Sunday, March 27, 2011

Siri Menjawab Keyword Pencarian blog

Semenjak dua menjak ni otak aku agak krem idea.Mungkin akibat terlalu banyak makan dan kurang bersenam.Oleh kerana tiada idea bernas ala ala mentol mincul di kepala,tapi keinginan hapdet blog adalah besar.Maka aku ingin memperkenalkan segmen(wahhhh ko main-main segmen...wahahaha) keyword pencarian blog.

Blog aku ini sering dijumpai dengan perkataan kelakar dan kadangkala tidak senononh.Maka untuk memudahkan pencarian,dan gatal-gatal tangan,aku inigin memberi ulasan kepada pencarian-pencarian mereka ke atas blog aku.


recycle

recycle adalah mengitar semula bahan yang digunakan,seperti tin,kaca dan plastik.teknik yang boleh digunakan adalah membuang bahan tersebut ke dalam tong kitar semula yang diasingkan mengikut warna

Merah untuk kaca

itu je aku ingat.Dasar~~~~~~~

Topi keledar

Sejenis topi berbentuk seperti 3/4 buah tembikai yang berfungsi mengelakkan kepala anda dari cedera ditimpa buah kelapa.

soalan upsr 2009

Bagitau aku 12 tahun dulu boleh tak?Boleh aku jadik top student UPSR semalaysia.By the way,aku dapat 5A...Wahahahahha..(sambil kembang-kembang bontot selepas memuji diri sendiri)

2010 upsr examination paper

Sila beli buku latihan "Koleksi peperiksaan Sebenar UPSR".Kat Popular ada tak salah aku

baju zapin

selalunya kaler striking.Sila tempah sebab kat kedai biasa macam xde jual

saya menabung

saya tidak

bila dah masuk matrik tak dapat upu

Zaman aku dulu ya style macam tu,sekarang tidak,sebab tarikh keluar result kemasukan matrik dan UPU lebih kurang.So,boleh la decide,takde masalah rasanya.

Tempat yang jais tidak boleh pergi

Kenapa?Ko nak berkhalwat eh.Tempat yang kompem jais tak boleh tangkap adalah di Melaka.Tapi nanti JAIM lak tangkap ko.

Keyword lain yang menarik:

Cerita hantu ader nombor kat dahi

Hantu apa?Hantu nombor ekor ke.Better ko amek nombor tu,mana tau tikam kena.Tapi dosa ko tanggung sendiri la

Mizz NIna



Tunang Noh HUjan.Sila ambil perhatian,beliau HOT dan KAYA

PNGK 2.2 boleh sambung master

Basically,kebanyakan U tetapkan pointer 2.75 untuk sambung master.Tapi mana tau kalau pengalaman kerja kau hebat,dorang boleh consider ke

makcik rempit

mungkin sudah tak sedar diri.Rumah kata pergi kubur kata mari





Tuesday, March 22, 2011

Reality Bites,Truth hurts

Aku masa kecik-kecik rajin baca cerita dongeng kanak-kanak,kebanyakan cerita mencari cinta,macam Jasmine dengan Aladin,Snow White dengan Aladdin,dan Cinderella dengan putera hape tah nama dia.
Semuanya konsep sama sahaja,hidup dalam derita,dan setelah segala rintangan diharungi,maka kita bolehlah bersuka ria beromen sepanjang masa.Happily ever after.



Dah masuk sekolah rendah pun sama.Belajar pandai-pandai,masuk asrama penuh,pastu pegi oversea,balik jadik doktor.Aku rasa kebanyakan budak sekolah rendah,cita-cita mesti nak jadik doktor.Tak caya cek balik kad 001 masing-masing.Aku tak.Dulu pilihan pertama aku nak jadi ustazah,kedua nak jadik model,dan ketiga nak jadik akauntan.macam sesenang itu dunia.kalau dapat 5A tu macam dah terjamin dah masa depan.

Makin meningkat usia begitu jugalah pemikiran yang ditanam.Kau hanya perlu belajar rajin-rajin,sampai dapat ijazah,then kau akan terus dapat kerja bagus.Apatah lagi senior-senior ko membuat lawatan mengejut tayang-tayang tudung belit-belit di depan ko yang naif bertudung labuh,seraya menggambarkan betapa hebatnya dan bestnya kehidupan mereka di universiti.

Begitu juga dengan mereka yang masa belajar,rasa bekerja dan pegang duit sendiri tu macam dah hebat gila ah.Boleh shopping sesuka hati.dan juga ada yang nak menyambung master dan phd,macamkan master ko tahap sesenang degree.

Untuk masalah kahwin pun sama,orang belum kahwin envy dengan kehidupan orang dah berkahwin,seolah-olah kehidupan selepas kahwin adalah perfect.Balik rumah,masak untuk laki sambil memakai hot pants,lantas laki korang peluk dari belakang(ehhhh..jangan fantasi lebih-lebih) diiringi anak-anak comel yang dengar cakap.

KALAU SEMUDAH ITU KAN KEHIDUPAN?????

Aku rasa dari kecik lagi kita sering dimomokkan dengan pernyataan betapa senangnya hidup ini,mudahnya kau nak achieve sesuatu.Tak caya belek karangan adik ko nak UPSR.Nesti ada terselitlah karangan "ali seorang budak yang miskin.lantas beliau belajar- bersungguh-sunggu ditemani cahaya pelita.akhirnya beliau berjaya masuk ke universiti dan bekerja dengan gaji besar"

So 80's punya cerita,even 90's pun dah tak layak sebab masa krisis ekonomi 1998,dah mula dah susah nak carik keja.Apatah lagi masuk alaf baru ni.Banyak je kerani yang ada degree.berapa ramai lepasan diploma yang jual air tepi jalan.

Aku tidak lah menekankan kita perlu bersifat paranoid,insecure,sampai ko rasa

-Tak payah belajar,nanti grad belum kompem dapat keja
-Tak payah kahwin,belum tentu bahagia
-Tak payah kerja,nanti kena buli boss,kena tengking-tengking macam dalam drama swasta-kalau boss hot macam Yusry KRU takpe

Aku rasa kadang-kadang rakyat Malaysia ni terlamau dibuai mimpi-mimpi indah.dah terhantuk baru terngadah.Macam dulu yakin gila ah tsunami takkan melanda kat malaysia.Abes yang kt utara tu ape cter?Macam sekarang aku annoyed gila dengan komen-komen orang takde hati perut time bencana kat Jepun.Ada ke patut cakap,"Nasib baik Malaysia tak kena gempa bumi".Ko kompem ke?????Dengan takde persiapan apa-apa untuk bencana,aku rasa kalau setakat gegaran 3.0 tu dah menyembah bumi dah bangunan kat Malaysia ni.

Kadang-kadang kita patut menyuntik sedikit realiti pahit ini.kalau tak pada orang,pada diri sendiri.Kira macam preventive action la,ada plan A,ada plan B.contoh:Kalau ko jenis beringat bahawa susah dapat keja pas kuar universiti,ko takkan membazirkan duit PTPTN atau JPA kau sewenang-wenangnya.Duit tu kau boleh modalkan untuk business kecik-kecik ke.Jadiklah dari mengangkang kat rumah layan Astro First saja.

Menyuntik realiti alam perkahwinan juga complicated yang teramat sangat.Sebelum kawen ko kompem terbayangkan hidup yang indah-indah saja.bercengkarama tanpa batasan,dah Halal la katakan.Tapi pernah ko fikir susu dan lampin?Pernah ko fikir duit makan bini dan anak-anak?Aku rasa kalau ko dah fikir abes semua tu,ko,bakal bini ko,keluarga bini ko,tak bother nak buat pinjaman bank semata-mata nak buat wedding grand giloss,dan berhutang sampai anak dah masuk sekolah menengah.Pernah fikir konflik suami isteri?entah,aku tak boleh cakap banyak sebab aku tak kawen lagi.

Kadang-kadang kita sengaja menyuntik elemen menyedapkan hati untuk justified bahawa benda tu akan menjadi indah.Contoh,ko dah dapat boyfriend penagih dadah,suka tak suka,atas dasar cinta,ko sedapkan hati ko bahawa si dia akan berubah lepas kahwin.Ko fikir ia berkesan?Mungkin,tapi bukan untuk semua orang.

sekadar menyedarkan diri sendiri,di sebalik karpet yang cantik,gebu mewah,sekali ko vacuum,habuk tu dah tebal setahap debu Tayamum.Jangan memandang indahnya luaran,ingat sekali realiti keindahan tersebut,sekurang-kurangnya apa-apa yang terjadi,kita sudah bersedia.

Perhatian:Aku suruh bayangkan karpet tau,bukan Pakistan jual karpet

kalau pakistan jual karpet berwajah begini,alangkah indahnya donia.....





Tuesday, March 15, 2011

Tsunami?Pemikiran ko yang tsunami.

Bila berlaku kejadian-kejadian bencana alam ke,apa ke,tak lama lepas tu mesti ko dapat tag facebook yang ala-ala macam ni:

rahsia kejadian tsunami Jepun 11/03/11 dah dinyatakan dalam al-quran

1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 



2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
Ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..


Nonsense..Bahahahhaha....

Tulah,mak korang hantar ko ngaji,gi sekolah agama,ko cabut gi mandi sungai.Tu bila dah besar,pantang dengar benda-benda ala-ala Islamik,ala-ala ilmiah,cepattttt aje engkau gelabah puyuh nak sebar.Sikit pun tak nak kaji,tak nak fikir.

Sebab-sebab aku dakwa benda ni nonsense:

1.Rujuk point dia nombor 2.Persoalan aku,kenapa lak tiba-tiba nak hit 3 tu sebagai secret code?Kenapa tak dua?Simply ko amek sebab nak permudahkan teori nombor ko ah konon.

Pastu zapp..ko kira-kira,tambah-tambah,dapat lak nombor 3 yang ko bajet secret codes ko tu.Why simplay merujuk nombor 3 tu kepada negara Jepun?Sedangkan dalam  latitude longitude awal ko dah letak Jepun punya latitude is 36 dan longitude 38?suddenly ko hit 3 lak as Jepun?Lupa eh?Melayu mudah lupa katanya.so,maafkan.

Kalau tengok peta ni,kalau dia hit 3(e.g latitude 3,longitude 3(kata 3 secret codes kan)ia akan jatuh di titik di Afrika.Ada kaitan kah???)


2.Masih di point no 2 jugak,suddenly dia main hit jugak wilayah Sendai tu,and address wilayah tu sebagai 3 jugak?Sedangkan entry tu jugak cakap latitude Sendai 38'15 dan longitude 140'53?again...
Tak tahulah kalau aku bodoh sangat Matematik sampai tak faham kiraan korang kan.

3.Point no 4,sejak bila hari Jumaat tu hari pertama dalam minggu Islam.setahu aku hari Jumaat tu just penghulu hari je,bukan hari pertama.Kalau dah jumaat tu hari pertama dalam kalander Islam,apa guna ada hari Ahad(Ahad=satu dalam bahasa Arab).

4.Erkkk..korang leave alone nombor 2 tu yek.Kenapa tak tafsirkan sekali?Untuk 14,korang pecahkan kepada 1 dan 4,dan korang tafsirkan kedua-duanya.Tapi kenapa 32 tu korang tafsirkan 3 je?Ini tidak adil!!!

5.Sebelum berlaku gempa bumi di Jepun,dalam tempoh sebulan ada jugak gempa bumi besar dengan magnitude 6.8 berlaku kt Chile pada 11 februaru.Yang tu korang tak nak tafsirkan?In fact Chile tu selalu benar ada gempa bumi.Korang tak nak tafsirkan jugak ke?

Rujuk sini--->BBC News

6.Sejak bila Quran jadik ala-ala buku-buku penyiasatan korang nak pecah-pecahkan code?Tak payah nak tafsir angka-angka tu.Baca je haaa Surah Zalzalah.Dah terang-terang nanti akan datang satu gempa dasyat giler babas yang lagi teruk dai kat Jepun tu.Ni ramalan terang jelas nyata dah ada,korang berjoget lagi kat jom heboh tu ekk.

7.DAri korang sibuk crack codes tu,baik ko faham isi-isi dan ayat Quran tu sendiri.Belajar ilmu tafsir,fahamkan makna Quran,amalkan ayat-ayatnya.Itu lagi bagus dari sibuk carik hiding codes bagai..Banyak lagi ilmu dalam Quran tu yang kita tak korek lagi.

8.Again,stop sending SPAMS and HOAXES .Macam baru ni sms pasal Radiasi Jepun nak sampai FIlipina pukul 4 p.m.Alah,aku dapat mesej tu pada 14/3 pukul 2 p.m,jap lagi esoknya(15/3) aku lunch dengan officemates aku,dia dapat mesej yang sama.Still kata pukul 4 pm sampai Filipina.Berapa kali 4 p.m daaaa...

9.Itu je kot.Hahahahahah(Matilah aku kena bahan jap lagi)

P/s:Ini pendapat aku je.Pendapat orang lain-lain kannnnnn
P/m/s:Doakan keselamatan rakyat Jepun..aminnn
p/m/s/s/s:Dalam hal ni aku kagum dengan Jepun.melalui pembacaan aku di internet seperti blog dan forum,rakyat mereka berdisiplin,takde rebut-rebut even dalam keadaan macam ni pun.kalau kat Malaysia,lori terbalik sikit pun barang-barang abes kena rembat dah.
p/m/s/s/s/berapa banyak da:Malaysia pulak yang insensitive dan lebih-lebih.kalau kita yang kena camne?Takde gempa pun Stadium boleh roboh,parlimen boleh retak.Kalau gempa?Malas nak cakap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja