Showing posts with label tag and awards. Show all posts
Showing posts with label tag and awards. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

day two : 10 things I love

Sambungan Semalam.10 things I love

1.Writing

Aku sangat suka menulis,juga menaip.Itu satu terapi tahu.Kadang-kadang time meeting,benda yang tak berkaitan dengan aku pun aku suka nak tulis.Eh,tapi kenapa masa sekolah aku liat buat homework ni??Musykil musykil

2.Perfumes

Okeh.Dasar perempuan.Aku memang minat mengumpul bendalah ini,juga memakainya.Aku bukan jenis stick pada satu bau je.SUka jugak tukar-tukar perfume.Buat masa sekarang ni,aku pakai The Body Shop Japanese Cherry Blossom,dengan perfume oil Vanilla.Kalau kat kampung sana,aku tinggalkan Sweet Honesty Avon.

3.Travel

Ini mungkin sejak kecik lagi parents aku rajin bawak jalan-jalan.Even diorang busy sekalipun,memang akan bawak jalan even paling dekat pun pergi kolam air panas dekat tenang tu.Ada rezeki lebih sikit,dapat la pergi Umrah,pergi Jordan.Kalau takde duit lak,pergi Genting pun jadiklah.Oh,BTW,aku baru tau dari Hentian Kajang ni ada bas straight gi Genting.Best best

4.Books

Aku suka membaca.Bukan lah membaca buku teks KBSM,tapi aku suka baca novel dan konon-konon pengetahuan am dengan motivasi lah.kalau novel,penulis kegemaran aku Sophie Kinsella,Ramli Awang Murshid(serius aku addicted dengan siri Laksamana Sunan tu,sampai aku rasa dia betul-betul wujud,sampai nanti aku nak bagi nama anak Saifuddin,boleh gitu?),Faisal Tehrani,Hlovate dengan Khalid Hosseini.Dulu-dulu layan jugak Fauziah Ashaari,Norhayati Berahim semua,tapi sekarang macam boring lak.Ke jiwa aku dah tak remaja ni????

5.Good blogs

Good blogs bukan lah bermaksud blog femes sejuta follower sebab tayang muka cun besar-besar.Blog yang bagus dibaca contohnya macam blog yang aku list kat sebelah kanan blog aku ni.AKu suka baca pemikiran dan pendapat orang,even kadang-kadang macam terlalu radikal sangat ke,liberal sangat ke.At least,adalah sikit input pada otak jugak.Kadang-kadang ada blog yang cerita pasal kehidupan sehari-hari,pun aku layan kalau cara penulisan beliau menarik.

6.Day-dreaming

Ini adalah fakta.Aku memang suka berangan di waktu lapang,juga waktu kurang lapang.Hahahah

7.Family-Gathering

Aku rasa hidup best kalau semua adik beradik ada kat rumah.Makan sama-sama,gaduh pun sama-sama.TU pasal aku suka balik kampung.Jumpa mak dan adik-adik aku.Kitorang jenis family bonding kuat,even masa aku sekolah menengah pun,parents aku akan datang melawat tiap-tiap minggu,bawak adik-adik aku sekali.Sekarang aku pun selagi boleh nak kekalkan tradisi ni.

8.Tido

Masa lapang kalau dapat tidur memang best.Pulak aku jenis pantang dapat bantal.Senang gila nak lelap.Hahaha.Tapi kadang-kadang kalau aku tension sangat dia jadik macam susah nak tido.Apsal tah

9.Komik,kartun,manga

Ceh kau,umur dah nak suku abad,tapi masik baca komik Lawak Kampus.Balik rumah tengok Sin Chan dan Hagemaru.Ada masa lapang,gi rembat Kreko adik aku.EH Kreko macam dah lama tak baca.Susah kalau dah tertinggal siri kreko,lost track nanti.Dulu zaman matrix,aku beli Kreko sebab nak baca Midori NO HIbi dengan Hitman Reborn.Tebal-tebal yang lain aku tak baca.hahahaha.

10.SPicy Foods

Hidup tak pedas tak kick.Tapi cirit birit,sila tanggung sendiri

Tuesday, May 10, 2011

Day 1:About me

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 1o wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Oleh kerana sekarang kehidupan agak tidak membestkan,maka terpaksalah beta hapdet mengarut yang tidak menjana perkembangan minda kanak-kanak tidak seperti kanak-kanak yang mengambil susu yang mengandungi DHA dan taurina.Dalam bahasa ringkas,aku takde idea.Boleh???
(kira OK hape dari aku buat tutorial lilit tudung bawal,maklumlah kalau buat tutorial lilit shawal nanti,hilang glemer si Hana Tajima tu.wahahaha)

Day 1:10 things about me

1.Plain Jane.Simple life.Hanya menyewa bilik dengan harga RM 100 saja sebulan.Memandu kereta Atoz second hand.Membawa laptop ke opis dengan menggunakan bag KMNS yang dirembat dari adik aku.Menggunakan payung free Maxis untuk melindungi  diri dari terik matahari dan menulis menggunakan pen free jabatan sahaja.Simple bukan??

2.Anak sulung dari lima beradik.Bagaimanapun,aku yang paling pendek sekali.Actually dalam adik beradik aku,ketinggian adalah berkadar songsang dengan turutan kelahiran,which means adik aku yang last adalah yang paling tinggi,dan aku anak sulung adalah yang paling rendah.By the way,Syazwan excluded,sebab last dia paling tahun 2008,Syukur masih belum baligh dan pendek lagi.Nanti aku update kalau syazwan balik sini.

3.Bekerja sebagai hamba kerajaan(literally translated from Government Servant).Luckily dalam bidang yang berkaitan,cuma tak jumpa makmal lak.Aduhai,mereka tak tahu ke aku ni pencinta bakteria sejati.Mengadap microbe tu lebih membahagiakan dari menatap wajah manusia-manusia jengkel ko tahu?Ceh ceh demand pulak ko nak lab kan..Bersyukur la apa yang ada.

4.Kadang-kadang terasa macam seekor sesumpah.Macam hipokrit pun ada kadang-kadang.Eh,ada ke orang hipokrit mengaku hipokrit.Ke itu juga adalah pengakuan hipokrit?Kat opis aku macam pendiam dan terpaksa bermuka bengis dan menundukkan pandangan.Bila kat luar,Wah!!!!Terkeluar semua tanduk ko!Siap dengan ekor sekali!!!Bukan,aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan.Posisi aku sekarang tidak membolehkan aku berkelakuan keanak-anakkan,kalau tak jatuh martabat dan reputasi.Tak boleh wat slamber gi keja pakai kasut Crocs pastu letak binatang hape tah hiasan kat kasut tu.Aku ada yang Hello kitty,tapi ilang dah masa nak pindah ke Shah Alam.

5.Suka bermonolog.tapi tidak suka berAtilia.Wahahaha.Kekanda adinda kot.Kadang-kadang aku suka bercakap sorang-sorang.lebih-lebih lagi time nak buat keputusan.

6.Suka menyanyi walaupun suara tahap panggil banjir.Dalam kereta masa jem adalah waktu karaoke paling indah sekali.Siap amek botol air mineral lagi buat mic.

7.Bakal berusia 23 tahun pada SABTU depan.Hadiah boleh dikirim secara pos laju,atau pos ekspress.Secara online pun takpe.CAranya,korang pergi mana-mana online shop,beli,bayar,dan alamatkan ke rumah aku.Senang bukan?

8.Menulis adalah satu terapi.Menconteng juga.

9.Clumsy,careless,but sometimes extra cautious.Depends.

10.Currently experiencing Quarter-Life crisis.Apa ko ingat ada mid life crisis je ke??Quarter-life pun ada jugak tau.Nak tahu lebih lanjut boleh gi sini--->Quarter-life Crisis

Tapi,oleh sebab aku baik sikit hari ni,aku nak list jugak sikit-sikit characteristics quarter-life crisis ni,dan keberadaannya dalam diri aku:

  • confronting one's own mortality-->Tak pernah.Tak puas lagi hidup
  • insecurity concerning ability to love oneself, let alone another person-->Ya,kadang-kadang aku rasa diri sendiri suck
  • insecurity regarding present accomplishments-->Betul,tak puas hati lagi dengan apa yang ada sekarang
  • re-evaluation of close interpersonal relationships-->ni takde
  • lack of friendships or romantic relationships, sexual frustration, and involuntary celibacy-->Tak pernah buat sex,jadik tak tau frust ke tak.Wahaha.
  • disappointment with one's job-->Haah.Aku nak jadik Pengarah Kesihatan Malaysia,boleh?
  • nostalgia for university, college, high school, middle school or elementary school life-->Yup,sila baca blog aku.Berapa banyak la segmen imbas kembali
  • tendency to hold stronger opinions-->Ada la jugak kadang-kadang
  • boredom with social interactions-->KAt opis ada la sikit-sikit
  • loss of closeness to high school and college friends-->Takde la pulak.Sekarang kan ada Facebook
  • financially-rooted stress (overwhelming college loans, unexpectedly high cost of living)-->Alhamdulillah takde hutang pinjaman pelajaran.Terima kasih kerajaan Malaysia yang sudi menaja saya.Bagaimanapun,ini bukan satu jaminan saya akan mengundi BN.Eh,kontroversi tak kenyataan ni??Wahahaha.
  • loneliness, depression and suicidal tendencies--->Takde lak.Kalau lonely aku main cityville.setel
  • desire to have children-->Erkk..Malu nak cakap.Wahaha(Sambil blushing blushing sikit-sikit)
  • a sense that others are doing better than oneself-->Aah.aku kan kuat jeles.So,perasaan ni ada.
  • frustration with social skills-->NI takde
KOrang camne pulak?Ada lalui mid-life crisis ni tak??

Kalau rajin,boleh la korang buat bendalah ni.Aku tengok blog sorang-sorang berabuk dah.Mana tau,benda ni boleh menyapu sikit sawang-sawang korang.

Saturday, July 04, 2009

sayang sayang,sayang sayang sayang,sayang sayang sayang?

ohoo..dapat tag lagi.Oleh kerana minggu ini aku agak sibuk dan menyibuk,serta mahu mengelakkan blog bersawang ,maka dengan sukacitanya aku terpaksalah membuat tag yang nampak macam mencabar ni,mari kawan-kawan...


Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Syazwana

2. A five Letter Word : Square(ohoo..teringat square one,pasaraya terbaru di Batu PAhat.

3. A boy's Name : syukur

4. A girl's Name : Siti Nurhaliza

5. An occupation : Suri RUmah

6. A color :Soren..sijau..siru..sink..serah...suning..ceh x jumpa lak kaler S

7. Something you'll wear : seluar

9. A food : sotong goreng bersalut tepung,yang dicicah sos cili ayamas

10. Something found in the bathroom: sinki

11. A place : Summit Parade,batu pahat,johor

12. A reason for being late : Sory sayang,I bangun lambat tadi,you x marah kan dear???

13. Something you'd shout : Sengal ok!!!!

14. A movie title :Sepi

15. Something you drink : Sirap limau ais,kurang gula

16. A musical group : Sheila On7

17. An animal : Serigala berbulu ayam

18. A street name : Sesame street

19. A type of car : Satria Neo

20. The title of a song : Suriram ram ram,suriram yang manis,




Oh,ni tag no 2 pulak,apa barang bagi tag aje,bagi la tag heuer sekali,amacam,ada berani
takpe,beliau bagi award kira syukur ajelah,ada jugakkan orang nak bagi.masih ada yang sayang..


Awardnya adalah....


Seorang lelaki kacak yang memakai sunglasses mahal berjenama TAG HEUER,kata tag kan,apa kata kau bagi aku tag Heuer nyer sunglasses/jam betul-betul.ADA BERANI??

OK,sila ambil perhatian,anda sedang dibohongi



Haa...ni la baru award betul-betul

1.Copy Award di atas untuk diletakkan di blog anda

dah...Mission 1 accomplished...

2.Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini

  • Beliau bernama Nuruljannah Badrul Hisyam,MENARIK TAK NAMA BELIAU?
  • Sebaya dengan aku iaitu 21 tahun,juga satu batch dengan aku
  • Kadang-kadang,she is so unpredictable,maknanya suka beraksi spontan@selamba..She is an entertainer among us..ceh bangga tak JAI???
  • SANGAT-SANGAT kepoh,kecoh dan banyak cakap.aku duduk dengan dia memang bantai gelak je la.Kadang-kadang agak lepas sikit cakap..nasib baik aku dikurniakan Telinga yang agak TEBAL untuk menahan bebelan beliau,tapi kalau nak pendapat yang jujur,anda boleh bertanya kepada beliau,sebab dia ni agak tak kalis-kalis atau cover-cover,she just speaks her words
  • HAA,,ni fakta paling MENARIK sekali,beliau adalah seorang gadis yang berwajah chinese look dan pandai bergaya.Ingin berkenalan??sila hantar SMS ON KENAL ke 32559.anda pasti tidak akan kecewa
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sebelum memilih penerima award seterusnya

~Sila Rujuk entri ini~
Atau mahu keterangan lanjut~
Sila hubungi tuan punya diri,dijamin bahagia,
Tawaran terhad kepada 10 pemanggil pertama.

Silakan,cik abang di sebelah hujung sana..

10 penerima award seterusnya...

Oleh kerana semua yang aku nak tag dah kena tag dengan orang lain,maka

"Abang Aznil...saya kunci tag ini!!!!"
"anda yakin dengan pilihan anda,tidak mahu menggunakan talian hayat,atau anda berpuas hati dengan hanya rm 5000"
"ya,Saya yakin betul,saya kunci TAg ini"

Dengan ini,tag ini dikunci dan tidak diberi kepada siapa-siapa.this story ends here


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja