Friday, March 12, 2010

Syazwana Pendek

Ada satu hari tu,aku tengah melepak-lepak kat ruang tamu.Tiba-tiba aku dengar la satu lagu dari Tv.Masa tu mak cik aku yang bernama Halimah tengah sedap menonton cerita hape tah.Beliau suka menonton cerita-cerita Melayu dan sinetron Indonesia yang pelik-pelik.

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang


hahahaha..Sengal sungguh..Aku pun slamber je cakap kat Mak Anjang aku,"anjang..anjang,nama Anjang glemer tu".
Mak cik aku cakap,"glemer benda,kena ejek jongang.nasib baik anjang tak jongang".


                                             Klik Gambar Untuk Paparan lebih Jelas


Apa la Halnya banyak sangat cerita mengeji paras rupa seseornag.jongang la,juling la..kesian Okeh..

Tak dinafikan mengejek orang memang best,Hobi aku semasa kanak-kanak(dan sehingga dewasa) adalah mengkritik orang..Hahaha..Mangsa kritikan paras rupa dan fizikal adalah adik-adik aku seperti Shahir(Bulat) dan Syukur(botak).Even diorang kini lebih slim dan lebih lebat rambut dari aku,namun ejekan tu masih melekat sampai sekarang.Tak tau la apasal ek.Tapi dulu abah aku selalu sound,"Bulat ke,kepeng ke,kan ciptaan Allah.Ejek dorang sama macam ejek ciptaan Allah."Ok insaf...

Tapi kadang-kadang kan,aku perasan la kalau aku ejek-ejek orang,tak lama mesti kena petaka.Contohnya,masa raya@SMAKJ tahun2008.Time tu aku ada selalu main SMS dengan seorang Hamba Allah yang namanya terpaksa dirahsiakan untuk kemaslahatan Ummah.Ok la kan excited nak jumpa,konon-konon berjumpa setelah sekian lama terpisah.Namun...

Beliau muncul dengan kulit wajah umpama permukaan purnama dihentam Meteor(wah,ayat aku.Eh jangan main-main.kalau ikut gred SPM baru sekalipun,aku boleh dapat A+ BM tau).Maka Aku dengan mulut jahatnya berkata kepada Atiqah,"ee..apasal muka dia cmtu.Taknak la.Banyak betul jerawat.Dah la cover macho.Tapi apasal gambar yang die letak kt Friendster macam macho gile."

2 hari lepas reunion,aku bangun pagi seperti biasa dan melihat cermin.OMG..ada jerawat kat muka aku.Bukan sebijik,bukan dua bijik.tapi TIGA bijik.Serupa bintang tiga okehhh!!!

Mulai hari itu,aku pun....


Pakai krim jerawat clean and clear.Ceh mesti korang bajet aku insaf.Tapi tak surut pulak jerawat tu.Sehinggalah aku try NOURIFUSION dari herbalife.Wahhh..Promote nampaknya.Apa korang ingat blog IDA aje boleh promote sabun kecantikan.Blog Aku pun boleh jugak tau.Tunggu aku cerita pasal katil kahwin dengan petua pregnant dan merancang kehamilan pulak.Apa ingat Ida je boleh.(statement dengkikah di sini)

Nak order..sila Roger okehhh

err kembali kepada topik Asal...Best sangat ke ejek orang.Best what.Kalau tak best,takkan aku buat.Opss,bukan aku je,tapi korang-korang jugak okkk.Kalau tak ,maka tak wujud la drama Halimah jongang tu.Antara sebab orang suka mengejek orang lain mungkin sebab:

1.Rasa superior

Ini mungkin adalah sebab utama.COntoh,ko kutuk orang lain hodoh,bermakna kau rasa diri kau lawa.kau tak jongang,so kau kutuk orang lain jongang.Ya,kau sempurna,kau cantik,kau bijaksana,tapi jangan lupa ramai lagi yang lebih baik dari kau.Kau kutuk orang lain bermakna di sini kau nak menghighlite kesempurnaan kau tu.

2.Rasa Insecure

Kau tak sempurna dalam satu aspek,dan kau tahu hakikat tau.Orang lain tu pulak bagus dalam aspek tu,dan kalah dari aspek lain pada kau.Untuk mengelakkan orang lain memfokus pada kelemahan okau,kau jadikkan orang lain kambing hitam dan kau fokuskan pada kelemahan orang tu.Oh,ni kes budak sekolah biasanya.Mana-mana budak pandai,orang jaki.Pastu,mesti la da makhluk-makhluk saitan berbentuk manusia,yang biasanya bodoh tak boleh diajar,akan find kelemahan budak tu,lalu menjdikannya bahan ejekan dan mangsa bulian.Err,Pak Mail Kacip(sila rujuk entri ini),saitan yang macam ni boleh hapuskan tak???

3.Nak Mengorat

Ini taktik lelaki selalu.Peh cakap macam pernah jadik lelaki je kan.Ini No komen.Aku tak pernah menjadi lelaki,pengkid malah lesbian.Tapi situasi ini memang wujud,Tak percaya tengok la erita Melayu dulu-dulu,ala,mula-mula gaduh,lama-lama sayang la tu.Yang ni biasa agak lembut sikit la bentuknya.

4.Hiburan

best sioottt ejek budak gemuk macam badak,pastu dia marah-marah..haa..bestla ko kumpul dosa kering..Eh,jangan kutuk budak gemuk,nanti dia makan Herbalife terus jadik solid,jatuh cinta kanggg.

Bagi sesetengah orang,mereka memperoleh kepuasan dari kemarahan orang lain,Kira macam kaki provokasi la.ada ok orang macam ni.Mengejek bagi mereka adalah satu kepuasan.Ini memang takde motif.memang hobi.

Tapi aku tak tau apa motif A.Aida terbitkan cerita Halimah Jongang tu.Nasib baik la ko tak buat Ronaldinho jongang,karang ada yang kena saman kanggg...Oh ye,ni ada satu petua untuk ibu-ibu bagi mengelakkan anak-anak menjadik jongang,iaitu:hindarkan amalan memberi anak menghisap puting dan jari...

Rawat jongang dari kecil



Eh jongang-jongang I pun kaya tau.Ko ada???


SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.
Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.
Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.
“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.
“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wah,entri berbaur ibu-ibu lak..geli arghhhhh
p/s:A.Aida tak mau terbitkan drama Syazwana pendek?I tak kisah,janji I dapat royalti setaraf Ronaldinho Okayyyy
 

3 comments:

voltox said...

yela..betul juga awk punya tajuk tu..kdg2 terfikir juga masa nampak awk drive wira awk tu..nampak ke tak budak ni jalan depan tu..hehe

apa pun sy rasa tak berbudi bahasa sgt la kan panggil orang pendek..rendah atau rendang lebih sopan..tp awk sendiri dah tak kisah dgn gelaran pendek tu..jd tak mengapalah..hehe

sy cuma pelik ngan nama awk..selalu perempuan nama syazwani..tp awk nama syazwana..ke mksd dia sama?hehe

aku mzke said...

sy tercari2 jugak mane ayt yg awk citer psl syazwana pendek... tp xjupe.

mgkin awk cube nk publisitikn name awk supaya A.Aida buat citer psl syazwana pendek pulak? =)

Sy stuju ngn post awk berkenaan best kutuk org. Sy juga sependapat ngn voltox.. yg pemandu mcm awk agak bahaya bile drive.. tu psl la agaknye leh xcden aritu. Mgkin kete lain ingat xde pemandu atau kete sdg diberhentikan. Hehehe

Jgn kecik ati, gurau je. Hehehe

ida said...

ko dengki ke kat blog ak wana?hehe:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja