Saturday, April 03, 2010

How to lose weight?

Bismillah,
Entry ini adalah khas untuk para customer aku,bakal-bakal customer ceh ceh,mereka yang ingin menurunkan berat badan,mereka yang mahu pasangan mereka menurunkan berat badan,juga siapa-siapalah yang nak baca.hahaha.Petua yang diberi adalah berdasarkan pengalaman sendiri,pengalaman customers juga cedok dari majalah rapi,buku teks nutrition Aina yang belum pulang,majalah mingguan wanita juga dari internet.Don't ever  complain,"ala,takde mudah lagi ke".Ingat,no pain no lose(tak sesuai ok guna no pain,no gain bcoz we don't want any gain,xcept for Encik Adib punya type la,jangan marah encik adib ;P)

Tips-tips Menurunkan Berat Badan(Takde Petua tradisional di sini.
Jangan Salah tempat)

1.Tetapkan matlamat,cuma jangan tetapkan tarikh mencapai matlamat
Innamal a'malu binniat.Mulakan program diet anda dengan menetapkan matlamat bahawa anda ingin sihat,bukan cantik semata-mata.Juga jangan berniat,kalau aku cantik nanti,senang nak pakai seksi-seksi,pakai bikini.Tak sesuai okayyyyy.Cuma jangan meletakkan tarikh,terutama yang tak tercapai dek akalku.Contoh penetapan tarikh yang kurang sesuai adalah
"Nak turun 10 kg sebelum hari kahwin"

Jangan buat kelakar letakkan matlamat macam ni kalau lagi sebulan nak kahwin.Ini akan menambah tekanan anda,lantas mendorong pengambilan pil-pil pelik,juga kaedah sedut lemak yang membahayakan.Kalau nak letak pun,biarlah aim 1-1.5 kg seminggu.Be realistic.Penurunan yang sihat adalah yang tidak terlalu drastik.

2.Minum air 2-3 liter sehari

Ramai customer yang komplen bahawa berat mereka tidak turun.Bila tanya minum berapa liter air sehari,err..cuma 2-3 gelas je,Itu pun Teh o tarik.Macam mana la mau kurus?Office mate aku rajin jugak la mempersoal kekerapan aku minum kosong.Tapi tahukah mereka bahawa air kosong(pastikan beli air mineral atau yang sudah ditapis dengan penapis bio-aura atau imtiyaz) :

- membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
- membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
-membantu mengurangkan selera makan yang umpama jin itu
-membantu mengangkut nutrient ke seluruh badan
-juga boleh mencantikkan kulit



If you want slim body and beautiful skin,simply say YES to water...

3.Kawal makan,bukan jangan makan

Kesilapan terbesar dalam proses diet adalah Menahan diri dari makan.Skip waktu makan dengan sengaja boleh menurunkan kadar metabolism anda,juga menyebabkan anda berasa jakun dengan makanan apabila mengadap makanan itu nanti.
Juga jangan hindari karbohidrat,pendek kata jangan tak makan nasi.Ini dari pengalaman aku la.Dulu aku pernah je try diet tak makan nasi.ada la dalam 2 minggu tu kot.tapi berat tak turun pulak.Setelah aku post-mortem,punca kegagalan diet itu adalah,apabila aku kurang mengambil nasi,maka aku cenderung untuk mengambil makanan rapu,seperti keropok juga makanan berlemak seperti nugget PKP yang banyak minyak tu.
Pendapat aku la kan,dengan mengambil nasi campur,anda boleh mengawal portion makanan anda.Seriusly,nak kawal portion nasi campur adalah lebih mudah dari nasi goreng,mee hoon sup dan lain-lain untuk menjadikannya hidangan berkhasiat.macam ni la lebih kurang:

-1/2 pinggan adalah nasi
-1/4 sayuran
-1/4 protein macam telur ke,ayam ke,ikan ke.tapi keep in mind bahawa daging putih adalah lebih baik dari daging merah.jadi kurangkan mengambil daging lembu dan sewaktu dengannya.
-Buah jangan lupa
-Jangan membanjiri nasi anda dengan kuah,terutamanya yang berminyak.Ni aku tak boleh elak.aku memamng suka makan nasi banjir.


Kunyah secara perlahan-lahan.Ikut sunnah,40 kali kunyah untuk membantu pengahdaman,sekaligus mengurangkan kadar kebuncitan dan keboroian anda

4. Ambil snek berkhasiat

Sambungan dari point di atas.Kalau lapar,jangan tahan,tapi makan.Cuma pilihan makanan itu hendaklah yang berkhasiat,dan rendah kandungan kalori.Antara pilihan yang boleh dibuat adalah:
-Biskut IKO
-Biskut munchy yang baru,apa nama tu yg high fiber tu
-Buah-buahan
-Kismis
dan sebagainya.

5.Mulakan harimu dengan sarapan berkhasiat

Oleh kerana sarapan adalah pembuka hari anda.Bagaimanapun,dua jenis pilihan ini akan memberi masalah kepada anda iaitu:

-Tinggi karbohidrat:makanan yang terlalu tinggi karbohidrat akan menyebabkan kadar gula dalam badan anda naik,lantas anda akan cepat lapar sepanjang hari.jadi,janganlah bersarapan dengan nasi lemak.
-Tinggi lemak

Pilihan anda sepatutnya adalah:
-protein without too much saturated fat,ataupun
-whole grain carbs,ataupun
-low fat dairy/soya
-fiber and nutrition

Antara pilihan yang mudah dan sesuai adalah Herbalife Shake,ceh terpromote pulak.Ahh dulik,blog aku.Dengan kalori yang rendah,juga bernutrisi,anda akan berasa kenyang hingga ke tengahari.Malahan,resepi boleh diplebagaikan.Nak blend dengan buah ke,nak minum dengan low fat milk ke,nak buat ice-blended ke,nak minum dengan air kosong je pun boleh.5 minit je nak buat breakfast yg sedap dan berkhasiat.




Untuk keterangan lebih lanjut:sila e-mail kepada saya-sayerbest@gmail.com




Pilihan yang lain adalah:
-Quacker oat
-Telur rebus.
-roti whole grain,dengan low fat milk
-buah dan non fat yogurt

6.Bersenam

Jangan mengharapkan berat badan anda boleh turun dengan mudah tanpa bersenam.Kalau malas nak joging ataupun pergi gym,rajin-rajinkan lah diri membuat kerja-kerja rumah,seperti mengemop,basuh kereta sendiri,bersihkan bilik air,takpun turun naik tangga.Main badminton pun ok jugak.
Cadangan lain adalah dengan aerobic,ataupun menari.Tak perlu kot nak daftar akademi menari ke,akademi fantasia ke sehati berdansa ke.Berlambak video kat youtube.Sekatang ni aku tengah semangat belajar dance ni,step by step dia ajar:


so,jangan berat bontot.Move your butt and you could lose your weight.Nak lagi bagus,bersenam regularly 3 kali seminggu,30 minit setiap kali.


7.Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidur lambat hanya akan menyebabkan anda rasa lapar tengah-tengah malam.Pulak tu lapar bukan sebarang lapar.Lapar nak makan macam hapa je.Dahla mamak bukak 24 jam,melantaklah korang roti canai dengan teh tarik tu.Balik rumah terus tidur,mana nak kurus




Itu je kot yang rajin aku nak tulis.Banyak lagi tips sebenarnya,rajin-rajinlah membaca dan menggoogle.


P/s:Kalau aku nak apply menulis untuk majalah RAPI,diorang terima tak?








2 comments:

voltox said...

walaupun post ni takde kaitan ngan sy..sy nak komen gak..heheh

awk mengajar pembaca mengurangkan berat badan..good2..tp lepas awak tukar wajah blog awak ni..ia telah 'memberatkan' untuk loading..lambat..harap dapat improve lg wajah baru ni supaya tetap cantik dan tidak berat..hehe

apa pun sy rasa point no 3 tu macam terkena kat en zul..dia elak makan nasi..tp makan nugget etc..tp skrg tak tau la..lagi2 lepas bc post awk ni..mgkn ada perubahan pasni..tp setakat ni dia berjaya..mgkn bg dia point no 3 awak tu nothing..hehe..tp lebih baik makan nasi kan..

Sayer Best said...

hehehe..bukan untuk nak kurus je cik voltox oiii..x baik selalu mkn processed meat mcm nuget tu,increase risk to cancer la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja