Last day of 2011,aku kat opis ni.Rajin bukak??Meh puji rajin,sebab aku masuk opis weekend bukan dapat claim OT pun....
Tak macam tahun lepas,aku siap recap balik entries setiap bulan.Tahun ni tak boleh buat macam tu,sebab tak banyak entry.Aku amatlah kasihan dengan nasib blog aku sebab beliau memang terabai sungguh tahun 2011 ni.Apa nak dibuat.aku kan bajet busy.
Life tahun ni sangat miserable dan ada baaaaanyak sangat kejutan.Sungguh,alam study adalah tak sama langsung dengan alam kerja,dan tahun ini jugak aku rasa aku dah jadik parts of drama minggu ini.
1.Career
Alhamdulillah,aku murah rezeki dapat kerja tetap tahun ni.Tapi,aku ada sedikit terkilan kerana kerjaya ini dibenci segelintir orang.Lantaklah,bukan guna duit ko pun bayar gaji aku.Dunia menuju transformasi kot,bukan gila kuasa.Mula-mula aku agak pening juga memikirkan semua ini,tapi dengan supports daripada banyak pihak,aku ada sedikit kuat la.Aku harap tahun depan aku bertambah kuat,sebab dugaan tahun depan bukan calang-calang.Siap ada dengar rancangan nak mengenakan aku pulak tu.Lantak ko la jang.....Aku rasa setiap kali aku berselisih dengan ko,aku akan baca ta'wuz untuk menjauhkan setan-setan yang berlegar kt kepala otak ko tu untuk mencari idea bagi mengenakan aku.Hahahahha
2.Cinta
Aku tak kahwin lagi.Hahaha.Pakwe?Biarlah rahsia.Aku bajet diva Siti Nurhaliza nih.Tapi tahun ni ada terlibat sedikit dengan drama.So far,takde pulak kes tarik-tarik rambut kan.drama apa?I choose to silence sebab drama ini bukannya best macam Cinta ELisa pun.
Tahun ni ramai kawan-kawan kahwin.Tahniah la kepada korang semua.Doakan la aku yang masih single lagi ni.
3.Rohani
Tahun ni agak teruk sikit sebab banyak solat di akhir waktu.ada jugak beberapa kali terlepas waktu solat.Mengaji dan solat sunat pun tak banyak.Astaghfirullahal Azim...Sikit sangat bekalan yang aku bawak pada tahun ni.
4.Keluarga
Hubungan kami sekeluarga memang rapat.Tahun ni aku ada melawat adik aku kat Jordan.dah nak abes belajar dah beliau tu.Alhamdulillah,Allah murahkan rezeki untuk adik-adik aku sambung belajar.Syahid dah kt UIA lepas tamatkan sijil hafazan kt Darul Quran,Shahir dekat UKM ngaji farmasi,Syukur lak tahun depan nak amek SPM.
Family always first.Tu pasal kalau xde apehal,aku akan balik kampung melepak dengan mak dan adik-adik aku.Seronok okehhh...tahun depan aku ada merancang percutian bersama family ke Sabah,harap terlaksanalah kann..
5. Kemahiran lain
Tahun ni aku mula memasak untuk makan malam di rumah sewa.Better than 2010,sebab 2010 boleh kira dengan jari berapa kali aku masak.Pulak tu makan untuk sendiri je.Tahun 2011 ni aku ada buat sedikit improvement iaitu:
1.Buat roti jala dan kuah kari untuk hidangan tetamu semasa marhaban di hari raya.
2.Memasak berbuka puasa untuk diri sendiri dan housemate.
3.Memasak makan malam sendiri.Kurang dah beli kat kedai.
Aku ada beli buku resepi,dan follow la sikit-sikit.Tak la perfect,tapi jadik la rendang daging,pakapau,udang goreng butter dan ada lain-lain jugak.
Kemahiran menjahit masih zero lagi.Aku rasa tahun ni mungkin nak join jugak.
AKu harap 2012 aku akan bertambah elok dan baik..AKu tahu 2012 aku memang akan mencabar kesabaran dan pemikiran aku,tapi what to do?Life must go on..Hidup ni bukan semua orang suka,bukan semua orang benci,dan tahun depan aku akan buat yang terbaik,InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment