Saturday, January 15, 2011

Financial Management versi emak saya

(yang masih tidak berjaya diikuti oleh anak sulungnya)



Alhamdulillah,saya mempunyai emak yang bijak menjaga kewangan.Bak kata arwah abah saya,kalau mama saya yang jadik menteri kewangan,mesti Malaysia dah makmur dan kaya raya sekarang.Menyesal pulak sebab masa Dato'najib bukak ruangan #tanyanajib kat Twitter,saya tidak mengusulkan ibu saya sebagai menteri kewangan Malaysia,kalau tidak mesti saya dah bertukar menjadi anak menteri kewangan.eh kejap guna emak,sekejap guna ibu,tapi sebenarnya saya memanggil beliau sebagai mama.

Oleh kerana saya agak suka membazir,malahan duit JPA yang dapat setiap semester(masa degree dulu) tidak mencukupi,maka ibu sering memberi nasihat kewangan.Tapi kadabg-kadang saya berdegil.Haha.Takpelah,ni saya menurunkan sedikit sebanyak petua ibu saya,kalau anda tak degil,boleh ikut la.

1.Jangan Buat Banyak Hutang

Hutang adalah pencuri kebahagiaan.Kebanyakan gaji kakitangan kerajaan dihabiskan untuk membayar hutang sebab kakitangan kerajaan senang nak buat pinjaman.emak saya ajar,buat satu hutang je bagi satu masa.Macam mula-mula beli kereta dulu ke,dah habis bayar baru beli rumah.Camtulah.Pulak tu kereta tu pulak jangan la tukar setiap tahun.Ukur baju di badan sendiri.Gaji 2000 jangan buat hutang macam gaji 4000.

2.kalau terpaksa buat hutang jugak,bayar deposit besar,dan tempoh pembayaran yang paling singkat

Ini hasil temuramah aku bersama seorang salesman kereta masa aku survey-survey kereta dulu,beliau cakap,

Orang Melayu suka pilih pembayaran sikit-sikit tapi lama
           Orang cina suka bayar banyak-banyak dan sekejap

Tahukah anda bahawa bayar lama-lama akan menambah interest bagi sesuatu pembelian?kalau berkemampuan,beli cash untuk menghindarkan riba'.kalau mampu la.Kalau tak mampu betul-betul nak jauhi,buat pinjaman Bank Islam la.Carik keberkatan dalam berharta

3.Carik rezeki halal

Eh.Ni sepatutnya letak first.BUkan setakat carik kerja halal je tau,macam ko dapat keja cikgu kompem seratus peratus pendapatan ko halal la.Sory cikgu,contoh je eh.Memang la ko kerja cikgu,tapi ko rajin ngular,jarang masuk kelas.So,pendapatan tu jadik tak berkat pendapatan tu.kalau keja opis,dia rajin rembat stationary opis,so dah kurang keberkatannya di situ.Maka harta akan sentiasa rasa tak cukup.

4.beli barang kesukaan(yang kehendak) satu je sebulan

Macam situasi aku sekarang aku gila membeli belah di Body Shop.Tapi nak limit,kalau shopping dengan mak aku la,beliau akan kata,"eh..minggu lepas bukan dah beli barang kat sini ke?"So,aku limit,kalau bulan ni beli perfume,bulan depan beli lip scuff,bulan lagi satu beli blusher.

Tapi kalau aku gi shopping sorang macam tersasar lak.Hahahha

Ini juga applicable untuk pasangan yang akan berkahwin.macam parents aku dulu tunang setahun kot kalau tak silap la,ke kurang sikit.Tapi sepanjang tempoh bertunang tu diorang akan beli satu hantaran setiap bulan.Jadik takde la rasa burden sangat,compared tu beli sekali banyak.

5.Mesti Simpan duit sekurang-kurangnya 10%,lebih lagi jika anda belum kawen,letak 30% pun ok

Mesti ada simpanan tetap.Awal-awal dapat gaji terus potong.simpanany yang perlu diprioritikan adalah Tabung haji.sebab mak aku kata itu benda wajib.Perlu bersegera dalam urusan itu.Simpanan tu mesti konsisten tiap-tiap bulan,dan jangan dikeluarkan.

macam contoh parents aku start menabung tabung haji masa mula-mula mengajar letak RM50 je.Tapi simpan tiap-tiap bulan secara istiqamah.hasilnya,mereka naik haji sebelum berumur 40 tahun.

Selain simpanan haji,kita juga perlu ada simpanan kecemasan.Letak la dalam 100 sebulan ke.takut kalau-kalau ada kecemasan macam kereta rosak ke,sakit ke,adalah back up plan.

sebelum kahwin adalah masa paling sesuai untuk menyimpan,sebab kita takde tanggungjawab sangat.Simpanlah hari ini untuk kehidupan akan datang

6.Beli barang-barang dapur secara borong masa awal-awal dapat gaji

Reason:Tak perlu ke pasaraya banyak-banyak kali.So,jimat duit minyak dan parking.Senang bukan?

7.Membeli barang second hand bukan lah perkara MEMALUKAN

Terutamanya di zaman gawat-gawat ni.Kalau pandai carik,kena gaya,dapat lah yang cun.aku tak tau la tempat lain,tapi kalau kat Johor ni,ada tempat nama RENGIT.dekat rengit tu ada satu perkampungan orang kuala.Untuk pengetahuan korang,hotel-hotel kat singapore kebanyakannya ada polisi,di mana mereka perlu menukar perabot-perabot hotel dalam tempoh 3 ke 5 tahun gitu aku tak ingatlah,walaupun kondisinya masih baik,untuk menjaga kualiti dan standard.So,barang-barang hotel tu,diorang akan bagi/tolak secara murah gila kat orang laut tu.

Memang ko tengok kondisi rumah/premis perniagaan dorang tak berapa lawa.Tapi try masuk dalam tu,banyak barang-barang cun ko tau.kadang-kadang bukan perabot je,kalau nasib baik ada la handbag branded ke,barang2 gym ke,semua dari singapore,dorang tolak sini.Kitorang kadang-kadang turun sini carik almari ke,meja ke,standard hotel tu!

Peta Rengit


8.Rajin bersedekah

Jangan la kedekut sangat kan.kalau tak mampu nak konsisten ngulur,singgah masjid tu sumbat lah seringgit dua dalam tabung masjid.Mak aku cakap,seringgt kita bagi,10 atau lebih kebaikan kita dapat.kebaikan tu tak semestinya dalam bentuk duit,mungkin dalam bentuk yang lain.

9.Ukur baju di badan sendiri,Utamakan yang perlu

Gaji dua ribu,buat cara gaji dua ribu.jangan tunjuk style mewah.Tapi jangan sampai taraf kedekut gila pakai baju yang dah berlengas.Parents aku punya style walaupun berjimat,mereka tak pernah compromise pasal pendidikan dan pemakanan anak-anak.Bukan la dengan pemakanan tu bawak makan KFC setiap bulan,tapi dengan menyediakan makanan yang berkhasiat,dan bagi duit secukupnya bagi membeli makanan.mak aku memang jaga pemakanan kitorang.Setiap kali nak exam mesti bekalkan kismis dan kurma.
belanja ikut kemampuan,bukan ikut keinginan.gaji sikit beli je silky girl,jangan berangan nak beli MAC(even MAC tiruan pun,sebab bahaya.Sebab pernah baca somewhre mac palsu ni guna barang low quality yang mungkin memudaratkan,dan dorang takkan bertanggungjawab,tapi kalau mac ori,ko pakai kulit ko menggelupas,sebenarnya korang boleh contact opis dia dan mintak fund balik)

10.Duit syling jangan diabaikan

Selalu orang tak amek port pasal duit syling.main campakkk je.Tapi mak aku lain.Duit syiling dia akan masukkan tabung khas.Pastu dekat-dekat nak raya,beliau akan ke bank untuk menukar duit tu jadik duit seringgit-seringgit,dan akan digunakan sebagai duit raya untuk diberi kepada kanak-kanak.So,takde lah rasa kopak sangat kan masa raya.

Itu je aku ingat.boleh la korang amalkan.hehehe.Mak aku cakap nanti aku nak kahwin beliau akan turunkan petua rumahtangga pula.tunggu saja ya

Thursday, January 13, 2011

Membuat pilihan

Hidup ni menarik sebab banyak pilihan.Kalau monotone saja pasti tidak bewarna-warni bukan?
Kadang-kadang ada satu je jalan,terpaksa memilih mengikut flow.dan yang lain tak dapat,nak buat macam mana?



Seingat aku la,pertama kali dihadapkan dengan pilihan yang pelbagai,adalah sewaktu berumur 10 tahun.Lepas lulus exam PTS,pilihan yang diberi adalah sama ada nak stay darjah 4,atau terus lompat ke darjah lima.Cikgu-cikgu semua sangat sangsi dengan keupayaan aku ketika itu,sebab tahun sebelum tu takde budak yang dapat lompat.Aku masa tu budak kecik hingus meleleh pakai tudung senget-senget dinasihatkan supaya jangan lompat.Stay je darjah empat.Namun masa tu arwah abah aku slow talk dengan aku,dan beliau macam cenderung suruh aku lompat sebab beliau yakin aku boleh carry on untuk UPSR.So,aku lompatlah tak masuk darjah empat,dan aku rasa aku buat pilihan yang tepat,dan result UPSR aku ok.

Lepas UPSR pun banyak pilihan,nak sekolah kat mana.Tapi yang ni memang sistem diktator punya jugak la parents aku buat.hahaha.Aku memang tak nak duduk hostel dan masuk sekolah agama pakai tudung labih sampai bontot ttime tuu.Bila dah masuk hari-hari nangis mintak nak kuar,pulak tu selalu je migrain nak bagi alasan tak mahu pergi kelas sebab kena belajar banyak-banyak subjek.Benci aku tau!Tapi lama-lama duduk situ okey pulak.Hahahaha.Sampai form five beb aku duk situ,kawan--kawan yang nasihat aku jgn pindahlah,itu lah,seawal form two dah ada yang keluar

Lepas PMR pun ada pilihan lagi.Yang ni malas nak cter sebab aku dah pernah cerita kat entry ini

Lepas SPM sementara nak tunggu result aku mengisi masa lapang dengan masuk Maahad Johor,dan juga sebagai bak up plan kalau SPM tak okey boleh terus amek STAM.Tiba-tiba dapat la matrik.Time tu berbelah bagi jugak sebab ramai kawan-kawan aku tunggu panggilan UPU.tapi aku ni nape tah paranoid gler nak masuk matrix sebab takut kalau UPU kuar nanti tak dapat lak.hahaha.Bila masuk amtrix baru tau yang kemasukan ke matrix tu dah membatalkan panggilan UPU.Masa beberapa bulan masuk matrix pulak,dapat tawaran PISMP(program ijazah sarjana muda pendidikan),mengajar matematik tak silap aku.Tapi aku kerek,berlagak sombong tak minat jadik cikgu,maka aku tolak bulat-bulat tawaran tu.Aku memang tak minat mengajar sebab aku ni bengkeng sikit.

Lepas matrix dengan keputusan tak la cemerlang mana,kena buat lapan pilihan dalam borang UPU.dapat la food Biotechnology kt usim.Ni memang la kena pergi,takkan aku nak duduk rumah tunggu pinangan orang kot.pergi la situ belajar.kat dalam USIM sendiri banyak kali dihadapkan dengan pilihan.Tapi yang aku rasa gila-gila betul pilihannya,masa nama aku ada sapa entah calonkan untuk bertanding Pilihan Raya kampus.Aku mula-mula tak tau,tapi bila naik bilik meeting baru tahu agenda itu.Namun sebab tak suka mencapub memberi janji manis kepada rakyat jelata,maka aku memilih untuk tidak bertanding.

Last sem kat USIM,diberi pilihan untuk mencarik tempat praktikal.Aku memang nak menangis la time tu.Hantar surat sana takde balasan,hantar surat sini kata tak pakai student praktikal.nasib baik last-last minit dapat jabatan pertanian.Lega kot

lepas belajar lagi banyak pilihan.Nak keja,atau sambung study.So,aku memilih sambung study.dan masa sambung study pun diberi pilihan,Lihat la ya entri aku sebelum-sebelum ni,aku malas nak komen dan menyatakan pilihan aku kat sini.

Apa-apapun terjadi,bertanggungjawablah atas pilihan sendiri.aku kadang-kadang pernah terfikir,"kenapa aku tak pilih camni,buat camni",dan aku cepat-cepat beristighfar sebab perkatan,"kalaulah..." tu bgitu hampir sekali dengan Syirik.Jalan hidup kita Allah dah tentukan,kerana dia tahu kemampuan hambanya.Apapun,istikharah tetap jalan terbaik untuk memberikan petanda-petanda yang bagus dalam kehidupan.Tanya Allah,dialah yang maha mengetahui


Wednesday, January 12, 2011

Benda-benda Annoying di kedai makan

Assalamualaikum.Lama sudah tidak bertemu..Masih ingat saya lagi?be
Seperti biasa hobi saya adalah post mengenai perkara-perkara annoying.Annoying and me could be synonym,as lyrics and melody.Am I an annoying person?Hahaha..Takpe lain kali aku buat tajuk benda-benda annoying pada saya..Wahahaha.

Benda ni selalu terjadi di kedai-kedai makan.Tauke warung,restoran,kopitiam dan sebagainya,sila amek perhatian.Ko nak kurang satu pelanggan ke?Wahaha..macam la aku penyumbang utama pendapatan restoran diorang kan.

1.Tidak Menjaga Kebersihan

Ini perkara nombor satu.kebersihan adalah sebahagian daripada iman.Walaupun masakan ko setara kehebatan Chef Wan ke,kalau bawah tu tikus dan lipas boleh buat trak joging,takde guna derr..Silap-silap restoran kau tu boleh diarahkan tutup kalau kekotoran melampau -lampau

2.First time customer datang tak hulur menu

Hello!aku rasa murah je kos nak print menu.takpun tampal la senarai menu kat dinding.Bukan semua regular customer kau kot.Benda paling dibenci kalau berlaku seperti dialog di bawah:

Tukang amek order:Ya cik,nak makan apa
Customer:Apa yang ada ya
Tukang amek order:Semua ada.nasi goreng.Spageti carbonara.lasagne.Mee hoon goreng.menu-menu biasalah
Customer:Mi bandung ada
Tukang amek order:Takde la kak
Customer:nasi goreng cendawan
Tukang amek order:Takde jugak la

dah tu apa yang engkau ada kalau semua aku tanya ko jawab takde?

3.Tunjuk rajin sapu sampah dekat-dekat orang makan,pastu claim,kita orang meniaga ni kena jaga kebersihan

Ini serius annoying.aku pernah kena.aku tengah syok makan gtu,dia gi hentam sapu sampah dekat-dekat aku,pastu cakap seperti dialog di atas.Padahal ada je meja kosong kat tepi tu.sapu la sana dulu

4.Waiter bajet kuat ingatan amek menu tak payah salin pastu hantar salah order,takpun tanya2 lagi banyak kali

Ni pun satu.apa salah amek kertas,catit.Di samping memudahkan kerja nak hantar order,ia juga memudahkan kerja masa nak bayar nanti.tak perlu la customer nak ingat satu satundia makan apa.Kalau makan sorang takpe,ni kalau datang satu family anak lapan.Penat okeh nak ingat.
Buku tiga lima tu murah je kot aku rasa.Eh tak tau la lepas Ana Raffali menang juara lagu buku tiga lima nak harga balik,sebab beliau dah interframe buku tiga lima dalam lagu beliau:

Mari Patahkan Papan markah lama
           mari padamkan buku tiga lima


pada yang tak tau,ini buku tiga lima.Masa aku skolah rendah glemer sebab ada program
learn a word a day.kena salin perkataan kat papan kenyataan skolah dalam buku nji.takut cikgu soal


5.Customer tak ramai,tapi order lambat sebab tukang masak layan sinetron

Ni biasa jadik.Kalau lambat sebab ramai customer aku tak kisah.Tapi kalau macam kat atas ni,takde masa aku nak datang kedai kau lagi.

Aku harap tokey-tokey kedai makan boleh amek iktibar untuk perkara-perkara ni.Customer always right okehhhh...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja