Friday, May 29, 2009

naaa...copy paste saja

Bini kesian yang cerdik IT...let's enjoy

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow
down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and
jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such
as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable
programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply
crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems,
but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate Housewife

Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:
Boy friend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download
Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the
applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence
2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav
files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another
Boyfriend program. These are not supported applications and will crash
Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited
memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance.
I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

Thursday, May 28, 2009

Sarcastic


Kemeriahan Royal London circus mengimbau kenangan yang tak pernah wujud sebab aku tak pernah tengok sarkis secara live.kat tv selalu..eh apalah ada kenangan sedangkan tak pernah tengok

Entry ini bukan bertujuan untuk menceritakan keseronokan menonton sarkis,juga mendetailakn secara langsung gelagat badut membuat lawak kelakar,juga gaids-gadis seksi membuat aksi akrobatik yang boleh membuatkan rahang anda berasa ngilu.tiba-tiba teringat mengenai sarkis apabila ingin menulis entri berkaitan sarkastic kerana bunyinya yang hampir-hampir (homonyms) tetapi maksud yang jauh berbeza

Sarkis:meriangkan hati
Sarkastic:menyakitkan hati

ok,berbalik kepada persoalan asal.yang manakah lebih menyakitkan hati,bahasa sarkastik yang diucap dengan nada yang biasa je(indirect) atau kutukan secara terus terang tepat kepada subjek

contoh:
ayat kutuk biasa:ko pakai baju ni tak cantik la
sarkastik:baju ni memang cantik tapi kalau orang lain pakai selain kau lagi cantik

eh..jadik ke ayat sarkastik aku tu???hahaha..serius tak reti buat ayat sarkastik sebenarnya.hal ini kerana aku dianugerahkan dengan mulut yang mampu mensound secara direct.atau menyimpan di dalam hati-kemudian ngumpat di lain hari..

Tapi aku bangga kerana semalam aku berjaya menuturkan ayat sarkastik.Guys..check the scene:

Lokasi:sebuah lab yang tak ramai orang
Waktu:pagi yang dah nak jejak tengah hari
watak:
1.seorang gadis yang bermuka toya kerana bangun lambat pagi tadi so siap ala kadar.tapi jangan bimbang kerana dia tidak pernah lupa untuk mandi pagi
2.seorang lab assistant yang agak kerek.asal pukul 1 tengah hari halau keluar lab dengan alasan waktu rehat.petang pukul 5 pun halau jugak.tak pukul 5 lagi pun dah bising padahal orang dah nak siap pun.(selepas ini dirujuk sebagai si skema)
3.pelakon pembantu merangkap pak pacak:seorang lagi lab assistant yang agak OK berbanding yang lagi satu

Latar cerita:gadis berwajah blur ingin membasuh beaker yang digunakan untuk autotitrator semalam.lme gle benda tu nak operate so benda tu biar stay overnite.esok baru amek result

tiba-tiba

Si skema:haa...nak buat apa tu
gadis:nak basuh bikar la
Si skema:apasal tak basuh semalam petang lepas guna
Gadis:kalau saya basuh semalam,nanti lama,lebih 5 petang.kan tak boleh guna lab lepas lima petang,nanti kena halau
si skema:tunduk sambil menyambung kerjanya

hahaha...tamparan untuk si skema itu..walaupun tak berapa sarkastik tapi sekurang-kurangnya kita MENCUBA

Tuesday, May 26, 2009

Jangan 'flag' blog ini seleps ini



wahai pencari-pencari di google..
Jika anda mahu mencari gambar bogel di sini..ia tidak wujud sama sekali
Jika anda mahu mencari adult content...juga bukan di sini..
Apalah...
DAripada anda search benda bukan-bukan dan bukak web yang entah apa-apa..
Ada baiknya anda masuk ke sini



iluvislam


Amaran keras:blog ini bukan blog lucah.juga bukan blog fitnah.apatah lagi blog politik.harap maklum

CHINTA

entry jiwang dari aku.harap tidak termuntah.

Apa ada dengan cinta???
Cinta kepada tuhan.
CInta kepada negara
Cinta kepada keluarga
Cinta dunia
dan macam-macam cinta
TApi cinta yang nak dihighlightkan di sini adalah cinta sesama manusia,atau istilah canggihnya adalah couple(hohoho..mode terpengaruh blog-hopping sana-sini,orang lain asyik cakap pasal cinta je.aku pun nak jugak)

apa itu cinta sebenarnya:
-mesej i love u.u love me
-caring gila sampai doploh saat sekali ko kena mesej
-hadiah bear semasa birthday
-Renungan mata yang mencairkan
-kemesraan yang boleh membawa kepada penglibatan JAIS dalam ops cegah maksiat

cinta ke????
inilah kesilapan besar kita kerana tak pandai membezakan cinta dan nafsu,cinta dan kagum,cinta dan sifat ingin memiliki,cinta dan minat
TIDAK..cinta itu lebih dari itu.cinta merangkumi semua itu
CInta perlu pengorbanan,dan kemungkinan ada yang terkorban,ada yang bahagia
CInta boleh memusnahkan negara,macam dalam movie troy tu..cinta boleh jadi pembakar semangat untuk berjaya dan bahagia

Memetik kata HAmka dalam novelnya tenggelemnya kapal van de wicks yang aku pernah terbaca lepas jumpa bawah katil mak cik aku,tapi kata-kata tu terjumpa dalam internet..apakah??

cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
cinta bukan melemahkan semangat, tetapi mebnagkitkan semangat.

cinta lebih dari tarikan fizikal dan ia tak memerlukan sebab,tapi ia juga boleh hadir bersebab.contoh,jatuh cinta kerana sikap caring..jatuh cinta dengan kelembutan dan kasih sayang
.Ia tak bermata..ia tak buta tapi ia mampu membutakan insan yang bermata
Ia suci,namun kerapkali kesuciannya dicemari

CInta itu antara dua jalan:bahagia dan derita
Berapa ramai yang kecundang dalam mencari cinta,mencintai tanpa memiliki.Namun ada yang bahagia tanpa memiliki,asalkan insan yang disayanginya itu bahagia.Tapi,berapa ramai????

CInta mampu berubah kepada dendam,andai hasrat hati tak tercapai.mampu menukar kelembutan kepada kekasaran.DAn dendam itu mungkin berterusan andai tiada penawarnya...
Namun,pemilik hati janganlah memilih jalan dendam yang membara,sebaliknya pilihlah jalan kemaafan kerana itu lebih menyenangkan

Ya allah,andai aku jatuh cinta LAGI,berikanlah hati ini berlabuh pada orang yang ikhlas mencintaiku selepas ia mencintaiMu,Rasulmu dan keluarganya


Thursday, May 21, 2009

Setelah Seminggu

Entry yang ditulis setelah seminggu berumur 21 tahun.saja.sangat significance bukan angka-angka ini

7-14-21

7 hari tidak menulis entri
14 mei adalah hari lahir aku
yang ke 21

terima kasih kepada semua yang wish
by mail,friendster,text mesej dan verbally
kepada yang ingat tapi tak sempat wish pun terima kasih banyak-banyak juga

Umur makin meningkat dan tanggungjawab makin bertambah
dan peningkatan umur menandakan semakin dekatnya dengan penghujung
dulu kecik-kecik tak sabar nak jadi besar
tapi bila dah besar
teringin nak kembali ke zaman kanak-kanak

Hmm...
birthday tahun ini adalah kurang best berbanding tahun-tahun sebelum

sebab pertama:Kali pertama aku sambut birthday tanpa abah aku.

Walaupun abah aku jarang sekali wish verbally,tapi dia tak pernah lupa sambut birthday aku.abah aku jenis tak banyak cakap,terutama benda merepek.Padanya,action speaks louder than words.Walaupun dia tak wish masa birthday aku,tapi malam birthday aku dia akan bawa aku makan kat restoran yang aku suka.Itu memang caranya.dan kami adik-beradik amat memahami caranya itu.dan tahun ini dia dah takde untuk menyambut birthday aku.DAN ITU ADALAH AMAT AMAT SEDIH.

sebab kedua:aku tersalah buat eksperimen pada hari sebelumnya

dan pada hari birthday aku itu,aku terpaksa mengulang semula immobilization itu.oh,salah sendiri kerana tidak membaca procedure betul-betul.

sebab ketiga:seseorang yang sepatutnya ingat besday aku sengaja tak nak wish

Aku tau orang tu sepatutny tak boleh lupa besday aku sebab ada berkaitan dengan nombor dalam hidupnya.tapi dia tak wish pon.sory la,aku bukan mengharap sangat tapi kau kata kita kawan kan dan kau tau birthday aku.takkan mesej pun tak boleh kann....tak rugi pun ko luangkan satu sen je pun nak mesej aku.

Tapi,di sebalik gangguan-gangguan itu,ada yang membuat aku gembira di hari bestday itu
Kawan-kawan yang ada semasa susah dan senang
Terima kasih pada yang bagi hadiah..terutama Mas
Bear tu cuuuuuuuuuute sangat.
DAn 'kumbang' yang zila bagi tu
juga kawan-kawan lain yang belanja aku pada hari tu

Dan..
Ucapan terima kasih paling besar adalah untuk orang yang bersusah-payah melahirkan aku 21 tahun dahulu.

Saturday, May 09, 2009

MY own view regarding World halal Research summit-Part 2

Sekarang kita sudah sampai sesi kedua WHR 2009.pada sesi ke 2 ini,ada 3 sesi pembentangan

1.Advance Research in Pharmaceutical Products
Dr. Azizi Ayob
Head of Pharmaceutical R & D Centre,
Chemical Company Malaysia (CCM),

Pendahuluan

Hmm...berkaitan dengan ini aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sebab aku bukanla pelajar farmasi.Cume kebelakangan ni banyak orang risau berhubung status ubat-ubatan-kapsul yang digunakan Halal atau tidak.Sumber sebahagian vitamin atau mineral dan functional product untuk kegunaan perubatan.Cuma,kalau untuk keterangan lebih lanjut,boleh bukak la web ni:

http://www.who.int/topics/pharmaceutical_products/en/

Ataupun kalau ada sape-sape pharmacists kat sini,boleh la terangkan sikit ye mengenai apa yang tak jelas(ceh..bajet pharmacists sudi je nak menjenguk blog kurang isi ilmiah ini kan).Student pharmacists pun takpe(does HIM included???I don't think so)

Skop pembentangan

DAlam kertas kerja ni,Dr.Azizi ada menerangkan mengenai perkembangan terbaru dalam industri farmasi ini.Pada asasnya,pharmaceutical product ni kita boleh bahagikan kepada dua:

1.Pharmaceutical category
Ini yang biasa punya
2.Biopharmaceutical category
MElibatkan biologi dan bioteknologi,Ini termasuk proses penapaian,amino acid,enzim,protein dan macam-macam lagi.

Perkembangan dalam pharmaceutical boleh dibahagikan kepada
-Teknik dan kajian dalam penghasilan ubat-ubatan:konsepnya dos yang lebih rendah tapi keberkesanan yang tinggi
-Sistem pengangkutan ubatan dalam tubuh badan:memudahkan proses bahan kimai tertentu dalam ubatan untuk sampai ke organ@ tisu yang ditarget(huh..ayat susah betul,senang cakap macam ni la..kau makan panadol guna mulut kan,tapi efek adalah untuk kepala..jadi para saintis ni berusaha untuk memudahkan bahan kimia dari panadol yang kita telan tu sampai ke target iaitu kepala...faham??)
-Teknologi untuk meningkatkan kebolehan sistem badan dalam menerima ubat-ubatan(emm...any exact meaning to bioavailability)
-Teknologi dan penggunaan baru dalam penyediaan ubat-ubatan

Beliau juga mengulas mengenai cabaran dalam penghasilan formulasi ubatan dan cara-cara untuk membangunkan produk dan analisis ubat-ubatan.
Antara teknologi baru dalam industri farmasi adalah:

Penghasilan teknologi pellet.Pellet adalah strukutur yang kecil seperti manik.Pellet ini memberi banyak kelebihan seperti menambah keefisienan ubatan,mempermudahkan bahan kimia berfungsi disebarkan dan sampai ke organ yang ditarget dan orang tak tercekik(ni aku tambah sendiri..hahaha)

Beliau juga mengulas bahawa sesuatu produk farmasi itu dikira halal jika:
-bahan mentah,ramuan dan bahan penambah adalah dari sumber halal
-Bahan-bahan pemprosesan dari sumber Halal
-sistem pemprosesan mengikut syariat islam

DAn penggunaan sumber tumbuh-tumbuhan adalah lebih digemari berbanding sumber haiwan untuk mengelakkan masalah syubhah

Ulasan:

Seperti apa yang aku kata tadi,aku tak berapa tahu sangat bidang ini.jadi aku tak boleh mengulas lanjut.Apapun syabas untuk CCM(chemical company Malaysia) kerana menghasilkan produk pharmaceutical yang halal.Antara produk ini adlah vitamin Champs.AKu juga sempat membeli pek berkembar Minyak ikan(kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merendahkan tahap kolestrol).HAl ini kerana mak aku komen bahawa beliau susah nak jumpa produk minyak ikan ini yang ada logo halal.Untuk maklumat lanjut berkaitan CCm ini,bolehlah layari web mereka ini

2.Halal : An Emerging Food Quality Standard - Similarities of Halal & HACCP
Dr. Mianz N. Riaz

Pengenalan

HACCP makna secara lughawi(literally) adalah:Hazard analysis and critical control point-analisis bahaya dan kawalan titik kritikal(amek ko terjemahan ala-ala kamus dewan bahasa edisi ke20..eh dah sampai 20 ke??)
MAnakala maksud secara teknikalnya:Suatu sistem pengawalan kualiti dalam industri yang bertujuan untuk mengawal/mencegah dan merendahkan risiko pencemaran oleh bahaya biologi,kimia dan fizik dalam sesuatu sistem pemprosesan makanan

Pada dasarnya,HACCP ini berpegang pada 7 prinsip:

1.Menjalankan analisis bagi mengesan unsur-unsur bahaya(pencemaran secara kimia,fizik dan biologi)

Kimia:contohnya melamine,dioxin,pewarna yang tidak dibenarkan
Fizik:TAik idung,Kaca,pencungkil gigi,pengorek telinga
Biologi:bakteria,virus,kulat

2.Mengenalpasti titik kritikal dalam pemprosesan(kira macam dekat step mana unsur pencemaran boleh mencemari makanan tu la)
3.MEnetapkan limit bagi pencemaran tersebut.Yang ini kena ikut standard yang ditetapkan dalam MAlaysian food regulation 1985.COntohnya,jumlah bakteria yang dibenarkan ada dalam produk.FYI,adalah agak MUSTAHIL untuk memastikan makanan adalah 100% bebas dari bakteria,dan bakteria adalah tidak berbahaya jika ia terdapat dalam jumlah yang tak melampau,berdasarkan jenis bakteria tersebut).Untuk keterangan lanjut boleh buka web rasmi kementerian kesihatan di sini
4.memantau setiap titik kritikal.
5.Mengenalpasti proses pembetulan.COntoh jika terdapat unsur pencemaran biologi akibat tempoh memasak yang tidak mencukupi,maka langkah pembetulan perlu diambil untuk menurunkan/membuang unsur pencemaran itu seperti memasak semula makanan tersebut.
6.mengesahkan rekod dan prosedur HACCP
7.Menyimpan dan mendokumenkan prosedur-prosedur HACCP

Skop Pembentangan

Dr.RIaz mengulas mengenai cara untuk mengaplikasikan prinsip HACCP ini kepada sistem halal,secara dasarnya HACCP boleh diguna pakai dalam sistem halal,cuma bab pencemaran tu kena tambah dengan pencemaran dari unsur haram.

Critical point juga ditambah dengan halal critical point.YAng ini biasanya dari sumber bahan mentah,peralatan yang digunakan dan pembungkusan produk.HAlal critical point ini menjadi isu biasanya dalam penyembelihan.Para pekerja perlu memastikan bahwa binatang sembelihan itu menjalani proses penyembelihan dengan sempurna,jika tidak,produk itu LANGSUNG tidak boleh digunakan.

BAgaimanapun standard HALAL ini agak sukar diaplikasikan kerana di amerika pada dasarnya,kerajaan berpendapat bahwa kos adalah tinggi untuk dilaksanakan sistem HALAL dan HACCP itu.

Sistem HALAL dan HACCP adalah lebih kurang sama kerana kedua-duanya menitik beratkan kebersihan menyeluruh,tapi HALAL ditambah dengan kebersihan dari unsur-unsur haram.

Ulasan

hmm...Dr.Zaiton pernah cakap dalam kuliah dia,bahawa antara perbezaan HALAL dan HACCP adalah di halal tidak ada CRITICAL LIMIt,sebab kalau ada sikit pun unsur haram,macam 0.001% minyak babi dalam makanan,ia tetap dikira haram.Tapi aku tak sempat pulak tanya soalan tu kt dr.riaz semalam.Begitu juga dengan arak,aku pernah terdengar bahwa sebahagian produk yang kita guna ada mengandungi sedikit unsur arak,tapi tak berani pulak nak tuduh sebarang tanpa bukti yang kukuh.JAdi aku berharap,sistem halal ini dapat dilaksanakan dalam industri makanan malaysia untuk mengelakkan pencemaran produk dengan unsur tidak halal,macam mencampurkan ayam bangkai dengan ayam sembelih dalam satu peti,keberangkalian untuk pengguna tersalah ambil ayam adalah tinggi.MAka di situlah adanya titik kritikal HALAL.

3.Updates on Global Halal and Kosher Industry
Prof Dr. Joe Regenstein

Haa..Jangan ingat orang islam je ada pantang-larang benda yang tak boleh dimakan.Yahudi pun ada tau.Kalau kita guna sistem halal,mereka pula guna sistem KOSHER.
Apa kosher tu??

Kosker adalah makanan 'halal' versi yahudi,manakala makanan haram bagi dorang adalah tith(maksudnya duri)

Antara tith adalah:
-arnab,burung hantu,helang,babi,shellfish,serangga dan reptilia
-Binatang lain yang tidak disembelih mengikut kosher
-produk daging dan susu yang dicampur bersama
-makanan kosher+tith=tith

NAk tau lebih lanjut boleh baca ni

SKop Pembentangan

Dr.regenstein mengulas bahawa terdapat negara barat yang menegah dan menghalang dan mencegah penyembelihan secara halal dan kosher,mereka lebih menyukai stunning..TApi ini salah kebanyakan pengusaha yang tidak menjaga kepentingan dan kebajikan haiwan-haiwan tersebut sebelum disembelih.Beliau juga menegaskan agar sistem penyembelihan dijalankan dengan lebih berhemah bertujuan untuk meengurangkan kesakitan haiwan seperti menggunakan pisau yang betul-betul tajam,tangkap haiwan secara lembut,elakkan pergerakan secara tiba-tiba dan lain-lain lagi.

Beliau juga mencadangkan bahawa perlunya persefahaman antara lab halal dan kosher,juga sistam logo untuk halal dan kosher..

Segaris ayat beliau

It is not our differences that divide us.It is our inability to recognize,accept and celebrate those differences.

Ulasan

Aku setuju dengan pendapat Dr Regenstein bahawa kita perlu menerima perbezaan antara kita.Contohnya di malaysia ni.kita nak semua orang respek makanan halal kita.memang nahaslah kalau ah chong hidang babi panggang depan ali,maka keluarlah ayat macam,"kau memang nak cemarkan kesucian islam he..carik pasal betul!!!"

Tapi Ali tak pernah memahami samy dengan menghidangkan beliau sate daging lembu masa rumah terbuka aidil fitri.MAka,menghormatilah untuk dihormati.

Sekian untuk ulasan part 2.Aku nak pindah NILAM COURT kejap lagi.Chowww

Friday, May 08, 2009

MY own view regarding World halal Research summit-Part 1

PArt 1 ini mengandungi 3 pembentangan kertas kerja iaitu apa yang telah aku mention di part pengenalan tadi.JAdi tanpa membuang masa,mari kita lihat apa yang dibentangkan dalam kertas kerja pertama iaitu

Updates on GLobal HAlal Research and Developement

Pengenalan:

Kertas kerja ini mengulas mengenai kajian dan pembangunan produk halal,khususnya mengenai makanan.Seperti mana diajar dalam islam,halal bermaksud dibenarkan untuk kegunaan pengguna muslim,dan lawannya adalah haram,iaitu tidak boleh dibenarkan dalam ajaran islam.Semua makanan di dunia adalah halal KECUALI dinyatakan mengenai pengharamannya di dalam al-quran atau hadis.Tak banyak pun yang haram tu.Basicly,makanan haram tu dibahagikan kepada 2,haram sebab dia memang haram pada zatnya,dan haram dengan sebab benda lain,iaitu beli guna duit haram ke.dan benda yang memang haram pada zatnya itu,seperti yang disebut dalam quran dan hadis adalah:
  • Babi dan keturunannya

sila jangan makan saya....
  • semua binatang pemangsa dan berkuku tajam serta bertaring.jadi kau jangan la makan kucing ye
  • Binatang yang tidak disembelih dengan menyebut nama allah
  • Binatang yang disembelih atas nama selain allah,seperti untuk berhala
  • Bangkai(mati tanpa disembelih),kecuali seafood
  • Arak dan segala jenis yang memabukkan
  • Darah
selain tu..korang nak sental....sentalllllll..janji jangan lupa baca bismillah dan tidak melampaui batas




Skop Pembentangan

Dalam pembentangan ni,Prof Dr.Yaakob mengulas mengenai isu-isu dalam industri makanan halal.Antara isu utama ada babi tonyok dan keturunannya,pencemaran oleh bahan berbahaya seperti Melamine dan juga percampuran antara produk berkualiti tinggi dan rendah dan alkohol.
Beliau juga mengulas mengenai prosedur pensijilan halal,juga analisis terbaru untuk mengesan pencemaran oleh benda-benda haram itu.Antara analisis terkini adalah:

1.Fourier Transform Infrared(FTIR) spectroscopy

Berasaskan interaksi antara gelombang electomagnetic dengan komponen kimia(ala..infared yang macam kat henfon tu).setiap bahan memberi tindak balas berbeza terhadap gelombang itu.JAdi dengan itu kita bolehlah bezakan lard(nama manja daging si tonyok itu) dengan daging ayam@lembu serta lain-lain lagi.Juga kita boleh mengesan jika ada unsur-unsur lard dicampurkan dalam sumber halal.

Hai...I la babi tonyok atau nama manja I lard


2.Electornic-nose-mengesan unsur babi menggunakan bau.Hidung ni tak macam hidung korang yang berhingus tu...jadi dia lebih tepat dalam mengesan bau babi

3.Differential Scanning Calorimetry
-applikasi suhu untuk mengesan perubahan properties fizikal dan kimia dengan mengawal dan memanipulasi suhu

4.Teknik biologi molekul-mengesan unsur-unsur babi dengan teknik DNA sebab DNA bagi setiap hidupan adalah berbeza antara satu spesis dengan yang lain.

Ulasan

Dalam kertas kerja ini,kajian banyak fokus pada babi je..jadi para saintis seharusnya membangunkan kaedah analisis untuk mengesan unsur haram yang lain seperti arak dan binatang yang tidak disembelih dengan betul,seperti ayam cucuk.Pada pengetahuan aku la.kat malaysia ni takde lagi kaedah analisis untuk mengesan binatang yang mati sebab benda lain,bukan sebab sembelih..Kajian arak juga dah ada di malaysia,tapi mungkin ia boleh lebih dibangunkan.haa..dalam seminar ni ada juga teknologi beru untuk kesan unsur babi dalam makanan.guna cip kecik aje(tapi mahal la).

Kertas kerja 2:
Exploiting Palm OIl Potential for Halal Industry

Pengenalan:
Minyak kelapa sawit adalah salah satu daripada hasil eksport terbesar di negara.NAmun kebanyakan kita cuma tahu kegunaannya hanya sebagai minyak masak,dan juga buat sabun.Minyak dan lemak(actually dua ni sama je,cuma minyak adalah lemak yang berkeadaan pepejal dalam suhu bilik) ni banyak kegunaan dalam kehidupan,jangan takde minyak langsung pulak la kan.selain memberi tekstur dalam makanan,ia juga adalah pembawa(BI nye carrier..nak terjemah bunyinya adalah pelik walaupun aku bukan anak didik PPSMI) bagi beberapa jenis vitamin saperti A,D,E,K dan penebat haba juga melindungi organ dalam badan.

Untuk lebih jelas:boleh dapatkan buku ini.ada di library USIM
Understanding food science and technology / Peter S. Murano
Atau baca article pdf ini-http://wellness.uwsp.edu/MedInfo/Handouts/LAs/Fats.pdf

Skop pembentangan

Malaysian Palm Oil Board(MPOB) telah memperluaskan lagi penggunaan minyak kelapa sawit.Antara produk yang baru diperkenalkan adalah:

1.Low cholestrol Fat replacer
Untuk menggantikan penggunaan daging dalam penghasilan nuget,sosej,bebola daging,burger dan lain-lain lagi.Jadi produk adalah lebih rendah tahap kolestrolnya
2.Marjerin
3.Vitamin E-kelapa sawit mengndungi banyak vitamin E.Jadi produk pharmaceutical Vitamin E boleh dihasilkan dan diekstrak dari kelapa sawit.Sesuai sebagai agan anti-oksidan untuk melawan kedutan dan mencantikkan kulit
4.Sabun dan detergen
5.Dihydroxy stearic acid-emulsifier(nak cmapurkan 2 solution yang asal tak boleh campur-macam minyak dan air) bagi bahan kosmetik
6.Cheese analogue(macam keju tapi bukan keju)-macam keju cuma dari pal oil.lebih terjamin halal sebab kadang-kadang keju tu jadi haram jika sumber rennet(enzyme untuk memejalkan keju) berasal dari sumber yang haram

Untuk keterangan lanjut,boleh buka web ini

Ulasan
Research yang agak bagus dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah.Harap produk-produk ini boleh dikormesialkan untuk kegunaan umum di Malaysia.

3.Update on current research on gelatine alternative

P
engenalan:haaa...ni satu isu hangat ni.lagi-lagi sekarang ni banyak penggunaan Gelatin dalam makanan,lagi-lagi dalam aiskrim,marshmallow,jeli dan baaaaaaaaaaaaaaanyak lagi lah.DIa biasanya nak bagi struktur ala-ala lembik-lembik jeli gitu.Juga digunakan dalam industri jus untuk membuang benda-benda tak sepatutnya dalam jus tu macam bau,rasa pahit dan sebagainya.Juga ada digunakan dalm industri kosmetik tapi dengan nama lain iaitu hydrolyzed collagen.

Untuk keterangan lebih lanjut.Boleh cari buku ini.Juga ada di library USIM
Food : the chemistry of its components / T.P. Coultat


Skop Pembentangan

Mengikut definasi,gelatin adalah polypeptide yang dihasilkan daripada collagen daripada tisu haiwan,melalui acid/alkali treatment.

Oleh kerana 90% sumber gelatin adalah dari sumber tidak halal iaitu babi dan binatang yang tidak disembelih,maka kita perlu mencari alternatif bagi gelatin tidak halal ini.Antara sumber
alternatif adalah

1.Gelatin daripada ikan-boleh je digunakan tapi hasilnya tak sebaik hasil gelatin dari mamalia,sebabnya ia tidak boleh membentuk gel dalam suhu bilik.Malah,hasil gelatin yang diekstrak dari ikan adalah sangat sedikit iaitu antara 6-18% aje.Namun,terdapat pelbagai cara untuk mengubahsuai dan menambah baikkan gelatin dari ikan itu antaranya melalui radiasi,penambahan solute(larutan), crosslinking(tolong..tak reti hurai BM nye apa..ikut maknan perhubungan silang.ceh macam hubungan songsang pulak) menggunakan enzim dan kimia dan mencampurkan gelatin ikan dengan gelling agen yang lain.

2.Gelatin dari poultry(ayam and the gang)
3.Berbagai jenis polysaccharide dari tumbuhan(diorang bukan gelatin tapi macam gelatin.properties lebih kurang) cuma tak tak sehebat gelatin sahaja
4.Kejuruteraan genetik-untuk menghasilkan polysaccharide dari microorganism melalui proses penapaian

Dr.Abdul KArim juga mencadangkan pelbagai kajian terus dijalankan antaranya:
  • menambah baikkan prosedur mengekstrak gelatin dari ikan
  • mengkaji potensi enzim untuk mengubah dan menambahbaikkan gelatin dari ikan
  • mengkaji kaedah kimia
  • mengkaji kegunaan komponen dari tumbuhan dan potensinya seperti tannin,ferulic
  • mengkaji kaedah fizikal seperti radiasi
Ulasan

K
ita haruslah menjalankan pelbagai kajian untuk mengenalpasti bahan-bahan lain yang boleh menggantikan gelatin sebagai bahan penambah-baik sesuatu produk.Ada juga cadangan dari delegsi yang hadir tadi,yang mencadangkan agar pengusaha gelatin menjalankan kolaborasi dengan rumah sembelihan halal.MAcam mana tu???Apabila rumah sembelihan telah menyembelih haiwan-haiwan,maka jangan lah dibazirkan tulang,kulit dan tendon tu.BAgi@jual dengan harga yang murah kepada pengusaha gelatin.selesai masalah...kira macam win-win situation,pengusaha rumah sembelihan dah tak perlu susah-susah bersihkan sisa-sisa dan pengusaha gelatin dapat sumber halal..

Begitu sajalah ulasan aku untuk sesi 1..MAta pun dah ngantuk dah ni..Kalau free bila-bila aku sambung lagi ulasan aku....

p/s:maaf lah jika ulasan ni agak sempoi.penat maaaa nak taip.Harap sabar menunggu.tapi kalau nak hard copy bagi paper presentation ni,aku ada.boleh fotostat dari aku

MY own view regarding World halal Research summit-Pengenalan

Entry ini bertujuan untuk menerangkan pengisian World HAlal Seminar kepada seorang kenalan yang baru dikenali di ruang legar KLCC.Beliau amat kasihan kerana tidak sempat menghadiri seminar ini..TAkpe..i'll help you

Mula-mula ingat nak bagi via e-mail je sebab dia ada bagi e-mail kat aku.Tapi bak kata achik,"daripada kau tulis kat email,baik kau post kat blog aje.Sekurang-kurangnya dapat jugak ko manfaatkan ilmu yang dapat dari seminar ni.ni tak..tulis merapu je kat blog"

AMBOI!!!!kau kutuk aku merapu ye.....

Okey,Berbalik kepada topik utama.World Halal Research Summit adalah program anjuran HDC(halal Industry developement corp.), iaitu badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan standard halal,menjalankan audit dan pensijilan halal,juga membantu mempromosi pembangunan produk HAlal dari malaysia di pasaran dunia.
Oleh kerana aku bukanlah staf HDC,jadi aku malas nak mengulas lebih lanjut mengenai misi,visid an struktur organisasi HDC.Untuk keterangan lanjut,nak join halal training ke,boleh la klik sini

Seminar ni diadakan dalam masa 2 hari,dengan 8 pembentangan.Berikut adalah senarai pembentang dan tajuk pembentangan mereka

  1. Updates on global halal research and developement Prof.Dr.Yaakob Che man-Pengarah Halal Product research Institute UPM
  2. Exploiting Palm OIl Potential for Halal Industry Dr.Miskandar Haji Mat Sahri-Ketua Unit Food Technology and Nutrition MPOB
  3. Update on current research on gelatine alternative Dr.Abdul KArim Alias-Professor of Food Technology Division, School of Industrial Technology,
    University Sains Malaysia (USM)
  4. Advance Research in Pharmaceutical Products
    Dr. Azizi Ayob
    Head of Pharmaceutical R & D Centre,
    Chemical Company Malaysia (CCM),
  5. Halal : An Emerging Food Quality Standard - Similarities of Halal & HACCP
    Dr. Mianz N. Riaz,
    Director of Food Protein R & D Centre,
    Texas A & M University (TAMU),
    UNITED STATES
  6. Updates on Global Halal and Kosher Industry
    Prof Dr. Joe Regenstein,
    Professor of Department of Food Science,
    Cornell University
    UNITED STATES
  7. Halal Certified Machine Lubricants
    Mr. Eduard M. Stemfel,
    Product application Specialist,
    Shell Global Solution,
    SWITZERLAND
  8. Artificial Bone as an alternative solution for Halal bone implants Dr.Iis Sopyan-Proffesor Kuliyyah of ENgineering,IIUM
Untuk mengulas mengenai seminar ini,tidak cukup dalam satu entry.TAmbah lagi aku penat baru balik ni.LAgi-lagi aku tau orang malas nak baca kalau panjang sangat.Maka aku akan buat pembahagian seperti ini
-Aku pecahkan entry ikut part-part mengikut sesi.ada 3 sesi.dan dalam satu sesi ada 2@3 paper presentation
-Setiap paper presentation aku akan pecahkan pada 3 part:

1.Pengenalan tajuk-aku tau tak semua reader ada asas food sains dan biotechnology.JAdi part ini adalah di mana aku akan terangkan benda ni secara asas berdasarkan apa yang aku belajar,dan kalau aku rasa ia tak cukup,aku akan search di internet.juga aku akan sertakan laman web dan buku yang kamu boleh dapatkan untuk pemahaman lebih jelas(jika berkaitan)

2.Skop pembentangan-haa..ini adalah part penting,di mana ia mengandungi isi-isi paper itu secara ringkas (mau patah jari nak tulis semua kan..haruslah blog aku ni jadi blog rasmi WHR kalau aku tulis semua sekali..ye tak???)

3.Ulasan aku-mengenai isi paper itu dan apa aplikasi dan reserach yang boleh kita teruskan(jika ada idea).Ulasan ini adalah ulasan peribadi seorang pelajar under-graduate dan bukan bertujuan menggugat kredibiliti pembentang yang sudah diakui kepakaran mereka.HArap maklum dan tiada perkara berbangkit di atas ulasan ini

Seterusnya..sila rujuk entry yang berikut untuk part 1

Thursday, May 07, 2009

Aku Malas nak cakap PAsal ni sebenarnya......

Inilah benda yang aku paling malas nak ulas sebenarnya..huuu..paling-paling bagus pun aku ngumpat kat cafe ke,ngumpat time borak-borak masa drive nak bagi ilang ngantuk ke..tapi hari ni aku macam bengang..hati aku de api-api sikit..tak banyak..sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit aje..

apa sebabnya???
Sila Lihat gambar di bawah


Klik untuk paparan lebih besar dan lihat pada benda yang aku highlight tu


Sebab apa aku malas cakap???

* dalam keadaan sekarang,kalau aku back up orang akan cakap..yelah U die..mestilah dia akan backup kannnnn..Takkan la tak sayang Universiti sendiri

* aku tak pernah belajar dengan lecturer itu..dan aku tak tau pembahagian markah itu...takde point nak mengumpat di sini..
setakat ngumpat versi

"kawan aku kata..."
"ada orang dah kena...."
Malas aku nak kutuk secara online walaupun aku dah dengar macam-macam cerita pasal tu..
Secara realiti takpe...hahaha(gelak dengan kejam)

* Aku tak pernah mengalami markah kesian itu okkkk..Memang la akn pointer aku agak ok la..TApi tau tak kenapa???Jam kredit yang Banyak itu sebenarnya support markah..DAn subjek-subjek arab itu yang tolong...KAlau korang kira..makin banyak jam kredit dengan pecahan yang kecil-kecil iaitu 2 jam bagi setiap subjek,ia akan menolong sebenarnya,even memang la cam seksa kan nak belajar..tapi itu boleh tolong kita..sebab aku ada asas SMA dulu..dan itu advantage buat aku.

.p/s:sila buat calculation sendiri..aku dah rasa dah sebab kat matrix..memang la subjek sikit tapi 1 subjek tu 6@7 jam kredit..so satu subjek ko jatuh..berapa banyak point ko kena tarik..contoh,even Kimia aku A,Tapi bio aku B-,pointer aku boleh jatuh sampai 3..tapi Kat USIM ni..walaupun aku still bodoh bio(biokimia..ade la kan name bio tu....) tapi kebengapan subjek yang berjumlah 3 jam kredit itu dicover oleh subjek lain yang juga berjumlah 3 jam kredit..so pointer tak jatuh banyak

* Kalau ada la markah kesian ni..aku rasa ramai la first class degree..aku tak payah belajar betul-betul..makan tidur je kannn..Apa kau ingat yang masuk sini bodoh-bodoh ke???kalau bodoh KPT tak akan amek buat masuk U??ada faham???Ala..ada je kawan-kawan aku yang pointer lagi rendah time matrix dulu yang masuk universiti-universiti 'berprestij' itu..Yang penting aku dapat masuk universiti atas usaha aku sendiri

Dan aku terpaksa mengulas isu ini hari ini..walaupun lebih lambat dari rakan-rakan lain

Aku mula-mula masuk sini pun macam tak puas hati jugak la kannn...ye la masa tu nama pun kolej universiti.Kawan-kawan masa matrix dapat universiti even result aku tak la teruk mana..3.30 ok..memang la tak 4 plet kannn tapi tak la jatuh sampai bawah 3
dan kawan-kawan yang time sekolah yang result kurang ok pun dapat universiti..
serius macam segan jugak..cz time sekolah dulu aku bukanlah seorang pelajar yang kurang ok..result SPM yang agak boleh dibanggakan la jugak..
Tak boleh blah mse ada la skoolmate aku cakap
"eh..Wana kt KUIM je ke"
Aduh..hina sangat ke????

dan MUET aku pun tak la teruk mana...standard je ngan sorang budak india yang asyik speaking 24 jam mse matrix dulu

Yela kann....
DAh la kolej universiti
BAngunan tak siap lagi lak tu
Pendaftaran pun kat stadium Tertutup NIlai je
Serius tak puas ati...
Apa la malang benar nasib time tu

TApi tu dulu..
Sekarang aku bangga aku still dalam aliran sains tapi dalam masa yang sama aku tak tinggalkan bahasa arab aku
Aku belajar Biochem tapi Aku still belajar Akidah ISlam,Akhlak Tasawwuf dan Ulum HAdis
I learn Genetic in english wa darastu madah Fiqh al 'ibadah FIll lughatil 'arabiah(Shida..kau tambah MAndarin pulak!!!)
Aku buat tesis dalam bahasa inggeris dan aku pernah buat research dalam bahasa arab(masa subjek Kitabah dulu)
Aku MAsuk lab Food analysis main HPLC dan dalam masa yang sama aku masuk makmal hadis takhrij rawi hadis

Kalau nak kata result aku tak berkualiti kerana lecturer bagi markah kesian di USIM
Itu kenyataan paling BEBAL
Sebab
Kebanyakan lecturer aku adalah bekas pensyarah dari universiti lain..dan mereka bukan calan-calang orang sebab
Lecturer Food processing aku ex dekan u lain
Sama la lecturer Ethics aku..ex dekan dari u lagi satu
Takkan la mereka selamba nak bagi markah kesian..tak gitu
KAlau tak berderetla dean list dan 1st class degree
tak perlu kitorang belajar dan takde yang kena repeat
Waima takde yang dapat C pun(takde la BIOCHEM aku dapat C+..amek ko aku reveal terus result aku)

aku pun rasa kalau aku tak masuk USIM ni aku akan jadi orang yang lebih teruk
CUkup la masa kat mtrx dulu...macam mana aku terpengaruh
Yelakan..budak sekolah agama tiba-tiba terlepas kurungan
Memang culture shock
Alhamdulillah..Allah tunjukkan aku jalan agar aku tak tersilap langkah
Bila aku tergelincir..Ada kawan yang akan tunjukkan jalan
KAt sini..orang yang pakai tudung labuh tidak rare..malahan mereka yang seksi itulah yang jadi
pelik
Dan anda tidak akan terjumpa wanita free-hair melainkan achi yang kerja sapu sampah,visitor dan lecturer BAhasa MAndarin je(sebab dia cina kannn)
Walaupun tak la syumul menutup aurat..tapi itu sudah satu permulaan yang bagus...
Aku sendiri pun Naik segan nak gi kampus tak pakai stokin...
Gi lecture pakai baju kurung@jubah je
Ada sekali aku gi lecture pakai baju kurung dan abes lecture terus cabut balik rumah
Jalan terminal 1 terjumpa la seorang schoolmate aku
Dia siap sound,"wah ko baik je pakai baju kurung gi shopping"
AKu balas la,"Aku baru balik lecture ni..tak sempat salin baju terus cabut balik"
Dan dia balas"eh..ko gi lecture pakai baju kurung???"
heh..memangla..aku kalau gi lecture pakai baju kurung@jubah@blaus labuh je
Nak masuk lab pun pilih-pilih t-shirt yang tak ketat dan menutup bontot
Time keluar jalan je dressup JAhiliah dan tidak memakai stokin..hahaha

memanglah atas dasar segan dan keterpaksaan
TApi pernah dengar tak orang kata
"keikhlasan bermula dari paksaan"
Insyallah..lambat laun..benda tu akan aku biasakan dalam kehidupan


BIARKAN mereka nak berkata apa...
Sebab
Rezeki di tangan ALLAH
Bukan di tangan lecturer itu
Bukan di tangan mereka yang mengata
Bukan di tangan mereka yang mendengar dari sebelah pihak sahaja
Bukan di tangan KOSMO

DAN buat kawan-kawan di USIM
Ini cabaran buat kita untuk kita diamkan mulut yang mengata itu
Bukan dengan kekasaran
Tapi dengan Jalan kesungguhan dan kebolehan

INsyallah..ALLah bersama-sama orang yang bersabar
Takde jalan mudah dalam menuntut Ilmu Allah

p/s:Ini aku warning awal-awal

aku sebenarnya dah banyak baca blog yang mengulas isu ini walaupun tak tau cerita sebenar..Tapi aku malas nak komen kat situ sebab aku hormat korang sebagai tuan punya blog itu..Blog tu ibarat rumah korang..lantak korang la nak kencing ke kat rumah korang sendiri..pandai-pandai la korang bersihkan dan blog ini adalah ibarat rumah aku dan aku tak suka orang kencing kat rumah aku.penat nak bersihkan okkkk...

Bukan bermakna aku tak boleh terima kritikan..tapi biar kritikan itu membina..kalau nak sanggah berkaitan benda yang aku tak boleh nak repair dalam entry ni..maka korang lawatlah web ini

DAn untuk pihak-pihak yang hanya membaca KOSMO je..cuba baca ini pula.Jangan biarkan minda anda tertutup

http://www.ady.drsiber.com/
http://zulkiflihasan.wordpress.com/2009/04/21/my-story-universiti-sains-islam-malaysia/
http://bro86.wordpress.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja