beliau memerlukan bunga emas tu(Wah..bunga emas cam lagu saleem..bunga emas yang kuberikan dahulu..dikembalikan semula...)
Pengawal istana carik dan carik,dan atas kecuaian pompuan tua tadi,mereka jumpa bunga tu,dan bagi permaisuri makan.Permaisuri tu pun beranak,dan lahirkan puteri berambut emas.Untuk meraikan baby tu,diorangg pun lepaskan tanglung ke angkasa,dan bagi dia crown.

Pompuan tua tu tak puas hati lah.apa barang bunga aku kau makan lak.so dia decide nak gi istana.Oh ya,lupa nak bagitau.Pompuan tua tu kan,kalau dia nak buat terapi muda tu,dia nyanyi2 kat bunga tu,then bunga tu bercahaya,baru la jadik muda.So dia nyanyi2 kat baby tu,rambut baby tu bercahaya.Mula-mula nak amek rambut je,tapi bila dia potong,rambut tu cam takde kesan lak.So,dia curik baby tu.

Permaisuri dan raja sedih gila2..so setiap tahun sempena birthday puteri tu,diorang akan lepaskan tanglung.Puteri tu pulak ditempatkan dalam menara tinggi gila kat dalam hutan.pompuan tua tu akan datang dan suruh puteri tu nyanyi2 nak bagi rambut dia bercahaya.dia tak potong rambut puteri tu,takut kuasa hilang.So gila panjang rambut dia,siap boleh tarik pompuan tua tu dari bawah naik atas menara.Tak payah susah2 pakai lif kan.Jimat karen.

Oleh sebab permaisuri,raja dan rakyat jelata lepaskan tanglung stiap kali birthday puteri tu,so puteri dari menara tu macam wonder la,cahaya banyak-banyak.dia cam bijak lak.tau lak time2 tu birthday dia.Pompuan tua tu bagitau kot.(now,she addresses the old lady as mother k).Dia merayu-rayu nak pergi tengok tanglung tu,tapi mak angkat dia tak bagi.So beliau amat sedih.

dalam masa yang sama,ada sorang pencuri,curi crown dari istana.dia melarikan diri,dan sampai kat menara tu.So masa dia pengsan,puteri tu nyorokkan beg berisi crown tu(tu sebenarnya crown dia pun),dan dia bangun,nak balik la barang tu.Puteri tu pun bagi satu deal:

Ko boleh dapat balik barang kau,kalau kau bawak aku pergi tengok tanglung tu dekat-dekat

Mula-mula mamat tu macam malas nak layan,tapi last-last layankan je.Punyalah banyak rintangan,akhirnya sampai jugak.Tapi cerita bukan berakhir camtu jek..ada lagi...hahaha,
Nak tau tengok la sendiri.......



Jalan cerita:awal-awal gila bosan.start pengembaraan baru best
lagu:gila banyak lagu dalam cerita ni.ok je kot lagu dia,tapi bukan stok-stok aku nak buat karaoke dalam bilik air la
adengan cium(kartun pun ada kau tau):1 tak sempat,1 sempat..hahaha.
Overall:6.5/10

Kesimpulan boleh la layan,apatah lagi kalau orang belanja..hahahahah.Sekian,terima kasih.

Friday, December 10, 2010

bertemu dan diduga adat manusia biasa-II

Hari ni aku kena interview lagi.kemain lewat aku baru dapat tau.Ko bayang,interbiu hari khamis.Ko bru dapat tau hari Isnin,sempena Maal Hijrah..hahahha.

so,aku memang tak buat preparation hapa kejadah.Malahan aku dah ada plan untuk run experiment dari hari Rabu-sabtu.Pulak tu,experiment tu melibatkan fermentation pulak,makan masa 24 jam okeh..fuh...
Tapi selepas menyusun-nyusun schedule itu,maka sempatlah aku menghadiri interview tu.jangan tanya macamana,aku memang power root saya boleh jadi jutawan.Hahaha

Tapi interview ni memang aku almost unprepared,tak baca langsung sejarah pasal pihak yg menginterview tu,dah la malam tadi aku stay lab sampai pukul 10 malam.Kira tak ready apa-apa.

Tapi takpe,sebab interview kat USIM je,so takdelah kech-kecoh nak carik jalan ke,baca pasal USIM ke.dalam kepala kot.USIM PATUT BANGGA DENGAN AKU!!!hatta kalau dia tanya Pak cik bas mana paling cool dan smart,aku boleh jawb kot.Hahahha.

Tapi dia tak tanya pun..sedih2...

Aku gerak dari Serdang pukul 8.10 gitu la.Ngam-ngam dari lab,setup apa yang patut.Pastu drive straight je gi USIM.dah la skit perut je dalam perjalanan tu.Oleh kerana tak tahan,sampai-sampai aku terus je tumpang toilet kat guard nak masuk USIM tu.gila tak malu...Hahahha.

sampai-sampai je terus gi canseloti,tingkat 2.siap sesat-sesat lagi.Maklumlah,sepanjang kat USIm,kalau aku gi canselori tu,juz cuma nak bayar yuran je.aku bukan makhluk penting dan bersenggol-senggolan beramah mesra dengan pendaftar,TNC juga pak guard dan mak guard.Last-last jumpa jugak tempat yang dituju,dalam tu dah ada ramai orang.scan-scan makhluk2 yg berada dalam tu,oh nasib baik ada Hanan.maka aku bermesra-mesralah dengan Hanan sepanjang waktu itu.

keseluruhan yang diinterbiu ada 21 orang,masuk bilik serentak 3 orang.Dipendekkan cerita,aku masuk la bilik interbiu tu.Ada 4 orang panel:

1.TNC aku(aku tak ingat dia TNC bhgian apa)
2.Prof fakulti aku,tapi bukan bidang aku
3.Dekan Fakulti lain
4.Penolong pendaftar

Aku masuk dalam bilik tu bertiga,2 orang lagi budak Math from UTM.Oleh sebab prof fakulti aku itu adalah prof dalam bidang math,maka aku takdelah ditanya sangat.Takde orang biotech kot dalam tu.
Tapi paling tak boleh blah,soalan TNCpada aku:

1.Awak dulu product development yang buat Yogurt drink kan??

Erkkk..TNC ingat rupanya.Mesti aku kelihatan hot dan berkaliber semasa mempromot yogurt drink aku yang menang no 3 time tu..Tak sia-sia aku speaking grammar berterabur..owh..terharu

2.Dulu amek subject bakeri teknologi kan,pandai buat kek tak ni?Masa raya ada buat tak?

3.Asal batu pahat kan?Makanan apa yg glemer dekat Batu Pahat?

aku jawb la nasi Beriani.jap lagi dia tanya apa beza Beriani dengan Beriani Gam kan.aku cakap la aku x pandai differentiate sebab aku tak suka makanan spicy sangat.Jap lagi dia tanya,"awak bukan melayu ke"hahaha

4.Dia tanya apa aku buat sekarang?Projek apa?Apa signifikan projek tu pada USIM

5.Boleh tak suaikan diri kat tempat baru?Ada masalah tak?

6.Kenapa pilih sambung belajar kat tempat lain,tak pilih USIM?

Aku ckp la nak move from comfort zone..hahaha..

7.Aku tak ingat dah,tapi banyak borak2 je kot.Interview ni aku tak rasa nervous lak.Walaupun tak well-prepared.

Keseluruhan interview OK je ..tapi kepala aku cam berat sikit sebab malam tu aku wat lab sampai pukul 10 lebih sikit.dan pagi tu pun aku dari lab,dan after interview pun aku lepak lab dari pukul 9 p.m sampai 6 a.m.balik jap,pergi lab balik pukul 9 a.m dan petang ni sampai la pukul 7 p.m aku melepak lab.

Dulu aku rasa lepak lab overnight sangan Coolio(cool+stylo) bajet-bajet saintis sebenar la.Sekarang aku rasa extired(exhausted+tired)..hahaha..

OK,Aku mahu sambung buat lab pulak arr..Malam ni aku nak tido puas-puas,nak kumpul tenaga nak merayap esok..hahahha

salam.adiossss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja