Thursday, February 28, 2013

Resepi pemalas:Ikan Masak Singgang dan Kangkung Goreng Ikan Bilis

Bersua lagi di dalam segmen dasar pemalas.Wakakaka.Hari ni aku nak share resepi untuk lunch yang aku bawak ke pejabat.Simple,senang dan jimat duit.Sesuai untuk mana-mana wanita yang nak jimat duit tak nak beli linch sebab nak save duit untuk dibawa melancong




Resepi Ikan Singgang:


  • Seekor ikan.Hari ni aku pakai ikan tenggiri.Oleh sebab tak pandai siang ikan,aku suruh brader kt Giant siangkan.Senang dan mudah.Ikan tu basuh pakai air garam ye
  • 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
  • 1 inci halia.Hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 5 ulas bawang merah-hiris nipis
  • 1 ulas bawang besar-mayang
  • 6 cili padi-ketuk(ejas ikut preference.Nak pedas boleh lebih)
  • 2 asam keping
  • garam secukup rasa
  • Air ikut mana suka
Cara-cara memasak

  1. masukkan bahan2 yang dihiris dalam periuk.Sekali campak cili padi tu
  2. Masukkan air
  3. Biar sampai mendidih
  4. DAh mendidih campak je ikan tu.Tunggu sampai agak-agak ikan masak
  5. Letak la asam keping tu.Nak masam tambah lagi.
  6. Ejas garam,rasa masam manis semua
  7. Siap untuk dimakan

Resepi Kangkung goreng ikan bilis
  • Kangkung ikut suka banyak mana.Nak makan sorang ape jadah guna banyak sangat
  • Cendawan tiram
  • Lobak
Bahan tumis
  • 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
  • 1 inci halia.Hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 5 ulas bawang merah-hiris nipis
  • Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 5 bijik cili padi
  • Sesudu minyak masak
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.Tumis segala bahan tumis sampai naik bau
  2. Campak segala sayuran
  3. Agak-agak kering sangat tambah air sikit.
  4. Gaul rata
  5. Sesuaikan rasa.Agak tawar then tambah garam.Jangan tambah banyak sangat,hypertension nanti
  6. Siap untuk dimakan

Saturday, February 16, 2013

kek coklat sedikit sihat

hari ni rajin.makanya baking.lagipun rumah dah ada oven...tapi oleh kerana tgh gaya hidup sihat,teringin nak modify resepi...tema diberi kek coklat sedikit sihat,tak sihat sgt la sbb gula pakai setengah cawan lg,tp still a good option.

bahan-bahan

1 jar baby food(makanan baby dalam jar.beli kt kedai barang baby.yg kecik dh cukup)
1 cawan tepung oat.aku blender je oat aku smpai jadik tepung
setengah cawan gula.kurang jika mahu
3 tbsp baking cocoa
setengah tbsp baking soda
4 biji putih telur
3 scoop whey protein.aku pakai cosway pny je.siapa ada herbalife f3 boleh la letak.reason:selain untuk tmbh protein kita jgk,adalah sebab tepung oat xde gluten,nanti batter korng lembik sgt,whey ni cm nk bg batter tu pekat sikit la
air dlm 1 cwn-ikut keperluan
secubit garm

cara buat:
1.panaskan oven suhu 190 c.
2.campurkan bahan kering dalam satu mangkuk(tepung,baking soda,baking cocoa,gula,garam,whey protein)
3.campur bahan basah dalam satu mangkuk(baby food,putih telur,air)
4.masukkan bahan basah dalam bahan kering
5.Bakar selama 20-30 minit

outcome:
Rasa ok,sedap
tekstur tak fluffy macam kek biasa,tapi tak bantat.crust pun rangup

Selamat mencuba!

Friday, February 08, 2013

About Multitasking

Tadi one of my friend post mengenai advise aku kepada beliau mengenai multitasking.Kih kih.Macam kelakar pulak aku bagi advice kat orang.Buat pengetahuan korang,aku bukan manusia penggemar multitasking.Mesti dah berpandangan negatif kan pada aku.Sebab dalam kehidupan moden ini,manusia memang menyanjung tinggi orang yang multitasking,takpun ada yang kata,"Yelah,kerja kerajaan.Boleh la singletasking.tak macam I,keja MNC gitu,busy subuh sampai ke isyak"

Buat pengetahuan korang,jobscope aku kat opis kena cover sebanyak 7 benda,dan di bawah 7 tu ada anak-anak.Contoh,jobscope 3:Pembangunan industri,bawah tu pecah 3:
1.audit keselamatan makanan-Pecah HACCP,GMP,Mesti
2.Pemantauan aktiviti-susu,kendiri,SLPM
3.Promosi

dan tak termasuk tugas-tugas nampak remeh macam:
-filing:aku takde kerani,so aku buat sorang.
-Urusan kewangan unit
-Bungkus goodies bag untuk program
-Lain-lain aktiviti yang diarahkan macam urusetia family day,ajk jamuan hari raya dan lain-lain

Aku tidaklah menganggap kerja aku paling susah di dunia,kerana banyak lagi kerjaya yang gempak-gempak dan hebat-hebat berbanding aku yang kerja gomen je.Tapi takpe,aku bersyukur atas kurniaan Ilahi,alhamdulillah.

Balik kepada persoalan asal iaitu MULTITASKING,

Hari tu aku dan housemate berbincang pasal multitasking,dan beliau kata beliau boleh balas email sambil menjawab phone call,dan aku menyatakan yang sebaliknya,bahawa aku ni bila jawab phone call aku akan stop sekejap reply email.Aku juga tidak makan sambil memandu,kadang-kadang je reply SMS sambil drive,tapi phone call angkat la buat memekak aje kan.

Even aku angkat phone call semasa drive,aku akan dapati kualiti dan kesopanan menjawab panggilan itu akan berkurang,tapi tu lah kilang degil,orang kata orang tengah drive,gigih juga nak call kan..Grrrr

Sebab tu la pada aku.Multitasking akan mengurangkan kualiti kerja.Orang yang gigih multitasking(even pada benda yang tak sepatutnya),bermaksud orang itu tidak tahu set priority,dan tiada negotiating skills yang penting untuk orang yang berjaya.Sebagai contoh,kau ada 3 kerja,setiap kerja different task,different due date,and report kepada different bosses.Apa salahnya kau buat hierarki camni:

1.Set kerja mana yang dah diberi dulu
2.Kerja mana yang due date dulu
3.Kerja mana yang perlu brain storm lebih
4.Boss/Client mana yang senang nak negotiate

Dah tau priority kerja mana yang perlu,sila allocate time untuk yang highest priority,bermaksud,kau letak 5 jam contohnya,dan pastikan dalam masa 5 jam tu kau hindari gangguan-gangguan lain.Contoh gangguan tersebut seperti:

1.Social network:abaikan segala notification FB,whatsapp,BBM,etc.Kadang-kadang tak urgent.kalau benda tu urgent,orang akan call,tak mesej
2.Rakan-rakan sekerja-Time ni la kau nak ajak minum kan.Abaikan aje.Biarlah kekwat katanya
3.Gangguan bunyi-Ada orang kalau dengar music boleh lalai,tapi ada yang lebih kreatif jika ada muzik.Ikut suka

Kalau ngantuk dalam tempoh yang allocate tu,tido dalam 15 minit wouldn't be harmful

Setelah tu barulah allocate time untuk priority yang lain mengikut hierarki.

Tapi tapi tapi,serta benda kau boleh multitaskingkan juga seperti:

1.Sambil tengok tv kau boleh bersenam
2.Sambil basuh baju kat mesin basuh,kau boleh sapu rumah
3.Sambil mandi boleh basuh toilet

Itu different,sebab tak melibatkan kosentrasi pemikiran.

Lagi satu,aku cukup kurang gemar dengan orang yang berkata,
"I takde masa nak bersenam la,penat kerja,balik lewat" tapi berangan nak kurus

tapi dalam masa yang sama boleh follow pulak Setia Hujung Nyawa la,Slot samarinda la,hapdet blog 8 kali sehari la.So,sacrifice one thing untuk 1 benda yang bagus untuk hidup kau.lagipun masa tengok tv tu ada commercial break,boleh je ko lompat bintang 20 kali,squat 10 kali,dan lain-lain

Contohi aku,
Kalau malas,aku cakap aku malas.takde cover punya.Hahahahah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja