Friday, December 14, 2012

legoland!

Aritu weekend sesaje la aku balik melepas rindu di dada bersama keluarga tercinta,makanya adik aku yang baru lepas SPM tu ajak la pegi legoland.Memandangkan mak aku pun excited nak gi kali kedua(beliau dah gi dengan rombongan sekolah sebelum ni,maka sebagai anak solehah lagi mawaddah sakinah warahmah,aku bawak la diorang sekali walaupun dalam kereta membebel carik tempat.

Untuk sesiapa yang tak tahu lagi,Legoland adalah tempat pelancongan terbaru di
Johor Darul Awesome ni,selepas JPO dengan hello kitty land,ke hello kitty dulu,ah tak kisah la janji awesome.tema utama adalah lego,dan permainan-permainan untuk hiburan seisi keluarga.Seisi keluarga really means SEISI KELUARGA sebab mak cik aku yg pakai wilca pn datang sini jugak,so klu nak ajak ucop wilcha dating kat sini pun takde masalah.

Masuk kul 10 gitu,beratur gitu gini dkt pukul 10.45 kan baru dapat masuk,kejadah la datang time cuti sekolah kan.so masuk la.basically info ringkas ceggini lah:

nama saintifik:Legoland Malaysia
Harga tiket:
day pass
on paper:dewasa 140,budak 110
kalau ada ic malaysia:dewasa 110,budak tak tau la berapa
nak diskaun lagi,tempah online 7 days in advance dapat less 25%
nak diskaun utk bebudak,beli susu dutch lady 500 ml klu x silap,belakang ada kupon,beli 1 tiket dewasa,dapat 1 tiket budak
nak lagi murah:pergi setelah anda berumur 60,dapat diskaun warga emas jadi rm90
nak free:suruh adik beradik keja legoland,sebab staf boleh dpt bpe tah tiket free
nak free tp xde adik beradik keja legoland:panjat ikut mana-mana pagar,at your own risk
annual pass: rm 275 dewasa,boleh guna setahun,main sampai lebam
keluasan:mak aku kata 5 hektar.mana mak aku tau pn tak sure.beliau ukur kot,jangan main-main,mak aku cikgu matematik


zon:ada 7
1.miniland:tempat replika bandaraya besar cm kl,singapore,dan bangunan bersejarah daripada lego,kemain rajin buat,aku dulu main lego dapat siap sebijik rumah pun dah besar rahmat
2.the beginning: starting jumpa dia.ada customer service,mini market,kedai lego,surau ,mesin atm dan cafe mahal
3.imagination:
ada banyak jugak la game dan ada viewing tower.tapi aku masuk 4d movie je,nanti kena pakai spek khas tengok kartun lego,gila macam real ko,terasa dibaling-baling oren bebetul lak,sebab images mmng nampak real.pastu ada game ko kena guna kekuatan ko,nak tarik seat naik atas,tapi tu tak sempat main
4.kingdom of lego:ala-ala filem omputeh yg ada castle tu.game banyak,tapi kalau rasa terror cam aku boleh naik the dragon.roller coaster kepala naga.gila seram sampai adik aku yang aku tak penah dengar dia jerit sejak lahir pun boleh jerit.adik aku lagi sorang lak tak terjerit sebab terkedu.
5.technic:ada akademi lego yg mana korang boleh buat kereta lego ke,plane lego ke pastu try gerakkan,ada roller coaster pakai kereta(yang ni main mcm boleh nak putus jantung),kereta pusing-pusing,game pusing-pusing kt air pastu kena tembak.
6.adventure:ala-ala indiana jones,kena masuk gua tembak mumia dgn spider pakai laser,pastu naik sampan sampai tempat tinggi pastu kena gelongsorkan laju-laju,bumble bee dan macam2 lagi
7.land of lego:tempat untuk bebudak,ada main padam2 kan api la,plane academy la,ni tak main sangat sebab budak2 sangat


tips:
1.jangan pergi time cuti sebab orang penuh,nak tunggu turn main sampai sejam.digalakkan pegi time cuti umum negeri anda sahaja,kecuali johor je la
2.makanan kt dalam mahal,tapi luar pagar ada medini mall,ada la fast food harga standard kt luar,harga makanan kt dalam sandwich bodo pun rm12,air mineral sebotol rm2.50,makanan luar tak dibenarkan masuk
3.pakai sunblock dan bawak payung,dalam tu panas macam gurun
4.beli tiket online,murah dan cepat nak check in
5.tempat solat dan toilet duduk banyak,tapi toilet bowl,paip,bangunan toilet dan surau tu dari batu,bukan lego.aku kemain la ingat toilet tu dari lego.
6.kalau nk survey dlu sebelum main,try train dia nanti dia bawak keliling taman
cara pegi:
dari highway plus,keluar exit senai,pas tol straight je(klu 1st exit tu gi jpo) jumpa lagi satu tol,pastu carik signboard nusajaya nanti carik signboard
parking:banyak dan setakat ni free
kesimpulan:ok la sebagai tempat jalan,tapi mainan tak banyak cam genting.hotel dengan water theme park under construction dan dijangka siap 2014.
okeh,penat review.nak komisen,boleh?
Firaun Lego
Depan Surau
Putrajaya
Budak bajet steady dalam kereta pusing bolehla,naik roller coaster terketar-ketar
cute!
Menjana pendapatan tambahan sebagai tourist guide selepas SPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja