Oleh kerana agak sibuk bekerja,jadi sekali sekala time gaji aku rajin la menyinggah-nyinggah spa di sana sini.Actually dari zaman belajar dulu dah rajin dah,cuma bila time kerja ni bertambah-tambah la rajin,kiranya business cards yg ada dalam aku punya holder memang penuh la dengan name card owner spa.Kelas gitu.
Tujuan aku rajin mengunjungi rumah urut spa ni bukanlah nak jadik jelitawan kalah Neelofa bagai.Takdenya kulit aku bersepuh macam mandi dalam susu.Karat macam tu jugakkkkk..Nak ngate aku pergi spa tiap bulan tapi tak cantik jugak?Biarlah..duit aku kan...wakakaka..So,tujuan aku berspa adalah:
1.As a treatment untuk diri sendiri.
Penat-penat kerja sebulan,time ni la nak bermanja-manja.Hari-hari biasa nak mandi susu,mandi rempah bagai,mana nak dapat?Plus ada aromatheraphy massage yg boleh kendurkan urat-urat tegang tu.Maklumlah,aku ni keja drive sendiri,tak harap sangat kereta jabatan.Pulak tu selalu weekend balik johor,tu yang lenguh urat belaka.
2.Untuk kecantikan
3.Release tension
Oleh kerana aku rajin ke spa,jadi aku kat sini inginlah memberi tips bagaimana memilih spa yg ok,sebab ada je kekadang aku gi spa treatmnt macam t**i,urut pun rasa tak rasa je,buat facial sampai tumbuh jerawat besar.
1.Ketahui reputasi
Nampak je spa cambest,baca review dulu.Sila google...Kekadang spa tu ko nampak cikai je dari luar,tapi servis..fuh..marbeles tip top.
2.Lihat lokasi dan kesesuaian
Sesetengah spa berlokasi tidak logik,seperti di atas hentian bas,tapi exception la klu bagi anda yg sementara nk tunggu bas nak balik rumah mak mertua sesaja nak bagi muka cun sikit kan.Sebab tujuan asal berspa adalah nk bertenang tenang bermanja manja,selesakah anda jikalau tengah syok mandi susu fefeeling Cleopatra tetiba dengar bas baik punya honnnn.
3.Pergi dulu spa dan lihat keadaan sebelum buat appointment
Setelah membuat kajian,better call spa dulu untuk appointment sebelum main terjah je.Ini adalah untuk memastikan pekerja spa bersiap sedia untuk menyediakan keperluan anda(sediakan air,minyak,barang-barang facial) instead of walk in.Keadaan yang perlu diperhatikan adalah:
-Kebersihan premis
Pastikan tub tak berlumut.Tak bersepah.Takde bau hapak(trust me,aku pernah bau spa berkuap okeh!).
Juga boleh tanya pasal sponge yang dia pakai.Berganti tak antara customer dgn customer lain.Anda ada hak untuk itu sebab anda customer okeh!
-Produk yang digunakan
Ini penting terutama jika anda ada sejarah hitam dengan sesetengah produk.Contoh pernah pakai produk jenama XX,pastu tumbuh jerawat sebesar tahi lalat kak pah,so jangan la amek risiko kan.Kalau cas kulit diva nak mahal je,clinique ada je spa sendiri.So,pilih kesesuaian
*tapi ikut aku,aku dah tak buat facial kt spa dah.sebab sekarang aku prefer buat sendiri kt rumah je.
-Kebersihan pekerja
Sambil tu jeling-jeling sikit pekerja,kuku hitam ke tak,pembersih ke tak.sebab dorang ni la yang akan buat facial kt muka korang!so part sini kena particular sikit
-Qualification pekerja
Biasa spa akan gantung di dinding-dinding mereka sijil kemahiran daripada mana-mana akademi@kolej komuniti,bukan main tangkap muat saja.Buatnya tersilap urut camne.tak menggelabah.Sekurang-kurang dengan ada sijil tu,ada la qualification sikit.kalau tak,instead of mengurut kat spa,baik ko gi urut kt nenek sedara aku yang tukang urut orang bersalin tu.Lagi bagus.
-Suasana
Sesetengah orang akan rimas dengan bau-bauan dan muzik bali@jawa@thai.Ini ikut spa.Ada yg konsep Thai memang cam siam je la duk dalam tu.Ada yg konsep modern dok bukak lagu mozart je.Kalau bali tu biasa aromatherphy dia bau ala-ala rempah gitu,klu modern biasa bau lavender.Ikut minat korang la.
-Pakej dan harga
Jangan dok demand diva kalau sengkek.Beria nak cerewet bagai,tapi duit takde.Mengabihkan boreh yo!Pilih ikut kesesuaian.Sesetengah ada ala-carte,ada yang best pakej.Pakej pun memacam,ada pakej pengantin,pakej lepas bersalin,pakej kedekut.Ikut korang la.
Nak murah:
sila rujuk web milkadeal tak pun groupon.
4.Buat appointment pada tarikh@hari yang bersesuaian
s
Kalau boleh jangan pilih weekend tengahari@petang,sebab akan ramai orang.By the time ko punya turn,ada jenis spa tak ramai pekerja,dia dah tak larat dah nak picit-picit ko.Jadi sila pilih weekday(sama ada ko mintak cuti@lepas waktu kerja tapi jaga-jaga la tak semua spa bukak sampai malam) ataupun weekend pagi.
Peringatan lain:
*Kalau korang nak kawen,jangan ngengade last minute gi spa.takut facial tak sesuai rosak muka.Amek la dalam 3 bulan sebelum kawen,then berulang dalam 2 kali sebulan,baru nampak hasil.
*pilih spa muslimah.yang lelaki tak boleh masuk.
*sila jaga aurat anda.jangan bogel dalam spa.Pastikan badan tu tutup pakai kain batik,dan JANGAN bagi pekerja spa menyentuh kemaluan anda.Bahaya okeh!Kalau buat rawatan payudara tu memang akan ada dia sentuh juga,tapi kalau dah sampai main nipple tu baik korang sound sikit.
*amek tips dari pekerja spa.Kalau rajin borak banyak tips,setakat ni aku dah dapat tips penjagaan payudara.hik hik.sambil tu boleh belajar cara dorang urut semua.
Antara spa yang best yang aku pernah pergi dan highly recommended:(area kajang-bangi-cheras je)
1.mykakijamu
Lokasi:Giant cheras dekat area highway Kajang-Cheras.dalam Giant,tempat tersorok tapi dekat dengan my mom's chicken rice
Linda Onn punya adik yang punya.Aku try urut refleksologi je,tapi pekerja dia urut serius sedap.RM20 untuk 30 minit tapi dia urut sampai lutut.Suasana ala Bali.Aku tanya jugak pakej lain,dia kata ada pakej urut 2 jam RM120(full package siap mandi rempah,tangas bagai).Worth trying.
2.Shena Aroma Spa
Lokasi:Seksyen 7,Bandar Baru Baru Bangi.Sederet dengan Restoran Urat Keting
Konsep:campur
Aku tru urut+mandi rempah+sauna=143.Massage dia best lega sendi aku.Suasana agak privacy sebab satu bilik ada satu katil dan satu tub je,so korang takkan berseksian di depan orang lain.
top two of my list!
Senarai nak dicuba:
1.Seputeh kapas,Sungai Merab(maybe somewhere in bulan puasa aku try)
2.Serenity Spa(seri Bangi)
okeh,sekian saja review aku,sesapa terbaca dan nak share spa yang best,sila la~
2 comments:
yg my kakijamu shop tu kakak linda onn punya la,linda onn anak bongsu dalam keluarga
d aura spa kini membuka cawangan baru di spa bangi sek 9,bersebelahan ayamas.sila layari www.dauraspa.com atau hubungi 0388616838 untuk keterangan lanjut.
Post a Comment