Friday, December 24, 2010

Hijrah tapi bukan Tv al-hijrah

Assalamualaikum.
Semalam result PMR baru keluar.Rekod kot sekolah aku tahun ni.di mana 40 orang dapat 9A,dan 29 orang dapat 8A 1B.Giler hebat dah batch bawah-bawah aku ni.Macam budak2 yang dapat 9A ni dah boleh form dua kelas dah.
Zaman-zaman senior atas-atas aku dulu,nak jumpa yang 9A punya la susah.Adalah dalam tiga orang satu batch.Start senior atas aku dah mula ramai sikit 7 orang kot.batch aku berapa tah,ada la belas-belas.PAstu batch adik aku yang kembar tu dah start kebabom sampai 30 orang dapat 9A.batch bawah-bawah tu aku malas nak amek kesah,sebab takde adik aku.hahaha.Gila selfish.Bukan lah,tapi takde sumber nak tanya.Ni batch Syukur dapat 40 orang memang meletup.

Ni mungkin bagi sesetengah orang,lagi sekolah-sekolah elit mesti kata,eh apedehal 40 orang je.sekolah aku semua straight A,ada B tu macam teruk sangat dah.Sekolah ko lain,sekolah aku lain.Sekolah ko kerajaan bagi advantage,sekolah aku negeri je,cikgu pun tak cukup.Sekolah ko belajar basic subject PMR,sekolah aku wajib amek subjek sukatan arab,12 subjek.So,kejayaan yang pada sesetengah orang kecik,besar nilainya di sisi kami.Berkat usaha pelajar,dan tunjuk ajar guru-guru.

Ni naik ni mesti wujud fenomena di kalangan pelajar cemerlang ni,fenomena result-aku-best-so-sini-tak-layak-dah-bagi-aku.
Jangan tipu baii,aku dulu pun pernah rasa camtu.Masa PMR belajar betul-betul,lepas tu blah,carik ilmu kat tempat lain.Kirakan jadikan sekolah ni sebagai sandaran.Ya,dan PMR aku skor,juga aku ada dapat tawaran sekolah-sekolah lain yang lagi berprestij.Bukan aku tak tau,ramai je kawan-kawan yang nak just lepaskan PMR je,then keluar.Kira masuk sekolah tu time form 1 just sebab tak dapat tawaran sekolah lain yang lagi bagus,so sebab nak merasa jugak duduk asrama,then masuk sekolah tu.Kira jadikan SMAKJ sebagai sandaran je.Aku tak ngata orang lain k,ini memang hakikat sebenar diri aku sendiri masa mula-mula dulu.

Tapi lepas PMR,dapat tawaran sekolah lain.Tiba-tiba aku rasa sayang pulak nak keluar.Pulak tu ramai kawan-kawan yang dapat straight A pun da keluar.Aku fikir elok-elok,nak keluar ke tak nak.Aku sayang subjek arab aku,even memang la beban,tapi aku rasa ia macam kekuatan aku pulak.Aku sayang kawan-kawan aku.Aku sayang boyfriend aku,eh gila gatal form 3 dah ada boyfriend kan,tapi sekarang aku dah tak sayang dia la,hahahaha.Aku tak dapat bayangkan la suasana di tempat baru,apatah lagi sekolah yang aku dapat adalah sekolah dari form one dah ada.
Kalau dapat KISAS ke,atau mana-mana yang start dari form 4,aku OK lagi kot,sebab semua orang pun budak baru jugak.Tapi kalau masuk yang memang dari form 1 mesti payah,sebab diorang mesti de geng sendiri,dan budak-budak baru akan jadi terasing.

Aku buat istikhrah,aku fikir elok-elok.Last decision aku buat adalah tak payah keluar.Duduk SMAKJ diam-diam,study untuk Sijil Menengah Agama(SMA) dan SPM.Time tu berbulu jugak la hati,bila budak-budak yang dah keluar cerita keseronokan sekolah baru mereka,dengan guru-guru pakar,persaingan sihat,dan lain-lain lagi.
Lupa pulak nak cerita,masa masuk SMAKJ masa form 1,aku ingat lagi.Betapa orang-orang kat tempat aku memperlekehkan pilihan parents aku nak hantar aku ke situ.kata mereka

"dapat 5A UPSR,kenapa tak hnatar pergi MRSM?"
"Ni keluar nanti jadi ustazah je ke"
"SMAKJ?Sekolah apa tu?Sekolah arab pondok ke?"

So,after PMR,aku amek aliran sains.Aku nak buktikan aku pun boleh berjaya,macam kawan-kawan yang dah keluar,juga nak sangkal pendapat orang tempat aku,yang memperkecilkan skop,bahawa orang yang masuk sekolah agama,bidang pengajian mereka apabila tamat pengajian kelak,adalah bidang agama.Aku nak tunjuk,bahawa pelajar sekolah agama pun mampu shining kat bidang lain.

So,aku pun amek SPM la.Takdelah power sangat pun result aku,cukup-cukup la nak masuk matrix.Lepas matrix,aku pun amek Biotech masa degree,dan sekarang sambung belajar dalam biotech jugak untuk master.See,tak semua lepasan sekolah agama perlu berakhir dalam bidang pengajian Islam jugak,dan tak semestinya ko kena masuk sekolah sains untuk menjadi saintis.

Mungkin aku bukan contoh yang terbaik untuk budak-budak yang stay sampai form 5,dan cemerlang dalam bidang bukan agama.Tapi batch aku,berapa ramai yang dapat result best dalam SPM,dan cemerlang dalam pelbagai bidang,arab dan akademik.Ada yang amek prubatan,farmasi,kejuruteraan dan lain-lain lagi.

dan Alhamdulillah,keputusan aku untuk stay kat SMAKJ sedikit sebanyak mempengaruhi adik-adik aku.Daripada 5 orang adik beradik aku,setakat ni 4 orang abes belajar sampai form 5 kat SMAKJ.Dua daripada adik aku dapat straight A SPM,dan sorang lagi 10A 1B.result aku,even teruk berbanding diorang,tapi tetap jadik benchmark.Bak kata parents aku,setiap kali ada anak-anak kawan ke,sepupu ke,even adik-adik aku after dapat result PMR,"kak Long tu dulu stay sampai SPM,okey je result"

kesimpulan dari aku bebel panjang-panjang ni:
1.Aku bukan nak riak,just cerita pengalaman sikit-sikit je.
2.Aku bukan mengata semua yang keluar sekolah after PMR.Nak pindah tu pindah la,tapi jangan la mengutuk kami yang stay,mengutuk sekolah tempat ko pernah timba ilmu 3 tahun.dan membandingkan sekolah baru ko yang serba canggih tu dengan SMAKJ.tak perlu
3.Adik-adik form 2 dan 3 next year,juga form 1 yang baru nak masuk.jangan jadikan SMAKJ sebagai sandaran,mentang-mentang korang tak dapat SBP kan.Betulkan niat,insyaAllah korang akan berjaya

Itu aje bebelan aku yang panjang gila ni kan,terasa tua pulak dah.dah dekat 6 tahun tinggalkan zaman sekolah menengah...

6 comments:

voltox said...

tahniah wana..apa pn pasal fellowship tu..awk takde kontrak pn dgn usim sbnrya..kira tak semestinya awk jd lect usim..tu apa yg sy dgr..

tahniah kedua pula..sbb bulan 12 ni sy tgk awk rajin gila update..bulan ni gak sy tgk post awk paling byk utk tahun ni..ada lg dlm 6 hari ni..adakah akan ada lg post2 baru..rekod dunia ni utk blog ni

Sayer Best said...

hahaha.tq encik voltox.pling bk hapdet=paling tensen.hehehe
yup,yg psl fellowship tu bru dpt surat twrn.dia mmng kte x smstinya jdik lecturer,tpi still kne smbng blaja smpai phd jgk.tu yg malas

slave of Allah.. said...

x de nk banyak cakap, tapi sye suke bacer entry ni, memandangkan sye batch 21, form 3 thn nie..tq ya~
=)

Sayer Best said...

slave of allah:TQ.1 batch dgn syukur kan?

izyan saleha said...

dulu aku pun pernah dapat tawaran sekolah integrasi lpas PMR. pastu sume dak2x ni ckp jangan pindah, cikgu pun same. dan aku pun syg subjek arab aku. pnat blaja setahun, xkan nak tggal cmtue je

aku ingat lagi cikgu Latifah ckp ngan zailin sruh ckp ngan aku " terima kasih, izyan sebab awak tak pindah". terharu aku.

aku duduk SMAKj smpai form 5, Alhamdulillah result aku ok. lg baek aku rsa dpd org yg pindah skolah. bukan nak bangga tapi ak nak tjuk Smakj pun bole lahirkan plajar cmrlang. ak xpnah menyesal xpindah sekolah malah ak bangga jadi dak SMAKJ.

bak kate sorg ustaz ni psl dak KISAS " alah, diorg tue cmrlang sbb blaja teknik jwab soklan".

ye, kita ade subjek arab, kita lagi hebat sbnrnya dpd mreka. mane ade sekolah sggup amik xam besar tiap2x tahun?? tpo plajar SMAKJ mmpu.

Sayer Best said...

yan leha:congrats for making the best choice,and TQ sebab harumkan nme SMAKJ dgn pencapaian cemerlang ko..
hehe
tapi aku rse CERTAIN budak SMAKJ de inferiority complex,diorang rse diorng tak standing budak2 lain.tapi once dorng kuar,dorng akan realise kemampuan yg sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja