Thursday, March 21, 2013

Take things for granted

Kadang-kadang,kita amek kesempatan,untuk mengabaikan sesuatu benda,hanya kerana kita biasa sangat dengan keadaan tu.

Dulu-dulu,masa sekolah,kalau esoknya paper BM,kompem budak-budak akan berjimba-jimba,dengan alasan,tak payah study,sebab BM adalah benda mudah,hari-hari cakap melayu,buat apa nak susah-susah.Tapi time keluar result tak semua A pun.

Even sampai sekarang,aku tulis surat rasmi pun,dari dengan daripada pun boleh tertukar.Heh

Contoh lain adalah Halal.Banyak kes orang Melayu aku jumpa dok la pertikai kenapa kilang Cina India boleh dapat Halal,sedangkan dorang yang Melayu punya la susah nak dapat.Alasan diorang adalah,ala,kilang orang Islam,takkan tak Halal kot.

Atas alasan mereka orang Islam,konpiden je Halal.Padahal kilang bau tikus,minyak recycle entah sumber mana,stor 10 bulan tak sapu,ingredients sebat je made in entah mana-mana.Lepas tu dok salahkan Jabatan Agama macamana kilang Cina boleh dapat Halal.Padahal dah dia comply semua syarat persijilan Halal,ko pulak basic hygiene pun tak lepas.Nasiblah.

Keadaan lain pulak adalah pasangan suami isteri.Sebelum kahwin punya la mekap beria bulu mata 4 lapis.Dah kahwin,kita yakin gila dia milik kita,makanya kita tak macam kita yang belum kawin dulu,yang jaga kecantikan bagai.Alasan,ala aku dah kawin,buat apa nak jaga--->pandai-pandai je cakap padahal belum kawin..muahahaha

Nak cakap lebih-lebih,kadang-kadang sendiri ada buat jugak.Heh,tapi setakat ni aku berpegang pada prinsip"Do your Best,Prepare For the Worst",sebab kalau worst case sekali pun,ko dah ada backup plan.Takdelah worst ko tu jadi Worstest..Ada pulak kan keadaan macam tu.Tu lah puncanya kalau besoknya Meeting ke,presentation ke,aku akan study gila-gila sehabis gila,kalau buat macam tu masa study kompem dekan setiap sem.Segala soalan kekadang macam tak logik pun bermain di fikiran.

last-last cam malas,aku akan tido..hahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja