Wednesday, April 06, 2011

teman sebilik tak sekatil

Aku dalam proses carik rumah sewa baru ni.Haih la jabatan aku ni rajin bebenor nak hantar aku sana sini,last-last tercampak balik dekat-dekat port lepak aku sebelum ni.

Ni kira pengalaman aku yang ketiga la duk rumah sewa.Masa kat u aku budak skema rakyat,so stay hostel la sampai final year.Masa lepak UPM,aku duduk sebulan la kat hostel,tapi atas ketidaksesuaian aku dengan roomate,maka aku pun mengambil keputusan untuk stay outside,dan bermulalah kehidupan aku sebagai penyewa tegar.Ni fasa melepak rumah Payied,kira kedua la,then sedang mencari rumah ketiga.

So far,aku takdelah pengalaman kurang menarik sepanjang menyewa rumah ni.Takdelah jumpa roomate kaki bawak jantan balik ke,kaki clubbing balik pukul tiga pagi sambil muntah-muntah bau arak ke.Alhamdulillah,setakat ni roomates dan housemates aku ok je.Sebut pasal roomates,aku nak mengimbau sejarah-sejarah roomates aku sejak aku duduk kat u sampai dah keja

1.Roomate wara' masa first year

Walaupun perangai aku adalah tidak semengah,tapi masa masuk USIM Allah memberi hidayah kepada aku melalui perantaraan roomate.Masa mula-mula masuk bilik tu,aku tak sangka bahawa beliau akan satu course dengan aku,mana tak,dengan tudung labuhnya,penampilan sopannya.Last-last satu kelas kan.
Masa mula-mula tu aku siyes segan dengan beliau,tapi lama-lama aku boleh je ikut cara beliau.Inilah orang yang boleh tegur aku,ajak aku ke arah kebaikan dengan cara berhemah.Tak macam certain goup yang "holier than thou" mementang ko pakai tudung besar,semua orang tudung pendek ko pandang sebelah mata.

2.Roomate low profile

NI roomate aku paling lama.Dari second sampai final year.Mula-mula kenal aku ingat budak ni senyap gila babas,pastu nerd.Ada berbaur seram jugak la nak duduk sebilik.ala,tapi last-last sama je!!!Hahaha..cuma beliau ni jenis tak becok macam aku,tapi seorang pendengar yang baik,dan suka ketawa walaupun aku buat lawak bodoh splastik tahap Mazlan Senario(serius,aku tak pernah rasa Lan pet-pet itu lawak)

Beliau ni pun sebenarnya anak kepada seorang yang berpangkat besar dalam jabatan kerajaan,tapi tak pernah menunjuk-nunjuk.Serius low profile.Tapi aku tengah geram ni dengan ko Faam!Hilang tanpa contact nih!Aku jumpa,siap la ko(Takut la tu..takut la tu)

3.Roomate UPM

Ni aku lepak sekejap je.Malas nak cakap banyak,mungkin antara kita tiada keserasian,jodoh tak panjang kata orang-orang tua

4.Roomate Taman Sri Serdang

Beliau sebenarnya tua 4 tahun dari aku,tapi tidak membahasakan diri kakak.Takpe,sebab beliau nampak muda dari usia sebenar.Walaupun begitu,beliau tetap treat aku macam adik-adik.Sangat concern.
Satu lagi yang menarik adalah beliau seorang yang stylo,juga penjual tudung.Jadi aku sangat la updated dengan perkembangan fesyen bertudung ketika itu.Nasib baik dah pindah,kalau tak mesti aku akan bertukar menjadi Hana Tajima sekarang ini

5.Roomates sekarang

Taknak tulis dulu.Tunggu dah kuar nanti..Kalau tak takut jugak aku malam ni Payied humban aku ke bawah.Hahahahhaha.Satu je ayat.You guys rock!!!!!okeh,tambah satu lagi word,MAKAN!!!!!!

Oh ya,ciri-ciri rumah yang aku carik untuk penempatan nomad aku yang terbaru ini:


  • Dekat dengan Hentian Kajang
  • Kalau boleh nak yang fully furnished,koman-koman ada mesin basuh dengan fridge ah
  • Sewa bawah RM 350
  • Senang nak parking kereta
  • Kalau boleh nak sebilik sorang
  • Housmates bukan seorang yang terlalu SOCIALISTA
Tu je kot.Aku ni bukan cerewet sangat pun.Bak kata peribahasa kitab Kamasutra,"Make it simple and sweet"eh,Wadehal pulak keluar kitab kamasutra.By the way,aku tak tau pun isi kitab tu,banyak ternampak kat iklan-iklan kat forum dengan web online Berita HArian je(berlagak innoncence)

Tuesday, April 05, 2011

Mentally block-->Entri sampah

Sejak kebelakangan ni aku seakan-akan mengalami writer's block,di mana aku tengah sedap-sedap nak hapdet block.Bajet ah bawak isu terkini lagi sensasi ala-ala Melodi,tiba-tiba hilang pulak idea-idea tak bijak aku ni.walaupun aku sebenarnya tak kisah sangat ada orang baca ke tak nak ke,tapi bila tak menaip ni rasa gian pulak.Serupa dadah la pulak blogging ni.

Banyak topik aku nak tulis,tapi tertangguh.antaranya:

1.Isu Makanan

Dah keja lagi jumpa banyak banyak sangat isu.Tapi takut nak tulis macam-macam.Saya yang menurut perintah.hahahha.

2.Isu budak sekolah agama

NI dah tulis separuh entry.Jap lagi point macam jilak.rasa macam tak bernas

*Jilak-Peneutralan kata-kata carutan.Berevolusi dari celaka-->jelaka-->jilaka-->jilak

3.Isu spam kat Facebook

Ada nak tulis entri nak buang bendalah tu.Tapi dah ramai orang tulis.Kang ada je blogger femes perasan aku copy lak entry dorang.Tak pasal-pasal glemer pulak.Wahahahahha

4.Novel online kegilaan aku sekarang-->Awek Chuck Taylor

Boleh tengok kat list bahan bacaan.Sumpah best!

5.Isu rasuah melibatkan pegawai kastam

ahh!!!!Banyak sangat nak tulis,tapi tak tertulis-tulis.

By the way,aku rasa sebenarnya aku ni dianugerahkan dengan "short term memory loss",di mana aku ni senang sangat lupa dengan benda-benda yang baru terjadi,macam kat mana aku letak spek jap tadi,aku dah basuh pinggan ke belum.Gila teruk weh ingatan jangka masa pendek aku ni.Banyak tido lepas asar agaknya,ke banyak minum semut???

Tapi ingatan jangka masa panjang aku elok pulak.Macam,kat mana makan minggu lepas,bila first time aku pakai shawl.Peh..itu ingat pulak tu.Bahan-bahan bacaan dulu-dulu pun macam ada imbas-imbas.Masa belajar tak ingat pulak!Apakah????

Kesimpulan hari ini:
Entri ini entri sampah

Sekian,terima kasih

Friday, April 01, 2011

Ini blog perempuan:Fashion Observations from the eyes of a fashion blind

Kembali lagi ke segmen(wahhhh..segmen lagi ko!!!!) Ini Blog Perempuan.Segmen dalam blog aku yang mengupas mengenai hal-hal kewanitaan.awww...lemah lembut tak.Walaupun aku tidak suka berfesyen,tidak pandai bergaya,malahan memakai tudung ekspress+baju kurung cotton+kasut crocs ke pejabat,tapi aku juga sebenarnya amat meminati perkembangan fesyen ni,cuma malas la berlapis sana,berbelit sini,bermekap situ.
Jadi pasrahlah berfesyen ala-ala gadis kampung ini.Eh ko,kira ok la tu.Masa kat u aku pakai baju kurung dengan kasut sukan tau gi kuliah!!!

Kebelakangan ini,fesyen "muslimah" semakin mendapat sambutan.Terutamanya dengan kemunculan blogger-blogger fashionista lah kononnya.Aku kadang-kadang jenguk-jenguk jugaklah blog macam tu.Sekurang-kurang kalau orang tanya,kenal jugaklah.Kang dorang dok cerita team-team Fashionista blogger ni ,aku nak cerita team sarkasis pulak.Rare la pulak kan.

Sedikit pemerhatian aku:
1.Fesyen Hana Tajima

Fesyen tudung ala-ala tuala mandi ni memang dah glemer di kalangan muda-mudi.Serius Hana Tajima tu memang cun melecun malatops,jadi kalau dia sarung waima tudung saji sekalipun kat atas kepala,beliau tetap nampak cantik jelita.Tapi kalau anda-anda yang berhidung penyek,berkulit hitam berjerawat macam aku ni,baik la jangan.ELok-elok ko berangan nak jadik fashionista,karang serta-merta bertukar jadik mak cik balut tuala lepas basuh baju tepi sungai.Rentikan la.......

Cuba gantikan dengan rupa paras aku,harussss korang mati kejang depan laptop.


2.Baju berlapis-lapis

Aku tak faham la sejak bila Malaysia jadik negara bersuhu sederhana,ke gempa bumi kat Jepun tu dah mengubah kedudukan Malaysia ke Eropah Timur.Atau mungkin awek-awek di Malaysia telah mempunyai kadar toleransi yang tinggi ke atas haba.Apa taknya,dengan vest,dress,pastu inner.Pakai pulak di waktu tengahari buta di Times Square.Tak panas ke wehh???Aku yang kadang-kadang kuar malam pakai cardigan dengan T-Shirt Pangkor gedabak pun berpeluh macam hape,inikan pulak korang.Aku kadang-kadang pakai jugak cardigan dengan t-shirt ke,jacket ke,sweater ke,tapi malam-malam je kot.Takpun time nak kuar tapi malas nak tukar long-sleeve.Dasar pemalas.Hahahahha

3.Kombinasi warna yang terlalu kontra

Zaman aku sekolah menengah dulu,aku pernah pakai tudung kaler biru,dengan baju warna kuning.Serta-merta aku dihina rakan-rakan sebagai tidak pandai menjaga imej.Tapi zaman sekarang,orang boleh berkeliaran dengan shawl biru+baju merah+skirt polka dot pink,dan digelar fashionista.Ada diskrimasi kah di sini?????

4.Penggunaan frasa,"Masih boleh bergaya walaupun menutup aurat"

Aku paling tak suka dengan frasa begini.Seolah-olah orang yang pakai tudung labuh ikut syariat tu tak pandai bergayalah.Sepatutnya,kita yang tak pakai tudung elok-elok,baju elok-elok ni yang segan dengan dorang.Sebab dorang dah tak melayan nafsu nak bertabarruj macam kita-kita ni haa..SO,nak berfesyen kot mana pun,tak payah la nak keluarkan frasa ayat macam ni,seolah-olah ko cuba meneutralkan dosa Tabarruj tu dengan bertudung.Diam-diam sudah,tak payah nak bangga lebih-lebih.

5.Legging

Malas nak tulis banyak.Aku pernah tulis dalam entri bila tah before ni.

Itu sahaja observations aku untuk hari ni.Kata-kata hikmah hari ini

Biar jadik fashion blind,jangan jadik fashion victim.Sekurang-kurang fashion blind dia tak lawa pun,dia takde kuar duit lebih-lebih nak berfesyen.Kalau fesyen victim,dah la kuar duit ribu raban,lawanya tak jugak,serabut lagi ada(sayerbest,2011)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja