Saturday, March 28, 2009

Sehari dalam hidup seorang usahawan



Dalam mode gatal..
Sedang asyik mendengar koleksi lagu-lagu pengantin
Tulah penangannya dua minggu berturut-turut gi kenduri kawen
Dengan aku sekali tersampuk demam orang kawen

ABAIKAN


Bukan masa untuk memikirkan tentang itu
MAsih mengejar impian dan cita-cita
eceh...
Jodoh akan datang bila tiba masa dan orang yang tepat(mode pasrah lak..ahaks)

MInggu ini adalah minggu DUIT dan MATERIALISTIK
Mengapakah???
Kerana semalam aku telah bertukar menjadi seorang usahawan berjaya
Memikirkan wang dan keuntungan..(macam la kan sebelum-sebelum ni tak mata duitan)
Group aku jual benda sempoi je..
Float ngan Kacang pedas PENDANG
JAnji ada sudeyyyyy....

Sebenarnya jualan ini adalah satu tugasan sempena subjek keusahawanan yang aku ambil sem ni dan memberikan sebanyak 20% dari markah keseluruhan...
Kalian boleh jual apa-apa saja
Selagi ianya halal dan tak menyalahi undang-undang USIM
jadi tak dapatlah kita saksikan jual beli dadah dan senjata api di situ
Untung atau rugi belakang kira..janji boleh buat report
Tapi sape la kan buat bisnes nak rugi...

Kesemua yang berniaga adalah pelajar dari fakulti sains dan teknologi
Dan kebanyakan barang yang diniagakan adalah berunsur makanan dan minuman
Sebab tu je lah yang paling simple
ada 1 je group yang jual souvenir iaitu group budak-budak sains komputer
Maka dapatlah kita saksikan foyer FKP bertukar menjadi pasar malam Semarak
Ada jual asam..sandwich..spagetti dan macam2 lagi la
You name it..you got it (yo yo an je)

Alhamdulillah....
Untung la sikit tapi tak lepasla nak beli I-pod Nano kan..
Juz balik modal la...Lepas la semua tu
Tapi apa yang penting sekali adalh
PENGALAMAN

Pengalaman berniaga...
Pengalaman kena marah En. Zul sebab guna lab MPG tanpa kebenaran..tapi takpe last-last en.zul beli jugak kt kedai aku....saaaaaaaaayang en.zul..hahaha
Pengalaman mengenali kacang pedas Pendang(kacang kuda letak sambal..tak jumpa la kt Johor)
Pengalaman buat muka tebal mengusha bro-bro dan sis-sis yang lalu lalang suruh beli kat gerai kami..(hampun..jangan la dorang cam muka aku)
Pengalaman bekerjasama dalam satu kumpulan
Semua itu bermakna

"Pengalaman itu mendewasakan"











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja