Showing posts with label Health is wealth. Show all posts
Showing posts with label Health is wealth. Show all posts

Thursday, March 03, 2011

Hikayat aku dan perutku.Episod Istimewa

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.

Wahhhh..kemain skema eh.Mentang2 baru baliku kursus gomen,terus bertukar jadik ala-ala pembaca berita RTM.Dulu berangan kau nak jadik ala-ala pembaca berita TV3 ,tapi sejak masuk gomen,maka kita harus memberi mukadimah secara skema.

Kenapa aku letak tajuk perut juga?aku kena cirit-birit lagi ke?Tidak kawan-kawan.Alhamdulillah.Tapi nak cakap aku baru balik dari kursus nak buat report pasal keracunan makanan menggunakan kaedah Haccp.Gitu ke tajuk?Tah tak ingat.Nampak sangat aku tumpukan pada isi dan bukan tajuk.wakakakakkaka

Aku malas nak cerita lebih-lebih isi kursus.Karang bertambah skema rakyat pulak blog aku ni.Tapi yang menarik minat aku untuk mengulas lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang aku alami dalam dua episod sebelum ini.Doktor diagnose penyakit aku sebagai AGE(Acute Gastrointestinal).detail yang ni aku tak berapa tau lah.Aku harap pembaca blog ni yang belajar medic boleh komen serba sedikit.kalau korang sudi la.Eleh..jangan buat-buat tak sudi.Selalu aku tulis merepek korang boleh komen kannnnn.Apatah lagi bila aku tulis secara ilmiah ni.Wahahahhahaha



Sindrom yang aku alami adalah(mengikut urutan):

-Sakit Perut
-Cirit Birit
-Muntah
-Demam
-mengada-ngada(eh..ni bukan masa kena AGE je.masa lain pun ada jugak.Tapi time sakit lebih lagi la)

makanan yang aku makan hari sebelumnya:
-Roti letak margerin(sarapan)
-Nasi lauk daging masak kicap(Lunch)
-Dinner Western food di satu hotel:

  •              caesar salad with caesar dressing
  • cream of cauliflower soup served with soft roll
  • Roasted chicken breast stuffed with and black pepper sauce kejadah panjang lagi nama dia malas nak tulis
  • Marble cheese tart
Dalam hal ni,aku syak dinner aku la kot.sebab beliau je macam lain macam sikit.

Maklumat lain:
-Masa makan:8.45 pm 14 februari(Bajet Dinner Valentine ah)
-Masa Sakit Perut:8.00 a.m 15 februari
-Simptom berlanjutan selama 5 hari(15 Februari-19 februari)
-Orang lain yang kena:Aku tak tau.Bukan aku kenal org lain yang makan pun selain Payied

Su'uzzhon dari aku
(Tak semstinya betul.Saja je nak practice ilmu baru.Eh tak,ilmu lama yang tidak diamalkan.baru nak bukak buku balik)

Aku bajet
'Salmonellosis" iaitu sakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella sp...

Ini berdasarkan pembacaan aku dalam web National Centre for Biotechnology Information

Meh sini aku copy paste.Malas ah nak translate.Korang kan bijak laksana.

Symptoms
The time between infection and symptom development is 8 - 48 hours. Symptoms include:
Abdominal pain or cramping or tenderness
  • Vomiting

Expectations (prognosis)
The outcome is usually good. In otherwise healthy people, symptoms should go away in 2 - 5 days.
The acute illness lasts for 1 - 2 weeks. The bacteria is shed in the feces for months in some treated patients. 
Causes, incidence, and risk factors
Salmonella enterocolitis is one of the most common types of food poisoning. It occurs when you swallow food or water that is contaminated with the salmonella bacteria. Any food can become contaminated if food preparation conditions and equipment are unsanitary.
You are more likely to get this type of infection if you have:
Eaten improperly prepared or stored food (especially undercooked turkey or chicken, unrefrigerated turkey dressing, undercooked eggs)
Family members with recent salmonella infection
Had a recent family illness with gastroenteritis
Been in an institution
Eaten chicken recently
A pet iguana or other lizards, turtles, or snakes (reptiles are carriers of salmonella)
A weakened immune system


See....mengapakah aku mengatakan bahawa aku kena kacau dengan Salmonella?Boleh baca lah semua kat atas.Penat dan gigih tau aku copy paste.Dah la baru sampai dari temerloh ni.Aku drive sorang tau,first time lak gi situ sorang.hebat tak?Hebat Tak?Terima kasih kepada GarminmobileXT yang diinstal dalam enset aku.Beliau telah membawa aku jauh merantau.



dah la.Penat dah bebel macam Mak nenek.Aku harap entri ni dapat memberi input kepada korang.Di samping tu aku nak feedback jugak la.Takmo ah syok sendiri buat diagnosis entah betul entah tak.



Sunday, December 19, 2010

A morning with breast cancer survivor

Intro..
Jangan Bimbang tak merepek.Ada sikit-sikit kaitan dengan cerita

Fuh..aku lepas berurut ni.Sedap gila badan.Berlari-lari angin keluar dari badan aku melalui elemen sendawa dan kentut.Aku berurut dengan nenek sedara aku.Beliau memang pandai mengurut,bukan setakat mengurut anak dara tergeliat belakang macam aku ni,malahan beliau pandai mengurut untuk wanita lepas bersalin.Buat pengetahuan.nak kenal tukang urut power adalah:mereka pandai mengurut orang lepas bersalin,sebab nak mengurut orang lepas bersalin perlulah dilakukan dengan cermat,senstif dan berhati-hati,tapi berkesan.Urutan lepas bersalin juga berfungsi untuk mengangkat kembali peranakan ke tempat asal.

Okeh.Habis intro.Kembali kepada topik asal

Kalau korang dengar perkataan "Pesakit Kanser",apa yang korang bayangkan?

Kalau korang fanatik drama Indonesia ke,drama Melayu sendu senda ke,
ciri-ciri pesakit kanser adalah:

-Tinggal tulang terbaring atas katil tak bermaya
-Laki lari meninggalkan,apatah lagi jika isteri merupakan pesakit kanser payudara
-cakap sepatah sepatah macam nak putus nafas
-Anak dah ngendeng-ngendeng nak harta pusaka

Source:Cliptart Of



Itu stereotype je.Tengok balik intro.Siapa yang urut aku?

Nenek saudara aku,yang menghidap kanser payudara,yang baru menjalani kimoterapi dalam tahun ini juga.
FUh,kalau korang jumpa dia,korang takkan perasan punya.Dia urut aku sama power dengan sebelum dia sakit,dengar dia cakap takde terketar-ketar,malahan begitu aktif sekali.Malahan,nenek saudara aku ni sekarang menjadi sukarelawan MAKNA(Majlis Kanser Negara).Beliau akan bagi talk,bercerita mengenai pengalaman beliau menghidap kanser payudara,menjalani kimoterapi,dan kehidupan selepas payudaranya dibuang sebelah.

Beliau bukan siapa-siapa.Wanita kampung biasa.Bukan wonderwoman,bukan Arwah Datin Seri ENdon yang mendapatkan rawatan di luar negara.Hanya wanita biasa,yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan sahaja.

Banyak benda best aku borak dengan beliau.Antara beberapa tips dan pengalaman yang beliau ceritakan ialah:

1.Kalau anda mengalami simptom-simptom yang pelik-pelik,Sila dapatkan konsultansi dengan doktor secepat munkin.Kadang-kadang,ada sesetengah simtom yang kita rasa remeh,macam bijik-bijik di ketiak ke,sebenarnya petanda kepada penyakit yang berbahaya.Kalau boleh dapatkan rutin kerap untuk berjumpa doktor,3 bulan sekali ke,cek tekanan darah semua.Mana la tahu dapat mengesan awal penyakit-penyakit kronik.

2.Rawatan kampung ke,rawatan alternatif ke,itu pilihan terakhir okeh.Bukan merendahkan rawatan-rawatan tu,tapi rawatan kampung tu bersifat melambatkan kesan kanser terbabit.Actually,nenek sedara aku ni dah ada breast cancer since her 30's lagi,dia dapatkan rawatan kat kampung dulu.Lama tak sakit,last-last umur 50 tahun,kanser tu dah agak teruk berbanding dulu.

Jadik,1st seek medical advice,then untuk rawatan sampingan ke,baru lah amek ubat-ubat kampung ke,makan mengkudu mentah mentah ke,minum air peria tujuh jug ke.Ikut korang la

3.Pesakit kanser seharusnya bersifat optimis.Jangan sesekali jadikan sakit sebagai alasan untuk baring-baring je.Usahakan jalan untuk keluarkan peluh.Macam nenek sedara aku ni,beliau mengurut.macam aku baca dalam majalah tu,cancer survivor ni join kelas menari ke,aerobik ke.Jalani hidup yang aktif.

4.Sokongan keluarga itu penting.Ni laki-laki ni,mentang-mentang isteri korang breast cancer,terus berlari mencari perempuan lain.Kot ye,belas kasihan sikit la bang.Anak-anak pun sama,jangan dengar bapak korang kena kanser prostat,terus mintak tulis surat wasiat.Ada nak kena sambar petir ni.
Time macam ni la nak membaiki hubungan sesama keluarga.Pesakit ni kadang-kadang diorang ni fragile,jadi keluarga,rakan-rakan terdekat hendaklah membantu memulihkan moral pesakit kanser ni.

5.Jaga pemakanan,sebab kebanyakan penyakit bermula dari pemakanan dan gaya hidup.Kalau boleh,usahakan semaksimum mungkin untuk mencari sumber makanan yang organik.jauhkan makanan dalam tin,nak makan ayam carik ayam kampung ke.Wah,part ni susah.Takkan aku nak bela ayam kat dalam rumah sewa kat Serdang tu.Treat macam hamster kot?Nak beli ayam organik HPA takde duit pulak.Hahaha

Lagi 1,tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,kalau boleh,lima hidangan sehari,dengan lima warna berbeza.What???Banyak sangat ke lima hidangan sehari.Tak banyak.Sebenarnya,1 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah:

1 hidangan buah=
  • 2 potong buah bersaiz kecil(jambu air misalnya),atau
  • 1 potong buahd  bersaiz sederhana(epal ke limau ke),atau
  • 1/2 cawan salad buah
1 hidangan sayur=
  • 1/2 cawan sayuran dimasak,atau
  • 1 cawan sayur mentah(ulam-ulaman ke),atau
  • 1/2 cawan kekacang(kacang dal ke)
Kurangkan pengambilan:

  • daging diproses(sosej ke,nuget ke)
  • garam
  • Lemak tepu
  • Bahan pengawet
  • Alkohol(ni tak ramai benar orang Islam menogok arak,dah Allah larang,ada sebab la tu)

Banyak lagi aku borak dengan beliau,mengenai penjagaan dalaman wanita la.Tapi sebab tajuk ni berkaitan dengan cancer,nanti-nanti la aku tulis.Ceh dan dan nak kecewa la tu.Petua penjagaan kulit muka,awet muda semua ada,tapi aku tak rajin pulak nak amalkan.Hahahaha.
Oh ya,kalau boleh,korang join la sekali untuk menjadi sukarelawan makna.Jangan cakap macam ni
"Alah.Buat apa aku nak join.Aku,mak aku,nenek moyang aku,bukan ada genetik kanser pun"

No..jangan cakap macam tu.Kita tak tau apa yang bakal terjadi.Hari ni hari orang,mana tau esok hari kita pulak kan.Untuk keterangan lebih lanjut,korang boleh bukak web ni--->Majlis Kanser Negara



~Berikan Mereka MAKNA kehidupan~

Wednesday, September 15, 2010

How to control your weight during Hari Raya

Hari raya adalah hari mengumpul duit raya,tidak lupa juga hari mengumpul lemak raya.
Tak percaya,cuba lihat berapa banyak akak-akak yang bangga tayang pinggang raya dengan memakai kebaya nyonya,akhirnya membiarkan kebaya nyonya itu menyorok dalam almari.Bukan tiba-tiba kerana datang keinsafan menutup aurat selepas raya,tetapi kerana takut tersembul di bahagian perut pula.

Kalau mak cik ni pakai kebaya memang cun.Malatoppp gitu!!!
Rozita Che wan meman hot.Ni idola aku masa umur akhir 30-an nanti.Bukan
dari segi pakaian la,dari segi jaga body tu je



Setelah penat mengcontrol makan time ramadhan dengan berpuasa.Ceh.Ni la orang kan.Puasa dengan niat nak kuruskan badan.Nawaitu kena ikhlas kak,puasa tu ibadah,badan slim dan sihat lepas tu,adalah ganjaran lainnya.Eh.Lari topik.Masa bulan puasa,baru dapat baju baru,senyum gembira je masing-masing,baru raya ke3

Muka semakin kelat
Baju bertambah Sendat
Nak dibiar takut melarat
Tu la makan tak hengat

(eh.ni dah jadik pantun mazmumah versi II dah ni)

Maka hari ini,saya dengan perasan bagusnya ingin menulis tentang cara-cara mengawal berat semasa raya.Berdasarkan pengalaman sendiri okehhh.Kenapa mengawal,bukan menurunkan berat.Well..realistic sikit beb.Siapa boleh kontrol dan jaga makan sangat time raya ni.Mengawal ni sekurang-kurang tak la naik berat sangat,kalau naik sekilo,insyaAllah esok dah naik kerja boleh kawal balik.Sekurang-kurang tak la malu kot nak pergi open house kannn...

1.Banyakkan minum air putih

Bosan kan tips ni.Tapi aku rasa ia betul-betul berguna.Sebab apa,apabila air putih dah mengisi ruang perut kita,serta merta nafsu makan tu boleh dikawal sikit.Lepas tu,air putih ni ibarat membilas balik dalam badan kita selepas kita dok menghentam air manis-manis,terutamanya air gas.
Oh ya,aku ni diva sikit.Selalu betul menyusahkan tuan rumah.Erk.Sila jangan takut jemput aku pergi open house ya.Bukan diva yang macam mana,selalu kalau tuan rumah hidang air gas,aku takkan minum,tapi aku akan request air masak.Tapi kalau dorang yang bancuh air sendiri,aku minum la,menghargai effort orang bancuh air kat aku.Hahaha.Mesti tuan-tuan rumah menyampah dengan aku kan.
Bukan apa,air gas ni kandungan gulanya adalah sangat sangat tinggi.Aku dah lama kot elakkan minum air gas ni.Even kt Mc D/KFC aku jarang order set,sebab aku tak minum air gas.bahaya.ada sejarah keluarga penghidap diabetis.

nak Tau lebih lanjut,cuma baca web kementerian kesihatan 

2.Elakkan meminum ais

Aku tak tau apa kaitan ais ni dengan kesihatan,tapi aku selalu dengan orang tua tak bagi minum ais sangat.Takut rahim kembang.Camne rahim kembang?ada macam payung terjun tak?

(Ekstreme kah description aku?/)

Tapi kesan pada aku la,setelah lama tak minum ais.lama ke?Sape tah berbuka minum fresh orang jug besar time berbuka hari tu.Hahaha.Sila tampar muka sendiri kerana menipu.I mean kurang meminum ais la,dalam interval sebulan sekali gitu la.aku dapati perut aku dah tak sebuncit dulu.Faktor herbalife nombor satu,tapi faktor menjauhi ais ni pun ada membantu agaknya.Kalau aku nak minum air sejuk,selalu aku prefer yang disejukkan dalam peti sejuk,compared to letak ais terus


3.Ambil makanan dengan portion kecil,lalu kunyah perlahan-lahan

Ambik sikit-sikit je,pastu kalau orang tanya,sikit makan?Jawab la,takpe nanti tambah lagi.Sambil tu kunyah pelan-pelan,kira delay waktu untuk mengambil makanan kali kedua la.Lagipun kunyah pelan-pelan ni lagi puas makan,cepat kenyang.

Nak lagi bagus,sambil makan sambil berbual mesra dengan orang lain.Haa..nanti mesti makanan lambat habis,so kurang potensi nak makan banyak sebab masa banyak habis dengan borak je.Hahaha.Boleh pakai ke petua ni???

4.Jangan beraya malam-malam

kecuali kalau anda memang tak nak makan la.Tapi kecik hati lak tuan rumah karang.Bukan apa,kalau dah beraya malam,maka anda akan melantak banyak-banyak,balik rumah terus tido.Hamboii!!!!mana tak naik berat badan.Dah dah.malam duduk rumah tengok cerita Prof razak Mohideen sambil gelak-gelak besar,kalau nyampah sangat meh on YM,chat dengan aku ni haa...

5.Puasa Enam

Yang mana ada cuti-cuti Malaysia masa bulan puasa tu,puasa ganti jugak.Tak payah gabung-gabung,buat asing-asing,baru dapat pahala puasa setahun.Nak tau lebih lanjut,boleh baca blog senior aku ni ha:Effy Saiful

6.Buat sedikit detoksifikasi

Seperti yang sedia maklum,makanan raya kita amatlah mewah dengan minyak-minyak,santan-santan.Korang nak ke benda-benda tu menyumbat arteri korang?Amekla inisiatif,duit raya tu sikit,beli sedikit supplement untuk detox.Ni aku ada depan mata ni.Meh beli teamix herbalife kat aku ni ha:


Banyak jugak alternatif lain,yang penting detox ok.Badan ni macam enjin,bila penuh karat,macam mana nak berfungsi dengan hebat.Kira detox ni nak buang karat-karat tu la.Takpun ada je kat Guardian tu NH detoxlim ke apa,carik la sendiri.

7.Banyakkan aktiviti

Nak suruh berjoging time raya-raya ni macam mustahil pulak.Alternatif lain yang bagus adalah sentiasa menawarkan diri untuk membuat kerja rumah,macam basuh pinggan ke,kemaskan dapur lepas masak ke,sapu-sapu rumah ke.Walaupun tak la berpeluh sangat macam joging,sekurang-kurangnya ada kalori terbakar la jugak.

Begitu juga kalau beraya.Setakat rumah sedara dekat-dekat satu kampung tu,apa salahnya jalan kaki je.Ni tah,pergi beraya rumah atuk sedara setakat seberang jalan pun nak start kereta,dasar mengada-ngada.

Tapi kalau dah penat berjalan tu,jangan la kat rumah sedara lepas tu korang hentam banyak-banyak pulak,cover lapar katanya

Hahaha.Sekian saja tips merepek aku pada kali ini.Kalau berat naik jugak,meh carik aku beli Herbalife.Ceh ceh promote


Saturday, April 03, 2010

How to lose weight?

Bismillah,
Entry ini adalah khas untuk para customer aku,bakal-bakal customer ceh ceh,mereka yang ingin menurunkan berat badan,mereka yang mahu pasangan mereka menurunkan berat badan,juga siapa-siapalah yang nak baca.hahaha.Petua yang diberi adalah berdasarkan pengalaman sendiri,pengalaman customers juga cedok dari majalah rapi,buku teks nutrition Aina yang belum pulang,majalah mingguan wanita juga dari internet.Don't ever  complain,"ala,takde mudah lagi ke".Ingat,no pain no lose(tak sesuai ok guna no pain,no gain bcoz we don't want any gain,xcept for Encik Adib punya type la,jangan marah encik adib ;P)

Tips-tips Menurunkan Berat Badan(Takde Petua tradisional di sini.
Jangan Salah tempat)

1.Tetapkan matlamat,cuma jangan tetapkan tarikh mencapai matlamat
Innamal a'malu binniat.Mulakan program diet anda dengan menetapkan matlamat bahawa anda ingin sihat,bukan cantik semata-mata.Juga jangan berniat,kalau aku cantik nanti,senang nak pakai seksi-seksi,pakai bikini.Tak sesuai okayyyyy.Cuma jangan meletakkan tarikh,terutama yang tak tercapai dek akalku.Contoh penetapan tarikh yang kurang sesuai adalah
"Nak turun 10 kg sebelum hari kahwin"

Jangan buat kelakar letakkan matlamat macam ni kalau lagi sebulan nak kahwin.Ini akan menambah tekanan anda,lantas mendorong pengambilan pil-pil pelik,juga kaedah sedut lemak yang membahayakan.Kalau nak letak pun,biarlah aim 1-1.5 kg seminggu.Be realistic.Penurunan yang sihat adalah yang tidak terlalu drastik.

2.Minum air 2-3 liter sehari

Ramai customer yang komplen bahawa berat mereka tidak turun.Bila tanya minum berapa liter air sehari,err..cuma 2-3 gelas je,Itu pun Teh o tarik.Macam mana la mau kurus?Office mate aku rajin jugak la mempersoal kekerapan aku minum kosong.Tapi tahukah mereka bahawa air kosong(pastikan beli air mineral atau yang sudah ditapis dengan penapis bio-aura atau imtiyaz) :

- membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
- membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
-membantu mengurangkan selera makan yang umpama jin itu
-membantu mengangkut nutrient ke seluruh badan
-juga boleh mencantikkan kulit



If you want slim body and beautiful skin,simply say YES to water...

3.Kawal makan,bukan jangan makan

Kesilapan terbesar dalam proses diet adalah Menahan diri dari makan.Skip waktu makan dengan sengaja boleh menurunkan kadar metabolism anda,juga menyebabkan anda berasa jakun dengan makanan apabila mengadap makanan itu nanti.
Juga jangan hindari karbohidrat,pendek kata jangan tak makan nasi.Ini dari pengalaman aku la.Dulu aku pernah je try diet tak makan nasi.ada la dalam 2 minggu tu kot.tapi berat tak turun pulak.Setelah aku post-mortem,punca kegagalan diet itu adalah,apabila aku kurang mengambil nasi,maka aku cenderung untuk mengambil makanan rapu,seperti keropok juga makanan berlemak seperti nugget PKP yang banyak minyak tu.
Pendapat aku la kan,dengan mengambil nasi campur,anda boleh mengawal portion makanan anda.Seriusly,nak kawal portion nasi campur adalah lebih mudah dari nasi goreng,mee hoon sup dan lain-lain untuk menjadikannya hidangan berkhasiat.macam ni la lebih kurang:

-1/2 pinggan adalah nasi
-1/4 sayuran
-1/4 protein macam telur ke,ayam ke,ikan ke.tapi keep in mind bahawa daging putih adalah lebih baik dari daging merah.jadi kurangkan mengambil daging lembu dan sewaktu dengannya.
-Buah jangan lupa
-Jangan membanjiri nasi anda dengan kuah,terutamanya yang berminyak.Ni aku tak boleh elak.aku memamng suka makan nasi banjir.


Kunyah secara perlahan-lahan.Ikut sunnah,40 kali kunyah untuk membantu pengahdaman,sekaligus mengurangkan kadar kebuncitan dan keboroian anda

4. Ambil snek berkhasiat

Sambungan dari point di atas.Kalau lapar,jangan tahan,tapi makan.Cuma pilihan makanan itu hendaklah yang berkhasiat,dan rendah kandungan kalori.Antara pilihan yang boleh dibuat adalah:
-Biskut IKO
-Biskut munchy yang baru,apa nama tu yg high fiber tu
-Buah-buahan
-Kismis
dan sebagainya.

5.Mulakan harimu dengan sarapan berkhasiat

Oleh kerana sarapan adalah pembuka hari anda.Bagaimanapun,dua jenis pilihan ini akan memberi masalah kepada anda iaitu:

-Tinggi karbohidrat:makanan yang terlalu tinggi karbohidrat akan menyebabkan kadar gula dalam badan anda naik,lantas anda akan cepat lapar sepanjang hari.jadi,janganlah bersarapan dengan nasi lemak.
-Tinggi lemak

Pilihan anda sepatutnya adalah:
-protein without too much saturated fat,ataupun
-whole grain carbs,ataupun
-low fat dairy/soya
-fiber and nutrition

Antara pilihan yang mudah dan sesuai adalah Herbalife Shake,ceh terpromote pulak.Ahh dulik,blog aku.Dengan kalori yang rendah,juga bernutrisi,anda akan berasa kenyang hingga ke tengahari.Malahan,resepi boleh diplebagaikan.Nak blend dengan buah ke,nak minum dengan low fat milk ke,nak buat ice-blended ke,nak minum dengan air kosong je pun boleh.5 minit je nak buat breakfast yg sedap dan berkhasiat.




Untuk keterangan lebih lanjut:sila e-mail kepada saya-sayerbest@gmail.com




Pilihan yang lain adalah:
-Quacker oat
-Telur rebus.
-roti whole grain,dengan low fat milk
-buah dan non fat yogurt

6.Bersenam

Jangan mengharapkan berat badan anda boleh turun dengan mudah tanpa bersenam.Kalau malas nak joging ataupun pergi gym,rajin-rajinkan lah diri membuat kerja-kerja rumah,seperti mengemop,basuh kereta sendiri,bersihkan bilik air,takpun turun naik tangga.Main badminton pun ok jugak.
Cadangan lain adalah dengan aerobic,ataupun menari.Tak perlu kot nak daftar akademi menari ke,akademi fantasia ke sehati berdansa ke.Berlambak video kat youtube.Sekatang ni aku tengah semangat belajar dance ni,step by step dia ajar:


so,jangan berat bontot.Move your butt and you could lose your weight.Nak lagi bagus,bersenam regularly 3 kali seminggu,30 minit setiap kali.


7.Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidur lambat hanya akan menyebabkan anda rasa lapar tengah-tengah malam.Pulak tu lapar bukan sebarang lapar.Lapar nak makan macam hapa je.Dahla mamak bukak 24 jam,melantaklah korang roti canai dengan teh tarik tu.Balik rumah terus tidur,mana nak kurus




Itu je kot yang rajin aku nak tulis.Banyak lagi tips sebenarnya,rajin-rajinlah membaca dan menggoogle.


P/s:Kalau aku nak apply menulis untuk majalah RAPI,diorang terima tak?








Tuesday, September 29, 2009

Early detection.Cure.Prevention

Aku masih malas.belum rajin.baru naek sekolah balik.kurang mood study.terasa tak ikhlas pulak pegi kelas lalu tidak memberi perhatian kepada prof malah menari poco-poco membaca CLEO dalam kelas fermentation.eh ada kaitan kah bioreactor dengan Megan Fox?.sila beli sendiri CLEO.jangan mintak kat aku.aku kedekut.kalau kau lelaki teringin nak tengok tapi malu nak beli.suruh awek ko belikan.tapi baik jangan.ngengada je nak join pink campaign(breast cancer awareness campaign) by Estee Lauder.

Kepada reader yang masih belum tahu,October telah dipilih sebagai breast cancer awareness month.jadi sebagai wanita prihatin ceh-ceh,dato'sharizat bila nak amek saya jadi exco???,dan sempena oktober yang akan tiba,aku tertarik untuk mengulas mengenai barah payudara.

Apakah Barah payudara?

Barah payudara adalah barah yang muncul di payudara.eh jawapan standard budak UPSR jawab kertas BM pehamaman lak.ok serius,Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis..kalau nak kira,ia adalah penyakit kelima yang paling banyak menyebabkan kematian.
Bagaimana saya tahu saya ada barah payudara?

Payudara

  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

Lengan
  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

(terus cek..hohoho..nasib baek takde lagi)

Risiko untuk mendapat barah payudara

1.cepat baligh,lambat menopaus
mak cik-mak cik atas 55 yang masih kena ganti puasa lagi,sila jangan bangga dengan kehebatan anda.risiko anda adalah tinggi

2.Beranak lambat

Mempunyai anak sebelum usia 28 boleh mengurangkan risiko barah payudara.cepat,mari meminang aku untuk mengurangkan risiko aku mendapat kasner payudara.jangan risau.ada 7 tahun lagi.aku masih berusia 21

3.Overweight

anda risau dengan masalah berat badan?sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk HERBALIFE yang mampu menyelesaikan masalah berat badan anda.sila email untuk pertanayaan:sayerbest@gmail.com

4.Kurang tido

oh cikgu(chumil sungguh panggil pensyarah cikgu),jangan marah kalau saya tido dalam kelas.saya nak kurangkan risiko kanser payudara.

5.makan banyak daging diproses

say bye-bye to KFC and Mc d,jom serang sushi king ramai-ramai!!!!

6.Minum banyak minuman alkohol

Sesungguhnya Allah maha mengetahui sebab pengharaman arak

7.Sejarah keluarga

Gene matters.

EH apasal pulak kita kena support kempen ni?bukan kita kena pun?

Kita tak tau risiko kita.dan kita masih BELUM ada sedara-mara yang kena sakit ni.kesian la kat orang-orang lain
Aku kan lelaki?takkan kena punya,bukan ada payudara pun.

Sila banyakkan membaca.lelaki masih ada risiko untuk mendapat barah payudara.cuma kebarangkaliannya adalah lebih kecil

Apa yang saya boleh bantu untuk kempen ini??
1.Beli CHollie

Chollie adalah hanger khas untuk menggantung bra anda.boleh dibeli dengan harga RM10 untuk 3 hanger,bagi setiap pembelian,rm 1.50 akan didermakan untuk BCWA(brest cancer welfare association)

untuk beli klik sini---------> dorfbury




2.Luangkan masa anda

join support group.sila surf web www.radiologymalaysia.org untuk keterangan lebih lanjut.pesakit barah payudara memerlukan sokongan anda.

3.sale

Jual barang-barang berunsur pink,macam reben pink ke.hasil boleh didermakan kepada breast cancer department di hospital-hospital

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
-http://www.breastcancercampaign.org/whatwedo/

p/s:ada banyak mitos mengenai kaser payudara yang aku tak pasti kesahihannya.
-pakai bra lama boleh menyebabkan kanser payudara
-pakai deodoran pun

ada sape-sape boleh jawab?



Monday, September 07, 2009

Chickenpox=chicken +pork?

Ok,para doktor,dilarang marah aku.ni bukan aku yang cakap,tapi Faiz Khuttose,Mentang-mentang la kan sekarang SELSEMA BABI.sampai ciken yang comel lagi lazat dan berkhasiat itu engkau mau BABIkan jugak(eh,lupa pulak,mama tak bagi cakap babi,kena eja,ba alif ba ya)

Di suatu pagi sabtu yang hening,aku bangun selepas terlepas sahur,kira nak solat subuh dalam pukul 6.30 la,masa tu rasa gatal yang amat di sekitar leher dan bawah leher ke dada(sudah cukup,jangan berfantasi liar pulak!!!)OK,ignore je,solat dan wAt bodo je la.

TIba-tiba time nak mandi rasa leher tu pedih yaaaa amat,take a look jap.ohmaigod,apakah yang terjadi kepada tubuhku ini,kat bawah leher tu dah de bintik-bintik merah berair dan gatal,so,oleh sebab tangan aku pun gatal,maka aku garulah,die pecah lak tu,
Siap mandi tengok cermin,waa,kat leher tu dah merah gila macam melecet..

Apakah gerangan yang sudi membuat love bite besar kat leher hamba?
Ataupun ada fungi melekat di cadar?
Sory oKKKK,i baru je tukar cadar 3 hari lepas...
Oleh sebab rasa gatal tu dah merenyam,aku sapu la antifungal cream kat red spots tu,tapi makin disapu makin gatal lak,ahh dulik

Oleh kerana saya ni agak sengal,maka hanya ke klinik pada hari Isnin.klinik sariah menjadi pilihan utama,kerana di USIM,takut terkena doktor lelaki lak.owh,saya tidak mahu menguruskan pahala doktor terbabitMula-mula Dr.sariah belek leher aku dan tengok
"eh,ni kayap ni"

waaa...terasa diri ini agak aneh dan kurang bermaya bila diumumkan kayap,tapi apakah kayap itu?

dan dia sambung tanya'
"lagi kena kat mana"

aku tunjuk la kat tempat-tempat lain

"eh,ni bukan kayap,kayap setempat je,awak pernah kne chicken pox??"
"tak pernah dr"
"ni chicken pox ni"

owh,baru lah sye tw.
"ni kena pantang makan,jangan makan seafood,telur dan kicap"
"jangan garu-garu kalau gatal"

Hasilnya dapat la 3 ubat:ubat sapu,ubat antiviral dan ubat tahan sakit

tapi alhamdulillah,setakat hari ni aku tak demam lagi

And I hope that i wouldnt get the fever,pray 4 me oK!!

dah nak raya ni!!!!

p/s:sape2 ada info pasal ni sila la bagitau.oh,sangat kurang pengetahuan kesihatan,patutla tak dapat medic

Thursday, December 13, 2007

4 KEPENTINGAN MENGAPA PERLU MINUM SUSU

Ada sesetengah individu mengambil susu dalam diet harian kerana tidak suka atau alahan.Anda mungkin menolaknya tetapi anda juga perlu tahu tentang kepentingan minum susu kepada tubuh.Susu penting kerana :

• Sumber protein paling baik
Seperti kekacang dan lain-lain makanan,susu sangat tinggi nilai proteinnya.Protein amat diperlukan oleh tubuh terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.Selain pembekal kalsium bagi pembentukan gigi,ia juga bertindak menjaga kesihatan tulang anda.

• Membantu mengurangi risiko kanser
Kajian membuktikan bahawa bahan kandungan yang terdapat di dalam susu iaitu ‘isoflavin’ memang berupaya memgurangkan risiko terkena kanser.

• Membantu mencegah gangguan jantung
Kajian juga membuktikan bahawa negara hasil tenusu dikatakan paling kurang menghidap masalah jantung mahupun gangguan pada pembuluh darah.Susu berperanan merendahkan kadar koleterol dalam badan,menurunkan tekanan darah serta mencegah pembentukan pula pada pembuluh darah.

• Mengurangkan kesan menopaus
Menopaus pasti akan berlaku.Ramai wanita mengalami kesan keatasnya,baik dari segi mental mahupun fizikal.Kandungan isoflavin berperanan seperti estrogen dalam badan.Kerana itu susu dikatakan dapat mengurangkan alahan yang terjadi akibat penurunan kadar estrogen secara drastic ini.
Wallahua’alam….

Tuesday, November 27, 2007

Warna dan kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan
darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.
Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

jAngan mAlas Mandi yerk!!!

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan
penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah
selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga
18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia
dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama
10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan
kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.

Friday, October 12, 2007

KelEbiHAn bUAh Kurma

Apa ada pada buah kurma? Ramai mengetahui rupa buah kurma tetapi tidak mengetahui khasiat disebaliknya dari sudut agama... .

1) Buah kurma membantu mencerdaskan minda

2) Buah kurma mampu membantu hilangkan kelaparan

3) Buah kurma mempunyai vitamin yang diperlukan oleh badan

4) Buah kurma boleh membantu penghadaman

5) Ketika berbuka puasa, kita disunatkan memakan buah kurma terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w

6) Buah kurma juga mampu membekalkan tenaga secukupnya yg diperlukan oleh badan manusia...

Sungguhpun ada diantara ada mengetahui khasiatnya, namun adakah anda mengamalkannya... ... .

Kelebihan yang terdapat pada buah kurma juga lebih kurang sama dengan kelebihan memakan kismis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja