Friday, November 11, 2011

Jalan-jalan carik pasal

Soalan:nak jawab boleh,tapi takde hadiah
Kat Malaysia ada berapa banyak ayer hitam?
Sepengetahuan aku ada 2,kat Penang dan Johor.tapi ada pulak Plaza Tol ayer Hitam kt SKVE tu..pening..pening

Aku tak tau sistem penamaan nama tempat kat Malaysia ni.Certain places nama dekat-dekat nak sama,macam lah tempat tu dekat,tapi hakikatnya jauh nak mampus.Meh aku bagi situasi yang pernah aku alami:

Situasi 1

Masa tu aku nak hantar adik aku si Syahid tu pergi daftar kat Darul Quran,Ampang Pecah.Ok la,aku ni kan bajet otai slamber.Tak tau jalan main redah je.Last-last aku keluar kat highway PLUS plaza tol Sungai Besi,pastu baru nak on GPS.Punya lah suka aku tengok signboard Ampang tu bersepah-sepah kat Bandaraya Kuala Lumpur..Jap lagi ha....dekat 4 jam kot baru sampai kat DQ tu.phewww

Kesimpulan:Ampang adalah sangat sangat jauh dari Ampang Pecah,apatah lagi Ampangan.Tapi motif nama dekat-dekat.

Situasi 2:

Berkaitan nama Putra.Banyak sangat sibuk nak jadik Putra ni.Dulu ada Putrajaya,dan dan tempat-tempat sekitar tu diletak nama Putra macam Putra Height,Putra Mahkota,Kem PLKN putra putri Melaka tu tak termasuk la ye.

Situasi 3:

Satu daerah di 2 negeri yang berbeza.Kalau kat negeri tempat aku lahir,Gemas.Kalau negeri tempat aku kerja,Ampang dengan Cheras.Ada Ampang KL,ada ampang Selangor.Apa salah buat sedikit pengubahsuaian pada nama Ampang di negeri berbeza.Ini dah susah dah kehidupan nak differentiate sesuatu tempat tu dalam kawasan aku ke tak.Jangan lupa,aku ni kakak kawasan.Jadi perlu tahu kawasan mana yang dalam jajahan.Karang terkacau kawasan kongsi gelap lain susah pulak.

Jadi,aku perlu tahu kawasan aku untuk menentukan tempat di mana aku boleh buat huru hara.Wahahahha

Kesimpulannya:Belilah GPS untuk memudahkan kehidupa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja