Saturday, October 13, 2012

Ini blog perempuan- Murtabak Maggi dan Telur Bistik

Sepanjang aku berblog ni,rasanya tak pernah pulak aku menulis resepi.Maklumlah kan,I ni dah lah tak reti masak,pemalas pulak tu.kih3...

Bulan ini kewangan aku agak meruncing kerana membayar road tax dan 3 saman bernilai RM100 setiap satu,maka aku menyahut saranan Dato' Seri Najib 1 Malaysia agar menjalankan langkah penjimatan.Jadinya,aku pun mengehadkan aktiviti makan di luar,lantas memasak untuk kegunaan sendiri. Style aku ni pulak,kalau dah beli sesuatu bahan mentah tu,sepanjang minggu tu itulah aku pulun buat masak,tapi boring pulak makan masakan sama hari-hari.Jadi,aku pun mempelbagaikan masakan untuk satu bahan yang sama.

Tema minggu ini adalah

"Daging Kisar"

Dengan menggunakan daging kisar ni,kita boleh buat macam-macam resepi. Boleh buat spagetti Bolognese ,lasagna ,pakapau dan lain-lain lagi. Minggu ni aku buat maggi bolognese ( kuah guna bolognese,tapi pasta dia maggi sebab malas nak gi kedai carik spagetti..wakakaka), telur bistik dan murtabak maggi.. Jadinya hari ni aku nak letak resepi murtabak maggi dengan telur bistik.Bolognese tu tengok je Iklan Prego Chef Riz tu haaa..

Resepi 1: Murtabak Maggi

Rupa huduh takpe,janji rasa sedap



Bahan-Bahan

2 Bijik Telur
1 bijik bawang besar yang dipotong halus
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis
sedikit daging cincang yang telah digoreng(aku guna Ramly's je)
Mee segera(nama je Murtabak Maggi,tapi boleh je pakai Adabi ke,Mee Sedap ke,tapi nak best pakai yang perencah kari punya)
Lobak merah-Aku pakai frozen mix vegie je.dasar pemalas

Cara-cara

1. Rebus maggi macam biasa la.tapi lepas tu janganlah tambah perencah pastu hirup.kalau camtu baik aku letak resepi maggi biasa je.Lepas kembang toskan dan asingkan dulu.
2. Gaulkan serbuk Mee Segera dengan hirisan bawang besar,bawang putih dan mix vegie
3.Pecahkan telur,pastu pukul la telur tu.Masukkan la semua bahan-bahan tadi termasuk maggi yang dah rebus tu.Kacau sampai sebati ala-ala macam nak buat telur dadar
4.Panaskan minyak dalam kuali
5.Pastu masukkan la adunan korang tu sikit demi sikit.Bentukkan la comel-comel dalam kuali.Balikkan-balikkan permukaan tu.Jangan sampai hangit lak.
6.Agak-agak dah garing, angkat.sedia untuk dihidang.

2.Telur Bistik

Bahan-bahan  A

2 bijik telur(Pecahkan la kan,jangan masuk dengan kulit sekali)
.1/4 potong daging kisar(yang sama seperti resepi murtabak Maggi tu)

Kuahnya

Sos Pasta(Kimball ke Prego ke..ikut la mana ada dalam gerobok rumah)
1 inci halia-hiris

1 bijik bawang besar yang dipotong halus
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis
3 sudu besar cili boh/cili kisar-Ikut la.Kalau nak pedas,silakan tambah,sendiri sakit perut,sendiri tanggung
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1.Bahan-bahan A dipukul pakai garpu sampai  sebati,pastu goreng macam buat telur dadar tu pastu toskan.Pastu letak dalam pinggan.Eh,berapa banyak pastu
2.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sampai naik bau.
3.Masukkan cili boh/cili kisar.Goreng sampai pecah minyak,jangan pecah kuali sudah la
4.Masukkan la sos Pasta-Agak-agak.Kalau rasa nak pekat buat banyak la.Kalau dah buat tetiba rasa macam terpekat sangat,tambah la air kan.Ikut tekak korang la
5.Ejas-ejasla rasa ikut tekak.
6.Agak-agak dah ok,gi curah je kuah tu atas bahan A yang dah letak dalam pinggan tu




Oleh sebab aku pemalas and ni untuk makan sorang je,ala kadar la rupa beliau.Tapi agak-agak kalau nak hidang kat mak mertua,boleh la tambah tomato ke,mix Vegie ke.Ikut kreativiti masing-masing.




1 comment:

aku mozu said...

betol.. betol... hodoh!

eh, nk ckp hao liao td.. silap2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja