Friday, February 01, 2013

Sabah bahhh

Dengan sukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa aku baru saja pulang dari Sabah bagi menyahut saranan Cut-cuti Malaysia.Aku gi dengan kawan keja,Nas dan adik dia,Fariza.



Kiri: Nasz Kanan: Fariza

Total percutian adalah selama 4 hari 3 malam.Percutian dah rancang since bulan 10 kot,penat akak rebut tiket murah Air Asia.Berbaloi-baloi.Padahal itu je kemampuan akak adik-adik oiiii....Hahaha
Tema percutian kali ini adalah Destinasi Bajet.Eh cop,bukankah itu memang tema kehidupan aku sekali,iaitu kehidupan bajet,atau dalam kata senangnya kehidupan kedekut.Jadi tanpa membuang masa biarlah akak hapdet pasal travel itinerary akak sebagai panduan di masa hadapan.
Day 1-Ahad,27/1

Naik flight pagi pukul 8.Sampai KK dalam pukul 10.Oleh sebab nasz dah tempah kereta sewa,makanya naik la dorang kereta sewa.Aku sebab dah ada driver kat sini,iaitu Cik Shida makanya aku naik je la kereta myvi pepel beliau.Sampai-sampai makan kat 1 restoran ala-ala Siam nama ape tah.

Meet my driver cum tourist guide
Agenda pertama adalah check in hotel.Kami amek hotel bajet je iaitu Akinabalu Youth Hostel.Lokasi terletak kat Jalan Gaya.Ngam ngam sampai memang pasar Ahad kat Jalan Gaya tu.

Hostel luar cam flat ikan,dalam macam hostel.Boleh gitu?Ramai yang cek in adalah foreigner yang jenis backpacking punya.

Lepas merayap kat Pasar Gaya,maka kami tido la dulu.Datang Sabah jauh-jauh untuk tido kan.Bagus betul.

Petang Cik Shida datang lagi,antara tempat yang kami lawati adalah:
1.Pantai cantik dekat dengan markas TLDM kot.Tak sempat snap gambar sebab lapar sangat
2.Kilang ayam tempat beliau bekerja,bagi menjalankan audit GMP,tapi dari dalam kereta je la.Kah kah kah
3.Tempat makan yang sedap iaitu Restoran Gayang Seafood.Antara mangsa kekejaman tekak kami adalah:

Yam ring yang telah dipecahkan ringnya



Most recommended: Ikan masak stim nyonya

Butter prawn

Total kos makan di sini untuk 4 orang adalah dalam RM 131 sekali nasi air semua.Berbaloi-baloi



Day 2: Isnin 28/1

Agenda lawatan hari ini adalah berunsur laut.Akak ni memula mendiva tak nak snorkeling,takut itam katanya.Tapi last-last akakkkk la paling jakun dengan laut dan ikan-ikan.Gerak dari bilik konon la nak gi kul 7,tapi tuihhh last-last pukul 9 baru naik speed boat gi Pulau.

Prosedur untuk memulau:
1.Carik port jeti speed boat berkenaan,iaitu di terminal.Landmark paling dekat yang senang nak nampak adalah Suria Sabah
2.Gi kaunter bot-bot dan carik pakej menawan hati.Akak amek 2 pulau je iaitu Mamutik dan Manukan.
3.Amek peralatan-peralatan yang diperlukan.Opss..sebelum tu pakai sunblock dulu ya.
4.Naik bot.Sebelum tu jangan lupa baca doa naik kenderaan.Kalau rasa mabuk laut macam akak,sediakan la benda-benda masam ke
5.sampai pulau,lakukanlah aktiviti yang anda suka,sama ada snorkeling,scuba,swimming atau eye-washing melihat omputeh tak pakai bra atau pelancong taiwan menukar baju di khalayak ramai
6.Dah siap,sila la pulang.Ikut time yang anda telah tetapkan bersama driver bot tadi

Caution:Berjaga-jaga dengan terumbu karang,especially di Mamutik.aku dapat satu souvenir kat kaki kanan okeh.

Fefeeling Stacy Pelangi Senja di situ.Abaikan objek separuh bogel di dalam gambar ini

Dont u ever wish to swim with fishes?

Mendiva itu perlu

Subhanallah




Petang pulak pergi Rumah terbalik.Ya,rumah nya terbalik,dan dalamnya terbalik.Snap pic dari luar je sebab tak boleh snap dalam rumah.Nothing special,bayangkan rumah yang terbalik




Day 3-29/1

Tema semalam adalah lautan,manakala tema hari ini adalah pergunungan.Kami pergi ke Kinabalu Park,Sabah Tea,tengok dari tepi je tempat ikan gigit kaki orang tu sebab hujan dan last but not least Air Panas Poring.Oleh sebab hari ni hujan,maka jalan ke Ranau tu memang berkabus gila-gila,gambar pun banyak tak dapat snap sebab hujan.

Berenti jap kat Pekan Nabalu.snap pic dari sini
Kat jambatan gantung Poring

Depan check point untuk mendaki

Malam pulak makan kat Restoran Seri Melaka,area KK jugak.Makanan pun OK,tapi 1 tips:kalau tak nak kacang dan refreshing tissue,awal-awal tolak untuk elakkan masuk dalam bil.Selepas tu pulak pergi Pasar Malam apa tu dorang panggil pasar Filipin,boleh borong mutiara dengan baju 1 Love Sabah murah-murah

Pearl ori bukan pearl kafe




Day 4-30/1

Aktiviti hari ini adalah check out dan menghabiskan sisa-sisa hari di Sabah.So we round round sekitar KK sahaja.Oleh kerana ingin meninjau dari dekat kehidupan Masyarakat Dusun,maka kami menziarah rumah Ashidah Kamsin

Sumandak Dusun

Malam pukul 9 aku menaiki la flight menuju ke KL.

Summary perbelanjaan
(setelah dibahagi 3,so ini estimate belanja untuk sorang)

Tiket Flight : RM 200-berbeza ikut promo Air Asia

Penginapan: Akinabalu Youth Hostel,Jalan Gaya,Tingkat atas agrobank KK.RM 70 1 malam
Menyediakan:bilik 1 katil queen,1 double decker,share bilik mandi dan toilet,towel kena sewa rm 3+deposit rm30(akan dikembalikan),Breakfast(kopi+teh+gula+roti+susu+jem+majerin).Juga terdapat dalam bentuk dorm dengan hanya RM23 1 malam

Phone number:088-272 188

Kereta=Sewa RM 80(minyak+parking tu letak la dalam RM 30 ke)

Tiket masuk:

Kinabalu Park=RM 3
Taman Laut Tunku Abdul Rahman(yang pulau-pulau tu.1 tiket boleh guna untuk kesemua Pulau)=RM3
Air Panas Poring=RM3,tapi kalau nak naik jambatan gantung tambah RM 5
Rumah terbalik =RM 10(kalau dah sengkek sangat,boleh skip gi sini)

Pakej Snorkeling(Sekali peralatan)=RM 51

Makan:
Gaya=RM 33
Seri Melaka:RM 10,2 kali makan so RM20

Souvenir:
Brooch: 3 RM 10 pun boleh dapat
T-shirt Sabah: budak :RM15,dewasa RM 20--->boleh tawar
Rantai+gelang mutiara=RM130
Mutiara dalam kotak ala-ala butang baju Melayu RM 5
Gelang corak-corak cantik RM3


Tips

1.Rancang perjalanan sebaik mungkin.Jangan bazirkan masa anda datang jauh-jauh.Lagi 1,gi sabah tak cukup 3 hari 2 malam,koman-koman 4 hari la.
2.Pakai sunblock sebelum memulakan aktiviti pantai
3.Jalan ke Ranau agak berliku-liku dan berkabus,so jangan memandu laju dan melulu.
4.Kalau nak panjat Kinabalu tu pakej lain,ada yang RM100 ada yang RM 750,tu depends.

Last but not least: I'll come back!Kali ni nak climb to the top of Kinabalu pulak





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja