Ini betul maraton tulis blog ni.Cover 3 tahun punya tak aktif.
Kalau sesiapa rajin follow instagram dan Facebook aku,mesti perasan aku rajin upload gambar bekal.Alhamdulillah, sejak November 2016,aku semakin istiqamah membawa bekal ke pejabat.Sampai aku lupa nama kedai kat Hentian Kajang.Restoran Haji Rosli who?
Sebab tiba tiba rajin bawak bekal bukanlah sebab tiba tiba jatuh miskin sebab dah bayar duit rumah.Tetapi berlaku akibat aku sentiasa tak puas hati dengan makanan kat kedai.Ada satu kali tu dapat ayam berdarah kat dalam.Nak termuntah aku.Dah la mahal,tak sedap,tak hygiene pulak tu.Aku fikir daripada aku beli kat kedai,lepas tu maki hari hari,ada baiknya aku buat bekal sendiri.Kalau tak sedap pun kompem tak sampai hati nak maki diri sendiri.Anggap sahaja sebagai suatu proses pembelajaran.
Tambahan pula semenjak kerja bahagian makanan ni.kau jadi insecure pulak nak makan kedai tahape hape sebab kalau kau masuk memang boleh geli gila.kadang kedai depan cantik pun,dalam hauk nauzubillah.
Antara contoh bekal-bekal aku
Ada yang tanya aku bangun pukul berapa masak.Takde la awal sangat.Selalu dalam 5.30-5.45 pagi aku dah bangun.Sebab aku masuk kerja pukul 7.30,jadi by pukul 7 pagi aku dah kena keluar rumah.tapi ni la sedikit sebanyak aku bagi tips(cis macam bagus sangat) macam mana nak bawak bekal,style aku anak dara sempoi.Style mak mak lain sikit kot.
1.Aku akan plan siap-siap menu seminggu,dan tulis.Aku ada buku catatan sendiri yang simpan kat dapur.Biasanya daripada meal plan tu aku akan decide untuk shopping groceries.Jadi tak ada la pembaziran.Menu plan juga aku susun ikut la minggu tu ada kena gi meeting ke audit ke,audit kat mana ke.Jadi tersusun sikit la perancangan tu
2.Tugas-tugas yang remeh seperti kupas bawang,kopek ikan bilis,buat stok cili kisar akan dilakukan semasa weekend.Biasa masak ni cepat,penyediaan je yang lama.Jadi segala bahan yang dikopek akan disimpan dalam bekas bertutup dalam chiller.
3.Bahan mentah macam ayam,ikan dan daging aku simpan dalam bekas ikut portion,kemudian simpan dalam freezer.Kira kalau esok paginya nak masak,malam aku dah turunkan dalam chiller,jadi by the time nak masak esok pagi dia dah cair dah.Tak payah tunggu lama.
4.Seterusnya,bahan yang perlu kisar,aku akan kisar pada malam sebelum nak masak tu.Dalam kes ni aku pakai tupperware punya chopper.Jadi lepas kisar,bahan kisar tu boleh simpan dalam chopper,letak dalam chiller
CHopper tupperware.Avon dah ada jugak kot |
5.Rahsia kecepatan memasak paling optimum adalah periuk Noxxa.Hahahha.Sudah lah cepat nak masak macam bagi daging lembut ke apa ke.Lepas tu tak payah gigih nak tengok nak jaga api.Campak je bahan dalam tu.tutup periuk,set mode dan time.Tunggu je la sampai timer habis.Lepas tu siap dah.Biasa makanan berkuah macam ayam masak merah ke,daging masak kari ke,aku akan masak dalam periuk Noxxa ni
Periuk Noxxa yang magik.Tema dia adalah campak campak siap |
6.Lepas tu kau kerja kena ikut flow,supaya cepat siap.Flow aku biasa adalah masak nasi dulu,kemudian masak makanan protein berkuah dalam periuk noxxa.Setelah tutup periuk Noxxa dan set timer,maka aku akan masak makanan yang memerlukan goreng (stir fry/deep fry) macam kangkung goreng belacan ke,telur goreng ke dan sebagainya.Jadi by the time makanan dalam periuk Noxxa dah masak,nasi akan masak dan benda bergoreng tu pun dah siap.
7.Lepas tu boleh terus plating.dah plating simpan dalam beg.Maka bergermbiralah kita pergi ke pejabat dengan makan makanan hasil tangan sendiri.
Kebaikan yang aku nampak dengan bawak bekal selain jimat duit,lepas tu kurang amarah sebab takkan nak maki diri sendiri kalau tak sedap.Selain tu memang jimat masa la,sebab tak payah jalan carik kedai.Makan je dalam opis,sekaligus membuang tanggapan umum bahawa penjawat awam suka lepak kedai makan lama lama.Paling best kalau aku kena audit di tempat yang takde kedai makan yang diyakini halal,maka aku boleh la singgah RNR atau masjid (aku pernah buat.Kat area ampang.hahahaha) untuk makan.Senang sikit untuk orang yang ada gastrik macam aku.
Azam baru 2017 adalah buat #projekmangkuktingkatfortwo. Anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment