Wah tajuk,kemain.bajet serius kan.Takpe,entri ni semi serius.
Sejak kebelakangan ni,banyak sangat produk kesihatan yang berlambak-lambak kat pasaran.yang paling glemer kompemlah nak kurus.Selain tu sekarang ni hebat kau,nak putih pun boleh main telan pil je,papp,besok menjelma lah kau jadik Snow White.
Tapi ada satu kepelikan berkenaan suatu situasi,setiap tahun semakin banyak produk kurus keluar,dulu main pil-pil je,zaman sekarang dengan susunya,minumannya,majalah diet berlambak,tapi zaman sekarang makin ramai orang gemuk.Contohnya,pada 1996,peratus orang obese hanyalah 4.4%,tapi 10 tahun lepas tu iaitu pada 2006,peratus tu naik 3 kali ganda menjadi 14.0 %,dan pada 2011 ianya menjadi 33.6% (Mohamud et,al.2011).Pelik bukan?
Sekarang,mari kita melihat claim yang selalu diwar-warkan oleh ejen produk kesihatan(sebab selalu manufacturer takde benda,dia pandai,sendiri tak tulis kat label,biar ejen je bising lebih-lebih,nanti aku bagitau kenapa):
Kenyataan 1:
Produk kami bukan ubat,drugs,kami hanya makanan kesihatan tambahan
Fakta:Kenyataan ini memang la betul,bukan auta.Tapi faktanya kebanyakan company cuba mengelak risiko diklasifikasikan sebagai ubat,sebab nanti leceh,banyak sangat prosedur,pendaftaran nak kena ikut.Jadi untuk mengelakkan kelecehan berlebihan,maka mereka akan meletakkan bahan aktif (collagen,tongkat ali,gingko billoba,etc) kurang daripada 20%,makanya jika ia kopi kollagen,ianya klu bawah peraturan makanan 1985,dudukla sebaris dengan Ipoh white Coffee 3 in 1.So,oleh sebab dia bukan duduk bawah ubat,ianya ikutlah peraturan makanan,kena berapa persen kopi,dan tak perlu berdaftar pun dengan KKM.
Cuba korang bayang,kalau 1 sachet tu ada 15 g serbuk kopi la kekonon,peratus tongkat ali tu memang akan kurang dari 20% sebab kalau lebih takdenya boleh jual kt tempat biasa-biasa,farmasi je.Memang ciput sangat la.Takdenya menambah kekuatan tenaga batin engkorang tu.
Kenyataan 2:
Produk kami diluluskan KKM.Tak caye ni no pendaftaran(tapi dia bukan MAL code)
Aha..pernah jumpa bendalah camni.Pastu dekat laman web setepek letak surat pengkelasan produk kekonon diiktiraf KKM lah,
Sambungan daripada kenyataan 1,untuk makluman korang,pengeluar yang tak pasti produk dia dok bawah ubat ke tak,makanya boleh la pergi kt bahagian food mintak food yang kelaskan dia food@ubat.Kalau ubat,dia hendaklah mendapatkan nombor pendaftaran dekat bahagian farmasi(alah,nombor yang ada MALXXXXXXK tu).
Tetapi,ada certain company menyalahgunakan surat pengkelasan produk yang dikeluarkan KKM tu,iaitu dengan meletakkan nombor rujukan surat pengkelasan tu dekat produk,which is a big no no.Surat tu adalah untuk mengkelaskan produk dan bukannya untuk tujuan pengiklanan.Food tak pernah keluarkan surat kelulusan produk,melainkan untuk ais dan air mineral/air minuman berbungkus je.Kalau ada jajan ke,kopi ke bagitau ada kelulusan KKM,penipu besar tu.
Kenyataan 3:
Produk XXX adalah susu terbaik di dunia
Perasan tak kalau claim macam ni tak pernah diletakkan di label produk,cuma diwar-warkan di FB penjual produk,pastu tag gambar orang lain..grrrr...Sebab apa manufacturer tak letak,sebab kalau dia letak jugak,makanya dia telah melakukan kesalahan dari segi perlabelan,dan boleh menyebabkan kena DENDA okeh. Jadinya untuk langkah bijak,ajar la ejen-ejen skrip terancang.so,dia takdelah kena denda sebab tak diletak di dalam label.
Kenyataan 4:
Produk XY telah berjaya menurunkan berat saya sebanyak 75 kg
Sebenarnya kan,bukan produk tu punca utama korang boleh turun,tapi sebenarnya adalah Kalori defisit.Imagine,breakfast amek produk tu ( 180 kcal),malam pun amek produk tu lagi (180 kcal).So baru 360 kcal.Kalau pompuan biasa standard la kena amek 1500 kcal,jadinya ada baki dalam 1140 kcal.Melantak set lunch McDonalds baru 900 kcal.Sebab tu la memasing claim "Boleh kurus walaupun makan Mc D dan tak bersenam".aah,memanglah kurus tapi bukan kurus dengan cara yang sihat.Cipta kalori defisit macam tu memanglah boleh kurus.
Kebaikan meal replacement ni pulak,dia dak pack nutrisi dalam tu,pastu kurang lemak.jadik instead of korang cekau nasi lemak pepagi buta,sekurang-kurangnya berkhasiatlah sikit breakfast tu.Tapi tak merasalah nikmat makan real food tu.Personally,aku ada jugak amek produk Herbalife,tapi takdelah bergantung sangat,kekadang amek bendalah Fornula 1 tu masa breakfast je,malam aku makan Real Food macam salad sayur ke,oat campur skim milk ke,boleh jugak turun berat.Pastu tambah dengan bersenam,jadi tak payah la bergantung harap dengan produk sangat.
Pesanan penaja:
Terpulang pada diri masing-masing untuk consume makanan kesihatan atau tidak.Sendiri punya duit,sendiri punya body,sendiri fikir perlu@tidak.jangan main amek je sebab terpengaruh dengan iklan@kawan-kawan.Nak amek produk pun perlu ada ilmu barulah boleh berkesan.
Satu lagi,jangan over the limit ye.Kang elok-elok nak sihat,terus masuk wad.Contohnya,jangan terlebih protein,nanti burden kat buah pinggang.Terlebih vitamin C bazir je sebab dia akan keluar dalam bentuk air kencing,kekonon nak cun amek vitamin C banyak-banyak,hasil takde.Semak keperluan diri,jimat poket,kesihatan terjaga.
Edited:aku tak faham kenapa ada penjual produk meyalahgunakan entri aku,tak pepasal aku yg kena kondem..haih..sila baca penjelasan lanjut di sini
No comments:
Post a Comment