Tuesday, September 06, 2011

Baraan adalah sesi marhaban beramai-ramai dari rumah ke rumah pada hari raya.

Masih dalam Bulan Syawal.So,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan BAtin

Daripada,
Sayer Yang Masih bujang...

Makin aku besar,makin takde mood nak celebrate raya.Siap ala-ala kadar.Ceh ko,ala kadar konon padahal beli kebaya merah kt Metro Kajang.Tu ko...ala kadar katanya.Wahahaha
Baju raya lain la,tapi keexcitedan nak beraya tu macam dah fade sikit.tak macam time muda remaja dulu.Puasa dah nak abes pun tak sedar lagi aritu,tau-tau dah nak raya,cuti raya lambat apply..Mungkin faktor usia,atau suasana persekitaran,atau faktor emosi yang mempengaruhi sambutan raya aku,ataupun,sambutan raya sekarang yang memang tak semeriah dulu.Bagaimanapun,aku nak jugak buat rumusan sambutan raya aku yang ala kadar ini:

1.Zaman kanak-kanak dulu,kemain rajin aku dengan adik-beradik aku merayap carik duit raya.Dulik hape aku tuan rumah tu aku kenal,janji Melayu.Agaknya kalau kt area aku tu aku kenal Cina Muslim ke,sila-silap aku bantai raya rumah beliau.Raya ketiga da start dah meround.
Tapi raya kali ni,selama 6 hari aku duduk rumah,ada sekumpulan je kanak-kanak beraya bersama kawan-kawan.Yang lain ada jugak,tapi mostly ikut family,takpun join bapak dia join Baraan(Johor:Kumpulan marhaban dari rumah ke rumah di hari raya).Mungkin faktor keselamatan kot menyebabkan parents susah nak lepas anak-anak kuar.dok la dengar culik sana,rogol sini.Seriau mak bapak

2.Rancangan TV raya adalah tak best.Cukup-cukup la main Zombie Kampung Pisang sampai namploh kali kat Astro,time raya pun nak main jugak ke cerita tu?Lagu-lagu raya baru juga tidak menunjukkan peningkatan,bertambah annoying adalah.Paling tak boleh terima lagu yang Upin Ipin tu nyanyi tu..Wahahha

P/s:ada jugak lagu yg dah lama sikit,yang sumbang,tapi masih dimainkan di radio,contoh:Lagu 4U2C yang bunyik macam mat lalok tu

3.Rekod untuk diri sendiri,pakai baju raya setiap kali nak keluar rumah bawak mak dan adik-adik beraya je.Itupun 1 je betul-betul baju dan tudung baru,iaitu masa raya pertama.Raya-raya seterusnya pakai baju recycle sudah.Takpe,orang gorgeous sarung baju sama namploh kali pun still nampak gorgeous..wakakakaka.

4.Petang raya kedua aku dah gi beraya BP Mall,pakai jeans,shawl dengan sweater je.Bajet Yuna masa zaman mula-mula naik la.Punca:Kemaruk nak minum Cool Blog setelah sebulan berpuasa tidak ada membeli Cool Blog,kerana malam tak rajin berbuka luar,makan kat rumah sambil tengok Fida annoying terkepit-kepit dalam kasih Alia.

5.Aku telah mendapati satu talent baru dalam diri aku,iaitu kemahiran menjala roti,atau bahasa saintifiknya membuat roti jala.HAri tu aku pulun 1 kg tepung untuk rombongan baraan yang datang beraya di rumahku.Jadi,untuk tahun depan,aku mungkin pertimbangkan untuk menjual roti jala di Bazaar Hentian Kajang.jangan bimbang,aku akan praktikkan Amalan Penjalaan yang baik,ataupun kita boleh panggil GNP(Good Netting Practices)-Ini adalah GMP bagi mebuat roti jala,maka roti jala aku adalah selamat dan sedap dimakan serta bebas dari pencemaran biologikal,kimia dan fizikal.

6.Aku masih mendapat duit raya sebanyak RM **,dan aku juga telah memberi duit raya sebanyak ** sahaja.ceh,kaver diri sendiri kedekut kan.Bukan kedekut,tapi aku sendiri lupa dah kena bagi duit raya tahun ni sebab asyik dapat duit raya je padahal dah siap-siap tukar kat bank dah.jadi sapa-sapa nak duit raya,boleh la beraya rumah aku,tapi x banyak la aku bagi,rm * aje..wahahahha.

Itu saje ulasan raya aku yang takde la meriah mana tahun ni.Tapi Ok la kot,dapat lagi beraya.Kot aku dok Somalia,takde peluang nak raya-raya camni.Jadi,kena bersyukur je dengan apa yang ada...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja