Friday, June 26, 2009

Biarlah,orang perasan pun nak hidup jugak

Kerja tag mengetag,reward mereward adalah umpama sokong membawa rebah,jika overdose.Ia adalah alternatif yang baik jika anda mengesyaki blog rakan anda adalah ibarat gua batu belah batu bertangkup yang bersawang tujuh lapan lapis.Namun,jika blog anda hanya dipenuhi tag dan award aje,seumpama dari lapan entri,10 adalah tag,maka anda perlu menukar nama blog dari "my own suka suki journal" kepada my own suka suki tag/award.

"assalamualaikum,alhamdulillah bersyukur kepada ilahi kerana sekali lagi Siti berjaya mengekalkan anugerah artis popular selama 8 tahun berturut-turut....." eh silap,ni skrip ucapan ABP ni.ok2,ni baru betul.

Terima kasih kepada atthiah yang telah memberi award ini kepada aku.sila beri tepukan gemuruh kepada beliau.


oh,ni arahan dia:

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Dah buat la,tak nampak tu???

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

Oh,kenapa tanya??berminat???

22/f/kluang

oh,tak cukup???yelah aku cerita

Nama beliau adalah Noratthiah Nordin.eh aku dah lupa la eja nama kau.Betul tak ni??R ngan A jarak tak?

Beliau adalah rakan sekelas aku semenjak tingkatan satu hingga lima.terpisah kerana aku melanjutkan pelajaran ke matrik johor,manakala beliau ke Tamhidi USIM.Walau bagaimanapun,oleh kerana aku terdengar khabar bahawa beliau amat merindui aku sehingga makan tak lapar,minum tak dahaga,dan tidur tak ngantuk,aku berasa amat syahdu dan menyambung pelajaran di USIM dengan harapan dapat menyambung untaian kasih antara kami.OK,INI TIPU,SILA MUNTAH SEKARANG.

Belian yang aku kenali adalah seorang yang lembut hati,sangat bermotivasi,cintakan kedamaian dan sangat rajin.pendek kata,kalau ada masalah rumah tangga,maka anda boleh merujuk kepada beliau sebagai kaunselor profesional.eh,jangan pandang rendah,walaupun beliau belum berkahwin,namun beliau juga amat pakar dalam hal ehwal cinta dan kekeluargaan.tak percaya,sila baca blog beliau.

Eh,ati.penat dah jek ni.Nasi goreng kampung satu,kau bayar.

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

1.Aku adalah seorang manusia,perempuan dan beragama Islam.Berasal dari Johor,maka selalu disinonimkan dengan jawa,"eh,jawa ke??Johor ramai jawa"..Tidak,saya adalah berdarah banjar.ala tak kisahlah,orang banjar ke,jawa ke,mamak ke,cina ke,india ke,kita tetap orang Malaysia.

2.Pernah berjalan kaki selama 200 m dari persimpangan air hitam ke plaza tol air hitam.HAl ini berpunca akibat tertidur dalam bas,dan sepatutnya turun di yong peng.Tersedar apabila bas dah masuk ke tol yong peng.lalu meminta pak cik bas turunkan kat plaza tol air hitam.Oleh kerana driver kurang empati,maka terpaksa buat berani turun kat persimpangan dan menapak ke plaza tol.Ramai orang hon.cashier pun tengok semacam.Tapi,ada aku kesah??

Waktu kejadian adalah 10 p.m

3.adalah seorang yang penggeli,bukan geli-geli ye kawan-kawan.Tidak makan cendol sejak berusia 11 tahun kerana seorang kawan mensinonimkan cendol dengan hingus,lalu menghembus hingus depan aku.kureng ko.trauma aku sampai sekarang.Juga memboikot sebuah restoran di desa jati kerana tukang ambil order adalah seorang perempuan selekeh yang berambut gerbang.

4.Sangat gila komputer.i'm really really computer freak.Boleh duduk selama beberapa jam di hadapan komputer hingga tidak makan,tidak minum,tidak bersms dan tidak study,walaupun di malam peperiksaan.

5.Juga sangat gemar kepada graphic designing.

6.sangat bermulut becok umpama murai terlepas kandang,eh cam salah peribahasa pulak.Tujuan utama berblog adalah kerana banyak benda nak cakap,tapi tak sempat,juga kerana takde orang nak layan.kira aku senyap cuma time tidur,atau khusyuk atau sedih je.Kalau agak-agak ada benda nak cakap jugak,tapi macam penat,aku akan buat monolog dalaman.ceh..

7.Mempunyai ketawa yang unik dan mudah dikenalpasti,Bukan aku perasan,orang yang cakap.KAlau aku men nyamar-nyamar kat fon,haa..sekali gelak pontianak aku keluar,satu semesta tau aku sape,dahla buat kuiz facebook'"what is your alter ego"'dapat wizard.harusla wizard banyak ketawa kann...

8.Juga sangat suka membaca,kecuali lecture note untuk peperiksaan.Boleh melepak di MPH,popular dan lain-lain kedai buku selama berjam-jam tanpa menyedari hakikat itu.Bahan bacaan pilihan juga adalah pelbagai,novel melayu,inggeris,komik,agama.Eh,50 dalil mengapa anwar tak boleh jadi PM pun aku pernah baca tau,masa darjah 5.Cuma time tu yang aku faham dalam buku tu,beliau tak boleh jadi PM adalah kerana kes l***t.Oleh kerana fikiran kanak-kanak adalah naif,maka aku mentafsirkan bahawa beliau tak boleh jadi PM kerana lewat ke pejabat,dan itu akhirnya menjadi motivasi untuk aku awal ke sekolah.

Eh,kenapa sekarang motivasi tu macam dah takde lagi arr?manjang lewat gi lecture.

9.Citarasa muzik adalah sangat pelbagai.Janji sedap,ya dengar.nasyid,pop rock,dangdut,60 an,semua lah.CUma tak suka lagu yang poyo ya amat,macam Dayang sayang kamu.Uwekkk,aku tak sayang kau pun.

10.Mempunyai sistem penghadaman yang agak sistematik dan jarang terganggu,tapi awas,sekali terganggu,ia mengambil masa yang lama untuk pulih.rahsianya,banyakkan mengambil minuman kultur hidup,atau bahasa iklannya,"bakteria baik yang boleh menghapuskan bakteria berbahaya",seperti vitagen.

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

~Ashidah Kamsin-
~Hani NAjib~
~Yang(aku tengok dah bersawang dah blog kau,nah amak tag sebijik buat buah tangan~
~Aina~
~Dzul the cimap yang tak pernah kena tag~
~lagi sorang tu,sape rasa nak buat,buat la,aku halalkan~

1 comment:

Art Nordin said...

wana...

berjaya aku tag ko! hahaha, tak larat aku baca komen ko pasal aku..gelak yang teramat panjang.. thanks arr! bila ko citer pasal diri ko pun aku gelak, mmg ketawa ko tu senang dikenalpasti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja