Monday, January 12, 2015

Tips Interview Pegawai Teknologi Makanan

Sekarang ni musim interview untuk jawatan aku kerja sudah tiba.Ramai kawan-kawan tanya,oleh kerana tak larat nak jawab soalan sama banyak-banyak kali,jadi aku tulis la kat sini.Senang orang tanya aku bagi je link blog ni.Sambil-sambil menambah Nuffnang.hew hew hew padahal Nuffnang dah lupa password.Nak log in blog ni pun sampai try 3 kali.Kalau kad ATM lama dah kena block.hahaha

Sebenarnya dulu balik interview aku terus tulis pengalaman,tapi dalam tahun 2011 aku padam,takut sangat kawan kerja baca.*yeah i'm poyo and i know it*

By the way,tips ini jugak boleh digunakan untuk interview jawatan lain dalam perkhidmatan kerajaan.Lebih kurang je.

Sedikit perkongsian pengalaman,aku dulu interview kt JB,apa nama bangunan tu pun aku dah tak ingat.tapi gerak pagi-pagi dari Batu Pahat drive sendiri.Mak aku teman time tu.Blazer pinjam blazer mak cik aku,gila besar punya blazer,tapi aku tetap konpiden pakai sambil perasan cun.wahaha.okeh konpiden itu penting.Time tu baru sebulan konvo,tengah kerja RA kat UPM sambil propose nak sambung master bulan 12 tu.Umur 22 nak kena interview jawatan pegawai,dengan takde pengalaman.Pusing kanan kiri ko orang sekali interview dah pernah keje 3,4 tahun.Mau tak geletar kepala lutut.Nasib time tu ramai course mate sekali interview,termasuk sorang senior.

Yang interview 2 orang,sorang wakil jawatan tu(Pegawai Teknologi Makanan),sorang wakil SPA.Yang penting yang wakil PTM tu dah jadi boss aku kat state.Aku ingat sebab dia cantik.Hahahaha.Interview masa tu dalam Bahasa Melayu,tapi tak baku pun.Yang wakil PTM tu bercakap melayu slang sabah(ok,kawan-kawan PTM aku mesti dah dapat teka sape yang interview aku kan.kikikiki).

Antara soalan yang ditanya,soalan tu berangkai-rangkai sebenarnya:(Seingat-ingat aku la)

1.Dia tanya pasal tau tak aktiviti KKM ni.nasib la aku ni rajin google kan,so pernah la jumpa bendalah FOSIM(Food Safety Information Management),so aku kena cerita pasal bendalah tu.

2.Kemudian dia tanya tau x Akta Makanan.AKu cerita la pasal akta dan peraturan-peraturan bawah dia,termasuklah peraturan baru masa tu iaitu Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

3.Lepas tu dia tanya pasal bakteria patogenik kot.

4.Soalan wakil SPA aku ingat pasal 1 Malaysia je.Tapi tu back in 2010 la,sekarang dia dah tak tanya kot.

Tu je yang aku ingat.Dah tua dah amnesia banyak,so dah lupa yang lain.Muahahaha

Aku juga pernah interview orang,tapi untuk jawatan PTM sambilan la.Aku tak tau cara orang lain tapi masa aku interview orang benda yang aku tanya adalah:

1.Oleh kerana untuk jawatan sambilan terus hantar ke e-mail aku,aku study dulu resume tu semuanya.Kerja mana,apa semua.Untuk kerja dengan aku(mind you ni PSH je yang aku ambil,bukan SPA),aku perlukan orang ada lesen dan ada kereta.Sebab daerah tempat aku kerja kilang jauh-jauh dan susah nak dapat kereta jabatan.Takkan kau nak gi kilang kat ampang naik komuter kat Kajang,turun bandar tasik selatan,tukar LRT berenti kat Ampang,naik teksi gi kilang.so kalau daerah aku,aku prefer yang ada kenderaan.SPA tak kisah kot sebab kalau kau kerja kat makmal,ko tak banyak travel macam daerah.

2.Aku study applicant tu punya pengalaman.Kalau tulis resume pernah kerja kilang ayam sebagai QA,aku akan tanya soalan berkaitan ayam,termasuk CCP sepanjang proses ayam.CCP tu apa?Kalau tu pun tak tau,ko balik ngaji dulu la dikkkkkk.Kalau kata pernah develop MESTI/GMP kt kilang tempat kerja,aku akan tanya detail mcm mana ko buat sistem tu.Pengajaran,resume jangan tulis benda yang pelik-pelik atau yang kau tak tau.

Tips-tips lain yang boleh dikongsi:

1.Sila baca dan khatamkan web ni---> http://fsq.moh.gov.my...Jangan interviewer tanya ko bagitau kau bukak BeautifulNara je.please please please.Kat web tu semua aktiviti,carta organisasi semua lengkap.

2.Skop kerja PTM.Aku pernah tulis.Sila rujuk entri ini-->Bercakap pasal kerja...Jangan mandai-mandai kata sumber rujukan blog ni.Andai kata korang kata kt interviewer korang tau dari blog ni,dan korang dapat kerja PTM lak tu,kemudian interviewer kenal aku dan membahan aku.Jangan salahkan sesiapa kalau pertama kali kita berjumpa masa meeting aku sekeh sorang-sorang.Ini amaran keras.Wahahaha.

3.Datang awal,tepati masa.Jangan banyak songeh,jangan kuat melawan tanpa fakta.Melawan boleh tapi dengan cara berhemah dan berfakta,sebab sesetengah interviewer suka provok.

4.At least tahu basic program jaminan keselamatan makanan,GMP,HACCP,MESTI,pelesenan ais,drinking and mineral water.Beza air tutup biru dengan tutup putih.tak tau sila bukak web.

5.Be confident,smart and professional.Kalau tak tau,nak menggoreng pun secara berhikmah dan confident.

6.Pastikan resume,fail-fail semua lengkap.Jangan tertinggal sana sini

7.Pemakaian kena formal.Jangan macam nak pergi ABPBH pulak.korang bukan Emma Maembong please.Pakai baju kurung,tudung bagi kemas,kasut bertutup.Kalau Khamis,ada baju batik,sila pakai.Takpun pakai baju outing sekolah menengah je.ok ini over.

8.Ambil tahu isu semasa,sama ada melibatkan keselamatan makanan atau tak.Contoh pasal keracunan makanan kat tanjung dawai yang makan ayam masak merah tu,pasal banjir,pasal GST pun tak mustahil ditanya,terutama oleh panel SPA.

Sekian itu sahaja tips saya.Jika berjaya menjawat jawatan PTM dengan menggunakan tips dari blog saya,sila hello saya jika kita bertemu masa miting.Lebih afdhal jika disertai dengan belanja makan kt Dip n Dip atau paling koman pun Burgerbyte.

Good Luck Everyone.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja