Tuesday, December 18, 2007

lirik lagu ayat-ayat cinta

yang ni soundtrack film ayat-ayat cinta..nyanyian rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud





nak download lagu ni..klik kat link ni..cepat2...link tahan 90 hari je

http://rapidshare.com/files/77406526/Rossa_-_Ayat_-_Ayat_Cinta.mp3.html



filem ayat-ayat cinta

lastly...filem yang diadaptasi dari novel best seller bakal menemui peminat-peminat nya...adakah filem ini sehebat novel itu???kita tunggu saja kemunculannya di malaysia...kalau x tayang kat malaysia,kita download ramai2 kat youtube..hahaha...By the way,melalui trailer film ni...saya dapat rasakan film ni mengharukan dan ada aura sendiri...tapi mungkin tak sehebat novel tersebut...hmm...kita tunggu dan lihat sajalah...

saksikan trailer film ni...(rembat kat youtube)




video

Thursday, December 13, 2007

4 KEPENTINGAN MENGAPA PERLU MINUM SUSU

Ada sesetengah individu mengambil susu dalam diet harian kerana tidak suka atau alahan.Anda mungkin menolaknya tetapi anda juga perlu tahu tentang kepentingan minum susu kepada tubuh.Susu penting kerana :

• Sumber protein paling baik
Seperti kekacang dan lain-lain makanan,susu sangat tinggi nilai proteinnya.Protein amat diperlukan oleh tubuh terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.Selain pembekal kalsium bagi pembentukan gigi,ia juga bertindak menjaga kesihatan tulang anda.

• Membantu mengurangi risiko kanser
Kajian membuktikan bahawa bahan kandungan yang terdapat di dalam susu iaitu ‘isoflavin’ memang berupaya memgurangkan risiko terkena kanser.

• Membantu mencegah gangguan jantung
Kajian juga membuktikan bahawa negara hasil tenusu dikatakan paling kurang menghidap masalah jantung mahupun gangguan pada pembuluh darah.Susu berperanan merendahkan kadar koleterol dalam badan,menurunkan tekanan darah serta mencegah pembentukan pula pada pembuluh darah.

• Mengurangkan kesan menopaus
Menopaus pasti akan berlaku.Ramai wanita mengalami kesan keatasnya,baik dari segi mental mahupun fizikal.Kandungan isoflavin berperanan seperti estrogen dalam badan.Kerana itu susu dikatakan dapat mengurangkan alahan yang terjadi akibat penurunan kadar estrogen secara drastic ini.
Wallahua’alam….

Tuesday, November 27, 2007

Warna dan kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan
darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.
Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

jAngan mAlas Mandi yerk!!!

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan
penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah
selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga
18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia
dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama
10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan
kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.

Friday, October 12, 2007

KelEbiHAn bUAh Kurma

Apa ada pada buah kurma? Ramai mengetahui rupa buah kurma tetapi tidak mengetahui khasiat disebaliknya dari sudut agama... .

1) Buah kurma membantu mencerdaskan minda

2) Buah kurma mampu membantu hilangkan kelaparan

3) Buah kurma mempunyai vitamin yang diperlukan oleh badan

4) Buah kurma boleh membantu penghadaman

5) Ketika berbuka puasa, kita disunatkan memakan buah kurma terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w

6) Buah kurma juga mampu membekalkan tenaga secukupnya yg diperlukan oleh badan manusia...

Sungguhpun ada diantara ada mengetahui khasiatnya, namun adakah anda mengamalkannya... ... .

Kelebihan yang terdapat pada buah kurma juga lebih kurang sama dengan kelebihan memakan kismis

Rahsia Jari Anda






Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Friday, May 11, 2007

currently on holiday..wachaaa...nice gak la...hmmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja