Thursday, February 28, 2013

Resepi pemalas:Ikan Masak Singgang dan Kangkung Goreng Ikan Bilis

Bersua lagi di dalam segmen dasar pemalas.Wakakaka.Hari ni aku nak share resepi untuk lunch yang aku bawak ke pejabat.Simple,senang dan jimat duit.Sesuai untuk mana-mana wanita yang nak jimat duit tak nak beli linch sebab nak save duit untuk dibawa melancong




Resepi Ikan Singgang:


  • Seekor ikan.Hari ni aku pakai ikan tenggiri.Oleh sebab tak pandai siang ikan,aku suruh brader kt Giant siangkan.Senang dan mudah.Ikan tu basuh pakai air garam ye
  • 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
  • 1 inci halia.Hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 5 ulas bawang merah-hiris nipis
  • 1 ulas bawang besar-mayang
  • 6 cili padi-ketuk(ejas ikut preference.Nak pedas boleh lebih)
  • 2 asam keping
  • garam secukup rasa
  • Air ikut mana suka
Cara-cara memasak

  1. masukkan bahan2 yang dihiris dalam periuk.Sekali campak cili padi tu
  2. Masukkan air
  3. Biar sampai mendidih
  4. DAh mendidih campak je ikan tu.Tunggu sampai agak-agak ikan masak
  5. Letak la asam keping tu.Nak masam tambah lagi.
  6. Ejas garam,rasa masam manis semua
  7. Siap untuk dimakan

Resepi Kangkung goreng ikan bilis
  • Kangkung ikut suka banyak mana.Nak makan sorang ape jadah guna banyak sangat
  • Cendawan tiram
  • Lobak
Bahan tumis
  • 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
  • 1 inci halia.Hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 5 ulas bawang merah-hiris nipis
  • Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 5 bijik cili padi
  • Sesudu minyak masak
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.Tumis segala bahan tumis sampai naik bau
  2. Campak segala sayuran
  3. Agak-agak kering sangat tambah air sikit.
  4. Gaul rata
  5. Sesuaikan rasa.Agak tawar then tambah garam.Jangan tambah banyak sangat,hypertension nanti
  6. Siap untuk dimakan

2 comments:

sheila mutalib said...

Haha..tertibe terpikir nk masak sibggang.. Lame beno dah tak masak singgang ni..terliur tgk gambar..

Anonymous said...

haa..cari punye cari .. yg ni skil mak sy masak .. senang cite kire singgang terjun je .. meleleh klu mkn dgn sambal blacan .. tq ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja