Tuesday, January 01, 2013

Ini Blog perempuan-Resepi sihat sempena tahun baru

Hi Uollss...Selamat Tahun Baru

Azam tahun 2013 aku salah satunya adalah healthy living,iaitu mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan seimbang,rajin bersenam,rajin beribadah dan tidak busuk hati.Salah satu modus operandi untuk menjalani gaya hidup sihat adalah memasak sendiri kerana dengan memasak sendiri kita boleh mengawal kuantiti minyak,lemak,garam dan bahan perasa.Jadinya,aku si pemalas masak pun berazam dengan lebih jayanya bagi menjayakan pemakanan sihat 2013.

Hari ini adalah hari cuti dan aku duduk rumah je senyap-senyap sorang-sorang.Oleh sebab lapar,maka aku ada memasak 2 hidangan untuk breakfast dan lunch.3 sebenarnya kalau termasuk smoothies epal tomato la.Tapi takkan tu pun nak share kot.So,aku share dua la:

1)Penkek Keledek
2)Ayam Panggang ajaib

Resepi Penkek Keledek

(aku amek resepi kat blog ni-->http://semutsamba.blogspot.com/)
Rupa memang hodoh.Aku memang penggemar makanan hodoh

Bahan-bahan

1.Keledek oren sebijik
2.Susu Skim 2 sudu
3.Telur sebijik
4.Peanut butter ikut suka banyak mana
5.madu

Cara-cara

1.Rebus keledek sampai lembut
2.Dah lembut lenyek-lenyek sampai penyek
3.Pastu pecahkan telur dan letak 2 sudu susu skim
4.bentuk-bentuk macam cekodok
5.Masak atas non sticky pan-ikut suka nak garing ke hangit ke camne
6.Dah siap boleh sapu butter dan madu atasnya
7.Makan!

Kalori:dalam 290 kcal gitula
Khasiat ubi keledek:
Mengandungi antioksida dan serat untuk pastikan kulit tampak berseri-seri,menjana sistem imunisasi dan menyeimbangkan kandungan guna-membantu kamu utk menolak makanan ringan.Serius kau lepas makan penkek keledek ni aku buat dekkk je dekat mango crepe dalam peti sejuk aku...


Resepi dua:Ayam Panggang ajaib

Dah tinggal cebisan terakhir baru nak snap kan



Bahan-bahan:
1.Ayam-nak sihat pilih bahagian dada

Bahan perap
1.Bawang putih
2.Bawang besar
3.Sos Black Pepper
4.Serbuh kunyit
5.serbuk rempah ratus
6.garam
7.madu

1.Bersihkan dan cuci ayam
2.Sambil tu sediakan bahan kisar-bawang putih 3 ulas,bawang besar sebijik,sos black pepper,serbuk kunyit,garam,serbuk rempah ratus allagapa's dan madu
3.Pastu perap la ayam tu dengan kisar tadi.Agak-agak dalam sejam ke okey dah
4.pastu masukkan dalam pemanggang ajaib.Sebab itu lah nama ayam ni ayam panggang ajaib sebab dipanggang dalam pemanggang ajaib.
5.dah masak boleh angkat dan dimakan bersama sos cili..

Silalah cuba.Memang enak dimakan.Rendah kalori,rendah lemak dan berkhasiat!

wordless new year

alhamdulillah atas semua anugerah darinya.
will recap my 2013 esok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja