Wednesday, March 27, 2013

Suri RUmah vs Wanita Bekerjaya

Sekarang ni kat Facebook,kemain ramai cerita pasal suri rumah vs wanita bekerjaya.Ramai sungguh mengkondem wanita bekerjaya as if diorang tak bagi tumpuan pada anak la,serah anak bulat-bulat pada pengasuh la,dan banyak la statement mengata wanita bekerjaya.Walaupun tak de family lagi,mahupun anak,tapi aku terpanggil untuk menulis dari sudut pandangan mata anak yang dibesarkan oleh wanita bekerjaya.

Sedikit latar belakang mak dan family aku:
Mak aku adalah seorang cikgu,dan merupakan antara cikgu yang aktif,involve program itu ini,jadi guru library,siap suka hias kelas dengan bebudak.Ada seramai 5 orang anak.Aku(lahir 88),Syazwan(89),Syahid dan Shahir(92),Syukur(95).Anak gap tak jauh.Membesar serentak.Pukul 7 pagi dah keluar rumah,hantar anak pergi sekolah,dan balik area pukul 3-4 la.Kadang-kadang weekend pergi sekolah ngajar tuisyen hikmah@aktiviti persatuan.Arwah abah pun cikgu jugak.Lagi super rajin!Pagi mengajar,petang beliau aktif bersukan seperti main bola,tenis dan takraw.Masa aku sekolah menengah,arwah abah naik pangkat jadi GPK1,so weekend selalu benar la gi sekolah.

Mak aku seorang wanita simple,tapi tak berkira.Kadang-kadang ada jugak indulge untuk beli barang mahal,tapi once in a blue moon la.Menjaga penampilan diri dengan gaya sederhana(yes,ramai orang cakap mak aku nampak muda dan masih cantik.tengok anak la beb.kah kah kah).

Kemuncak dalam kehidupan kami adalah semasa kematian arwah abah aku,iaitu tahun 2008.Umur aku masih 20 tahun dan masih tidak ada seorang pun adik-beradik aku bekerja.CUba bayangkan keadaan ketika itu.Mak aku ambik cuti la sekejap untuk menguruskan hal-hal berkaitan,dan kembali bekerja.

Aku ingat lagi ayat mak aku,"Nasib baik mama kerja,kalau tak,tak tau nak jadi apa".Keadaan hampir sama pernah terjadi pada arwah nenek aku(atuk aku meninggal masa tu nenek aku awal 50-an,ke akhir 40-an,tapi muda lagi lah),dan nenek aku dilanda kemurungan.Beliau meninggal hanya selepas 7 bulan je atok aku meninggal.Beza nenek aku dan mak aku adalah nenek aku suri rumah,dan mak aku bekerja.Hasil pemerhatian aku berdasarkan 2 situasi itu adalah:

1.Kalau kita takde kemahiran,dan takde kerja,selepas suami meninggal,atau even worse,suami berubah arah(nauzubillah),macam mana nak sara hidup kau,dan anak-anak kau?Even suri rumah pun perlu develop kemahiran macam kemahiran menggubah bunga ke,memasak ke,at least in case kecemasan,kau ada sumber pergantungan.Nak harap insurans@pencen suami,sampai bila?Sebab lepas arwah abah aku meninggal pun ada sedikit short duit.Nasib mak aku kerja.

2.Kalau kau jenis campur orang,kau tak akan terkenang bermuram durja a.k.a depression.Macam mak aku,sebab beliau mengajar,jumpa orang.Lama-lama terisi kesunyian.Takdelah bosan yang menyebabkan kau bermuram durja.Pulak masa tu anak-anak semua belajar jauh-jauh.

Itu je la sebab aku nampak yang perempuan perlu pandai cari duit.Tak semestinya bekerja,tapi at least ada kemahiran untuk masa kecemasan.Tapi cuba kau bayang,lepas suami meninggal baru nak start jual nasi lemak,kau rasa susah ke senang,berbanding yang memang asal jual nasi lemak?

Habis bab 1,
Seterusnya dalam komen kt FB pulak kata,anak full time housewife nampak lagi berjaya dari anak wanita bekerjaya.Alhamdulillah la adik-adik aku tak,not to brag,but my moms succesfully brought me(blogger senget je,tapi ada la carik duit sikit),syazwan(doctor),Shahir(pharmacist-to-be),Syahid(Al-hafiz and doctor-to-be),SYukur(Baru amek result SPM,9A's Alhamdulillah)

Aku nak share pendekatan parents aku masa kitorang kecik dulu,yang menyebabkan family bonding kami agak kuat sampai hari ni,dan even mak aku wanita bekerjaya,kami tak pernah pun rasa kurang kasih sayang:

1.Dulu masa petang-petang,abah aku memang rajin beraktiviti bersama rakan-rakan macam main takraw,main bola,dan beliau bawak kitorang sekali.Member-member dia pun jenis bawak anak.So,kami akan bermain sama budak-budak tu.Dalam masa yang sama,petang-petang tu la mak aku akan prepare untuk dinner kitorang.

2.Sembahyang jemaah dan mengaji.Arwah abah aku bukan ustaz,tapi dia ajar kitorang mengaji sendiri.Masa biasanya lepas maghrib/lepas isyak.

3.Buat kerja sama-sama.
Tipulah kalau parents aku tak pernah bawak kerja balik rumah.Tapi strategi kami adalah berkumpul ramai-ramai di ruang tamu daripada lepas Isyak sampai pukul 10,semua orang pun buat kerja time tu.TV/komputer diharamkan pada waktu itu.Time tu parents aku buat la kerja dorang,dan ktorng buat homework sama-sama.

4.Weekend selalu masak special sama-sama.Selain tu parents aku akan bawak kami jalan-jalan.Bukan jalan jauh mana pun.kadang-kadang picninc kt air terjun,gi Melaka@PD balik hari,balik kampung,kekadang picnic depan rumah pun boleh.

5.Sentiasa join report cards day.Time tu la selalu parents aku discuss dengan cikgu pasal problems kitorang.Kantoi la aku jahat kat sekolah.Muahahaha

6.Bawak pergi tempat kerja
Mak aku rajin je bawak aku masa beliau mengajar tuisyen weekend,abah aku gi buat kerja kt pejabat sekolah weekend pun bawak kitorang,lepas tu aku hentam main kejar-kejar kt padang sekolah.Muahahaha

InsyaAllah,aku akan apply ajaran parents aku ni.Mak aku ni memang role model aku dalam banyak hal.Pada aku lah,isu suri rumah vs wanita bekerjaya ni tak patut timbul.Yang penting,sikap individu sendiri.Kalau wanita bekerjaya jenis workaholic sangat sangat pampers anak tak tukar,itu memang teruk,sama teruk dengan suri rumah kerja ngadap Facebook dengan blog sampai tak kisah anak keluar mana(ini tak silap ada kes,anak hilang sebab mak leka mengadap FB).


10 comments:

Anonymous said...

Sy setuju sgt la cik wana ke'embong..dpd diorg tulis wanita bekerjaya vs suri rumah,lebih baik diorg tulis mcm mne nk mnjadi lebih baik dlm mendidik anak..atau membangunkan keluarga..especially di wktu skrg nie..

mummydina said...

betul la tu..ramai je anak2 wanita yang bekerjaya yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan..yang penting cara didikan yang diberi..berapa ramai pula anak kepada surirumah yang hanyut ke laut?

Unknown said...

Apa apapun wanita perlu pandai berdikari..x kira la suri rumah ataupun wanita bekerjaya. Jangan terlalu bergantung 100% kepada suami atau orang lain. Nanti apa apa yang berlaku kita jugak yang susah kerana satu benda pun tak reti.. Even ada yang ada lesen kita tapi tak bawak kete. Pastu mula la gelabah. Hehe.. Apa pun kita ada cara tersendiri untuk hidup bahagia tak kira suri rumah sepenuh masa atau wanita bekerjaya. Jalan mana yang dipilih? Terpulang. Ikut keperluan masing2 kan..

Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru bali. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu...tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dai rumah jer. Work at home mother (WAHM).

Nanti kalau free2 jomla layari blog saya... Banyak info yang boleh dikongsi di situ. Jom klik

http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

mamayaya said...

yup setuju..dunia sekarang kita tak dapat nak menolak hakikakt sana sini perlukan duit..dan wanita kene perlu ada backup job walaupun suri rumah..sambil2 jaga anak boleh buat bisnes sampingan yang tak mengganggu urusan umah tangga..

Zura Rahman said...

I salute your parents...and tuan blogger juga utk entry ini. Really like it.

Zura Rahman said...

I setuju sangat dengan pandangan you. Because there's no one right or wrong way. Sepatutnya dia cerita bagaimana ibu yang berkerjaya hebat dapat juga menjadi isteri serta anak yang hebat.

Saya berhenti kerja untuk menjaga anak anak di rumah. Ia bukan satu keputusan yang senang dibuat. Banyak pengorbanan perlu dilakukan. Untuk duit poket saya tulis novel kerana saya tak pandai untuk buat business.

Sorry dear I komen di ruang yg sepatutnya tuan blog komen. I just can't help coz you have a very good point.

Anonymous said...

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
"

nini said...

Saya pon nak jadi wanita berkerjaya...sebabbbbbb......bila pk balik suri rumah penat...hahhahaha

Aisyah Ghazi said...

Pengisian yang menarik and bermanfaat. I setuju dengan pandangan you. Mohon tuan blogger post lgi pengisian begini. Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

Unknown said...

Sepatutnya dia x blh tulis suri rumah vs wanita bekerjaya..msg2 ad kelebihan. sy seorang wanita bekerjaya sblm ni. dn skrg sy seorang suri rmh. dua2 mencabar. tp sy mcm x sggup dh jd suri rumah sb terlampau penat..tp org x appreciate. kwn xde. pastu bila blk kg dorang bezakan..padahal dua2 kerjaya ni sm pentingnya..sy x ckp kuat jd seorang suri rmh yg memerlukan byk pengorbanan. sy salute pd suri rmh yg bertahan smpai skrg. wktu kja dlu xde lah sepenat jd suri rmh. tp sy setuju dgn tuan blog jd suri rmh kn cari income lbh. at least suami dn org ln x pndang rendah pd kita. sedih tau bila dbeza2 kn ni. dorang x fikir jd suri rmh blh didik ank ke ap. yg dorang fikir tahu mkn duit laki je walau x begitu. lps ni mgkin sy akn smbung kja balik slps ank sy besar. sy x ckp kuat utk hadapi situasi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja