Wednesday, April 10, 2013

Kelas Mekap 7 April 2013

Walaupun aku sering dikenali sebagai wanita serabai yang tidak mekap,tidak menjaga penampilan,lepas bangun tido tengahari boleh konpiden tidak basuh muka boleh terus jumpa client,tetapi aku juga mempunyai naluri kewanitaan yang ingin nampak cantik.Oleh sebab itu,aku berniat menghadiri kelas mekap bagi mencapai visi menjadi wanita cantik.

Sebagai kaki gorupon,maka aku telah menemui satu pakej yang amat menarik iaitu:

Kelas okeh kelas mekap rm49..meksss terujaaaa,dan oleh sebab aku ni kedekut,maka aku pun pakej yang tiga orang tu.dapat lagi murah



Masa:11.00 am-5.00 pm.Rehat pukul 2-3pm
Tempat:Faceart2u Kuchai Lama


Kronologi hari kejadian:

1.Sampai lambat sebab tak tau tempat.
2.Kelas tu kami 3 orang je Melayu,3 India,baki dalam 9 orang lagi CHinese.BEginilah yang kita mahu,semangat 1 Malaysia.
3.Pertama belajar pasal mata ye tuan-tuan dan puan-puan,kita belajar mengenal mid tone,dark tone arch dan sebagainya.Barulah aku tau mekap mata cmne,selama ni main tenyeh je.Patutlah huduh.Muahaha.Berus nak mekap mata aje,3 ko kena pakai.Aku selama ni konpiden je menggunakan jari,ala macam iklan rejoice tu,guna jari pun boleh..Belajar mekap natural,half moon dan smokey eyes

beberus memekap
4.selain itu,first time la aku belajar guna liquid eyeliner,selalu ada je tersememeh bawah mata.Rupanya tarik dari tepi bendalah tu,aku kemain konpiden je lukis macam atas kertas

5.Selepas itu belajar muka pulak.vein ko biru@hijau.Kalau vein biru,sila guna foundation base pink.Kalau vein ijau,guna base kuning.Untuk hasil lebih baik,campurkan  foundation yg 1 tona lebih cerah dengan yang 1 tona lebih gelap.Dah macam iklan garnier je.

6.Kemudian kita belajar shading dan pakai blusher

7.Then bibir,pakai lipstick jangan dari bekas dia,tapi pakai berus lipstick.

8.Last but not least,posingggg!!!


Sebenarnya,aku gi pakai spek aritu.Nak posing je tanggal sebab cm hodoh benar.hahaha

kak mashi posing depan studio solekan ni



Muka sebelum.Ini memang real takde mekap punya.Konpiden kan aku berjalan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur tanpa sebarang mekap.hahaha

Muka selepas.Ini bukan setakat smokey eyes.Ini dah macam My Chemical Romance la pulakk





Sahhhh...Memang sama!

3 comments:

Anonymous said...

salam wana..nice blog..wana ex student usim ye?sy ade bace psl fellowship usim kt blog wana ni..boleh tau cane care nk apply fellowship usim tu?thanks in advance..=)

Sayer Best said...
This comment has been removed by the author.
Sayer Best said...

Wslm..
Dulu apply fellowship ada lecturer recommend,tp boleh je tengok web usim,biasa dia da publish dalam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja