Sunday, November 11, 2012

Kalau dah kaki belit tu

Ada satu hari tu tetiba aku pelik,banyak la pula trafik masuk dari forum cari.Tetiba fefeeling la mana la tau keluar gosip aku dengan aiman redza ke,shaheizy sam ke.Serta merta aku pun klik la link,dan redirected ke forum petua kecantikan dan fesyen,membawa ke subforum mengenai salahs atu produk yang didakwa membakar lemak.

Rupanya mak aiii..dia dah salah interpret entri aku,untuk justify kebagusan produk dia!Ni yang aku menyampah ni,aku tulis lain,dia faham lain,tak pepasal orang dalam tu blame aku jugak kan.

Untuk keterangan lanjut,sila klik sini.Baca apa dok dia interpret.

Tapi salah aku jugak,tak cerita betul-betul pasal pengkelasan produk.Jadi entri kali ni,aku nak jelaskan sebenar-benarnya:

1,Kenyataan 2 yang disalahfaham:

Produk kami diluluskan KKM.Tak caye ni no pendaftaran(tapi dia bukan MAL code)


Maksudnya:
-Yang mengeluarkan MAL kod adalah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.Sila baca lebih lanjut di web mereka sendiri-->Web BPFK.Tapi yang perlu mendaftar dengan mereka adalah(ni aku cilok dari web diorang)"



a. Pharmaceutical products containing scheduled poisons.
b. Pharmaceutical products containing non-scheduled poisons (OTC)

c. Traditional products
Includes:
+ Homeopathic medicines
+ Ayurvedic medicines
+ Medicated plaster
+ Herbal teas
+ Dietary supplements eg. Spirulina, Chlorella, Royal Jelly, Bee Pollen, Aloe Vera juice, Noni juice, Extract of chicken with herbs
d. Veterinary products


Kod-kodnya pulak:
MAL(8 angka) diikuti kod di bawah

  1. o X – ubat yang tidak mengandungi racun berjadual (ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi tanpa preskripsi)
  2. o T – ubat tradisional/ semulajadi
  3. o C – pengilang berkontrak
  4. o E – untuk export sahaja
  5. o R – ubat dibungkus semula
  6. o S – ubat dari sumber kedua

so,mana-mana pengilang yang konpius,tak tau nak decide produk dia bawah apa,sila la kira berapa peratus aktif ingredients awak tu



2. Kalau dah produk-produk tersebut terang lagi nyata adalah dalam bentuk makanan yang banyak(contoh:kopi,koko semua tu),automatically ia adalah makanan.

3.Tapi,jangan la hip hip hoorey sangat,produk aku makanan,jadi tak payah daftar MAL code,tapi,ada tapinya,anda kena la mematuhi Akta Makanan 1983,antaranya:

-Tak boleh claim produk anda boleh menyembuhkan sebarang penyakit kronik
-Tak boleh claim produk anda 100% asli(contoh kopi dengan 100% tongkat ali asli)
-Tak boleh claim produk anda tu boleh membakar lemak,membekalkan sebarang jenis vitamin,membaiki sel,melainkan dengan claim seperti:contoh susu kan ada protein,jadi bilang pengilang susu tulis,mengandungi protein yang boleh membaiki tisu-tisu tu takpe
-Tak boleh claim produk anda adalah yang terbaik


4.Produk yang mention nama blog aku tu,kekonon tak perlu MAL code bagai,better check it out.Kalau memang anda bawah farmasi(sebab teh herba),anda perlulah berdaftar dengan mereka,tapi jika anda bawah Food,sila clearkan balik pernyataan anda tu.

5.Sekian,terima kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja