Friday, April 01, 2011

Ini blog perempuan:Fashion Observations from the eyes of a fashion blind

Kembali lagi ke segmen(wahhhh..segmen lagi ko!!!!) Ini Blog Perempuan.Segmen dalam blog aku yang mengupas mengenai hal-hal kewanitaan.awww...lemah lembut tak.Walaupun aku tidak suka berfesyen,tidak pandai bergaya,malahan memakai tudung ekspress+baju kurung cotton+kasut crocs ke pejabat,tapi aku juga sebenarnya amat meminati perkembangan fesyen ni,cuma malas la berlapis sana,berbelit sini,bermekap situ.
Jadi pasrahlah berfesyen ala-ala gadis kampung ini.Eh ko,kira ok la tu.Masa kat u aku pakai baju kurung dengan kasut sukan tau gi kuliah!!!

Kebelakangan ini,fesyen "muslimah" semakin mendapat sambutan.Terutamanya dengan kemunculan blogger-blogger fashionista lah kononnya.Aku kadang-kadang jenguk-jenguk jugaklah blog macam tu.Sekurang-kurang kalau orang tanya,kenal jugaklah.Kang dorang dok cerita team-team Fashionista blogger ni ,aku nak cerita team sarkasis pulak.Rare la pulak kan.

Sedikit pemerhatian aku:
1.Fesyen Hana Tajima

Fesyen tudung ala-ala tuala mandi ni memang dah glemer di kalangan muda-mudi.Serius Hana Tajima tu memang cun melecun malatops,jadi kalau dia sarung waima tudung saji sekalipun kat atas kepala,beliau tetap nampak cantik jelita.Tapi kalau anda-anda yang berhidung penyek,berkulit hitam berjerawat macam aku ni,baik la jangan.ELok-elok ko berangan nak jadik fashionista,karang serta-merta bertukar jadik mak cik balut tuala lepas basuh baju tepi sungai.Rentikan la.......

Cuba gantikan dengan rupa paras aku,harussss korang mati kejang depan laptop.


2.Baju berlapis-lapis

Aku tak faham la sejak bila Malaysia jadik negara bersuhu sederhana,ke gempa bumi kat Jepun tu dah mengubah kedudukan Malaysia ke Eropah Timur.Atau mungkin awek-awek di Malaysia telah mempunyai kadar toleransi yang tinggi ke atas haba.Apa taknya,dengan vest,dress,pastu inner.Pakai pulak di waktu tengahari buta di Times Square.Tak panas ke wehh???Aku yang kadang-kadang kuar malam pakai cardigan dengan T-Shirt Pangkor gedabak pun berpeluh macam hape,inikan pulak korang.Aku kadang-kadang pakai jugak cardigan dengan t-shirt ke,jacket ke,sweater ke,tapi malam-malam je kot.Takpun time nak kuar tapi malas nak tukar long-sleeve.Dasar pemalas.Hahahahha

3.Kombinasi warna yang terlalu kontra

Zaman aku sekolah menengah dulu,aku pernah pakai tudung kaler biru,dengan baju warna kuning.Serta-merta aku dihina rakan-rakan sebagai tidak pandai menjaga imej.Tapi zaman sekarang,orang boleh berkeliaran dengan shawl biru+baju merah+skirt polka dot pink,dan digelar fashionista.Ada diskrimasi kah di sini?????

4.Penggunaan frasa,"Masih boleh bergaya walaupun menutup aurat"

Aku paling tak suka dengan frasa begini.Seolah-olah orang yang pakai tudung labuh ikut syariat tu tak pandai bergayalah.Sepatutnya,kita yang tak pakai tudung elok-elok,baju elok-elok ni yang segan dengan dorang.Sebab dorang dah tak melayan nafsu nak bertabarruj macam kita-kita ni haa..SO,nak berfesyen kot mana pun,tak payah la nak keluarkan frasa ayat macam ni,seolah-olah ko cuba meneutralkan dosa Tabarruj tu dengan bertudung.Diam-diam sudah,tak payah nak bangga lebih-lebih.

5.Legging

Malas nak tulis banyak.Aku pernah tulis dalam entri bila tah before ni.

Itu sahaja observations aku untuk hari ni.Kata-kata hikmah hari ini

Biar jadik fashion blind,jangan jadik fashion victim.Sekurang-kurang fashion blind dia tak lawa pun,dia takde kuar duit lebih-lebih nak berfesyen.Kalau fesyen victim,dah la kuar duit ribu raban,lawanya tak jugak,serabut lagi ada(sayerbest,2011)



4 comments:

Najihah Kaspin said...

biar aku buta fesyen...jangan jadi mangsa fesyen...

aku kenal ayat tu...heeee...=P

Sayer Best said...

wahaha...ayat spe wehh..hahaha ;P

amir baim said...

ade budak suruh carik pashmina(entah betul entah idak ejanya ni)kat mesir ni..beliau cakap macam selendang pakai lilit-lilit tu..agaknya tu pun fesyen masakini dalam menutup aurat eh kak?~

Sayer Best said...

haha..xtually pashmina tu ok je.akak pun pkai jugak once in a while.yang penting kita selessa dan x menyalahi agama,juga tidak menyemakkan bijik mata org lain..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja