aSsalamualaikum...dah lama rasanya tak menulis.sorry..semenjak raya ni banyak bebeno open house.Bila gi open house,maka makan banyak,bila makan banyak,maka perut penuh,bila perut penuh,maka otak beku,bila otak beku,maka takde idea nak menulis di situ.kejadah aku nak hupload gambar makan kat open house sedangkan diriku hanya mampu memakai kamera henset sahaja.Jatuh martabat gambar-gambarku itu...
Sempena musim raya ini,berbondong-bondong lah pasangan yang ingin mengajak pakwe-makwe mereka untuk berjumpa ibu bapa masing-masing.Time ni la kan nak menunjuk balaks di hadapan keluarga sebagai membuktikan diriku ini begitu laku..Tapi..tapi ada tapinya..pernahkah anda merasa cuak seram benderam untuk berjumpa bakal ibu mertua?terutama sekali golongan gadis-gadis pemalu seperti diriku ini(facepalm sekali...)..mungkin ada sedikit kesukaran untuk berkomunikasi dengan bakal-bakal ibu mertua.Jadi,di sini aku ada beberapa tips yang aku ingin kongsi,berdasarkan pengalaman,pengamatan dan pembacaan,untuk menambat hati ibu mertua.Tips ini bukan saja boleh digunakan untuk memikat hati bakal ibu mertua,malahan mak cik-mak cik yang lain juga.Tak kisah sape,janji mak cik.Jangan tak tau,ak dah guna tips ni untuk memikat hati seorang mak cik manager body shop,sampai beliau bagi aku free day cream berharga RM29 dan tidak perlu membayar Rm 0.50 untuk beg kertas..oh..dan banyak peristiwa-peristiwa lain,yang malu untuk aku kongsikan di sini kerana takut riak..hahahah
1.First impression impress the most
Walaupun korang rugged tahap awek Chuck Taylor sekalipun,untuk memikat hati mak cik,first impression kena jaga.Korang kena lihat bagaimana perwatakan hati mak cik yang ingin korang pikat.Kalau bakal mak mertua tu jenis-jenis konvensional,tak perlu beria sangat la nak lilit-lilit tudung hana tajima,tudung bawal dah cukup comel dah sebenarnya.Tapi yang penting,jaga kekemasan dan kebersihan tu.Pakai apa yang comfortable dengan diri sendiri..
Tapi tak perlu la nak hipokrit bagai.Mementang nak kawen dengan Solah anak Ustaz Shauki,dan dan ko carik tudung labuh sekolah menengah agama yang ko dah campak belakang almari.Pakai tutup aurat,tak over,pandai-pandai sudah la kan.
2.Ketahui minat mak cik tersebut
Ini boleh diketahui dari anak mak cik tersebut,iaitu pakwe korang.Kalau random mak cik kat opis ke,boleh diketahui melalui perbualan sehari-harian dengan mak ciks tersebut..layankan aje topik perbualan dengan mak cik..contoh kalau haritu mak cik bukak cerita pasal masak asam pedas,korang boleh la baut-buat tanya,"mak cik suka masak asam pedas ke????ada resepi tak???biasa kat rumah buat camni camni,teringin jugak nak cuba cara lain sikit"..haaa..camtulah,walaupun lepas tu kat rumah haram ko tak try pun..wahahah..tapi kalau ko try lagi bagus,esok boleh cakap dengan mak cik tu,"saya dah try dah resepi mak cik bagi semalam..perghh..sedap betul"haaa...kompem mak cik akan terpikat dengan kau...
3.TOnjolkan satu@lebih ciri menantu idaman pada diri korang
Kalau korang pandai buat kek,sekali sekala boleh bagi pada mak cik.kalau korang pandai jahit baju ke,kemas rumah ke,apa kata sekali sekala berbudi kepada mak cik.Paling simple kalau korang jenis tak pernah jejak dapur ke,mesin jahit pun tak tau nak letak jarum kat mana,korang jadik pendengar yang baik untuk masalah-masalah mak cik.Kan senang tu....Mak cik-mak cik kan kuat bebel bercerita,kalau ada orang sudi melayan,lagi dorang syok weiiii
4.Bantu Mak cik di dalam kesusahan
antara bantuan yang boleh diberikan,sila rujuk entri aku yang--->ini
5.Jangan over
Berdasarkan survey,kebanyakan mak ciks tidak selesa dengan wanita-wanita yang terlalu over,terutamnya dengan anak-anak lelaki mereka.Jadi dengan itu,betapa sayangnya korang pada anak-anak mak ciks berkenaan,silalah jangan berkepit setiap masa,menunjukkan kemesraan luar nikah korang tu depan mata mak ciks.Itu adalah salah satu faktor untuk korang direjek,terutamanya oleh mak ciks yang masih berpegang teguh pada adat dan agama.
Korang juga walaupun nak mesra sangat dengan mak ciks tu,jangan la 24 jam keja nak telefon mak ciks la,susah mereka nak buat keja rumah,kang marah pulak pak ciks akibat bini mereka tidak membuat kerja rumah akibat melayan karenah korang.Contact berpada-pada sudah....
Kelebihan berbuat baik dengan mak ciks:
1.Anda akan mendapat pelbagai petua orang-orang lama,terutama dari segi penjagaan kecantikan dan petua rumah tangga.
2.Anda akan ditawarkan untuk dikenenkan dengan anak-anak atau sedara-mara mak ciks,maka pilihan itu semakin banyak..muahahahha
3.Jika mak cik itu adalah ibu boyfriend anda,anda akan diberi restu untuk dikahwini oleh anak beliau,silap-silap dia paksa anak dia pinang korang cepat-cepat.
4.Anda akan semakin popular di dalam komuniti,juga boleh menjadi role model gadis melayu terakhir di dalam kampung anda.silap-silap boleh menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Umno cawangan Parit Sulong.
5.Mak ciks tidak akan teragak-agak untuk membelanja korang makan.kadang-kadang sanggup untuk masakkan untuk korang lagu
Sekian sahaja tips aku untuk kali ini.Eh,lain kali terasa nak buat entri cara menawan hati pak ciks la pulak.Eh..tapi cam kontroversi la pulak..muahahahahha
No comments:
Post a Comment