Siapa perasan entry lepas aku post pasal Lawatan Sambil Belajar ke Sabah.Aku balik dari Sabah,keja 2 hari,then the next Saturday dah fly ke Bandung Pulak.Ngeh..ngeh.ngeh..Aku rasa Air Asia dah boleh lantik aku jadi duta dia la.Siap FOursquare aku cakap aku 3 weeks in a row kat airport tu..Hahaha.Puncanya:time beli tiket nak kejar promosi murah tapi tak tengok tarikh tu full ke kosong,nasib baik tak bertembung dengan tarikh gi Sabah tu.
Destinasi bajet aku kali ini adalah Jakarta-Bandung.Faktor pemilihan:Air Asia promo dan juga godaan member aku.Member aku lagi daring cakap kau.Touch down Malaysia 4/2,nak nikah 11/2 ni.So,kami buat ala-ala Bacholeratte Party la kengkononnya.Heh.Ahli rombongan adalah seramai 5 orang,Aku,Diana bakal pengantin,Erin,Faries dan wife dia Ada.Mula-mula aku dengan Diana je,pastu Erin join time tiket dah naik harga sikit,pastu baru Faries,tapi time beli tu Faries belum kawen lagi.Punya la lama tunggu nak fly dari orang tu belum kawen kann..
Dari kiri: Diana,Erin,Aku,Ada dan Faries
Perjalanan travel kami:
2/4/2012(Sabtu)
Pagi-pagi lepas Subuh dah keluar rumah.Flight pukul 9.Naik flight dalam 2 jam.Sampai Jakarta pukul 10 waktu sana sebab waktu Jakarta adalah sejam lambat daripada waktu Malaysia.Sampai-sampai je supir kami dah tunggu kat airport.Jalan jem gila kat Jakarta tu.Ini gila punya jem kalah jem kt Tol Sungai Besi petang Jumaat.Pulak semua pakat main hon je kan.Kalau kat Indon jem tu dorang panggil macet.
Setelah bangun tido bangun tido sempat benti makan kt RnR,dalam 4 jam jugak la nak sampai ke Bandung.Tempat 1st kami pergi adalah Jalan Dago.Jalan dago ni banyak Factory Outlet macam:
Tempat jual kasut dan handbag.Harga lebih kurang je dengan Vincci kt Malaysia.Kat sini aku beli stu flats,harga duit kita adalah dalam RM30.
-Blossom(tempat jual baju)
-Gossip(pun jual baju bukan jual Gossip)
Banyak lagi la kedai-kedai Factory Outlet kat situ.Tapi tengok harga kat sini takdelah murah sangat lagi.
Petang pulak kami melepak kat Toko Tiga.Yang ni best!Aku memang target nak beli Jeans kat sini.Serius murah.Aku rempat la Levi's untuk aku dan satu lagi Jeans brand No Jeans untuk housemate aku.Kira kan Levi's tu harga duit kita dalam RM110,which is sangat sangat murah.Sebab Levi's tanpa diskaun selalu adalah berharga RM 220,manakala sewaktu ada Sale adalah RM 170.Untuk memastikan ke'Ori' annya,semasa shopping aku pakai jeans Levi's aku,memang takde beza sebijik sejibon.
Malam pulak kami makan di Bumbu Desa.Sini menghidangkan masakan sunda.Memang pedas pedas belaka.Banyak pulak tu kami makan.Aku sarankan try sambal dia.Tengok meletup ke tidak,tapi walaupun meletup still nak tambah jugak kan.Harga dalam RM 10 untuk sorang makan sampai kenyang.
Dah kembung perut suka hati,kami pergilah ke hotel yang aku tempah kt Booking.com.Yang lawak tu pulak,punyalah orang tu tak dapat carik booking nama Syazwana,even aku dah bagi nombor booking dengan nama aku.Aku lupa rupanya booking.com aku pakai nama Sayer Best.Hahaha.Punya la sengal
Hotel ni comel.Ni baru kaunter dia
Dalam bilik
Harga dalam RM91 satu malam dan breakfast disediakan.Boleh reserve di Booking.com/agoda atau ke web hotel ni sendiri http://pophotels.com/
3/2/2013(Ahad)
Hari ni full.Pagi-pagi pukul 7 dah gerak ke Tangkuban Perahu.Tangkuban Perahu ni sebenarnya adalah Kawah Gunung Berapi.Masih aktif tapi dah lama tak meletus Actually ada sejarah dia berdasarkan Urban Legend masyarakat di sana.Panjang nak cerita.Google sendiri.Tapi yam Penting tempat tu cantik.Tiket masuk dalam Rp 50,000(adalah dalam RM17),kereta kena bayar 15,000(RM 5)
Kawah gunung berapi
KAt sini hati-hati.ramai orang ambil kesempatan.Jangan ngengade mintak tolong orang pelik-pelik snapkan gambar.Nanti korang kena bayar tips kat diorang pulak.
Tengah hari lunch kat kampung daun
Dekat area ni ada pondok-pondok.kita makan dalam pondok sambil mendengar deruan air
Speciality kat sini:Nasi Timbel
Surabi Pisang
Harga dalam RM30 sorang.Siap desserts semua tu.Sila try Surabi pisang,nasi timbel dan air dwirasa mereka.
Dah makan kenyang-kenyang,petang tu pulak kami ke Pasar Baru.Ini tempat memang havoc dan Syurga para penshopping.
Harga barang memang murah-murah.lagi-lagi telekung,kain lace dan kain pasang.Blaus pun cantik-cantik.Aku rasa nanti nak kawen aku nak pergi sini lagi la nak carik baju pengantin.Untuk lelaki pun ada kedai yang jual kain nak buat sut dan boleh siap dalam tempoh 1 hari sahaja.Tudung bawal sulam banyak-banyak kat atas yang kalau kat Pasar Malam Hentian kajang dalam RM35 pun boleh dapat dalam RM20 kat sini.
Paling best kalau korang badan kecik-kecik pendek-pendek macam aku,ada baju pengantin dah siap jual kat sini.Harga dalam RM200++,kalau kat butik kat Malaysia adalah dalam RM 400++.
Petang tu menyinggah Kartika Sari carik Brownies.Memang sedap gila.Harga dalam 10-11 RM la.
Malam pulak kami merayap kt Festival City Mall yang terletak bersambung dengan hotel kami.Sempatlah aku rembat kasut kuning hot harga RM20.
4/2/2013(Isnin)
Hari ni check out hotel awal-awal untuk elakkan macet.Pukul 6 dah keluar hotel.Dalam kul 9 dah sampai Jakarta.last kopek untuk shopping duit rupiah adalah di Mangga dua
Tapi Mangga Dua tak best.Peniaga kedekut sikit nak bagi diskaun.
Pukul 12 dah keluar Mangga Dua.Tiba kat airport pukul 1.Pukul 3 naik flight.sampai Malaysia dalam pukul 6
Anggaran Perbelanjaan(dalam Ringgit Malaysia)
Tiket Flight promo air asia KL-Jakarta : RM 92.00 + RM 35(baggage masa balik)
Airport Tax di Indonesia : RM 30
Hotel: RM 184( 2 malam)-->Share 3 orang
Supir: RM 600 untuk 3 hari (including minyak tol semua)--->Naik Avanza,share 5 orang
No.fon: +6281809385462(Ammie)
Tiket:
Tangkuban Perahu:RM 17
makan:
Rnr:RM 10
Tips:kalau masakan padang,dia akan hidang pinggan lauk banyak-banyak.Harga dikira berdasarkan pinggan yang dah berusik walaupun sedikit.SO jangan mengada cuit sana sikit sini sikit.Amek lauk yang nak saja.
Bumbu Desa: RM 10
Kampung Daun: RM30
Food court kt Mangga Dua :RM 7
So,bawak la duit dalam RM 1000.Duit tukar awal-awal kat Malaysia.Kalau tukar kt sini akan jadi sikit la duit Indonesia yang dapat.
Tips-tips lain:
1.Pengiraan wang indonesia:
RM 1 = 3000 rupiah
Untuk senang,buat kertas kecik yang dah siap convert berapa rupiah dan RM.Bawak sekali kalkulator untuk membuat pengiraan.Aku buat calculation camni:
10,000 rp= RM 3 RM 1= 3000 rupiah
100,000 rp= RM 30 RM 10= 30,000 rupiah
1,000,000 rp= RM 300 RM 100= 300,000 rupiah
TUlis kat kertas dan bawak masa shopping
2.Waktu di sana adalah lewat sejam dari Malaysia.Tapi matahari terbit awal.Pukul 6 sana dah macam pukul 7 Malaysia.
3.Bawak baju sikit je.Aku bawak sepasang baju tidur dan sepasang baju jalan.Sebab kat sana korang akan beli baju juga.
4.Untuk balik sila tambah luggage siap-siap.Kalau kat airport baru tambah,dia akan jadi mahal.
5.Kat sana orang sanggup buat apa saja untuk carik duit.Segala benda ada tips,walaupun membantu korang lintas jalan,snapkan gambar dan lain-lain.jadi cekalkan diri dan jangan layan.
6.Nak shopping,pergi pagi-pagi.Kompem dapat harga murah.Sebab korang adalah pelanggan pertama kedai tersebut.Kira pecah telur la namanya.Request diskaun kow-kow punya.Aku masa kt Tangkuban Perahu,t-shirt tu kira duit Malaysia dalam RM 70 untuk 5 helai,last-last dapat RM 35 untuk 5 helai.Pastu suruh doakan supaya dia punya bisnes Laris Manis la.
7.3 hari 2 malam serius tak cukup!next time aku pergi nak amek 5 hari 4 malam.Baru sempat gi Kawah Putih,Rumah Mode,Tanah Abang dan Trans Studio.
Itu aje tips dari aku.Harap membantu kalau korang nak cuti ke jakarta-Bandung.