Tuesday, November 29, 2011

Journey yang tak abes tulis lagi

In the city where time travels,
She saw hundreds of body soiled,
Civilization built and destroyed,
People gather,people love,
People fight,people hate.
Where you wish time really inanimate,
where you really fall in love at first sight.
When you walk in the city,
You never wish to live in this century....

Talking about Syria okeh,bukan Kajang..wahaha..okeh kejam.
Sedang menulis dalam kesejukan angin Jordan.EH,tetiba Jordan.Di mana sebenarnya aku berada sekarang?Hahahha

Secara ringkasnya perjalanan aku macam ni.Ni gaya-gaya macam backpacker la,tapi upgrade sikit.Sebab ini first time aku fly tanpa khidmat travel agency.Tu pasal jakun,padahal orang lain dah berpuluh-puluh kali kannn..Hahaha:

21/11/2011(isnin)
Fly pukul 10.35 p.m from KLIA.Naik flight Royal Jordan.Berenti kat Bangkok jap.Nasib baik tak berenti sampai 7 jam macam masa nak gi umrah 2008.Kalau tak harus kejung aku merepek kat situ.

22/11/2011(Selasa)

Pukul 5 baru sampai Amman.Jap lagi adik aku bawak ke kereta Hyundai Sonata kan.Aku ingat beliau ada buat MLM kat sini,terus jadik jutawan.Rupanya Sonata tu prebet je kan.Kalau nak tau,prebet-prebet kat sini adalah high class,kereta yang digunakan adalah seperti Hyundai,Honda,Vios dan adik beradiknya.

contoh kereta


Kebetulan time aku datang adalah musim sejuk,suhu jatuh sampai 6 Celcius.Memang gigil-gigil

23/11/2011(Rabu)
The castle

Pergi Ajloun.Kota lama.tempat Salahuddin Al-Ayoubi bina menara untuk meninjau Palestin.Dari sini memang kau boleh nampak la suasana bandar,dan dari satu view boleh nampak Palestin.Tapi aku tak tau lak view yang mana.Maka aku meninjau-ninjau sekeliling,dan membuat anggapan sendiri.Hahahahha

view from minaret







Bersambung lepas balik Malaysia.Barang tak siap kemas lagi...Wahahhaha...

Monday, November 21, 2011

Ambik feel dulu~

Entri takde motif.Eh.macamkan entri sebelum ni ada motif.



bagi jakun lagi


Sekian,terima kasih

Friday, November 11, 2011

Jalan-jalan carik pasal

Soalan:nak jawab boleh,tapi takde hadiah
Kat Malaysia ada berapa banyak ayer hitam?
Sepengetahuan aku ada 2,kat Penang dan Johor.tapi ada pulak Plaza Tol ayer Hitam kt SKVE tu..pening..pening

Aku tak tau sistem penamaan nama tempat kat Malaysia ni.Certain places nama dekat-dekat nak sama,macam lah tempat tu dekat,tapi hakikatnya jauh nak mampus.Meh aku bagi situasi yang pernah aku alami:

Situasi 1

Masa tu aku nak hantar adik aku si Syahid tu pergi daftar kat Darul Quran,Ampang Pecah.Ok la,aku ni kan bajet otai slamber.Tak tau jalan main redah je.Last-last aku keluar kat highway PLUS plaza tol Sungai Besi,pastu baru nak on GPS.Punya lah suka aku tengok signboard Ampang tu bersepah-sepah kat Bandaraya Kuala Lumpur..Jap lagi ha....dekat 4 jam kot baru sampai kat DQ tu.phewww

Kesimpulan:Ampang adalah sangat sangat jauh dari Ampang Pecah,apatah lagi Ampangan.Tapi motif nama dekat-dekat.

Situasi 2:

Berkaitan nama Putra.Banyak sangat sibuk nak jadik Putra ni.Dulu ada Putrajaya,dan dan tempat-tempat sekitar tu diletak nama Putra macam Putra Height,Putra Mahkota,Kem PLKN putra putri Melaka tu tak termasuk la ye.

Situasi 3:

Satu daerah di 2 negeri yang berbeza.Kalau kat negeri tempat aku lahir,Gemas.Kalau negeri tempat aku kerja,Ampang dengan Cheras.Ada Ampang KL,ada ampang Selangor.Apa salah buat sedikit pengubahsuaian pada nama Ampang di negeri berbeza.Ini dah susah dah kehidupan nak differentiate sesuatu tempat tu dalam kawasan aku ke tak.Jangan lupa,aku ni kakak kawasan.Jadi perlu tahu kawasan mana yang dalam jajahan.Karang terkacau kawasan kongsi gelap lain susah pulak.

Jadi,aku perlu tahu kawasan aku untuk menentukan tempat di mana aku boleh buat huru hara.Wahahahha

Kesimpulannya:Belilah GPS untuk memudahkan kehidupa

Thursday, November 03, 2011

Bila bontot terpanggang a.k.a buthurt

Sejak kebelakangan ni bontot aku selalu kena panggang..
wahaha..tak payah la ko bayangkan bontot aku jadik sate kot..
Tapi nak cakap buthurt la ye,atau dalam bahasa melayu nya kita boleh cakap macam panas bontot la..hahahaha

1.kan dah cakap keja aku ni tak disukai ramai manusia.Tapi,mana la aku tau masa mula-mula mohon keja dulu!ada ke cakap sape suruh mohon jawatan tu.Abes tu,dah degree food tech,takkan la aku nak mintak keja jadik doktor gigi pulak,mati lah gigi korang semua kena cabut dengan aku.muahahaha..

Aku rasa macam lagi bagus kalau dekat pemilihan jawatan SPA tu,tulis sebelah jawatan aku.
Amaran:Jawatan ini TIDAK disukai ramai.Sila mohon HANYA JIKA anda berjiwa kental dan tahan kutukan.

2.Kalau tak suka jawatan aku pun,perli2 kutuk2 yang bawahan ni dapat apa?Abes nak suruh aku berlari-lari bogel melarikan diri keluar dari pejabat?Aku pun tak mampu nak berbuat apa-apa.kang aku x dtg keja kang,haram pulak duit gaji hasil kutipan cukai rakyat tu.

3.Aku sedaya upaya tak nak kacau benda yang tak perlu aku kacau.certain time macam pening kepala bila org2 atasan suruh buat macam-macam.dengan arahan serta-merta lagi pelik-pelik.wahai mak cik pak cik gaji tinggi,sila fikirkan la nasib kami-kami di bawah ni.buat keputusan tu.tak payahla gila kuasa sgt kan.

4.Korang yang tak suka sangat dengan keja aku ni,sila bayangkan anak-anak,bini-bini atau keluarga korang dapat keja macam aku.Tak tau apa-apa pun masa mohon.Korang bayangkan.....Kitorang tak mintak pun semua ni terjadik.kan menurut perintah je.Nak marah,marah la boss besar tu.TOlong la FAHAM

Aku harap post ni tak menimbulkan kontroversi dan salah faham.Ada officemate yang baca blog ni,aku tau sebab aku sendiri yang promote.Muahahahahaha...Aku sekadar nak luahkan perasaan aku yang stress ni je..korang-korang opismate aku ok je,baik semuanya..Yang buat aku migrain sampai loya2 tu orang2 lain...

Sekian,terima kasih.nak komen boleh komen.tapi jangan la komen yang ibarat menambah api di bontot je


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja