Aku terpanggil menulis post ini dgn semangatnya setelah berbulan-bulan tak menulis.Thanks kepada kawan-kawan fb kerana banyak me,beri ilham menulis melalui status-status mereka.
Antara yang menarik adalah mengenai persoalan yg mempersoalkan kewajaran saintis yang dedulu kata kekonon kopi tak bagus,sekarang kata bagus,dulu kata kacang soya baik,sebenarnya konspirasi amerika tu je.
Pegangan aku ialah:takde dalam dunia ni natural food yang terlalu baik sampai kau boleh makan tanpa limit,dan takde natural food yang terlalu merbahayakan sampai kau kena jauhi(melainkan yang terang-terang diharamkan dalam quran kerana mudaratnya melebihi manfaat seperti arak dan babi).kenapa aku sebut NATURAL food,sebab dalam discussion nk aku excludekan over processed food yg berlebihan additive,yg additive setakat preservative conditioner pn aku msuk skop jgkla he..haha,ngelat.
Aku sungguh tak faham dlm dunia ni ada org terlampau mengharamkan sesuatu jenis makanan yang halaltanpa sebab yang kukuh,dan ada golongan yang terlampau taksub dgn sesuatu makanan sampai nak makan benda tu je.Pada aku,setiap makanan yang allah cipta dalam dunia ada hikmahnya,dan nabi tak pernah amalkan makan secara vege je,tp baginda pn x makan daging setiap hari.Keyword untuk menentukan sesebuah makanan tu sihat@tak adalah kesederhanaan.
Contoh mudah,kopi,secawan memang ada fungsinya,boleh tingkatkan alertness,tapi dah minum 6 cawan sehari,memanglah jem kepala ko,silap2 esok boleh jalan.malah,oat yng dikatakan baik untuk jantung pun,dah kalau overdose boleh menyebabkan kanser kolon kau tau!tadi aku baca buku dr zubaidi pun beliau kata even air kosong yang baik tu kau minum overdose pn boleh menyebabkan sawan sebab dia mencairkan mineral2 dalam badan dan juga boleh menyebabkan badan jadi lemah.itu patient tu baru minum 4 liter tu,tu yg aku pelik kekadang produk diet suruh customer minum sampai 5 liter sehari,senangkata minum 8 gelas je dahla,melainkan kau membanting tulang di bawah panas mentari.
Kesimpulan,dalam hal makan minum ni,ikut betul-betul sunnah nabi,makan selepas lapar,berhenti sebelum kenyang.amekla pelbagai jenis makanan yang halal dan tak over processed secara sederhana..insyallah ok sahaja
No comments:
Post a Comment