Tudung
Helmet
"Tak semestinya perempuan pakai tudung tu baik,ramai jugak yang berzina.tak caya tu bersepah klip 3gp,takpun search je kat youtube awek bertudung beromen,berlambak weiii"
"saya ni,walaupun seksi,tau je batas-batas pergaulan"
"ala,sedangkan ada je orang pakai tudung mati kena lilit dengan tudung tu"
"pakai tudung ke jubah ke,sekarang ni dah tak selamat.orang nak merogol bukan kira pakaian semua tu"
Persepsi baru masyarakat zaman sekarang.Sentimen yang berleluasa diwar-warkan sewenang-wenangnya dari sebesar-besar media massa dan media cetak,sehinggalah sesimple-simple status Facebook.
Baik sangat ke perempuan bertudung?
Hina sangat ke perempuan tak pakai tudung?
haha.First nak mengaku aku dapat idea entry ini adalah daripada status FB orang,tapi aku tak suka komen kat profile terus.Don't misjudge me,aku memang kurang suka berbalas komen kt FB,especially jika ada some hot issues.I prefer to comment in my own blog,jadi aku boleh tulis panjang-panjang.Jadik,jangan ambik hati kalau terbaca.
Berbalik kepada topik asal:Tudung dan topi keledar,apa kaitannya,dan apa yang aku nak ulas di sini..Juga apa kaitan persoalan di atas,dan bagaimana analogi tudung dan topi keledar ini boleh menjawab segala persoalan mereka-mereka itu.Opss,jangan salah anggap.i'm not preaching others,but myself too.
Ibaratkan tudung adalah topi keledar,dan kita,wanita,adalah seorang penunggang motosikal.Nak lagi vogue,sila fefeeling Dira Abu zahar dengan machonya rides her Harley.
Akak Dira,anda sangat cute,dan jugak look sweet together dengan Ash,Sayang
jodoh tak panjang.I admire your cuteness together.
Analoginya:Apa kata mereka yang suka mempertikaikan pemakaian tudung dengan berkata
"Ala,orang pakai tudung pun boleh terlanjur jugak"
Sila pergi berjumpa Pengarah JPJ dan pertikaikan pemakaian topi keledar dan berkata,"Ala,orang pakai helmet pun boleh mati eksiden jugak"
-Anda memakai helmet full face,anda memakai helmet yang diikat ketat,anda memakai helmet yang diikat longgar,dan anda tidak memakai helmet:berbeza tak risiko untuk mengalami kecederaan di kepala?
Tengok,helmet pun kena ada kelulusan SIRIM
Analoginya:Orang pakai tudung pun ada macam-macam pattern,kalau helmet nak yang diluluskan sirim,maka tudung pun kena la carik yang diluluskan Allah(tutup aurat).See,pemakaian helmet pun boleh mengurangkan risiko kecederaan di otak,same goes tu pemakaian tudung menepati syariat,yang mengurangkan risiko kecederaan pada akhlak.
-Terdapat jugak kes di mana Helmet digunakan sebagai senjata untuk mencederakan orang,dan boleh menyebabkan kematian dengan cara menghentak kepala pihak lawan,jadi perlukah penggunaan helmet diharamkan?
Begitu juga dengan kes pembunuhan menggunakan tudung,perlukah tudung dipersalahkan?Yang bersalah bukan tudung,tapi pembunuh itu sendiri.
-Cara pemanduan juga mempengaruhi keselamatan anda.Walaupun anda memakai helmet full-face,jaket keselamatan,dan motor baru yang tak pernah rosak,tetap tak guna kalau anda adalah seorang minah rempit yang gemar mencilok di jalanan.Risiko anda untuk mati katak adalah besar.
Walaupun anda memakai helmet,cara pemanduan anda adalah berbahaya okaayyyy
Err,tapi ada yang lebih bahaya kot.Macam ni
Ada juga mereka yang tidak memakai helmet dan jaket keselamatan,tetapi memandu dengan penuh berhemah,macam mak cik-mak cik kat kampung aku hantar anak pergi sekolah.
Bagaimanapun,contoh la kan,mereka kena tahan dengan polis trafik sebab tak pakai helmet,agak -agak kalau dorang cakap,
"ala,sarjan misai,walaupun saya tak pakai helmet,saya bawak motor dengan berhemah tauuu.."
Dorang kena saman ke tidak?
Begitu juga dengan golongan yang mengabaikan kepentingan menutup aurat ni.Walaupun diorang behave better dari yang pakai tudung,jaga pergaulan,cakap sopan santun.tapi mendedahkan aurat tetap dosa.Saman tetap saman,walaupun cara permanduan kau adalah sangat berhemah tinggi.
Kesimpulannya:Jangan sekali-kali mempertikaikan hukum bertudung.Baik atau tidak,Allah yang tentukan,tapi hukum tetap hukum.BErtudung adalah tanggungjawab seorang Muslimah.Kalau arahan JPJ pun kita ikut,takkan arahan Allah senang-senang kita nak lecehkan.
Kalau anda tidak bersedia(macam artis-artis dalam paper tu cakap) untuk bertudung sekalipun,jangan bangkitkan soal orang bertudung itu buat maksiat jugak.
PMS,eh silap P/S:Aku pun tak sebaik mana,pakai helmet pun tak patuh sirim lagi,Bawak motor masih rempit lagi.Tapi insyallah,aku akan berusaha menjadi penunggang motor berhemah.Aminn
4 comments:
yup..aku sangat setuju dgn ko wana..hihi..sebabnya yang salah bukan hukum ALLAH, yang salah si pelaksana perintah ALLAH..maksudnya kitalah tu..sbb tu ALLAH kurniakan kita akal, selain nafsu..supaya kita boleh fikir mana baik, mana buruk...
p/s: aku pun bukannya baik sangat pun, tapi berusaha ke arah kebaikan tu kan lebih afdhal..insyaALLAH..sama2 lah kita berusaha ek wana..:)
i like....=)
kebetulan pulak kita post tajuk lebih kurang..hehe..apa pun tahniah untuk awk..
i like your point of view..thumbs up!! actually bkn artis je yg kluar statement "org pakai tudung pon buat maksiat" but mereka yg free hair for example my colleague pon kluarkan statement mcm tu..
Post a Comment