Cis..apesal la aku boleh lupa pulak nak update blog sempena birthday aku?!bukan itu sahaja,sepanjang bulan birthday aku?!ini tidak pernah terjadi sepanjang gua berblog.selalu paling-paling cipan pun selang dalam seminggu gitu.tapi ini sebulan tidak hapdet blog.memang over.
Thanks for the wishes and birthday presents.Tahun ni dapat suprise yang mengejutkan,which I appreciate them very much =)..Anyway,dah 24.Tahun depan dah 25,dah suku abad,dah tua..ehehehe
Setahun gap 24 nak pergi 25 amat amat mencabar.yes,transition state yang amat kejam.The worst thing is when u are accidentally attracting 'unwanted' people.bahaha..ayat cas perasan cun aje kan..tapi tu masalah besar aku semasa nak naik umur 25.Dasar orang tak hot,sekali kena ngorat terus perasan kan.aku tau korang nak cakap camtu T_T
Dalam umur ni mula belajar mengenai kematangan,dalam kerja,kehidupan dan soal hati.Mungkin tak semua sesuai diceritakan di sini,kerana ada ruang yang perlu,untuk aku jaga hati aku,dia dan mereka yang terlibat.Cukup aku katakan dalam setahun ini kehidupan agak menduga kesabaran aku.Sekali dua mudah ditepis,berkali-kali memang menangis.Tapi semua tu asam garam dalam kehidupan,aku perlu lalui dengan tenang,sabar dan redha.
Apapun,banyak lagi tak tercapai dalam usia 24.Segan kot aku.Sultan Muhammad Al_fatih umur 21 dah tawan Kostantinople, aku ni umur 25 ketahanan diri sendiri pun tak tertawan.Mark Zuckenberg Yahudi tu umur 25 dah jadi antara 100 orang paling berkuasa di dunia,aku umur 24 nanti nak jangan kata berkuasa di dunia,berkuasa di Taman Tenaga pun belum tentu,sampai anjing pun TAK TAKUT dengan aku, berani kejar aku.EH,cerita kena kejar anjing ni memang betul,nasib baik aku sempat lari laju-laju.Memang tak dapat la dia gigit aku.Prinsip aku dalam kejadian tu,jatuh sekali,tak bermakna kena gigit akhirnya,sebab walaupun aku jatuh akibat putus selipar,aku masih berjaya bangkit dan berlari sehingga ke tangga.
Akibat kejadian itu: Tapak kaki kiri aku parah dan luka,manakala kaki terseliuh kedua-dua belah.Dapat MC 2 hari.Hari ketiga boleh drive balik JOhor.Tegar bukan???
Perancangan menuju umur 25:Aku nak jadik orang yang lebih terancang dan berdisiplin.Tu je..
Perkara yang baik aku telah lakukan menuju umur 24:Kurangkan marah.Sekarang ni aku dah jarang sangat nak marah,sebab aku jadik malas nak layan kalau ada benda-benda jengkel.
Itu je..Babai..hahaha
2 comments:
salam,hai..kenal bleh?
hepy belated day..:)
-Annur-
huhu... insaf la bace post ni. sy yg dah tua ni langsung xde pencapaian yg memberangsangkan.. T_T
selamat hari menjadi-jadi awk sekarang ye...
Post a Comment