Oleh kerana akhir tahun adalah sibuk.Maka haruslah aku menghapdate blog jarang-jarang ya amat.Dah berkulat ko cerita aku gi Jordan Syria ni,tapi pedulik hape aku..hew hew hew.Tapi tiadalah pula aku boleh membuat catatan seumpama diari seperti entry yang lepas,kerana aku sudah lupa aktiviti berdasarkan tarikh.Sungguh huduh perangai sebegini bukan.Jadi aku ingin membuat pendekatan iaitu hapdet berdasarkan tempat dan aktiviti.Boleh?
1.Souq Hamidiyah,Damascus,Syria
Ini memang syurga kaum wanita,juga gadis seperti aku,tapi yang lebih seksi,banyak.Okeh merapu.Comel kot lagu Shila Hamzah tukar tu.
Yang dalam gambar tu adik Marjinah,nama beliau adalah MArjonah.Sekian,terima kasih.
Tapi memang fefeeling zaman Arab dulu-dulu lah.Pulak tu ada kesan tinggalan sejarah tiang-tiang Rom..perghhh boleh perasan Herculas kalau lelaki,kalau pompuan,boleh la fefeeling Hera kannnn...
Ada jugak roman bath kat situ.Tapi aku pemalu,jadik aku tak masuk.Hohohoh...
4.Masjid saidatina Zainab
Overall journey aku dan cadangan untuk korang-korang yang berminat nak melancong ke Syria dan Jordan:
1.Kat Syria kau jadik orang kaya,dan kat Jordan ko boleh jadik orang miskin.Sebab RM1 adalah sama dengan 15 Lira Syria.Pulak tu harga barang-barang adalah murah dengan kehadiran Souqs.Tapi kat JOrdan,1 JD=RM 4.50 gitulah.Dah la harang barang mahal.Jadi kalau kau suka shopping,tahan nafsu sikit kt JOrdan.Tapi lampiaskanlah di Syria.
2.Pergi pastikan musim.Dah kalau member ko cakap kat sana musim sejuk,ia memang betul-betul sejuk.Jenis ko simpan susu Marigold kat ruang tamu je(tanpa pemanas),esok malam still elok lagi.Maknanya,ia adalah suhu chiller.Jangan degil macam haku ok.dan kalau panas,memang tahap berdarah idung.Jadi fesyen pakai shawl 4 lilit,pakai cardigan,pastu sarung blaus baby doll,pastu pakai inner memang boleh buat ko mati dibunuh outfit sendiri.
3.Time shopping,pandai-pandai la belasah Bahasa Arab yang ko tinggal pat taun lepas.Nescaya diskaun akan bertambah meriah.Kalah Sen Heng.Tapi tak pandai arab takpe,ramai je paham simple English.
4.Kalau nak fefeeling anggota Arashi ke,WOnder Girls ke.Meh datang sini.Sebab diorang selalu je tertukar Malaysian dengan Japanese dan KOrea.Nasib baik aku tak menari Nobody kt tengah-tengah Hijas Square.Kompem dorang mintak autograf.Hew hew hewwwwww
5.Karenah birokrasi memang membebankan.Tapi once dorang tau korang dari Malaysia memang akan diberi layanan bagus.Tapi aritu aku kena bahan jugak sebab Malaysia kalah lawan bola dengan Syria.
6.Jangan memandai nak masuk campur borak hal politik dengan Syrian,dan jangan sesekali mengutuk raja Jordan.Pasti anda akan dijamu capal Arab di dalam mulut.
7.Tabahkan hati,kuatkan semangat menaiki teksi atau prebet Arab.Adik beradik Schumacher dorang tu.Hon tu bunyik sama banyak je dengan iklan kt Hot FM kalau kat Malaysia ni.
8.Kalau nak diskaun shopping dan elakkan diketuk,jangan mengaku tourist,tapi mengaku students.Rasonal:tourist kompem banyak duit,student nampak cikai dan loko.Jadi mestilah mendapat harga yang murah.
Tapi,buat masa sekarang,elak-elakkan dulu daripada melancong ke Syria.Sebab macam ada pergolakan politik sikit.hari tu ngilu urat saraf aku tengok perhimpunan menari berjoget-joget sokong presiden depan hotel aku .Nasib baik takde keganasan berlaku.
Tapi kalau Jordan,setakat ni memang aman.Recommended la pegi..
Estimate Perbelanjaan secara kasar:
Tiket pergi balik:RM 3000
Visa:Setiap kali masuk Jordan:RM 60
Penginapan:Kat jordan tumpang rumah adik aku,so free
Kt Syria dalam 200 la sebilik hotel 3 star
Makan:depends.Kalau kat restoran ada class dalam 50 la sorang.Tapi kalau setakat shawarma tepi jalan RM 5 la cukup.
Teksi:dari airport ke IRbid(rumah adik aku):dalam RM 80 kot.Lebih kurang tu jugak la dari Irbid ke Damascus
Shopping:Bawak RM 10 pun takpe,tapi dapat la 2 shawl takpun 1 tudung Syria.Kalau bawak RM 2000,boleh la ko buat bisnes jubah kat Malaysia.Tapi kalau setakat abaya dalam RM 70-100 dapat la.Jubah trench coat RM120(kat Malaysia RM200).Jubah biasa penuh manik RM 100.Sweater benang kait macam aku pakai dalam pic tu RM60je.
Sekian,ulasan aku untuk trip kali ini....Perghhh..ada bakat tak gua nak jadik pengacara 3 hari dua malam??
No comments:
Post a Comment