Showing posts with label Women's stuff. Show all posts
Showing posts with label Women's stuff. Show all posts

Tuesday, January 01, 2013

Ini Blog perempuan-Resepi sihat sempena tahun baru

Hi Uollss...Selamat Tahun Baru

Azam tahun 2013 aku salah satunya adalah healthy living,iaitu mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan seimbang,rajin bersenam,rajin beribadah dan tidak busuk hati.Salah satu modus operandi untuk menjalani gaya hidup sihat adalah memasak sendiri kerana dengan memasak sendiri kita boleh mengawal kuantiti minyak,lemak,garam dan bahan perasa.Jadinya,aku si pemalas masak pun berazam dengan lebih jayanya bagi menjayakan pemakanan sihat 2013.

Hari ini adalah hari cuti dan aku duduk rumah je senyap-senyap sorang-sorang.Oleh sebab lapar,maka aku ada memasak 2 hidangan untuk breakfast dan lunch.3 sebenarnya kalau termasuk smoothies epal tomato la.Tapi takkan tu pun nak share kot.So,aku share dua la:

1)Penkek Keledek
2)Ayam Panggang ajaib

Resepi Penkek Keledek

(aku amek resepi kat blog ni-->http://semutsamba.blogspot.com/)
Rupa memang hodoh.Aku memang penggemar makanan hodoh

Bahan-bahan

1.Keledek oren sebijik
2.Susu Skim 2 sudu
3.Telur sebijik
4.Peanut butter ikut suka banyak mana
5.madu

Cara-cara

1.Rebus keledek sampai lembut
2.Dah lembut lenyek-lenyek sampai penyek
3.Pastu pecahkan telur dan letak 2 sudu susu skim
4.bentuk-bentuk macam cekodok
5.Masak atas non sticky pan-ikut suka nak garing ke hangit ke camne
6.Dah siap boleh sapu butter dan madu atasnya
7.Makan!

Kalori:dalam 290 kcal gitula
Khasiat ubi keledek:
Mengandungi antioksida dan serat untuk pastikan kulit tampak berseri-seri,menjana sistem imunisasi dan menyeimbangkan kandungan guna-membantu kamu utk menolak makanan ringan.Serius kau lepas makan penkek keledek ni aku buat dekkk je dekat mango crepe dalam peti sejuk aku...


Resepi dua:Ayam Panggang ajaib

Dah tinggal cebisan terakhir baru nak snap kan



Bahan-bahan:
1.Ayam-nak sihat pilih bahagian dada

Bahan perap
1.Bawang putih
2.Bawang besar
3.Sos Black Pepper
4.Serbuh kunyit
5.serbuk rempah ratus
6.garam
7.madu

1.Bersihkan dan cuci ayam
2.Sambil tu sediakan bahan kisar-bawang putih 3 ulas,bawang besar sebijik,sos black pepper,serbuk kunyit,garam,serbuk rempah ratus allagapa's dan madu
3.Pastu perap la ayam tu dengan kisar tadi.Agak-agak dalam sejam ke okey dah
4.pastu masukkan dalam pemanggang ajaib.Sebab itu lah nama ayam ni ayam panggang ajaib sebab dipanggang dalam pemanggang ajaib.
5.dah masak boleh angkat dan dimakan bersama sos cili..

Silalah cuba.Memang enak dimakan.Rendah kalori,rendah lemak dan berkhasiat!

Saturday, December 04, 2010

Fesyen 'Muslimah katanya' Yang Aku takkan pakai

Aku ni budak kampung yang tidak pandai berfesyen,ditambah pula dengan tidak stylo.bagaimanapun,kadang-kadang aku rajin jugak nak menerai-nerai baju yang nampak hot di pasaran

(eh.statement atas macam contradict je)

aku juga rajin blogwalkking di blog-blog pompuan cantik yang pandai bergaya,lantas kagum.Yela dah la cantik,pandai pulak tu pilih pakaian yg lagi menambahkan kecantikan diorang.
Kadang-kadang aku akan beli majalah Dara.com,sebab dalam tu banyak contoh-contoh gaya bertudung yang terbaru.Tetapi aku selalu kecewa sebab biasa out 0f 10 fesyen yang dia bagi,2 je aku boleh cuba sebab:

Yang mereka bagi tu bukan fesyen bertudung,ttapi fesyen menutup rambut ya kawan-kawan.dan jauh jauh sangat dari fesyen menutup aurat.

Aku ni bukan lah sempurna dari segi menutup aurat,dan sebab itulah aku nk mencari rujukan,nak bertudung(menutup aurat) dan nampak berfesyen.Naluri wanita okeh nak nampak bergaya,bukan nak memikat,jauh sekali mengorat,tapi lebih kepada self-satisfaction.Bila pakai baju lawa,tengok depan cermin nampak cun dari biasa,automatic confidence level akan naik.

Dahla tu,inspirasi gaya baju dari fesyen 'Muslimah katanya' ni pun kadang-kadang tak tergamak aku nak pakai.Entahlah.Ni antara fashion-fashion,tak kisah la tudung ke,baju ke,yang aku tak tergamak nak pakai:

1.Pakai legging 

NI aku tak faham macam mana dengan seluar macam tu orang boleh berkeliaran,pergi shopping,pergi dinner semua pakai legging dan pakai tudung.Sebab pakai legging tu sama je macam tak pakai seluar,nampak kaki kau terpampang sana sini..

Pulak tu boleh pulak kata,"memang la kami pakai legging,tapi kami pakai baju labuh sampai lutut.so tutup la punggung kami tu"

APA KO PIKIR AURAT KO SAMPAI LUTUT JE???TUKAR JANTINA JADIK LAKI CEPAT!!

Sebab pakai legging ni akan nampak bentuk betis.kalau betis lawa takpe,kalau aku yang betis berlemak ni pakai,harus tetas legging tu..pastu jalan nampak lemak bergoyang-goyang.Malu okeh,malu...

2.Pakai baju tali halus lepas tu pakai inner

NI pun aku rasa macam disaster jugak.Tulah,orang bertudung,kau nak bertudung,pastu tengok amoi dalam komuter pakai baju tali halus,fesyen ala-ala kemban,kau jeles.Camni la jadiknya.

Kenapa ia disaster:sebab sama macam legging tu jugak.Tak membantu penutupan sepenuhnya.Tutup kulit,ya,tutup aurat,memang tidak.sebab still nampak bentuk tangan tu.

Nak pakai baju tali halus:pakai kat rumah,time sorang-sorang dalam bilik,kalau yang dah kawen tu pakai la depan laki.

Soalan;aku dah beli mahal-mahal gaun tali halus ni,takkan nak pakai dalam rumah je.Rugi tau!!!
Jawapan:Beli cardigan(aku prefer cardigan half)/Jaket jeans,sarung kat luar,tutup lengan tu.dah siap.Cantik dan bergaya

3.Tudung ala bienda

Sumpah dari dulu,hingga kini dan selamanya aku akan menyampah dengan fesyen ni.
Takmo cakap banyak,korang tau la kan kenapa.

4.Baju ala corset

Ni pun ramai orang pakai sekarang.Biasa kalau pergi dinner tu memang bersepah.Nak lagi best.tengok la pertandingan akhir untuk pemilihan gadis-gadis bertudung tercantik tahun ini,Semua nak pakai gown ala-ala korset.contoh macam ni la kan:


camnilah...kau jgn tak caya.gadis bertudung pun ramai dah pakai macam ni.pastu pakai inner.apakah motif??

5.Sanggul sarang tebuan

Ni sanggul besar gedabak letak atas kepala.Kekdahnya,makin besar makin seksi la,siap dah ada jual lagi sanggul tiruan tu.
Aku tak faham apekah motif seronok menggoyang2 bonggol di kepala semasa shopping di Alamanda.Cantikkah jika begitu?ataupu bagi ilusi rambut panjang kot,tu yg nampak hot.
Tapi memang,seriusly rimas tengok


Korang yang pakai ni tak rasa berat ke?

Itulah antara fashion yang aku rasa aku takkan pakai.Biarlah orang kata aku kolot ke,tak ikut perkembangan fesyen ke,tidak mengapa.Biar kolot,janji hot.eh,ada pulak statement macam tu kah???
Maksud aku,hot di depan yang berhak...kira aku kawen nanti,laki aku je la kata aku hot,ke memang hot,tak payah pakai lawa-lawa.hahaha.please..perasan.rasa macam nak lempang muka sendiri je..hahaha

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Tuesday, August 17, 2010

Ini blog perempuan II:Persediaan menjelang konvokesyen

Hoyehh...hoyeh..
Mari kita melambung2 topi empat segi ke angkasa
Seraya melompat tinggi-tinggi untuk dirakam oleh kamera DSLR seolah-olah terbang ke angkasa
Muka tersenyum girang seolah-olah baru dapat Phd,padahal degree je,tu pun entah kelas keberapa

Untuk meraikan konvokesyen ke-2 dalam hidup saya(First time masa sekolah tadika.Sila datang ke rumah saya kalau nak tengok betapa gomaknya muka saya setelah dipakaikan bedak Kutikura dan Lipstick merah pekat macam kan nak berlakon Opera).Untuk kelihan chantekkk di hari konvokesyen,juga vogue dan gorgeous,maka saya akan membuat beberapa resolusi.Oh ya,resolusi ini bersifat serampang dua mata juga,kerana saya juga mahu kelihatan vogue di hari raya juga,maklumlah,raya tahun ini mungkin sedikit berbeza kerana.....................(sila lengkapkan ayat sendiri,tidak lebih daripada 16 patah perkataan.Slogan terbaik akan memenangi pakej berbuka puasa bersama saya,lauk beli sendiri,kita makan sama-sama kat bangku tepi jalan di Putrajaya.Erkk..kenapa mesti Putrajaya??)

1.Menghilangkan eye bag

Eye bag yang ini kah??

Walaupun orang perempuan biasanya memang gila bag,percayalah bahawa tiada wanita yang menggemari bag ini.Masalah eye bag selalu berlaku akibat tidak cukup tidur,water retention,pemakaian spek dan stress.
Sangat tidak comel okehh walaupun anda TIz Zaqyah sekalipun.

Untuk menyelesaikan masalah ini,apa yang perlu dibuat adalah:
1.Mendapatkan tidur secukupnya iaitu 8 jam
Bukan selalu lebih ke???ke kurang??
2.mendapatkan eye cream
Ni aku nak usah dengan aina/Mak cik tu semenjak kerja Guardian dah macam spokeperson produk kecantikan dah.Pastu suruh dia belikan pakai harga staf dia.Wah bijaknya saya di bulan Ramadan yang mulia ini.
3.susah kalu potong timun,letak kat mata.

2.Mencari baju yang cantik

Jubah konvo saya berwarna merah keoren-orenan.amat menyerlah di pandangan mata.
maka saya haruslah mencari pakaian sesuai supaya tidak tenggelm di bawah kegelapan malam(ko konvo malam kah???)
Pakaian tak kisah,no hal.Jom ke Jalan Tunku Abdul Rahman dekat-dekat nak raya nanti.

3.Menambahkan keserian kulit yang kusam

kerana sedar bahawa diri ini amatlah berkerak,terpaksa buat sesuatu untuk nampak menawan.Cantik di hari,mudah di hati.antara yang boleh dilakukan.

a.Rajin buat facial.Skrub sikit kulit tu,kasi buang kulit-kulit mati dan Blackhead.
b.Meningkatkan pengambilan Vitamin A,C dan E melalui supplement dan buah-buahan segar,seperti oren,strawberi dan sebagainya(nak cover kan tak ingat buah apa yang lain)
c.Ya!!Beli product baru the Body Shop,Vitamin C line.

Vitamin C Plus Time Release Capsules

An innovative time release system that provides the skin with pure vitamin C. Helps to even out skin tone, brighten a dull complexion and protect from environmental damage, leaving the skin radiant-looking over time. Suitable for daily use. 28 capsules

Guna 28 hari,non stop nescaya kulit anda akan kelihatan berseri-seri seumpama puteri dari kayangan.Eh,ko pernah nampak tak puteri kayangan.betul ke beliau berseri?

d.Gunalah Innershine.Macam iklan ni,"Eh..adira nampak berserilah""Adira memang mengamalkan Innershine pati Prune sejak AF8 lagi".haha..Aku tak suka suara Adira,mmaflah ya cik Adira.Eh,ni topik Adira ke Innershine?tapi Innershine memang berkesan ya kawan-kawan.Aku pernah consume masa puasa tahun lepas,memang muka tak sekering selalu,walaupun tak la berseri-seri macam si Adira tu.

e.Beli Cocoa Collagen Power Plus

Ni baca kat blog Ida.Dia dah tulis.Malas beta nak tulis lagi.

Review produk ni:haritu ada beli,tapi tak la consume konsisten sangat.So far ok,parut jerawat kurang dah.Yang lain-lain tu no komen la ya tuan-tuan.Ini bulan puasa,karang anda terbayang yang aneh-aneh jangan salahkan saya ya..Semalam consume bendalah ni sama Herbalife F1 masa sahur memang tak lapar sampai pukul 4 petang,siap buat labwork lagi tau,bukan duduk melepak je.Lepas sahur mata segar buntang tak tidur,cuma dah petang-petang sikit tu rasa mengantuk la jugak.

4.membeli mekap sesuai yang tidak cair walaupun anda konvo adalah sesi terakhir sidang pertama

Antara yang aku berasa nak beli adalah face primer dari Revlon untuk mengelakkan mekap cair,takpun L'oreal skin match,BB cream Elianto yang shining dan loose powder Dodo.Yang lain-lain pakai yang sedia ada dah la ya.

5.Alamak..Ni paling penting.bayar yuran konvo.wah..Mahal pulak tu.RM 250.

Tengok list-list barang nak beli kat atas.mak Aii!!!Boleh bangkrap ni..Cancel-cancel BB cream,loose powder semua.Pakai apa yang ada.Ko lawa-lawa bukan dapat 1st class degree pun.Maka naik la pentas dengan wajah yang kusam tak bercahaya.

Eh tapi,ada satu lagi petua.Ni paling mudah dan jimatkan kos:

Rahsia Wajah Berseri
WAJAH yang jernih dengan senyuman manis mampu menarik rezeki dan memudahkan urusan seharian.
Sempurna amal ibadat terutama yang wajib dan dihiasi dengan yang sunat mampu menyerikan wajah menenangkan jiwa.
Seri pada wajah bila dilihat mampu menyejukkan hati yang gusar dan perasaan yang marah.



Monday, July 05, 2010

Ini blog perempuan:BB Cream

Kebelakangan ni,aku rajin bebenor merayap blog-blog mekap dan kecantikan.Rasa teruja pulak nak mereview barang-barang produk mekap dan kecantikan.Wah wah wah berbaur kewanitaan di situ.Err..yang lelaki kalau tak nak baca pun takpe,tapi kalau saja-saja nak tau contoh barang hantaran ke.Boleh la rujuk-rujuk buat pedoman.


Topik yang ingin saya utarakan,eh jap,kenapa mesti utara,bukan selatan,ini asobiah namanya.ahh tak kira,topik yang saya ingin selatankan adalah:

BB Cream

Apa itu BB Cream:
adakah B.B
-Boleh blah cream?
-Budak Busuk cream?
-budak bulat cream?
-B**t** Besar cream?

Salah,semua salah.BB Cream bermaksud Blemish Balm Cream.

Aku malas nak bebel banyak-banyak.Ni copy paste aja:

BB Cream sangat popular di Asia dan banyak di pakai artis Korea.
Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbedaan antara BB Cream dan produk kosmetik lainnya, BB Cream adalah kosmetik sekaligus perawatan kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.

Keajaiban pertama adalah sebagai essensial krim, menutrisi kulit, mengencangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutra.
Kedua sebagai tabir surya, dengan SPF-15 yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.
Ketiga sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.
Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.

Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat pori pori dan aman di gunakan setiap hari.

Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care + make up.
Semakin rajin menggunakan BB cream kulit akan semakin sehat dan cantik.









Err..yang fakta last tu kena consider jenis kulit,cara penjagaan muka yang lain,dan cara membersihkan muka.Actually,benda ni must be treated as make-up,so tiap kali sebelum tidur wajib cuci bersih-bersih atau pun wajah korang dihiasi butir-butir merah berkilau-kilau.


Brand BB cream:
BB cream ni banyak jenis.Tapi kalau yang otai-otai mostly from korea:Hanskin,Skin79,Dr Jart,Skin Food,The Face HSop.Ada juga dari Taiwan.Ada juga dari Cosway(Buatan Korea jugak actually,cuma bukan over the counter brand macam yang atas tadi),Silky girl(Ini kurenggg sikit).SimplySiti simply 5 tu pun aku baca description dia,function pun ala-ala BB cream,tapi kurang coverage sikit.

Beza BB Cream dengan Normal Foundation:

Sebelum ni aku pernah pakai Maybelline liquid Foundation.So,aku compare dgn produk tu je la:

BB Cream:
-kurang coverage:kurang sesuai digunakan untuk majlis kahwin,dinner.Mostly for daily use
-Lebih ringan:tak rasa pun pakai BB cream tu kat muka
-kurang pilihan warna:mostly ada 2 shades je,Mereka yang berkulit hitam manis,better go for foundation.Dah kata produk korea kan,so harus la kaler ikut kaler korea sana.Solution:SimplySiti ok kot
-Ada tambahan moisturizer,sunblock,whitening(certain brands) dan healing agents
-Mudah blend,so potensi untuk capuk adalah kurang
-kurang cakey.biasa pakai foundation(lebih-lebih lagi drugstore brand,macam maybelline,silky girl) kalau certai tempat macam wrinkle ke,fine lines ke,dia macam ikut line tu kan.Tapi BB cream ni elok je,macam muka licin menyerlah gitu.

Macam Mana Nak Pilih BB Cream yang sesuai dengan kita:


PErgi blog akak ni.senang.Tapi most product yang dia promote susah nak carik.Yang common macam Etude,SkinFood dan The Face Shop.

My Favourite(saya memiliki kulit jenis combination,oily kat T-zone,dry dekat tempat lainxde major skin problems,breakout time nak dtg bulan,tak terlalu sensitif,cuma ada sikit merah-merah klu makan seafood,normal pores )
Setakat ni
-Cosway(Better coverage,Better SPF,Better oil control,murah ok lagi-lagi kalau join ahli)


-SkinFood Aloe(Better Smell,Better moisturizing,better glowing effect)



 Cara nak apply BB Cream di pagi hari:

Cuci Muka---->Tone---->Moisturizer(Boleh skip bagi yang kulit oily/apply selain T-zone bagi kulit combination like me)---->BB Cream---->Loose powder(For Better Glowing)---->;Blusher(optional:nak tambah berseri la.Tapi selalu aku malas je)---->;Bronzer&Highlighter(ini aku tak pernah buat,tapi siapa-siapa nak contourkan muka tu,boleh je)


Ok,Sekian saja entri kewanitaan dari saya.Aww..terasa feminin pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja