Saturday, March 16, 2013

Bercakap Pasal Kerja

Aku jarang menulis pasal kerja dalam blog ini.Tapi mentang-mentang arini kerja,maka semangat la nak menulis pasal kerja aku.Sebenarnya,I is segan kerja I takdelah hebat belaka gaji tak habis 7 keturunan makan.Alhamdulillah,ada lah duit sedikit untuk meneruskan hidup.

Banyak orang tanya apa la I buat kat opis,senang ke kerja aku,yelah,katanya kerja goverment senang terbongkang depan PC main Facebook macam takde hari esok.Ada jugak tertukar peranan kerjaya Food Tech dan nutritionist,ada yang ingat Food Tech kerjanya duduk dalam lab saja,sambil mengkaji bilangan kuman dalam makanan.Jadinya,hari ni akan saya huraikan apa benda saya buat setiap hari,kenapa kalau call saya kat opis saya selalu takde,dan sebagainya.EH,cakap pasal kerja terus kan jadik skema guna saya.

Kerja saya adalah Pegawai Teknologi Makanan,atau nama manjanya Food TEch.Kalau kat gomen jadiklah PTM.Walaupun kerjaya ini tidak disenangi sesetengah pihak,tapi ada saya kesah?Jadinya saya mahu tulis jugak mengenai kerjaya saya,dan peranannya.Saya juga berharap agar orang kilang yang selalu berurusan dengan saya tidak membaca entri ini..Entri ini ditulis berdasarkan perspektif PTM yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah.Yang kerja makmal,state dan HQ bolehlah tulis sendiri,jangan mahu menciplak entri saya.

Skop kerja saya adalah:

1.Auditor

Ini adalah tugas utama,iaitu sebagai auditor keselamatan makanan.Auditor bukanlah berperanan melihat kebersihan sesuatu premis sahaja,tetapi perlu menilai mengenai kawalan keselamatan makanan sesebuah premis makanan.Ramai orang salah faham,bahawa jika sesuatu premis tu cantik,bersih,maka kompem lah makanan selamat.Yang anda perlu faham,jika premis tu memang kotor macam kandang kambing,itu memang kompem tak selamat,tapi bersih belum tentu selamat.

Pening bukan,tapi ini saya akan bagi contoh,apa itu yang bersih tapi belum tentu selamat.

Hari itu saya diarahkan mengaudit di premis bakery.Persekitaran memang bersih,dan freezer adalah bersih juga.Ada termometer dan suhu juga dicatat.Bagaimanapun,bila saya lihat di warmer suhu adalah bawah 50 C,di mana keadaan itu adalah tidak cukup serupa saja tak payah pakai warmer sebab fungsi warmer adalah untuk mengekalkan keadaan produk di atas 60 C,tak silap saya.Saya juga mengaudit rekod-rekod freezer,dan mendapati ada deviation suhu,kata je -18,tapi boleh naik sampai -16.Lihat,walaupun premis bersih,cantik,tapi bila suhu tak jaga,maka makanan mudah untuk rosak.Masa belajar,Prof saya iaitu Prof Zaitun kata 2 perkara paling penting dalam Food Safety adalah time and temperature.Ada faham?

Antara jenis audit Program Jaminan Keselamatan Makanan adalah:

1.Hazard Analysis Critical Control Point(HACCP)
2.Good Manufacturing Practice(GMP)
3.Makanan Selamat Tanggungjawab Industri(MesTi)
4.Verifikasi(Lebih kurang kalau ada isu keselamatan makanan macam aduan ke)
5.Krisis(macam kes minyak masak recycle ke,kita kena kenal pasti proses mana yang menyebabkan pencemaran makanan)
6.mematuhi keperluan negara pengeksport(macam certain country macam US,Singapore ada checklist sendiri untuk kita audit bagi memenuhi keperluan dorang)
7.Permohonan Lesen air minuman dan ais

2.Pemantau

Aktiviti memantau ni macam audit jugak la lebih kurang,tapi tak mengkhusus pada program jaminan keselamatan makanan seperti:

1.Program Susu Sekolah
2.Program Kendiri-Ini sekolah dengan PLKN kena cek kantin sendiri hari-hari.Kalau dia tak hantar reten kt kita,kita paksa sampai dapat.Pastu kena pastikan betul ke dia cek sendiri hari-hari

3.Consultant

Baru-baru ini KKM ada lancarkan skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri a.k.a Mesti.Skim ni adalah untuk menolong industri kecil mempunyai program Jaminan Keselamatan Makanan ala-ala GMP la,tapi bendalah ni free.Oleh kerana menyedari bahawa Mak Cik Bedah buat kerepek ros kt bengkel belakang rumah tidak mempunyai asas GMP,maka marilah kita mengconsult Mak Cik Bedah agar dapat menghasilkan kuih Ros yang cemerlang Gemilang Terbilang di persada antarabangsa.Ceh Ceh Mak CIk Bedah.Ini juga dapat menjimatkan wang Mak CIk Bedah kerana beliau tidak perlu mengupah consultant sampai 15K.

4.Mengeluarkan Sijil Penjualan bebas

Sijil penjualan bebas adalah salah satu sijil eksport.Kerja saya adalah menyemak sama ada permohonan pengilang lengkap,sijil analisis tidak melanggar akta makanan,seterusnya menaip,mencetak dan sign sijil terbabit.All in One.

5.Penyiasat

Siasatan dijalankan jika ada kejadian keracunan makanan bagi mengenalpasti makanan punca penyebab keracunan makanan dan langkah-langkah tidak dikawal yang boleh menyebabkan keracunan makanan.Setelah mengenalpasti punca,kita akan menasihatkan mak cik kantin supaya memasak dengan lebih berhati-hati lain kali,jikalau tidak kesian generasi muda asyik sakit perut saja.

Ini juga lebih kurang audit verifikasi tadi.Sebagai contoh,produk kena reject dari oversea sebab ada Bacillus la contohnya,kita kena siasat sampai ke lubang cacing kat mana dan macamana Bacillus tu boleh ada dalam makanan terbabit.

6.Event Manager

Kami diberi target untuk menjalankan aktiviti promosi.Contohnya 3 di sekolah,2 untuk industri,1 untuk kantin dan lain-lain.Jadi,kami kenalah menganjurkan event terbabit supaya berjalan dengan lancar.Bukan setakat perancang,malahan tukang contact sekolah/agensi,tukang packing goodies bag,tukang bagi ceramah dan segala macam tukang juga,dibantu oleh rakan-rakan yang lain.

7.Penceramah

sama ada untuk event yang dianjurkan sendiri ataupun jemputan

8.Lain-lain tugas yang diarahkan

Jaga Booth Pameran,jadi penyambut tetamu,jadi gadis dulang ceh ceh,AJK jamuan la,pengerusi kelab aerobik jika ada.Pendek kata,apa-apa tugas yang terfikir dan tidak terfikir boleh dilakukan.belum termasuk tugas seperti kaunselor seperti mendengar rintihan IKS yang sukar mendapat sijil Halal,dan err calon menantu sesuai bagi mak cik IKS..larikkkkk

Kelayakan tugas untuk bekerja seperti saya(jika sudi):

1.Ijazah sarjana muda Teknologi Makanan/Sains Makanan dan setaraf daripada IPT yang diiktiraf kerajaan.
2.Berjiwa kental,bermuka tebal.
3.Berminat untuk belajar dan terus belajar.Teknologi Makanan berkembang dari tahun ke tahun.So,jangan terperap dengan buku teks saja.Kena rajin membaca
4.Bertenaga.Kalau lembik nanti masa program dengan budak sekolah,budak pakat tidur je.
5.Kemahiran komunikasi untuk senang consult industri

IPTA yang menawarkan kursus seperti saya:

USIM(saya belajar sini!),UPM,UKM,USM,UniSZa dan UMS.


Itu ajelah pasal kerja saya.Dulu saya macam menyampah dengan kerja saya,tapi sekarang I really love my job~


20 comments:

nunama said...

kak! :)

Saya pon ppelajar foodtech. Orang siap cakap, saya ni chef lagi.

Tapi, saya x bekerja lagi. Tolong doakan saya ye kak.. Thanks! ;)

FoodTech bessstttt!!
^_^

Sayer Best said...

tulah..org ingt chef,padahal siang ikan pn x lepas.kikiki..
good luck,smoga mnjadi food tech berjaya

nina said...

Salam..nak tanye..mcm mane apply ptm tu ye?kne ade pengalaman ke?

Sayer Best said...

Apply kt web spa.pengalaman xde pun takpe

Anonymous said...

Salam..
akak sy dpt tmudga pnolg pegawai tknologi mknn..
Blh akak tolong bg nasihat tuk persediaan sebelum temudga..
Mekasih akak O(∩_∩)O

Anonymous said...

Kak,saya dpt interview PTM, boleh kak bagi tips utk persediaan temuduga

Unknown said...

terima kasih kak atas blog ni.. walaupun dah nak masuk tahun 2015, bagus juga kerjanya... Like your entry.

Unknown said...

sy pn dpt awak..bleh bg tip x sikit semasa inteview?

Unknown said...

sy pn dpt awak..bleh bg tip x sikit semasa inteview?

Unknown said...

Bgus entry akk ..at least dpt sdikit sbyk info untk sy iv ptm..

Unknown said...

hi noor adilah..awk dh g ye iv ptm?bleh bg tip2 x?tq

Unknown said...

Kalau lepasan matrik modul 3 bolh tau apply degree food tech ?

Unknown said...

Boleh Areu Anis...sya pon matrik modul 3..now i am food tech student at usm...minx lah insyallah dpt

Nuraini said...

Assalamualaikum, good entry. Orang ramai masih belum terdedah dengan kerjaya Food Technologist/ Pegawai Teknologi Makanan ni, jadi sebagai seorang FT di daerah, bagus entry ni untuk memaklumkan apa skop tugasan FT. Selain itu, saya nak tambah, di sesetengah daerah FT juga bertindak sebagai Ketua Unit, dan sebagai Ketua Unit FT juga bertanggungjawab ke atas aktiviti penguatkuasaan bersama-sama Unit Perundangan dan Pendakwaan (UPP). Banyak cabaran sebagai Ketua Unit, dan yang paling mencabar adalah untuk menyelia kakitangan dan merapatkan hubungan dan persefahaman antara pelbagai jawatan di Pejabat Kesihatan Daerah. Ya, ramai yang tak gemar dengan FT tapi kita kena berpegang kepada 1 - aku di sini untuk menjalankan tugas dan memastikan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan berjalan. Kalau tak suka aku tak apa, tapi kerja mesti buat ^_^

Salam dari Kinta - Nuraini (NG)

Sayer Best said...

Puan NG:Alamak otai komen.Segan pulak kita,hahaha

Fadil Osman said...

Hari tu saya iv tuk jawatan penolong pegawai teknologi makanan...mereka banyak tanya pasal pengalaman kerja la...yang basic dia tak tanya..kenapa ya?dia nak yang ada pengalaman kerja ke?

Sayer Best said...

Tak jugak.saya fresh grad baru sebulan konvo tengah kerja RA je masa interview dulu

Anis Zulkeflee said...

Assalamualaikum, kalau sains biasa boleh ambik ke kos ni?

Unknown said...

Assalamualaikum . Bole saya tahu subjek ape eh teknologi makanan . Mcm wajib tu pengajian malaysia kan ? Selain tu ?

Anonymous said...

Terima kasih kak atas perkongsian. Saya pon tengah ambil kos teknologi makanan dan berada ditahun yang terakhir nak tunggu intern je. Sesiapa yang ada aliran sains boleh je ambil kos ni. Pada saya kos ni seronok sebab kita akan banyak belajar subjek2 lain. Law, engineering pon ada terselit sikit dalam kos ni yang berkaitan makanan. Kepada sesiapa yang suka belajar benda baru dan rajin membaca boleh try ambil kos ni. Jangan lupa banyakkan baca dan study pasal kos teknologi makanan ni sebelum apply untuk uni nanti. Goodluck untuk sesiapa yang nak mohon upu tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja