Friday, November 23, 2012

Sibuk tengok kain orang,kain sendiri terselak-selak

menaip guna tab,leceh tapi tak tertahan rasa hati.Lama kot tak meluah perasaan dalam blog sendiri,apa guna ada blog kan?

Sekadar meluahkan isi hati.Aku tak tau adakah culture keja gov itu sendiri,atau orang di sekeliling aku,ataupun aku je yg touching lebih.haha..tapi aku perasan,mereka suka sangat pertikaikan kerja org lain,even kau pun tak tau apa kelayakan org tu,apa org tu belajar,dan apa yg mereka ada sampai mereka layak untuk jawatan tu,tapi kau tak.contoh aku bagi adalah hosmet aku(i hope they dont read this insyaAllah..matiler takut).Aku selalu dipertikaikan sebab kerja senang katanya,tak perlu multitask,sedangkan she need to multitask,answering phone while writing on reports,than she is better at multitasking,then dia balik lewat,aku balik lambat,senang kata tak perlu berhempas pulak.Aku juga pernah ditanya PAR mengenai bidang tugas dan apa kos aku belajar(damn patutlah kau kerja PAR je kan,kesian).

Pada awalnya,aku bermulut baik,malas nak melayan,tapi dah asyik sangat cakap macamtu,aku reply dengan 1 pernyataan yg lepas tu terus dia tak bising,"takpelah kak,keja sikit,janji gaji banyak.lagipun kerajaan bayar saya kerja sampai 5.30,lainlah akak,duduk opis punch pukul 1 pagi,dlm tu tgk youtube pn boleh claim jugak"---->jahat kan..buahaha...Untuk PAR tu pulak aku jwb,yelah,dekat industri,kilang yang jaga quality safety produk tu QA/QC,degree in food tech belaka tu,takkan org gov nk lower qualification and experience dari diorang,mati kena lauk la nanti.

Tahla,pada aku senang je,sentiasa bersangka baik dan jangan sibuk hal orang lain.kau tak tau job scope orang,peribadi orang,kau jgn mengata.sebab bagi aku,orang yang sibuk dengan kerja sendiri,takkan pernah ada masa nak tengok orang lain sibuk ke tak,buat keja ke tak,melainkan kalau kau penyelia org tu la,memanglah kena tengok anak buah.Lagipun,ada beza jawatan@kedudukan,kau nak expect officer 24 jam menaip report je,takpun fotostat kertas,angkut barang mcm kau buat(itupun aku angkut barang sendiri,packing goodies bag sendiri 150 beg tu bro!),sebab kekadang officer pun malas nak suruh orang lembap cam ko yang sibuk nk tengok,nk tau kerja officer,sedangkan kerja sendiri tak terbuat.

Sunday, November 11, 2012

Kalau dah kaki belit tu

Ada satu hari tu tetiba aku pelik,banyak la pula trafik masuk dari forum cari.Tetiba fefeeling la mana la tau keluar gosip aku dengan aiman redza ke,shaheizy sam ke.Serta merta aku pun klik la link,dan redirected ke forum petua kecantikan dan fesyen,membawa ke subforum mengenai salahs atu produk yang didakwa membakar lemak.

Rupanya mak aiii..dia dah salah interpret entri aku,untuk justify kebagusan produk dia!Ni yang aku menyampah ni,aku tulis lain,dia faham lain,tak pepasal orang dalam tu blame aku jugak kan.

Untuk keterangan lanjut,sila klik sini.Baca apa dok dia interpret.

Tapi salah aku jugak,tak cerita betul-betul pasal pengkelasan produk.Jadi entri kali ni,aku nak jelaskan sebenar-benarnya:

1,Kenyataan 2 yang disalahfaham:

Produk kami diluluskan KKM.Tak caye ni no pendaftaran(tapi dia bukan MAL code)


Maksudnya:
-Yang mengeluarkan MAL kod adalah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.Sila baca lebih lanjut di web mereka sendiri-->Web BPFK.Tapi yang perlu mendaftar dengan mereka adalah(ni aku cilok dari web diorang)"



a. Pharmaceutical products containing scheduled poisons.
b. Pharmaceutical products containing non-scheduled poisons (OTC)

c. Traditional products
Includes:
+ Homeopathic medicines
+ Ayurvedic medicines
+ Medicated plaster
+ Herbal teas
+ Dietary supplements eg. Spirulina, Chlorella, Royal Jelly, Bee Pollen, Aloe Vera juice, Noni juice, Extract of chicken with herbs
d. Veterinary products


Kod-kodnya pulak:
MAL(8 angka) diikuti kod di bawah

  1. o X – ubat yang tidak mengandungi racun berjadual (ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi tanpa preskripsi)
  2. o T – ubat tradisional/ semulajadi
  3. o C – pengilang berkontrak
  4. o E – untuk export sahaja
  5. o R – ubat dibungkus semula
  6. o S – ubat dari sumber kedua

so,mana-mana pengilang yang konpius,tak tau nak decide produk dia bawah apa,sila la kira berapa peratus aktif ingredients awak tu



2. Kalau dah produk-produk tersebut terang lagi nyata adalah dalam bentuk makanan yang banyak(contoh:kopi,koko semua tu),automatically ia adalah makanan.

3.Tapi,jangan la hip hip hoorey sangat,produk aku makanan,jadi tak payah daftar MAL code,tapi,ada tapinya,anda kena la mematuhi Akta Makanan 1983,antaranya:

-Tak boleh claim produk anda boleh menyembuhkan sebarang penyakit kronik
-Tak boleh claim produk anda 100% asli(contoh kopi dengan 100% tongkat ali asli)
-Tak boleh claim produk anda tu boleh membakar lemak,membekalkan sebarang jenis vitamin,membaiki sel,melainkan dengan claim seperti:contoh susu kan ada protein,jadi bilang pengilang susu tulis,mengandungi protein yang boleh membaiki tisu-tisu tu takpe
-Tak boleh claim produk anda adalah yang terbaik


4.Produk yang mention nama blog aku tu,kekonon tak perlu MAL code bagai,better check it out.Kalau memang anda bawah farmasi(sebab teh herba),anda perlulah berdaftar dengan mereka,tapi jika anda bawah Food,sila clearkan balik pernyataan anda tu.

5.Sekian,terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja