Hari ni nak posting ilmiah sikit.Maklumlah akak kan skema.
Sejak 2 menjak tiga menjak pat menjak lima menjak dan menjak-menjakan ini,kawan-kawan aku ramai bebenor yang menjual rumpai laut,dan mengklaim bahawa rumpai laut itu adalah pure marine collagen.Ada blog yang bangkang dan mengatakan bahawa itu adalah salah satu bentuk penipuan ye adik-adik.Penjual marah dan menunjukkan keratan akhbar yang mengatakan kajian pakar menunjukkan bahawa memang betul bahawa rumpai laut mengandungi collagen.
Sebagai orang busy body,maka aku pun teringin jugak mengeluarkan pendapat.Tapi first of all,mari kita mengkaji definasi satu-satu
Rumpai laut: RUmpai laut adalah alga,ataupun senang kata mereka ni adalah macam sayur,tapi duduk kt bawah laut.So,khasiat dia sama je macam sayur kt darat seperti tinggi fiber,dan vitamin.
Collagen:Sekumpulan protein yang bertindak sebagai tisu penghubung(melayu cakap apa kalau connective tissue?) dalam badan kita.So,collagen ni fungsi beliau nak bagi kulit korang elastik la.Bermula umur 25 tahun,collagen akan makin berkurang dalam badan kita(menulis sambil melihat cermin mengira kedut-kedut)
See,daripada sini kita nampak bahawa collagen MEMANG tidak terdapat dalam rumpai laut sebab collagen hanya wujud dalam binatang sahaja.
Soalan:Abes tu,macam mana nak dapat collagen.Kata rumpai laut takde.Abes la kulit i kedut-kedut nanti!
Jawapan:Makan deep sea fish(this is the actual marine collagen),dan vitamin C,sebab vitamin C la yg synthesis kan collagen tu untuk digunakan dalam kulit kita.Sebab kalau ko makan supplement collagen berkoyan-koyan pun,tapi tak amek vitamin C,badan ko tetap tak dapat gunakan collagen tu(ini biochemistry ye,mana tah lecture note Dr Nik aku campak)
Soalan 2: Abes tu ada orang makan rumpai laut elok je,kulit cun melecun macam Adira
Jawapan: Dah kata rumpai lau tu adalah macam sayur,tapi duduk laut,haruslah khasiat dia sama aje macam ko makan sayur.Kalau hari-hari kau rajin makan sayur di darat juga,macam bayam,sawi,salad(dimasak tanpa minyak),ko pun boleh cantik jelita jugak.
Soalan 3: Abes yang jual rumpai laut tu menipu la ye!
Dia menipu kalau dia kata rumpai laut tu ibu collagen,tapi kalau dia kata rumpai laut tu boleh membantu cantikkan kulit ke,bagi kulit tegang ke.Itu memang fakta.
Ha,lagi satu tambahan,kalau korang nak minum mana-mana supplement collagen berbentuk serbuk,sila jangan guna air bersuhu lebih 70 C,kerana collagen macam protein-protein yang lain akan denature(musnah kot BMnya) dalam suhu tersebut
Sekian,terima Kasih!
No comments:
Post a Comment