Monday, April 30, 2012

Saya ada jual jus yang boleh sembuhkan semua penyakit.Anda mahu beli?

Kebelakangan ni banyak betul produk-produk baru keluar di pasaran.Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ceh ceh pandai betul aku berperibahasa semenjak balik induksi ni.

Aku ada satu habit,sejak zaman belajar lagi.Di mana aku selalu menyalahgunakan duit kerajaan yang diberi untuk pembelajaran bagi tujuan mencuba produk-produk kesihatana dan kecantikan terbaru di pasaran.EH,jangan tuduh aku geng Adam Adli yang pinjam PTPTN tak bayar tu.Mek dapat scholarship OKEH!Lepas belajar bersenang lenang tanpa hutang.Okeh abaikan keriakan aku tadi,point yang aku nak highlite adalah mengenai ketaksuban aku mencuba produk-produk terbaru kat pasaran.Untuk apa lagi kalau bukan untuk cantik,langsing,untuk bijak dan lain-lain lagi.

Zaman ketaksuban aku sangat teruk.Keluar produk baru kt Mingguan Wanita,aku try.Lepas tu sekali tengok ko,produk beribu-ribu khasiat ada.Nak cantik?Nak kurus?Kulit tegang?Elak kanser?Elak menopos?Semua dalam satu you!Minum jus bla..bla bla..zappp kompem ko cantik.Minum kopi itu ini,kompem mulus esok hari.

Tidak la dinafikan bahawa ada produk yang memang ok,memang boleh dipercayai,dan produk yang aku makan tapi tak menjadi tu mungkin tak sesuai dengan badan aku.Tapi...sesetengah claim yang disebutkan tu agak over,dan menyalahi undang-undang.

Antara kepercayaan karut dan kepoyoan MLM dan produk-produk sengal yang perlu diambil perhatian:

1."Produk ni bagus.Kalau makan memang complete semua nutrient dalam badan.Lepas tu boleh elakkan sakit jantung,mati pucuk,malahan gila meroyan pun boleh sembuh!"

Tahukah anda,jika terdapat mana-mana produk makanan dan minuman yang membuat claim tersebut,maka mereka telah menyalahi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Dahla takde bukti saintifik,atau sekurang-kurangnya kajian ke.KEcuali lah,mereka melabel dengan nutrient yang kompem ada dalam makanan/minuman tu.Contohnya susu Dutch Lady letak kat label dia
"Mengandungi Kalsium yang boleh menguatkan tulang".Itu takpe,itu adalah fakta beb.

Ini tidak.Kopi kau la boleh sembuhkan segala penyakit.Macam tu farmasi boleh tutup,kat hospital dispense je kopi kau tu.Kompem sembuh segala penyakit rakyat Malaysia.

2."Produk kami ni la natural.Tak macam ubat hospital.Banyak chemical!"

Kih..kih...Kena banyak membaca la kakak,abang.Adakah anda fikir bahawa bahan-bahan herba semua tu takde bahan aktif@chemical?Skeurang-kurang ubat kat Hospital dah kaji kesan,sebab tu boleh tau segala side effect bagai.Ada satu produk kulit yang aku pernah try sampai menggelupas kulit hidung aku.Akak kt spa tu claim,"Produk ni natural dik.Takde bahan kimia,dibuat daripada extract buah-buahan".Sudah lah mahal.Sekejap lagi balik rumah tengok kat packaging ada ethylparaben.Adakah ethylparaben itu nama sejenis buah yang kita makan sebagai pencuci mulut?

Cis,baik aku beli Sebamed camtu.

3.Produk kami ni bagus,sebab doktor pakai,nutritionist minum.Sistem MLM kami pun bagus sebab ada ustaz join(Okeh,ini terkeluar)

Tak semestinya sesuatu produk tu bagus hanya sebab ada profesionals join.Korang kena faham,dorang dah join,mestilah nak kumpul downline,sebab tu la keluar semua fakta,fatwa dan kebaikan bagai.Diorang pun manusia biasa jugak.

Kalau nak kata sesuatu perbuatan/minuman/apa-apalah tu baik sebab profesionals buat,ia tidak valid,sebab dalam dunia ni ada je doktor hisap rokok,pharmacist ngisap dadah,ustaz skip semayang subuh,dan Food Tech makan jajan Twisties dan Super Ring.Eh eh macam terasa je.

4.Produk ni boleh kuruskan badan.Tak perlu susah-susah nak senam,nak jaga makan bagai

Senaman bukan hanya untuk kurus,senaman untuk kesihatan.Bukanlah senaman beria bagai sangat pun.Kalau tahap pemalas sangat macam anak badak,apa kata kau cuci je tandas dengan bilik air yang berlumut tu.Bilik air bersih,mandi pun selesa,plus peluh keluar,otot-otot bergerak.

Jaga makan pun penting.Ni tak,produk makan pastu minum kopi letak 3 sudu teh gula.Mana la boleh camtu.Penat je beli produk bagai,badan memang slim,tapi hujung-hujung dapat diabetis jugak.Dah la 2 juta rakyat Malaysia berpotensi dapat diabetis.

Senang cakap,tak perlu la taksub sangat dengan produk korang tu.Kot ye pun nak meniaga,tolong lah carik point yang tak membodohkan customer.Aku tak la blame semua product tu tak berguna.Aku sendiri pun penah amek Herbalife nak kuruskan badan,tapi takdelah taksub kata tak perlu bersenam bagai.Still kena amalkan cara hidup yang sihat,walaupun sekarang aku skip sebab tak sempat.kih..kih alasan sungguh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja