Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, February 07, 2013

Bukan Sirap Bandung-Tips melancong ke Bandung

Siapa perasan entry lepas aku post pasal Lawatan Sambil Belajar ke Sabah.Aku balik dari Sabah,keja 2 hari,then the next Saturday dah fly ke Bandung Pulak.Ngeh..ngeh.ngeh..Aku rasa Air Asia dah boleh lantik aku jadi duta dia la.Siap FOursquare aku cakap aku 3 weeks in a row kat airport tu..Hahaha.Puncanya:time beli tiket nak kejar promosi murah tapi tak tengok tarikh tu full ke kosong,nasib baik tak bertembung dengan tarikh gi Sabah tu.

Destinasi bajet aku kali ini adalah Jakarta-Bandung.Faktor pemilihan:Air Asia promo dan juga godaan member aku.Member aku lagi daring cakap kau.Touch down Malaysia 4/2,nak nikah 11/2 ni.So,kami buat ala-ala Bacholeratte Party la kengkononnya.Heh.Ahli rombongan adalah seramai 5 orang,Aku,Diana bakal pengantin,Erin,Faries dan wife dia Ada.Mula-mula aku dengan Diana je,pastu Erin join time tiket dah naik harga sikit,pastu baru Faries,tapi time beli tu Faries belum kawen lagi.Punya la lama tunggu nak fly dari orang tu belum kawen kann..


Dari kiri: Diana,Erin,Aku,Ada dan Faries


Perjalanan travel kami:

2/4/2012(Sabtu)

Pagi-pagi lepas Subuh dah keluar rumah.Flight pukul 9.Naik flight dalam 2 jam.Sampai Jakarta pukul 10 waktu sana sebab waktu Jakarta adalah sejam lambat daripada waktu Malaysia.Sampai-sampai je supir kami dah tunggu kat airport.Jalan jem gila kat Jakarta tu.Ini gila punya jem kalah jem kt Tol Sungai Besi petang Jumaat.Pulak semua pakat main hon je kan.Kalau kat Indon jem tu dorang panggil macet.


Setelah bangun tido bangun tido sempat benti makan kt RnR,dalam 4 jam jugak la nak sampai ke Bandung.Tempat 1st kami pergi adalah Jalan Dago.Jalan dago ni banyak Factory Outlet macam:
-Donatello



Tempat jual kasut dan handbag.Harga lebih kurang je dengan Vincci kt Malaysia.Kat sini aku beli stu flats,harga duit kita adalah dalam RM30.

-Blossom(tempat jual baju)
-Gossip(pun jual baju bukan jual Gossip)


Banyak lagi la kedai-kedai Factory Outlet kat situ.Tapi tengok harga kat sini takdelah murah sangat lagi.

Petang pulak kami melepak kat Toko Tiga.Yang ni best!Aku memang target nak beli Jeans kat sini.Serius murah.Aku rempat la Levi's untuk aku dan satu lagi Jeans brand No Jeans untuk housemate aku.Kira kan Levi's tu harga duit kita dalam RM110,which is sangat sangat murah.Sebab Levi's tanpa diskaun selalu adalah berharga RM 220,manakala sewaktu ada Sale adalah RM 170.Untuk memastikan ke'Ori' annya,semasa shopping aku pakai jeans Levi's aku,memang takde beza sebijik sejibon.


Malam pulak kami makan di Bumbu Desa.Sini menghidangkan masakan sunda.Memang pedas pedas belaka.Banyak pulak tu kami makan.Aku sarankan try sambal dia.Tengok meletup ke tidak,tapi walaupun meletup still nak tambah jugak kan.Harga dalam RM 10 untuk sorang makan sampai kenyang.


Dah kembung perut suka hati,kami pergilah ke hotel yang aku tempah kt Booking.com.Yang lawak tu pulak,punyalah orang tu tak dapat carik booking nama Syazwana,even aku dah bagi nombor booking dengan nama aku.Aku lupa rupanya booking.com aku pakai nama Sayer Best.Hahaha.Punya la sengal


Hotel ni comel.Ni baru kaunter dia





Dalam bilik

Harga dalam RM91 satu malam dan breakfast disediakan.Boleh reserve di Booking.com/agoda atau ke web hotel ni sendiri http://pophotels.com/

3/2/2013(Ahad)

Hari ni full.Pagi-pagi pukul 7 dah gerak ke Tangkuban Perahu.Tangkuban Perahu ni sebenarnya adalah Kawah Gunung Berapi.Masih aktif tapi dah lama tak meletus Actually ada sejarah dia berdasarkan Urban Legend masyarakat di sana.Panjang nak cerita.Google sendiri.Tapi yam Penting tempat tu cantik.Tiket masuk dalam Rp 50,000(adalah dalam RM17),kereta kena bayar 15,000(RM 5)


Kawah gunung berapi




KAt sini hati-hati.ramai orang ambil kesempatan.Jangan ngengade mintak tolong orang pelik-pelik snapkan gambar.Nanti korang kena bayar tips kat diorang pulak.

Tengah hari lunch kat kampung daun


Dekat area ni ada pondok-pondok.kita makan dalam pondok sambil mendengar deruan air


Speciality kat sini:Nasi Timbel


Surabi Pisang



Harga dalam RM30 sorang.Siap desserts semua tu.Sila try Surabi pisang,nasi timbel dan air dwirasa mereka.

Dah makan kenyang-kenyang,petang tu pulak kami ke Pasar Baru.Ini tempat memang havoc dan Syurga para penshopping.





Harga barang memang murah-murah.lagi-lagi telekung,kain lace dan kain pasang.Blaus pun cantik-cantik.Aku rasa nanti nak kawen aku nak pergi sini lagi la nak carik baju pengantin.Untuk lelaki pun ada kedai yang jual kain nak buat sut dan boleh siap dalam tempoh 1 hari sahaja.Tudung bawal sulam banyak-banyak kat atas yang kalau kat Pasar Malam Hentian kajang dalam RM35 pun boleh dapat dalam RM20 kat sini.

Paling best kalau korang badan kecik-kecik pendek-pendek macam aku,ada baju pengantin dah siap jual kat sini.Harga dalam RM200++,kalau kat butik kat Malaysia adalah dalam RM 400++.

Petang tu menyinggah Kartika Sari carik Brownies.Memang sedap gila.Harga dalam 10-11 RM la.



Malam pulak kami merayap kt Festival City Mall yang terletak bersambung dengan hotel kami.Sempatlah aku rembat kasut kuning hot harga RM20.



4/2/2013(Isnin)

Hari ni check out hotel awal-awal untuk elakkan macet.Pukul 6 dah keluar hotel.Dalam kul 9 dah sampai Jakarta.last kopek untuk shopping duit rupiah adalah di Mangga dua


Tapi Mangga Dua tak best.Peniaga kedekut sikit nak bagi diskaun.

Pukul 12 dah keluar Mangga Dua.Tiba kat airport pukul 1.Pukul 3 naik flight.sampai Malaysia dalam pukul 6



Anggaran Perbelanjaan(dalam Ringgit Malaysia)

Tiket Flight promo air asia KL-Jakarta : RM 92.00 + RM 35(baggage masa balik)
Airport Tax di Indonesia : RM 30
Hotel: RM 184( 2 malam)-->Share 3 orang

Supir: RM 600 untuk 3 hari (including minyak tol semua)--->Naik Avanza,share 5 orang
No.fon: +6281809385462(Ammie)

Tiket:
Tangkuban Perahu:RM 17

makan:
Rnr:RM 10

Tips:kalau masakan padang,dia akan hidang pinggan lauk banyak-banyak.Harga dikira berdasarkan pinggan yang dah berusik walaupun sedikit.SO jangan mengada cuit sana sikit sini sikit.Amek lauk yang nak saja.



Bumbu Desa: RM 10
Kampung Daun: RM30
Food court kt Mangga Dua :RM 7

So,bawak la duit dalam RM 1000.Duit tukar awal-awal kat Malaysia.Kalau tukar kt sini akan jadi sikit la duit Indonesia yang dapat.

Tips-tips lain:

1.Pengiraan wang indonesia:

RM 1 = 3000 rupiah

Untuk senang,buat kertas kecik yang dah siap convert berapa rupiah dan RM.Bawak sekali kalkulator untuk membuat pengiraan.Aku buat calculation camni:

10,000 rp= RM 3                             RM 1= 3000 rupiah
100,000 rp= RM 30                         RM 10= 30,000 rupiah
1,000,000 rp= RM 300                    RM 100= 300,000 rupiah

TUlis kat kertas dan bawak masa shopping

2.Waktu di sana adalah lewat sejam dari Malaysia.Tapi matahari terbit awal.Pukul 6 sana dah macam pukul 7 Malaysia.

3.Bawak baju sikit je.Aku bawak sepasang baju tidur dan sepasang baju jalan.Sebab kat sana korang akan beli baju juga.

4.Untuk balik sila tambah luggage siap-siap.Kalau kat airport baru tambah,dia akan jadi mahal.

5.Kat sana orang sanggup buat apa saja untuk carik duit.Segala benda ada tips,walaupun membantu korang lintas jalan,snapkan gambar dan lain-lain.jadi cekalkan diri dan jangan layan.

6.Nak shopping,pergi pagi-pagi.Kompem dapat harga murah.Sebab korang adalah pelanggan pertama kedai tersebut.Kira pecah telur la namanya.Request diskaun kow-kow punya.Aku masa kt Tangkuban Perahu,t-shirt tu kira duit Malaysia dalam RM 70 untuk 5 helai,last-last dapat RM 35 untuk 5 helai.Pastu suruh doakan supaya dia punya bisnes Laris Manis la.

7.3 hari 2 malam serius tak cukup!next time aku pergi nak amek 5 hari 4 malam.Baru sempat gi Kawah Putih,Rumah Mode,Tanah Abang dan Trans Studio.

Itu aje tips dari aku.Harap membantu kalau korang nak cuti ke jakarta-Bandung.









Friday, February 01, 2013

Sabah bahhh

Dengan sukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa aku baru saja pulang dari Sabah bagi menyahut saranan Cut-cuti Malaysia.Aku gi dengan kawan keja,Nas dan adik dia,Fariza.



Kiri: Nasz Kanan: Fariza

Total percutian adalah selama 4 hari 3 malam.Percutian dah rancang since bulan 10 kot,penat akak rebut tiket murah Air Asia.Berbaloi-baloi.Padahal itu je kemampuan akak adik-adik oiiii....Hahaha
Tema percutian kali ini adalah Destinasi Bajet.Eh cop,bukankah itu memang tema kehidupan aku sekali,iaitu kehidupan bajet,atau dalam kata senangnya kehidupan kedekut.Jadi tanpa membuang masa biarlah akak hapdet pasal travel itinerary akak sebagai panduan di masa hadapan.
Day 1-Ahad,27/1

Naik flight pagi pukul 8.Sampai KK dalam pukul 10.Oleh sebab nasz dah tempah kereta sewa,makanya naik la dorang kereta sewa.Aku sebab dah ada driver kat sini,iaitu Cik Shida makanya aku naik je la kereta myvi pepel beliau.Sampai-sampai makan kat 1 restoran ala-ala Siam nama ape tah.

Meet my driver cum tourist guide
Agenda pertama adalah check in hotel.Kami amek hotel bajet je iaitu Akinabalu Youth Hostel.Lokasi terletak kat Jalan Gaya.Ngam ngam sampai memang pasar Ahad kat Jalan Gaya tu.

Hostel luar cam flat ikan,dalam macam hostel.Boleh gitu?Ramai yang cek in adalah foreigner yang jenis backpacking punya.

Lepas merayap kat Pasar Gaya,maka kami tido la dulu.Datang Sabah jauh-jauh untuk tido kan.Bagus betul.

Petang Cik Shida datang lagi,antara tempat yang kami lawati adalah:
1.Pantai cantik dekat dengan markas TLDM kot.Tak sempat snap gambar sebab lapar sangat
2.Kilang ayam tempat beliau bekerja,bagi menjalankan audit GMP,tapi dari dalam kereta je la.Kah kah kah
3.Tempat makan yang sedap iaitu Restoran Gayang Seafood.Antara mangsa kekejaman tekak kami adalah:

Yam ring yang telah dipecahkan ringnya



Most recommended: Ikan masak stim nyonya

Butter prawn

Total kos makan di sini untuk 4 orang adalah dalam RM 131 sekali nasi air semua.Berbaloi-baloi



Day 2: Isnin 28/1

Agenda lawatan hari ini adalah berunsur laut.Akak ni memula mendiva tak nak snorkeling,takut itam katanya.Tapi last-last akakkkk la paling jakun dengan laut dan ikan-ikan.Gerak dari bilik konon la nak gi kul 7,tapi tuihhh last-last pukul 9 baru naik speed boat gi Pulau.

Prosedur untuk memulau:
1.Carik port jeti speed boat berkenaan,iaitu di terminal.Landmark paling dekat yang senang nak nampak adalah Suria Sabah
2.Gi kaunter bot-bot dan carik pakej menawan hati.Akak amek 2 pulau je iaitu Mamutik dan Manukan.
3.Amek peralatan-peralatan yang diperlukan.Opss..sebelum tu pakai sunblock dulu ya.
4.Naik bot.Sebelum tu jangan lupa baca doa naik kenderaan.Kalau rasa mabuk laut macam akak,sediakan la benda-benda masam ke
5.sampai pulau,lakukanlah aktiviti yang anda suka,sama ada snorkeling,scuba,swimming atau eye-washing melihat omputeh tak pakai bra atau pelancong taiwan menukar baju di khalayak ramai
6.Dah siap,sila la pulang.Ikut time yang anda telah tetapkan bersama driver bot tadi

Caution:Berjaga-jaga dengan terumbu karang,especially di Mamutik.aku dapat satu souvenir kat kaki kanan okeh.

Fefeeling Stacy Pelangi Senja di situ.Abaikan objek separuh bogel di dalam gambar ini

Dont u ever wish to swim with fishes?

Mendiva itu perlu

Subhanallah




Petang pulak pergi Rumah terbalik.Ya,rumah nya terbalik,dan dalamnya terbalik.Snap pic dari luar je sebab tak boleh snap dalam rumah.Nothing special,bayangkan rumah yang terbalik




Day 3-29/1

Tema semalam adalah lautan,manakala tema hari ini adalah pergunungan.Kami pergi ke Kinabalu Park,Sabah Tea,tengok dari tepi je tempat ikan gigit kaki orang tu sebab hujan dan last but not least Air Panas Poring.Oleh sebab hari ni hujan,maka jalan ke Ranau tu memang berkabus gila-gila,gambar pun banyak tak dapat snap sebab hujan.

Berenti jap kat Pekan Nabalu.snap pic dari sini
Kat jambatan gantung Poring

Depan check point untuk mendaki

Malam pulak makan kat Restoran Seri Melaka,area KK jugak.Makanan pun OK,tapi 1 tips:kalau tak nak kacang dan refreshing tissue,awal-awal tolak untuk elakkan masuk dalam bil.Selepas tu pulak pergi Pasar Malam apa tu dorang panggil pasar Filipin,boleh borong mutiara dengan baju 1 Love Sabah murah-murah

Pearl ori bukan pearl kafe




Day 4-30/1

Aktiviti hari ini adalah check out dan menghabiskan sisa-sisa hari di Sabah.So we round round sekitar KK sahaja.Oleh kerana ingin meninjau dari dekat kehidupan Masyarakat Dusun,maka kami menziarah rumah Ashidah Kamsin

Sumandak Dusun

Malam pukul 9 aku menaiki la flight menuju ke KL.

Summary perbelanjaan
(setelah dibahagi 3,so ini estimate belanja untuk sorang)

Tiket Flight : RM 200-berbeza ikut promo Air Asia

Penginapan: Akinabalu Youth Hostel,Jalan Gaya,Tingkat atas agrobank KK.RM 70 1 malam
Menyediakan:bilik 1 katil queen,1 double decker,share bilik mandi dan toilet,towel kena sewa rm 3+deposit rm30(akan dikembalikan),Breakfast(kopi+teh+gula+roti+susu+jem+majerin).Juga terdapat dalam bentuk dorm dengan hanya RM23 1 malam

Phone number:088-272 188

Kereta=Sewa RM 80(minyak+parking tu letak la dalam RM 30 ke)

Tiket masuk:

Kinabalu Park=RM 3
Taman Laut Tunku Abdul Rahman(yang pulau-pulau tu.1 tiket boleh guna untuk kesemua Pulau)=RM3
Air Panas Poring=RM3,tapi kalau nak naik jambatan gantung tambah RM 5
Rumah terbalik =RM 10(kalau dah sengkek sangat,boleh skip gi sini)

Pakej Snorkeling(Sekali peralatan)=RM 51

Makan:
Gaya=RM 33
Seri Melaka:RM 10,2 kali makan so RM20

Souvenir:
Brooch: 3 RM 10 pun boleh dapat
T-shirt Sabah: budak :RM15,dewasa RM 20--->boleh tawar
Rantai+gelang mutiara=RM130
Mutiara dalam kotak ala-ala butang baju Melayu RM 5
Gelang corak-corak cantik RM3


Tips

1.Rancang perjalanan sebaik mungkin.Jangan bazirkan masa anda datang jauh-jauh.Lagi 1,gi sabah tak cukup 3 hari 2 malam,koman-koman 4 hari la.
2.Pakai sunblock sebelum memulakan aktiviti pantai
3.Jalan ke Ranau agak berliku-liku dan berkabus,so jangan memandu laju dan melulu.
4.Kalau nak panjat Kinabalu tu pakej lain,ada yang RM100 ada yang RM 750,tu depends.

Last but not least: I'll come back!Kali ni nak climb to the top of Kinabalu pulak





Sunday, February 13, 2011

Penat Baiii nak teliti huruf satu-satu

Assalamualaikum~

seperti yang korang tau(ke tak tau???),minggu lepas adalah minggu melepak tanpa hala tuju aku..Oleh kerana aku memang takde keja dok rumah saja,maka aku dengan bahagianya menghadap internet tanpa batasan.Digi Prepaid Internet memang terbaik ah.Selain itu,aku juga ada menjalankan projek khidmat masyarakat iaitu

Tolong kawan mencari nama tunang/boyfriend/adik/sedara/skandal/kakak/sape-sapelah yang pulang dari mesir melalui ops Piramid

Buat pengetahuan korang.list name tu kan ada banyak,dah tu pulak berderet nama. Mesti korang pelik camne aku boleh carik nama tu dengan mudahnya,tak perlu berjam cek nama sorang-sorang.Jadi aku kat sini nak berkongsi tips mudah untuk mencari perkataan dalam teks yang banyak.Selain berguna untuk melihat senarai nama yang banyak dalam list name pulang ke malaysia untuk ops piramid,ia juga berguna untuk:


  • Design blog-sebab banyak code HTML kan nk edit.Kalau pakai bendalah ni,tak payah susah2 sakit2 mata nak tengok semua coding
  • Nak carik perkataan yang korang nak dalam journal saintifik,atau nama author tertentu dalam references dalam journal
  • Apa-apalah berkaitan dengan mencari satu perkataan dalam perenggan yang panjang

Senang je.Senyum..tak perlu kata apa-apa,cuma perlu tekan magic button iaitu F3.Bukan makna tekan butang F lepas tu tekan nombor 3.Tapi butang F3.




Cara menggunakan:

Basicly sama je cara menggunakan walaupun korang pakai browser Firefox ke,chrome,ke IE ke,opera aku tak sure lak.Tapi takpe,aku tunjuk sikit contoh penggunaan cuna chrome dan IE

Chrome


Ko tengok,150 list nama.Ni baru satu trip,kalau 10 trip tak parak mata??

apa yang akan aku buat selepas tekan butang F3,maka akan keluar menu seperti ini:



Katakanlah aku nak carik nama wan ke kan,aku just type je nama beliau dalam ruang tu.Contohnya camni la:




Tengok!!!Aku tak abes taip lagi dia dah highlite dah nama wan.Kalau korang perasan,kat dalam form tu kat belah kanan sekali kan ada tulis 1 of 1 kan,maknanya ada satu je spelling macam tu dalam sepanjang-panjang dokumen ni.

Berjaya!!!!

Internet explorer

Okeh,kita takut Baim lak tak puas ati aku tak carik nama dia kan.jadi mari kita cuba dengan IE pula untuk mencari nama Baim.



see..senang bukan untuk mencari nama beliau...

Err..dekat IE aku,dia dah intergrated PDF punya.yang ni tak payah F3 pun takpe,taip je nama kat form tu.Tapi incase takde yang macam ni.Tekan je F3,nanti keluar ah menu nak search perkataan.

Okeh..itu aje ilmu yang tak seberapa untuk aku kongsikan hari ini.Semoga mata korang tak berpinar-pinar lagi untuk mencari perkataan tersembunyi

Saturday, January 15, 2011

Financial Management versi emak saya

(yang masih tidak berjaya diikuti oleh anak sulungnya)



Alhamdulillah,saya mempunyai emak yang bijak menjaga kewangan.Bak kata arwah abah saya,kalau mama saya yang jadik menteri kewangan,mesti Malaysia dah makmur dan kaya raya sekarang.Menyesal pulak sebab masa Dato'najib bukak ruangan #tanyanajib kat Twitter,saya tidak mengusulkan ibu saya sebagai menteri kewangan Malaysia,kalau tidak mesti saya dah bertukar menjadi anak menteri kewangan.eh kejap guna emak,sekejap guna ibu,tapi sebenarnya saya memanggil beliau sebagai mama.

Oleh kerana saya agak suka membazir,malahan duit JPA yang dapat setiap semester(masa degree dulu) tidak mencukupi,maka ibu sering memberi nasihat kewangan.Tapi kadabg-kadang saya berdegil.Haha.Takpelah,ni saya menurunkan sedikit sebanyak petua ibu saya,kalau anda tak degil,boleh ikut la.

1.Jangan Buat Banyak Hutang

Hutang adalah pencuri kebahagiaan.Kebanyakan gaji kakitangan kerajaan dihabiskan untuk membayar hutang sebab kakitangan kerajaan senang nak buat pinjaman.emak saya ajar,buat satu hutang je bagi satu masa.Macam mula-mula beli kereta dulu ke,dah habis bayar baru beli rumah.Camtulah.Pulak tu kereta tu pulak jangan la tukar setiap tahun.Ukur baju di badan sendiri.Gaji 2000 jangan buat hutang macam gaji 4000.

2.kalau terpaksa buat hutang jugak,bayar deposit besar,dan tempoh pembayaran yang paling singkat

Ini hasil temuramah aku bersama seorang salesman kereta masa aku survey-survey kereta dulu,beliau cakap,

Orang Melayu suka pilih pembayaran sikit-sikit tapi lama
           Orang cina suka bayar banyak-banyak dan sekejap

Tahukah anda bahawa bayar lama-lama akan menambah interest bagi sesuatu pembelian?kalau berkemampuan,beli cash untuk menghindarkan riba'.kalau mampu la.Kalau tak mampu betul-betul nak jauhi,buat pinjaman Bank Islam la.Carik keberkatan dalam berharta

3.Carik rezeki halal

Eh.Ni sepatutnya letak first.BUkan setakat carik kerja halal je tau,macam ko dapat keja cikgu kompem seratus peratus pendapatan ko halal la.Sory cikgu,contoh je eh.Memang la ko kerja cikgu,tapi ko rajin ngular,jarang masuk kelas.So,pendapatan tu jadik tak berkat pendapatan tu.kalau keja opis,dia rajin rembat stationary opis,so dah kurang keberkatannya di situ.Maka harta akan sentiasa rasa tak cukup.

4.beli barang kesukaan(yang kehendak) satu je sebulan

Macam situasi aku sekarang aku gila membeli belah di Body Shop.Tapi nak limit,kalau shopping dengan mak aku la,beliau akan kata,"eh..minggu lepas bukan dah beli barang kat sini ke?"So,aku limit,kalau bulan ni beli perfume,bulan depan beli lip scuff,bulan lagi satu beli blusher.

Tapi kalau aku gi shopping sorang macam tersasar lak.Hahahha

Ini juga applicable untuk pasangan yang akan berkahwin.macam parents aku dulu tunang setahun kot kalau tak silap la,ke kurang sikit.Tapi sepanjang tempoh bertunang tu diorang akan beli satu hantaran setiap bulan.Jadik takde la rasa burden sangat,compared tu beli sekali banyak.

5.Mesti Simpan duit sekurang-kurangnya 10%,lebih lagi jika anda belum kawen,letak 30% pun ok

Mesti ada simpanan tetap.Awal-awal dapat gaji terus potong.simpanany yang perlu diprioritikan adalah Tabung haji.sebab mak aku kata itu benda wajib.Perlu bersegera dalam urusan itu.Simpanan tu mesti konsisten tiap-tiap bulan,dan jangan dikeluarkan.

macam contoh parents aku start menabung tabung haji masa mula-mula mengajar letak RM50 je.Tapi simpan tiap-tiap bulan secara istiqamah.hasilnya,mereka naik haji sebelum berumur 40 tahun.

Selain simpanan haji,kita juga perlu ada simpanan kecemasan.Letak la dalam 100 sebulan ke.takut kalau-kalau ada kecemasan macam kereta rosak ke,sakit ke,adalah back up plan.

sebelum kahwin adalah masa paling sesuai untuk menyimpan,sebab kita takde tanggungjawab sangat.Simpanlah hari ini untuk kehidupan akan datang

6.Beli barang-barang dapur secara borong masa awal-awal dapat gaji

Reason:Tak perlu ke pasaraya banyak-banyak kali.So,jimat duit minyak dan parking.Senang bukan?

7.Membeli barang second hand bukan lah perkara MEMALUKAN

Terutamanya di zaman gawat-gawat ni.Kalau pandai carik,kena gaya,dapat lah yang cun.aku tak tau la tempat lain,tapi kalau kat Johor ni,ada tempat nama RENGIT.dekat rengit tu ada satu perkampungan orang kuala.Untuk pengetahuan korang,hotel-hotel kat singapore kebanyakannya ada polisi,di mana mereka perlu menukar perabot-perabot hotel dalam tempoh 3 ke 5 tahun gitu aku tak ingatlah,walaupun kondisinya masih baik,untuk menjaga kualiti dan standard.So,barang-barang hotel tu,diorang akan bagi/tolak secara murah gila kat orang laut tu.

Memang ko tengok kondisi rumah/premis perniagaan dorang tak berapa lawa.Tapi try masuk dalam tu,banyak barang-barang cun ko tau.kadang-kadang bukan perabot je,kalau nasib baik ada la handbag branded ke,barang2 gym ke,semua dari singapore,dorang tolak sini.Kitorang kadang-kadang turun sini carik almari ke,meja ke,standard hotel tu!

Peta Rengit


8.Rajin bersedekah

Jangan la kedekut sangat kan.kalau tak mampu nak konsisten ngulur,singgah masjid tu sumbat lah seringgit dua dalam tabung masjid.Mak aku cakap,seringgt kita bagi,10 atau lebih kebaikan kita dapat.kebaikan tu tak semestinya dalam bentuk duit,mungkin dalam bentuk yang lain.

9.Ukur baju di badan sendiri,Utamakan yang perlu

Gaji dua ribu,buat cara gaji dua ribu.jangan tunjuk style mewah.Tapi jangan sampai taraf kedekut gila pakai baju yang dah berlengas.Parents aku punya style walaupun berjimat,mereka tak pernah compromise pasal pendidikan dan pemakanan anak-anak.Bukan la dengan pemakanan tu bawak makan KFC setiap bulan,tapi dengan menyediakan makanan yang berkhasiat,dan bagi duit secukupnya bagi membeli makanan.mak aku memang jaga pemakanan kitorang.Setiap kali nak exam mesti bekalkan kismis dan kurma.
belanja ikut kemampuan,bukan ikut keinginan.gaji sikit beli je silky girl,jangan berangan nak beli MAC(even MAC tiruan pun,sebab bahaya.Sebab pernah baca somewhre mac palsu ni guna barang low quality yang mungkin memudaratkan,dan dorang takkan bertanggungjawab,tapi kalau mac ori,ko pakai kulit ko menggelupas,sebenarnya korang boleh contact opis dia dan mintak fund balik)

10.Duit syling jangan diabaikan

Selalu orang tak amek port pasal duit syling.main campakkk je.Tapi mak aku lain.Duit syiling dia akan masukkan tabung khas.Pastu dekat-dekat nak raya,beliau akan ke bank untuk menukar duit tu jadik duit seringgit-seringgit,dan akan digunakan sebagai duit raya untuk diberi kepada kanak-kanak.So,takde lah rasa kopak sangat kan masa raya.

Itu je aku ingat.boleh la korang amalkan.hehehe.Mak aku cakap nanti aku nak kahwin beliau akan turunkan petua rumahtangga pula.tunggu saja ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja