Saturday, December 31, 2011

Recap 2011

Last day of 2011,aku kat opis ni.Rajin bukak??Meh puji rajin,sebab aku masuk opis weekend bukan dapat claim OT pun....

Tak macam tahun lepas,aku siap recap balik entries setiap bulan.Tahun ni tak boleh buat macam tu,sebab tak banyak entry.Aku amatlah kasihan dengan nasib blog aku sebab beliau memang terabai sungguh tahun 2011 ni.Apa nak dibuat.aku kan bajet busy.

Life tahun ni sangat miserable dan ada baaaaanyak sangat kejutan.Sungguh,alam study adalah tak sama langsung dengan alam kerja,dan tahun ini jugak aku rasa aku dah jadik parts of drama minggu ini.

1.Career

Alhamdulillah,aku murah rezeki dapat kerja tetap tahun ni.Tapi,aku ada sedikit terkilan kerana kerjaya ini dibenci segelintir orang.Lantaklah,bukan guna duit ko pun bayar gaji aku.Dunia menuju transformasi kot,bukan gila kuasa.Mula-mula aku agak pening juga memikirkan semua ini,tapi dengan supports daripada banyak pihak,aku ada sedikit kuat la.Aku harap tahun depan aku bertambah kuat,sebab dugaan tahun depan bukan calang-calang.Siap ada dengar rancangan nak mengenakan aku pulak tu.Lantak ko la jang.....Aku rasa setiap kali aku berselisih dengan ko,aku akan baca ta'wuz untuk menjauhkan setan-setan yang berlegar kt kepala otak ko tu untuk mencari idea bagi mengenakan aku.Hahahahha

2.Cinta

Aku tak kahwin lagi.Hahaha.Pakwe?Biarlah rahsia.Aku bajet diva Siti Nurhaliza nih.Tapi tahun ni ada terlibat sedikit dengan drama.So far,takde pulak kes tarik-tarik rambut kan.drama apa?I choose to silence sebab drama ini bukannya best macam Cinta ELisa pun.

Tahun ni ramai kawan-kawan kahwin.Tahniah la kepada korang semua.Doakan la aku yang masih single lagi ni.

3.Rohani

Tahun ni agak teruk sikit sebab banyak solat di akhir waktu.ada jugak beberapa kali terlepas waktu solat.Mengaji dan solat sunat pun tak banyak.Astaghfirullahal Azim...Sikit sangat bekalan yang aku bawak pada tahun ni.

4.Keluarga

Hubungan kami sekeluarga memang rapat.Tahun ni aku ada melawat adik aku kat Jordan.dah nak abes belajar dah beliau tu.Alhamdulillah,Allah murahkan rezeki untuk adik-adik aku sambung belajar.Syahid dah kt UIA lepas tamatkan sijil hafazan kt Darul Quran,Shahir dekat UKM ngaji farmasi,Syukur lak tahun depan nak amek SPM.

Family always first.Tu pasal kalau xde apehal,aku akan balik kampung melepak dengan mak dan adik-adik aku.Seronok okehhh...tahun depan aku ada merancang percutian bersama family ke Sabah,harap terlaksanalah kann..

5. Kemahiran lain

Tahun ni aku mula memasak untuk makan malam di rumah sewa.Better than 2010,sebab 2010 boleh kira dengan jari berapa kali aku masak.Pulak tu makan untuk sendiri je.Tahun 2011 ni aku ada buat sedikit improvement iaitu:

1.Buat roti jala dan kuah kari untuk hidangan tetamu semasa marhaban di hari raya.
2.Memasak berbuka puasa untuk diri sendiri dan housemate.
3.Memasak makan malam sendiri.Kurang dah beli kat kedai.

Aku ada beli buku resepi,dan follow la sikit-sikit.Tak la perfect,tapi jadik la rendang daging,pakapau,udang goreng butter dan ada lain-lain jugak.

Kemahiran menjahit masih zero lagi.Aku rasa tahun ni mungkin nak join jugak.

AKu harap 2012 aku akan bertambah elok dan baik..AKu tahu 2012 aku memang akan mencabar kesabaran dan pemikiran aku,tapi what to do?Life must go on..Hidup ni bukan semua orang suka,bukan semua orang benci,dan tahun depan aku akan buat yang terbaik,InsyaAllah...

Thursday, December 22, 2011

JOurney yang dah berzaman

Oleh kerana akhir tahun adalah sibuk.Maka haruslah aku menghapdate blog jarang-jarang ya amat.Dah berkulat ko cerita aku gi Jordan Syria ni,tapi pedulik hape aku..hew hew hew.Tapi tiadalah pula aku boleh membuat catatan seumpama diari seperti entry yang lepas,kerana aku sudah lupa aktiviti berdasarkan tarikh.Sungguh huduh perangai sebegini bukan.Jadi aku ingin membuat pendekatan iaitu hapdet berdasarkan tempat dan aktiviti.Boleh?

1.Souq Hamidiyah,Damascus,Syria


Ini memang syurga kaum wanita,juga gadis seperti aku,tapi yang lebih seksi,banyak.Okeh merapu.Comel kot lagu Shila Hamzah tukar tu.




Boleh makan hati okehh ko masuk dalam ni..giloss punya murah.Abaya sebegini hanyalah RM100 sahaja.Tapi jikalau anda pandai mengenyit mata kepada Pak Arab,RM60 pun dapat hokeh...


Bukan setakat jubah,tudung syria yang engkorang memang boleh rambang mata dan rabak poket melihatnya.Itu sudah wajib la.Malahan terdapat juga benda-benda yang agak ko rasa macam pelik jua seperti Pakaian tidur dan dalaman yang sexy.Namun,berhenti berharap kerana blog ini tidak menayangkan gambar-gambar sebegini.Hew hew hewwww

Setakat jalan TAR???Wayyyyy behind..ini Jalan Tar,ko pusing 3 kali..Pulak tu ni baru 1 souq.Tak silap aku ada 3 souq lagi kot.Tapi yang ni lagi besar la...


2.Masjid Umayyah




Anda-anda yang ke Syria tetapi terlupa nak singgah masjid ni sebab khusyuk bebenar shopping kt Souq Hamidiyyah,wajar membeli tiket flight nak patah balik.Rugi okeh!!!Manaa satu tempat ko nak jumpa makam nabi yahya,makam Saidina Hussin,Makan Salahuddin Ayubi dan masjid lama tinggalan Bani Umayyah?!Kat sini hokeh...Tak jauh dari Souq Hamidiyyah..Straight je kat situ

3.Damascus Old City

KO kalau nak fefeeling Marjinah Ali Baba Bujan lapok,meh gi sini.Pastu menyanyi lompat apek ada longkang.


Yang dalam gambar tu adik Marjinah,nama beliau adalah MArjonah.Sekian,terima kasih.

Tapi memang fefeeling zaman Arab dulu-dulu lah.Pulak tu ada kesan tinggalan sejarah tiang-tiang Rom..perghhh boleh perasan Herculas kalau lelaki,kalau pompuan,boleh la fefeeling Hera kannnn...


Ada jugak roman bath kat situ.Tapi aku pemalu,jadik aku tak masuk.Hohohoh...

4.Masjid saidatina Zainab




Overall journey aku dan cadangan untuk korang-korang yang berminat nak melancong ke Syria dan Jordan:

1.Kat Syria kau jadik orang kaya,dan kat Jordan ko boleh jadik orang miskin.Sebab RM1 adalah sama dengan 15 Lira Syria.Pulak tu harga barang-barang adalah murah dengan kehadiran Souqs.Tapi kat JOrdan,1 JD=RM 4.50 gitulah.Dah la harang barang mahal.Jadi kalau kau suka shopping,tahan nafsu sikit kt JOrdan.Tapi lampiaskanlah di Syria.

2.Pergi pastikan  musim.Dah kalau member ko cakap kat sana musim sejuk,ia memang betul-betul sejuk.Jenis ko simpan susu Marigold kat ruang tamu je(tanpa pemanas),esok malam still elok lagi.Maknanya,ia adalah suhu chiller.Jangan degil macam haku ok.dan kalau panas,memang tahap berdarah idung.Jadi fesyen pakai shawl 4 lilit,pakai cardigan,pastu sarung blaus baby doll,pastu pakai inner memang boleh buat ko mati dibunuh outfit sendiri.

3.Time shopping,pandai-pandai la belasah Bahasa Arab yang ko tinggal pat taun lepas.Nescaya diskaun akan bertambah meriah.Kalah Sen Heng.Tapi tak pandai arab takpe,ramai je paham simple English.

4.Kalau nak fefeeling anggota Arashi ke,WOnder Girls ke.Meh datang sini.Sebab diorang selalu je tertukar Malaysian dengan Japanese dan KOrea.Nasib baik aku tak menari Nobody kt tengah-tengah Hijas Square.Kompem dorang mintak autograf.Hew hew hewwwwww

5.Karenah birokrasi memang membebankan.Tapi once dorang tau korang dari Malaysia memang akan diberi layanan bagus.Tapi aritu aku kena bahan jugak sebab Malaysia kalah lawan bola dengan Syria.

6.Jangan memandai nak masuk campur borak hal politik dengan Syrian,dan jangan sesekali mengutuk raja Jordan.Pasti anda akan dijamu capal Arab di dalam mulut.

7.Tabahkan hati,kuatkan semangat menaiki teksi atau prebet Arab.Adik beradik Schumacher  dorang tu.Hon tu bunyik sama banyak je dengan iklan kt Hot FM kalau kat Malaysia ni.

8.Kalau nak diskaun shopping dan elakkan diketuk,jangan mengaku tourist,tapi mengaku students.Rasonal:tourist kompem banyak duit,student nampak cikai dan loko.Jadi mestilah mendapat harga yang murah.

Tapi,buat masa sekarang,elak-elakkan dulu daripada melancong ke Syria.Sebab macam ada pergolakan politik sikit.hari tu ngilu urat saraf aku tengok perhimpunan menari berjoget-joget sokong presiden depan hotel aku .Nasib baik takde keganasan berlaku.

Tapi kalau Jordan,setakat ni memang aman.Recommended la pegi..

Estimate Perbelanjaan secara kasar:

Tiket pergi balik:RM 3000 
Visa:Setiap kali masuk Jordan:RM 60
Penginapan:Kat jordan tumpang rumah adik aku,so free
Kt Syria dalam 200 la sebilik hotel 3 star
Makan:depends.Kalau kat restoran ada class dalam 50 la sorang.Tapi kalau setakat shawarma tepi jalan RM 5 la cukup.
Teksi:dari airport ke IRbid(rumah adik aku):dalam RM 80 kot.Lebih kurang tu jugak la dari Irbid ke Damascus
Shopping:Bawak RM 10 pun takpe,tapi dapat la 2 shawl takpun 1 tudung Syria.Kalau bawak RM 2000,boleh la ko buat bisnes jubah kat Malaysia.Tapi kalau setakat abaya dalam RM 70-100 dapat la.Jubah trench coat RM120(kat Malaysia RM200).Jubah biasa penuh manik RM 100.Sweater benang kait macam aku pakai dalam pic tu RM60je.

Sekian,ulasan aku untuk trip kali ini....Perghhh..ada bakat tak gua nak jadik pengacara 3 hari dua malam??





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja